Dari Teratak Maklang ~ 2007

Thursday, November 29, 2007

Cuti2 November Part 3

Assalamualaikum...

Sambung lagi cerita cuti. So, tak dapat den nak letak gambar masakan. Tunggulah eh...bila tak ada cerita maklang letaklah gambar makanan pulak. Tentu dah bosan, tak habis2 cerita cuti ni...nak buat camanakan...sebenarnya tak ada yang menarik pun. Saje nak meletak cerita yang tak selesai ni. Malam semalam cuba nak masukkan gambar semuanya tapi tak diterima oleh blog ini.


So, sambung cerita lagilaa eh...

As usual kami enjoy kalau makan2 ni. Seronok kalau makan ramai2 ni. Macam biasa, kami kompol satu table. Tak kiralaa...sempit pun kami kompol jugak!

So much about that, kita sambung lagi cerita bergambar...enjoy the pics!
Bujang kalau makan memang berselera!








Lagi pembasuh mulut. Wajik tu sedap gilerrrrrrr....


Tihanim dan Abang Ajiq, anak Pak Ngah













Sempat bergambar dengan mempelai














Ini Alman....bulat betul. Naik geram nengok dia. Asyik kena geromol aje dengan maklong dia!Aunty Leen dan Pak Busu pun ada!










Sempat jugak menjadi mempelai!...ha..ha..Lewat 2 hari aje dari annivesary! Oklah tu kan..kan..
Bersanding kat bawah pelamin aje. Jurukamera tak pro...blur gambar ni!
Sempat di tepung tawar lagi...kelakar Aunty Ruby ni!






Ini the Atoks, Atok-to-be and my Darling Cik Abang..









Ini the Golden Girls kata Wan Noor (berbaju biru), adek2 Tok Li dan my beloved Mak.


Kami balik ke rumah Wan dalam pukul 4 lebih. Ialah tunggu lah kejap kat2 situ. Ada karaoke lagi. Yang kelakar tu ada jugak yang nyanyi sure dapat kad merah, tak pass AF6. Uncle Rosli, adek Tok Li pun nyanyi, I did it my way...sedap jugak soghe dia. Oklah boleh masuk Audition AF6. Pelajar paling lama....orang lama!




Balik dari kenduri, suruh anak2 mandi dan maklang sempat cuci baju satu load. Lipat2 and bungkus nak sidai kat hotel. Kalau tak dicuci, mau pengsan bau dia, nak bawak balik Kerteh. Selesai solat maghrib and makan2 sikit, kami bertolak ke KL. Masa tu about 8:15pm. Naik kereta anak2 tidur all the way. Maklang terlelap2 jugak. Ingat nak bantu jugak drive kalau Cik Abang ngantuk. Tapi tak ada pulak dia mintak bantuan. Anak2 tidur lena sangat sebab Abah dia nyanyi lagu Ella Fitzgerald entah berapa round. Dengan penuh semangat lagi...Isteri dia ni pun tak larat nak bukak mata...syahdu dan merdu....Kiranya semangat berkobar2 laa...kalah Kak Pah buat show. Mana taknya 4 jam non stop!. Kami tiba kat parking hotel about 12:15am. Keluar kereta dengan kaftan and baju tidur, masuk lift and terus ke tingkat 19 kat bilik kami. Nasib baik tak ada orang! Semuanya muka ngantuk!


Tapi bila masuk bilik, Si Angah dan Along yang dah puas tido tu memekak aje. Entah apa yang diketawakan. Maya cepat aje dah gone. Cik Abang pun sama. Maklang sempat start RE sikit sampai 1:30am.


25/11/07.


Maklang dan Paklang keluar 2 orang.
Breakfast thosei lagi kat kedai bawah tu. Anak2 masih pisat2 lagi. Then about 10:30am., anak2 dengan Abah dia pergi main kat Cosmo Park. Si Tembam menangis naik benda pusing2 tu. Kelakar.


Sementara they ke Cosmo park tu, maklang sambung jahit RE. Cik Abang kata, maklang jalan nak menjahit. Tapi nak buat camana, lagi pun Alang nak datang. Nanti sape pulak nak ambik Alang kat bawah tu!. Alang tiba about 12:00pm with loads of food. Ada ayam, ada sayur etc. Cukuplah untuk makan tengahari. Tapi bila budak2 balik, Cik Abang hangkut lagi makanan. Memang banyaklah!


Lepas solat Zohor, maklang dan Alang keluar carik barang jahitan. Then ke rumah Kak Umi ambik buku2 yang kawan2 pesan. Then Alang pi shopping barang dapur kat kedai feberet dia, Uncle Din. Bila balik otel dah dekat 8 lebih. Alang makan dinner then kami ke Borders. Letih betul. Lepas Alang balik dengan Along ( sebab Along ada checkup mata lagi kat UH, so boleh pergi sekali dengan Alang), maklang landing terus sambil tengok Muzik2. Then gonelaaa...


26/11/07


Kami bertolak balik around 2:00pm lepas makan tengahari and reach Kerteh around 6. Letih!
Sempat capture gambar2 bunga ni...macam kat obercis!


29/11/07


Ni maklang tengah tunggu Cik Abang tiba. Dia ke KL lagi petang semalam. Tu aje kerja nya..pergi balik KL...jangan kena pindah terus sudah...tak larat nak menghadapi nya sekali lagi...pedih!













Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

Wednesday, November 28, 2007

Cuti2 November Part 2

Assalamualaikum...

Ni maklang sambung lagi percutian yang lepas.


23/11/07

Lepas dari IMAX, budak2 dah meragam, esp. si Ucop. Lapar agaknya. So, kami bawak semuanya pergi makan kat KFC kat tingkat paling bawah, sambil2 tunggu Alang tiba. Ucop memang mengamuk aje. Penat ke apa ke, tak tahulah pulak. Tantrum terus menerus. Last2 Cik Abang ambik dia and bawak jalan2 kat Cold Storage, Ucop kalau kena dengan Paklong dia, memang mati kutu. By then, Alang dah pun bersama2 kami.


Lepas dari situ, anak2 naik ke bilik. Maklang pulak temankan Alang nak belikan Uncle Jai birthday present. Uncle Jai dah 35 dah...Alhamdulillah..moga2 sihat selalu. Lepas tu Alang hentam menyopping entah apa2. Maklang ikut aje...


Sementara, kami membeli belah tu, Cik Abang dan Angah pulak temankan bibik sebab katanya nak jumpa sedara dia. Tapi lepas lebih sejam sedara dia tak tiba2. Apalagi, hanginlah Cik Abang saya. Sedara dia pulak tak talipon2. Mana tak geram...Sabar..sabar...Tapi kesian betul kat bibik. Memang dia berharap sangat nak jumpa sedara dia. Last2 tak jumpa. So, malam tu Bibik ikut Alang balik rumah dia sebab besok pagi2 kami nak bertolak ke JB!



24/11/07.


Sebenarnya, masa mula2 buat plan cuti ni, kami memang tak cadang nak balik Johor. Tapi malam sebelum kami bertolak ke KL, maam besar kat JB (Wanlah tu!) sudah talipon, kata kalau boleh baliklah ke JB untuk nak hadhiri wedding Nana, anak tunggal Tok Li. Lagipun Tok Li tu rapat dengan maklang sebab sedari kecik, Atok memang selalu bawak maklang ke rumah kawan baik dia ni. Masa Wan beritahu Tok Li yang kami tak balik, memang dia frust betul. So, untuk tidak menghampakan Tok Li, Cik Abang pun decided nak balik lah...


So, the next morning we left KL around 7:45am and reached JB about 11:00am. Macam terebang aje. So, dari sini bermulalah cerita bergambar lagi...



Mengantuklah sangat...Naik aje kereta..semuanya gone...Senang mak dan abah nak berbual...and aman damai!



Bujang mula2 payah jugak nak lelap, tapi akhirnya..senyap jugak. Kalau tak Abah dia kata macam BA*. Memang tak diam...kalah DJ kat radio!

Maya dah lama landing kat seat paling belakang!




Kami balik ke rumah Wan dulu. Lepas solat zohor baru kami ke rumah Tok Li. Semuanya pergi except for Alang's sebab mereka tak balik JB.



Ini dia gambar pengantin dari jarak dekat...







Maklang snap ni dari jauh untuk nak nampakkan the pelamin yang indah..




Alan sempat bergambar kat lauk pengantin!







Nasi beriani set. Memang sedap...





Bujang and Cik Abang tengah enjoy the food.




Atok and Wan sedondon...Maya posing aje...



Antara kuih dan buah pembasuh mulut...



Setakat ni dulu. Masa buat ni, internet jem...so terpaksa ada Part3! Gambar2 tak leh nak upload !





*BA ~ B*ntot Ayam

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

Monday, November 26, 2007

Cuti2 November Part 1

Assalamualaikum....


Masih lengoh lagi pinggang ni. Penat duduk dalam kereta. Kalau bawak kereta tak taulah camana!

Sebelum cerita panjang, maklang nak ucapkan banyak2 terimakaseh pada yang memberi ucapan Anniversary dan mendoakan kebahagiaan kami sekeluarga...Terimakaseh banyak2...Moga2 diperkenankan olehNya...InsyaAllah...


Kami tiba tadi pukul 6 lebih. Bertolak dari PJ lepas makan nasik daun pisang and hantar Ucop pada mummy dia, kami terus aje bertolak ke Kerteh. Tamat dah percutian kami. Cuma ke KL je. Anak2 nak main kat Cosmo Park di BTS. Seronok benar mereka. Maklang pulak bershopping bahan jahitan dengan Alang aje semalam. So, kat sini maklang buat cerita bergambar ajelaa eh...





22/11/07

Pagi Khamis tu kami bertolak lebihkurang pukul 9:30pagi. Kami singgah TNB sekejap sebab maklang nak hantar dokumen and nak bincang2 sikit dengan orang situ. Tapi bila kita sampai dia pulak tak ada. So, kami meneruskan perjalanan dan singgah makan nasik ayam yang bibik masakkan pagi tu. Makan kat tempat rehat Kuantan. Macam biasa, kalau anak2, mak dan bapak anak, makan memang berselera!
Ini dia nasik ayam...Terkena pulak ada leher ayam tu...Memang Cik abang tak minat, walaupun dah kawin..sebab dulu2 orang kata kalau makan leher ayam, nanti kawin sanding lentok!ye ke...
Tengok anak2 makan...berselera sekali...

Bujang duduk jauh2, takut orang mengecek ayam dia agaknya...
Wah....Maya kalau pasal bergambar...posing aje...

Kami tiba kat rumah Alang lebih kurang pukul 4 lebih sebab tersangkut kat jam kat bulatan Gombak jap.

Malam tu kami ke rumah Makteh. Makan2 macam biasalaa...makan free. And macam biasa macam2 makanan ada. Maklang tak sempat pulak nak ambik gambar nya... Mak teh siap belikan annivesary kek jugak. Coklat cheese cake. Sedaaaap.....TQ so much makteh!

Yang kelakar tu siap tiup2 lilin and nyanyi2 lagi...



Dan suap2 kek lagi...



















Maya and Pipa..macam kembar aje...sebab.....



.....bapak2 mereka pun cam kembar...Masa Hakim tengok gambar ni, dia kata...eh mak, Pak Teh ngan Abah macam sama aje...laaa...budak ni selama2 ni, dia tak perasan agaknya!



Masa memotong kek...





Anak2 tak sabar nak makan kek..tapi kek tu memang le sedap...berebut2 pulak tuh!


Tengok semangat Cik abang bukak hadiah dari Mak teh. Pipa yang tak sabar sangat tu!








Ini hadiah dari pak teh...from the land of Planteeh...entah apa ker namanya... Thanks..I collect fridge magnets...lain kali kalau ke mana2...jangan lupa ye...esp on 6th Dec. ni...

Ini hadiah dari makteh...Memang cantek sungguh. Tambah collection I...Corak dekat2 sama dengan sofa kat ruang tamu!



















23/11/07

Besok pulak, dari rumah Alang, maklang jalan2. dengan Cik Abang..kat town. Ada urusan sedikit. Anak2 tinggal ler kat rumah Alang sekejap....Lepas tu kami check in di BTS. Petang tak ada apa nak buat, kami ke IMAX. Tengok ler cerita Undersea ke haper nama dia. Sampai ngantok2 dibuatnya. Anak2 seronok tengok 3-D..

Ucop, Akim dan Maya






Along dan Angah before masuk kat Imax ...







Kelakar...macam nak gi snokerling aje...














To be continued....



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

Thursday, November 22, 2007

16 tahun..

16 tahun…


Alhamdulillah , pada lebihkurang jam 11:30pagi, pagi Jumaat, tanggal 22 November, 1991, maklang telah sah menjadi isteri kepada Cik Abang…dan InsyaAllah besok 16 tahun dah usia perkahwinan kami.

Banyak cabaran dan rintangan yang telah dilalui. Alhamdulillah dapat diharungi dengan penuh kesabaran dan kesyukuran. Kalau maklang dengar lagu kat bawah ni by Ella..memang mengingatkan kembali masa kami berbulan madu 16 tahun dulu….jiwang karatz jap. Mesti Cik Abang suka jugak lagu ni..


Buat suami tercinta…

Terimakaseh kerana menjadi suami, teman, sahabat dan guru kepada isteri mu yang serba kekurangan ini . Moga2 kita bahagia hingga akhir hayat, Amin…

Our Love is here to stay…


It's very clear
Our love is here to stay
Not for a year, but forever and a day

The radio
And the telephone
And the movies that we know
May just be passing fancies and in time may go

But oh my dear
Our love is here to stay
Together we're going a long long way

In time the Rockies may crumble
Gibraltar may tumble
They're only made of clay
But our love is here to stay


Tak dapat nak cerita panjang sebab tengah sibuk pack baju... maklang nak bercuti ...yeay!!
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

Tuesday, November 20, 2007

Aunty Kak Ha dan Cyborg

Assalamualaikum..

Aunty Ha and the gang


Tanpa di duga, hari ini maklang menerima panggilan dari Aunty Kak Ha. Rasanya dalam N3 yang lepas2, maklang ada bercerita tentang Aunty Kak Ha. Tapi pada yang tak tahu, Aunty Kak Ha ni adalah jiran maklang masa maklang duduk menyewa kat rumah di Fasa 2 dulu. Maklang memang rapat dengan dia. Dia baik orang nya dan paling best, Aunty Kak Ha ni kuat ketawa dan peramah. Terror masak pulak tu. Anak2 panggil dia Aunty Kak Ha sebab maklang panggil dia Kak Ha. Mereka fikir nama Kak Ha ialah Kak Ha dan bukan Ha aje.




Anyway, masa Kak Ha call maklang tadi pagi dia kata dia nak memasak untuk anak dia, Angah. So, maklang menjemput diri sendiri untuk nak pergi makan kat rumah Angah. Masa pergi lunch kat rumah Angah, Angah tak ada pun, so, cuma kami berempat aje. Kak Ha, sepupu dia dan anaknya serta maklang. Rugi tak bawak camera, kalau tak boleh ambik gambar ikan merah masak asam Kak Ha. Memang special!






Kat office macam biasa. Taklah sibuk. Kena siapkan benda2 untuk nak submit kat Kuantan this Thursday. Tak ada apa sangat. Tapi yang kelakar sangat tadi bila ada kawan maklang cakap cam gini:


"Kak, projek kita tu nak buat cyborg kan?"


"Ha...apa dia?"


"Cyborg"


"Cybog?"


"Ialah...alaaah...papan tanda tu!"


"Laaa...ingatkan nak buat Cyborg. Rupa2nya Sign Board!". Langsung tergelak maklang. Terperanjat pun ye sebab projek yang maklang handle sekarang ni pun memang deal dengan bahan radioaktif. Manalah tau kot2 ada pulak hasil sampingan nak buat Cyborg. Kelakar betul. Entahlah dah 10 tahun duduk sini, masih tak boleh nak faham segalanya! Kelakar!







Balik opis, maklang cadang nak jahit langsir, tapi bila teringat ada tudung yang Kak Ha tempah tak dibubuh berliannya lagi, langsung maklang gosokkan berlian2nya. Lepas tu kena pulak jahit manik. Tak sempat nak bagi pada Kak Ha masa dia datang tadi. Sebenarnya masa Kak Ha datang tadi, maklang tak ada serve apa pun sebab dia kata dia tak nak makan. So, mintak Bibik goreng risolle dan Faezin pulak dah buatkan cream caramel. So, itu aje hidangan buat malam ini.
Aunty Ha bersama sepupu dan anaknya






Risolles..nyum nyum..sedap nih!



Cream caramel by Faezin...Sedap tapi manis macam orangnya! Perasanlah tu!


Angah jugak, anak Aunty Ha yang no. 2. Kerja di Kerteh jugak.



Aunty Ha...senyum aje...




InsyaAllah lebih kurang 4-5 jam lagi Cik Abang sampai agaknya.. Tak sabar!











Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

Monday, November 19, 2007

Semangat..

Assalamualaikum..

Hari ini maklang tak bersemangat nak kerja. Maklumlah the other half is not around. 2-3 hari ni macam jiwang semacam. Terok betul orang tua ni...he..he..he...

Semalam selepas menghantar Cik Abang kat bus station, maklang terus aje ke Mayang de Ulit dekat2 rumah maklang. Before that Cik Abang bawak maklang pergi clinic. I was feeling so tired and he said, tak payahlah masuk kerja. Pergi Dr. mintak cuti sebab kata nak rehat. Befor maklang terduduk, baik relax2 dulu!. And betullah rehat betul semalam. Memanjakan diri. Mula2 dok buat facial. Then sauna - ni maklang dapat free sebab hadiah birthday untuk member. Then lepas tu dilulur badannya dan last sekali dapat free hair wash. Dari pukul 11:00 pagi maklang berbaring kat atas tempat facial tu, samapi pukul 4:00 ptg baru maklang balik ke rumah! Memang puas berehat! Lega rasanya. And as usual, nak menghabiskan petang tu, maklang menyiapkan tempahan RE untuk cushion. Malam pulak mula buat tulips untuk seseorang. Tak siap lagi.


Macam maklang kata tadi, hari ini tak bersemangat kerja. Lembab aje. Mood ilang betul, tapi towards tengahari mood tu dah kembali sikit2. Alhamdulillah. Maybe besok, sibuk kembali!


Sebelum balik ke rumah petang tadi, maklang singgah beli pesanan untuk budak2. And then bawak bibik ke clinic sebab tonsil dia bengkak. Nak telan makanan pun susah kata dia. Nak bawak since last wiken, dia tak mau. Susah betul. So, ari ni main guna nama Cik Abang laa...baru dia nak pergi! Takut agaknya...

Bila dah balik dari clinic, maklang makan sekejap and then sambung jahit langsir untuk Alang. Siap dah 4 keping untuk ruang tamu. Masih banyak lagi tak siap. Sempat jugak maklang guntingkan kain untuk nak buat table runners dia. 3 helai dulu lah..nanti ada masa, maklang buat. Itulah dia...yang pindahnya Alang, yang terlebih sibuknya, kak long dia. Nak buat macamana....dah terbiasa macam ni. Kesian kat adek maklang yang sorang ni...

Tak sabar nak tunggu Cik Abang balik...Rindu laa...


Ini bujang tengah bersemangat sambung kan almari untuk maklang simpan my barang2 menjahit







Ini pulak RE officemate maklang...memang tengah bersemangat ni...Cantek ..walaupun baru first attempt..sangat menarik. I like it so much!





Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , ,