Dari Teratak Maklang ~ 2007

Thursday, August 30, 2007

Selamat Menyambut Kemerdekaan dan Selamat Datang Adek UBA...

Assalamualaikum,


Rasa2nya dah dekat 2 minggu maklang tak masak full blast punya. Last week sibuk and this week lagi sibuk. Nak buat macamana, kerja punya pasal. And bila balik ke rumah melepek semacam. Macam masa hari Selasa lepas, masa baru balik dari KL tu, pergi pulak ke pasar malam sebab lauk dah nak habis. Lepas balik tu maklang dok siang ayam and ikan and sotong. Lepas2 dah siang2 ikan tu, maklang rasa dah tak terdaya nak tarik tulang sotong tu. Macam tak ada tenaga langsung. Melepek…. Lepas dah solat Maghreb, ingat2 nak lah relax sambil jahit, tapi tak sempat apa, langsung panjat katil, and immediately gone with the mimpi…Isyak pun pukul 2:00pagi. Itulah orang kata dah tua ….eh..eh..dah lama….


Hari ini pulak kat pejabat sibuk sangat2. Kalau boleh maklang nak lekatkan Telefon kat kiri kanan telinga ni. Phone berdering tak berhenti, tapi sempat gak intermission , bual2 dengan Wan sat dan Makteh. Sempat jugak nak cilok masuk blog maklang. Tapi tak banyak pun orang yang komen, so taklah perlu nak membalas….


Tengahari dapat pulak sms, dari Cik Abang kata Makde dah selamat melahirkan seorang baby boy. Berat 2.4kg. Alhamdulillah mak and baby selamat. Petang pulak dapat tahu baby masuk kat NICU, tempat Hakim jadik ketua darjah dulu. Harap2 baby makde taklah teruk macam Hakim. Doa kami sekeluarga semuga MakDe and baby cepat2 boleh keluar dari hospital. InsyaAllah hari Sabtu ni nak pergi melawat MakDe.


Sebenarnya maklang ni baru aje lepas buat kueh Oreo cheese atas permintaan UBA. Bibik pulak tengah rebus nasi impit sebab nak buat soto. Ialah bukan selalu Mas nak datang sini kan….So, orang nak datang ni kita masak lah sekadar yang boleh. Bibik pun dah siap buat risolles untuk Mas. Insyaallah bolehlah buat minum petang nanti.


Since dah lama tak masak, and tak ada gambar masakan, maka hari ini maklang letakkan 2-3 jenis masakan yang maklang masak hari ini…

Kacang panjang, kentang, carrot,tempe dan tauhu goreng, sayur campur for today.
Gulai lemak cili padi telur dengan belimbing buluh
Dah ready dah my Oreo cheese untuk menyambut kedatangan Mas and her friend.


Lagi oreo cheese.










Selamat malam dan selamat menyambut Merdeka…Merdeka!


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , , ,

Wednesday, August 29, 2007

Perihal kerja dan hobi

Assalamualaikum…




Kali ini balik dari KL memang lepak betul. Tambah2 pulak kat opis tak sibuk. Kalau sibuk mungkin taklah rasa penatnya sampai macam tu. Maklang kat opis relax sikit sebab projek yang maklang involve sangat tu dah slow down. Sebabnya, ada masalah besar yang tak dapat den nak tolong. Kesian jugak pada pihak pelabur. Tapi ada jugak yang suka sebab dengan terjadinya ini, syarikat kami akain dapat untung lebih sikit sebab kerja2 yang maklang dah lakukan sebelum ini terpaksa dibuat lagi sekali. Entahlah…maklang tak kisah sangat pasal upahnya, sebab kasihan sangat kat pelabur2 tersebut. Apa nak buatkan…kerja. Kalau dah kena buat, buat ajelaa….dan harap2 akan dapat membuatnya seperti sebelum ini.

Dari tak sibuk masa pagi, jadik sibuk sangat waktu petang tadi. Kena call sana sini nak mintak information untuk projek. Bila dah alih tempat, maka orang yang kita nak kena jumpa pun lain sama sekali. Alhamdulillah ada 2-3 department masih ada connection dengan orang yang maklang pernah deal sebelum ini. InsyaAllah akan memudahkan hendaknya. Dan mintak2 pegeawai2 di selatan Terengganu tak banyak memberi masaalah dan tak sim-mim-ba-wau-ngalah…Moga2 mudahlah segala2nya.... Amin.

Petang tadi sibuk nak arrange for meeting next week. Dan nampaknya orang yang nak di jumpa tu macam Ok aje. Mintak2 perception ni betul. Tadi petang pun dapat jumpa pegawai untuk laluan keretapi . Yang bestnya, pegawai tu datang kepejabate kami instead of kami pergi jumpa dia. Last2 balik dalam pukul 6 lebih sebab meeting start dekat2 5.30pm. Oklah the meeting, banyak dapat information.

Tapi yang bestnya hari ini, maklang sempat jugak nak ajar kawan2 yang terminat pulak nak buat ribbon embroidery. Last Thursday masa maklang ke KL dah dapat belikan mereka jarum2 untuk nak buat ribbon ini. Tapi jarum besar yang maklang beli dulu tu tak ada kat kedai ini. Kedai ini banyak jual barang untuk nak buat patchwork ~ sesuatu yang maklang nak sangat belajar, tapi entahlah bila baru dapat. Dari nak beli jarum untuk kengkawan, maklang pulak yang tergoda nak beli buku lagi….Cantek sungguh sulaman buku ni. Tanya kat Cik Abang dia kata beli aje….So, apalagi.... membeli belah lah maklang. Kedai ni memang dah lama maklang kunjungi dari masa maklang kat KL lagi. Kalau ada yang minat pergilah kat kedai ni. ..Nama kedai ni Cottage Patch. Terletak bertentangan dengan Ampang Point. Ph. No. 03 42563106. Ini ada gambar tuan punya kedai Ms. Alice. Kedai Ms. Alice ni ada jugak buat kelas untuk patchwork. So, siapa2 yang minat boleh lah talipon Ms. Alice.



Ini pulak, my latest ribbons. Still in the process….












Terimakasih kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi..>

Labels: ,

Tuesday, August 28, 2007

Sibuk2 aje...

Assalamualaikum,

Apakabar? Lama tak updet. Hari ni bolehlah sikit. Nak pikir bebanyak pun otak jem le. Malam tadi tiba dari KL 12 lebih. Gitu gini pukul 1 lebih baru tido. Sempat gak jengok blog sebab mata tak leh lelap sebab mandi tengah2 malam. Cik Abang lama dah gone sebab masa dia drive tu, maklang teman takat kol 10 aje. Lepas tu dia kata nak tido, tidolaa. Perut dia dah kenyang makan nasi lauk ayam serai dan telor goreng, kira dah kaw timlaa. Maklang pun bukan tido mati, tido ayam aje. Dengar2 jugak dia dok bercerita ngan Hakim. Kakak2 Hakim semua dah gone. Maya, duduk belakang sekali, awal2 dah tido. Angah dan Hakim sempat gadoh dulu and lepas belikan donut and jajan barulah boleh aman damai. Anak2 ni kalau tak ada makanan memang tak leh baik. Lepas dah penuh perut, baru boleh baik…Sabo jelaa…


Wiken lepas memang sibuk. Hari Jumaat tu, maklang masuk opis. Meeting untuk projek yang maklang dok sibuk2. Meeting ngan arkitek dari negeri kat bawah sana. Kat negeri Itot dan Opah De menumpang belajar tu. OKlah. Sampai ke tengahari baru habis. Hari tu pakai kasut baru. Rasa kaki ni terkepit sampai tak boleh napas. Tak tahan betul. Lepas lunch, maklang balik hotel, tukar kasut and keluar lagi ke Putra J nak jumpa jabatan nak padam api tu. Ingatkan adalah depa2 ni. Tapi kami tunggu satu pun daripada pegawai tak masuk. Sebenarnya kami tak buat temujanji pun, main redah aje. Lepas penat tunggu dekat 1 jam, tak sorang pun muncul, so, kami angkat kaki.


Petang tu lepas balik meeting, maklang naik LRT kat depan AP and terus ke KLseesee. Tiba dah 6 lebih sebab jem laa, apalagi! Dah janji dengan darling I nak jumpa kat kedai ayam dekat2 kedai roti budak lelaki tu. Sebenarnya anak2 dah ada date ngan Mak Enon dan Baba and family nak makan sama. Kan birthday Maya…Sedap. Terimakaseh mak Enon dan Baba…Kenyang perut kami. From makan2 we walked to taman permainan kat2 situ. Seronok tengok anak2 main.


Malam tu kami ke rumah Alang lagi. Of course tak makan sebab dah kenyang gila makan ayam dan minum air bergas. Malam tu. Semuanya gone awal, letih dan kenyang.


Hari Sabtu, Cik Abang ajak jalan2 tengok rumah dan kenderaan. Entahlah minat yang mana satu. Mana boleh nak capai 2-2. Tak tercapai kami…nak membayo nya… Nantilah difikir2kan. Anak2 pulak Alang bawak pergi mandi kat rumah baru dia. Atok ikut mereka, Wan ikut Maklang dan Cik Abang. Balik tengahari makan nasi ayam yang pembantu Alang masak. Cik abang sempat pergi belikan rojak India dan cendol. Semuanya sedap!


Petang dekat pukul 5 kami ke KD. Makteh buat kenduri. Bila sampai semua dah siap. Cepat betul Makteh masak. Tapi sempat jugaklah maklang tolong hiris2 epal untuk nak buat kerabu epal yang tengah popular kat blog Kak liza tu. Sedap gulai daging Makteh. Guna rempah ros yang maklang bawak dari Kerteh.

Kami balik dari situ lewat. Letih betul. Tak usik pun bunga riben maklang. ZZZ lagi sedap.


Hari Ahad, best. Apalagi kalau tak sopping!. Singgah Sogo, ingat nak carik sudu kecik aje. Tapi bila pergi kat department anak2, mulalah memunggah. Dapatlah Maya baju 4-5 pasang, Hakim 2-3 pasang, Ucop ( anak Alang), Adlan & (Alman anak Busu), Hanim , Aziq dan Sopia (anak Pak Ngah) dan tak lupa untuk Najib anak Maklong kat Kuantan. Siap semuanya…Lega kalau dah belikan baju Raya they all ni. Terbanglah RM-RM maklang bulan ni. Nasib baik dapat kutu dan bonus. Taklah effect sangat.

Lebih best bila gi carik langsir pulak. Lagi lebat RM berguguran. Tapi memang dah budget untuk nak carik langsir. Tingkap kat ruang TV yang baru siap tu masih togel lagi. Nak kena jahit before puasa ni. Kalau rajin bolehlah gunting malam ni. Alang lagi sopping sakan. Langsir jugak lee, sebab dia dah nak pindah ke rumah baru next month. Tapi yang bestnya, dia tak bawak wallet dia. Nasib baik, ada kartu maklang, or else, tak ada harapan lee…Malam tu, maklang dok gunting kain dengan Alang. Tapi tak dapat seme sebab kepenatan.


Hari Isnin, pepagi Boss kat topis KL dah call suruh attend teleconference. Sebenarnya maklang dah ada jajni nak jumpa collegue, nak discuss pasal power supply tu. Ingat nak masul kol 1, tapi bila dah kena panggil, pergilah jugak. Keluar rumah Alang 10:30, tiba ka topis kol 11:40. Apalagi kalau tak jem punya pasal. Lemas betul!
Nasib baik sekali sekala aje meeting kat KL. Kalau tak fengsan maklang!.

Itulah cerita hujung minggu. Ini dah masuk opis dah hari ni. As usual lembab le….

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , ,

Friday, August 24, 2007

Happy Birthday Nurhumaira ~ We love you...

Assalmualaikum....


Maya tengah bukak hadiah dari Mak Enon dan Baba, mak and Baba angkat Maya
Dapat bear Mr. Bean rupanya..Maya was so happy...












Gambar ni Maya ambik sendiri, tu blur semacam. Bear pink dari Maklang and Sponge Bob Hakim yang suruh belikan untuk kakak dia...Kesian Barbie...terselepuk kat belakang tu!








Hari ini hari jadi anak maklang no. 3, Nurhumaira...

Sekejap aje dah 9 tahun. Ingat lagi masa Maya(jadik Maya sebab masa Angah kecik2 dia susah nak sebab Humaira, jadik Hu-ma-i-ghah, last2 lekat Maya aje) dilahirkan Maya ni keluar tembam. 3.6kg. Bila dah besar ni Maya paling slim. Tak pelah, asal Maya sihat sudah.

Maya ni kalau kerja sekolah selalu up to date. Tak payah bising2 suruh buat homework. So far, pelajaran Maya, Alhamdulillah baik2. Kalau kat sekolah dia memang rajin. Tapi cikgu kata mulut bising sangat. Tak sangka pulak si kenit ni bising. Kalau kat rumah taklah bising sangat sebab mungkin yang lain lebih bising kot.

Tapi Maya ni jangan di usik2 kalau perut lapar. Hangin dia teruk! Moncong boleh sekaki. Tengok aje gambar kat Redang. Sampai berpurdah...tutup muka ngan tudung dia...


Apa2 pun kami sayang buah hati No.3 terpaling sayang...Nurhumaira...Gunung (yang no 1- Intan, No.2, payung, no.3 Gunung dan No.4 Meletup!)Mak dah Abah...Moga2 Maya menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat...

Happy birthday to you...
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to Maya...
Happy Birthday to you...







BTW, nak ucap THANK YOU banyak2 kat Mak Teh and Pak Teh sebab belanja kami makan sempena birthday Maya malam tadi....Seeh sampai pagi ni ha....jumpa lagi nanti...InsyaAllah...Sedap mulut kata Pak Lang...he..he..he..
ni ha....makanan nya dah nak selamat semuanya...
nilah mak teh yang slim cam Maya..
Maya dan Hakim...muka kenyang...


Hakim and Arip and Ajim. Jangan tak tau Hakim dan Arip beza umur cuma 6 bulan aje!



ni Pak Teh yang selalu (ingin) nampak muda...
ni suami maklang yang tercinta..






















Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

Wednesday, August 22, 2007

Redang Day 3 and 4 ~ Goodbye Redang

Assalamualaikum…

Hari ke3 di Redang semua except si bujang excited sebab nak pergi snorkelling. Malam sebelum tu Hakim tak boleh tidur sebab dia takut nak pergi snokelling. Kejap2 tanya. Kalau nanti Hakim tenggelam macamana.?Maya pulak kata kalau Hakim tenggelam nanti Maya tak ada adeklaa…and Hakim cakap pulak, kalau mak gi snorkelling siapa nak jaga Akim. Kejap dia nak ,kejap dia tak nak. Pening maklang dan Abah dia menjawab segala soalan2 dia. Last2 kami kata, kalau dia tak mau tak apalah duduk aje kat dalam boat tu.

Pagi tu kami semua siap awal. 8:30 pagi semua dah ready sebab dah janji nak gi snorkelling at 9:30am. Takut jugak kalau lewat nanti gareng pulak muka ni. Lepas aje sarapan pagi kat hotel, semuanya bersiap nak snorkelling. Maya merajuk, entah tak tahu kenapa. Biasalah tu…ngantuk agaknya…tak cukup tidur!
Breakfast omputih


Merajuk....

Angin Maya baik semula bila nak siap pakai vest. Suka2 hati aje , kejap merajuk, kejap baik. Maklang lagi dia merajuk, lagi maklang kacau dia. Gelihati nengokkan dia.
Semua dah ready untuk snorkelling.



Kami book satu speed boat untuk kami sekeluarga aje. OK jugak. Orang tu kata sewa for 3 jam adalah dalam RM300. Kira Oklah sebab dapat untuk sekeluarga and tak payah tengok orang2 putih yang dah macam tak ada kain nak tutup tubuh tu. Macam2 pesen. Kami lawat 4 tempat untuk nak snorkelling dan dapat pusing pulau. First place was so seram. Sebab nampak dalam sangat. Maklang duk tahan kaki kat tangga boat aje. Memang suspense sebab tempat tu memang dalam. Tapi , MasyaAllah memang indah betul. Allah Maha Besar. Dengan all the corals and fishes, macam tak percaya. Ikan swimming around and very colourful. Maklang tak tengok lama, suspense. Hakim pun takut. Yang 3 orang tu and abah dia aje enjoy. Kami tak lama kat situ sebab memang seram. Dalam sangat. So, Fizzy, pemandu boat tu bawak kami ke Marine Park. Marine Park, jauh beza dengan the 1st place. Kotor and air dia agak berkeladak sebab terlalu ramai orang. By this time bujang dah boleh ketawa2. Seronok sebab naik speedboat. Sekejap aje kat Marine Park, Fizzy bawak kami ke Pulau Paku. Kat sini, maklang berani lah sikit. Lepaslah pegangan dari boat dan snorkel agak jauh dari boat. Hakim pun by this time dah enjoy sangat2.

Mula2 takut konon...peluk maklang masa boat tengah laju...Waa...dah seronok ...atas darat pun pakai goggle..
Tengok penyu.. tengok bujang tu...
Semua dah masuk dalam...mak lang terpaksa sacrifice sebab goggle maklang maya dah kebas..
maya sampai terlelap...








soup minum petangsempat bergambar lepas makan petang
orang2 kenyang...ceria aje muka masing2...


Sambil2 tu dapat jugak menjahit lagi. Perut pun masih kenyang. Dekat pukul 5:00ptg kami mandi laut pulak. Seronok. Angah pulak merajuk sebab Hakim tak nak pinjamkan goggle dia pada Angah. Padahal goggle tu Angah yang punya. Naik dari laut maklang , Hakim dan Maya berendam pulak kat pool. Yang bestnya boleh masuk dengan baju yang kita pakai tu. Tak payah nak berswimming suit. Lifeguard dah beritahu maklang on the 1st day lagi…Tu yang best.

Malam tu semuanya macam nak pengsan. Mabuk satu macam. Perasaan macam terbuai2. Pegang sudu , sudu jatuh, nak minum pun air tak masuk mulut. Hanyut betul!

Semua tidur awal. Badan sakit2!

Next am semuanya bangun lewat. Lepas solat sambung tidor. Bfast pun pukul 9pg.
bujang tunjuk thumbs up lagi...puas hati makan kat hotel!
Lepas bfast kami bergambar disekitar kawasan hotel.
Depan tempat makan Restaurant the Palms
Dekat Pool
Dekat tepi pantai

Depan Pool lagi



Dekat kawasan hotel...cantek
lagi kat kawasan hotel


Gambar disekitar kawasan hotel

terlelap..penat lah tu...ni dah on the way nak balik ke Kerteh..
merajuk sebab tak dapat yoyo...camana mak nak belikan..harga nya RM22.00 se yoyo. Kejap main lepas tu buang...










nak naik bus ke jetty...bye redang...








Then pergi belikan tshirt for Hakim. By 12:00 kami dah keluar dari bilik. Bills Cik Abang dah settlekan the night before.Goodbye Redang... We will come again, InsyaAllah....















Seronok betul cuti kali ini…Alhamdulillah…

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

Tuesday, August 21, 2007

Redang Day 2

Hari kedua kami di Redang, kami jalan2 nak cari breakfast. Kami tak pergi kat kat kedai yang kami makan malam sebelumnya. Pagi2 lepas solat dan mandi, Maklang, Cik Abang, Along dan Maya jalan2 kat kawasan situ. Angah kami suruh temankan Hakim sebab takut nanti dia cari kami. Hakim memang tidur sebilik dengan kami. Kakak2 Hakim tidur kat bilik sebelah ( sebenarnya kami mintak connecting room tapi tak dapat. Tapi nasib baik jugak dapat bilik tak connected, kalau tak pening dengar ketawa2 then gadoh2 anak2 ni…At least dapat jugak maklang dan Cik Abang berehat2 berdua. Nak cakap2 pun senang, kalau tak budak2 ni pasang telinga aje…kiranya , dapatlah ketenangan buat seketika. Tapi asyik2la fon berbunyi…saje nak kacau le tu…)


Kami breakfast roti canai telur (2 kpg), roti canai biasa (2) dan nasik lemak, air teh tarik 3 dan 1 cawan kopi. Kena ketuk lagi. Total semuanya RM 13.00. Roti telur jadi RM 2.oo sekeping dan nasik lemak kalau kat local dia jual RM1 tapi kami discharge RM2. Telur rebus sebiji 70 sen. Kira2 klah sebabnya rasa dia pun OK OK aje… Lepas tu kami beli pulak roti telur buat Angah dan Hakim. 3 keping roti telur dan 1 roti biasa kena RM 6. Yang kelakarnya masa kami tanya kat tukang buat roti tu berapa semuanya, dia tak tau and terus kebelakang nak tanya harga. Heran jugak si pembuat roti tak tau berapa harganya…Tapi tak pelaa…Halal sebab roti tu sedap!

Lepas dah balik ke bilik and lepas Angah dan Hakim makan, kami rehat sat. Maklang sempat buat jahitan ribbon tu. Ialah sikit2 lama2 siap jugak.

Tengah sedap sangat makan roti canai
Gumbira betul...



Main cak cak kat balcony dengan Abah dia...

Nak ke hotel...nak naik glass boat tu...like father like son...





















Bersiap sedia untuk menaiki Glass Boat untuk nak tengok ikan2 kat lautan

















jetty ke glass boat
Semasa kami menaiki glass boat. Ser0n0k tengok batu karang

wah... si macho penakut dan kakak dia






















Cik Abang dan Maklang...


Ada jugak kapal nelayan dekat2 sini...

















Tengok jernihnya air tu...





My 4 lovely kids..
















Lepas kami dah naik glass boat, kami pergi makan kat hotel. Sedap jugak makan tengah hari. Melantak laa apalagi. Anak2 maklang semuanya minus Along, kena kasi makan cukup2. Kalau tak hangin dia timbul lagi. Biasa agaknya anak2 macam tu. Sebabnya, maklang peratikan mat salleh yang kat meja kami tu pun sama. Macam2 kerenah dia melayan anak dia. Isteri dia entah kat mana. At least anak2 maklang dah besar semuanya. Lepas makan, kami balik ke hotel...rehat lagi...Cuti untuk berehat kan.... Lagipun rasa melayang2 aje!
makan tengahari
makan tengahari

















Aksi aksi orang orang kenyang.... lepas the lunch




Ke bilik kami
3002- bilik maklang dan Cik Abang






Bilik 3003- bilik anak2












Lepas dah puas rehat...( semuanya tido kot, tapi maklang menjahit!).Siap jugak lollipop ni...at last...


Kami pergi mandi kat laut lagi. Memanglah best!Lepas dah mandi dekat 2 jam, kami naik ke bilik, siap2, and pergi makan kat hotel. Kali ini kami ambik ala card aje. Mana tahan nak makan buffet. So, anak2 order kids meal, which was very reasonable. Sepinggan makanan of the fish and chips cost about RM 7.50, sosej pun sama and spaghetti pun about the same. Maklang, Paklang and Along order makan nasik with one dish. So total dapat 3 lauklah semuanya. And surprisingly, it total up to about RM63.00, after tolak 10% discount. Puas hati. Lauk sedap and perut kenyang, and no complaints! Malam tu, semuanya tak larat betul...Masih melayang2..


Part of the dinner that we had...

sayur campur
spaghetti RM 8.50









sausage..RM 7.50








Dah nak licin all the food.. Bujang really enjoyed his Casper...spaghetti bolognaise
iLicin....Alhamdulillah..Berbaloi makan malam tu...



Two thumbs up!
















Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: