Assalamualaikum....
Normallaaaa... for me, I am always busy during the weekends. Last weekend, I was busy cooking as well as sewing. Dapatlah siap 4-5 helai tlekong, maklang tampalkan the renda...yang lagi entah berapa helai, tak sempat pegang lagi....
Semalam terajin buat beriani ayam. Bukan apa, nampak daun pudina segar2 kat pasar tani,langsung teringat nak masak nasik beriani. Tapi semalam nasi beriani rasa tak macam selalu sebab kali ini tak guna rempah yang kawan maklang belikan kat Air Hitam or Batu Pahat. Rempah tu memang kelassss. Masak dalam 4 put susu. Bila nasik dah masak, penuh seperiuk. Ayam pulak 1.5 ekor. Saje masak banyak sebab hajat nak bagi kat Kak Yah jiran depan rumah dan Cikgu kat depan rumah. Kak Yah puasa, dan sedang eloklah maklang dapat kasi dia rasa. Tapi cikgu pulak tak ada rumah, so ingat nak hantar pagi tu...tapi dia tak ada rumah. Risau jugak tengok nasi membuak2 dalam periuk. Siapalah nak makan. Along kata dia tak suka, Hakim pun tak suka. Maya pulak banyak mana sangatlah dia nak makan. Nak jaga badan. Abang pun beryani ni kurang. Maklang pun takkan nak habiskan seperiuk.
Mee kuning basah dengan daging for breakfast. Requested by dear Cik Abang..
Beriani ayam
Acar mentah
The whole set ... resepi ada
di siniTapi..Alhamdulillah...habis semuanya, sampai yang mulanya nak hantar kat Cikgu, tak jadi sebab hujan terlalu lebat petang tu, nak keluar rumah tak boleh, so, habislah budak2 makan. Tak apa, ada rezeki nanti buat lagi boleh hantar kat rumah Cikgu.
Siap masak beriani, maklang buat cheesecake. Yang chill punyalah konon. Tapi nampak the filling tu cair aje. Masukkan dalam fridge dari tengahari sampai ke malam, tak keras2. So maklang experiment laa..masuk microwave nak bakar konon...mana boleh keras, no tepung but ada serbuk agar2 aje, surelah cair...So, dapat idea, maklang letakkan lebihkurang 2-3 sudu tepung jagung, kacaukan dan bakar semula. Alhamdulillah...nampaklah keras sikit...dan bila keluarkan pagi tadi, nampak dah OK. So, maklang parutkan coklat dan hias atas kek tu. Oklaa...tapi budak2 ni tak minat kalau ada limau ni...masam lah...apalaa...tau komplen aje. Tapi Cik abang suka. Nasib baik!
Pagi tadi, buat sambal sotong kesukaan semua. Tak ada idea nak masak apa. Mintak bibik gorengkan ikan kerisi dan buatkan bayam rebus dengan ayam. Then masa bukak fridge, nampak pulak ada mangga muda yang Kak Liza bagi tempohari. Korek2 fridge, semua bahan untuk nak buat kerabu mangga. ada..kesukaan Cik Abang tu. So, siap2 potong semua and biarkan dulu. Bila balik tengahari, maklang foldkan masa nak makan tengahari tadi...sedaaaap makan..kata Cik Abang! Maklang tak berapa, makanlah tapi taklah suka sangat macam Cik abang suka. Cheesecake was our desert...Oklaaa...rasa dia.
Kerabu mangga dengan carrot
Bayam rebus with ayam
Ini cheese cake maklang yang tak berapa jadi..
A slice for you...
Dan at last buku cerita yang Along dah mintak Busu preorderkan kat JB tu sampai jugak. Total harga buku ialah RM84. Kedai buku Pop pulang kan another RM 16 kot, sebab kedai2 luar jual murah. Kiranya the extra 16 or 14 hinggit tu, buat bayar harga t-shirt laa...(Maklang baru nak start baca buku ke2 pulak)
At last, the long awaited Harry Potter sampai pun, hadiah for Along's birthday.
Petang tadi, ingatkan nak relax laa. Tak sempat lagi naik ke atas rumah, Cik Abang dapat call kata MakNgah and family and Maklong and family with Datok nak singgah. Apalagi, maklang terus aje ke dapur, nak prepare something. Keluarkan ikan siakap dah ingat nak masak, tapi mintak Cik Abang tanya if they all nak makan malam ke? Dia orang kata tak nak. So, immediately, tukar menulaaa...jadi cucur sotong, with popia again.
Setibanya, Makngah kat rumah, terus nampak kerabu and mereka pun meratah kerabu with sambal sotong and cucur sotong. Laku jugaklah makanan. And nampak Maklong makan macam kenyang betul! I am glad that they all enjoyed the food. Cik Abang tok sah ceritalaaa...Baru kata nak diet siang tadi. Nampak sambal sotong, semuanya hilang!
Tetamu kami petang tadi...
Berselera sungguh nampak tetamu jauh dan 'tetamu' dekat makan....
Tetamu kami left about 8:00pm and now here I am updating this blog, sambil2 tengok TV...Selamat berhari Isnin semua.....rajin-rajin kerja..
Best..InsyaAllah besok Atok dan Wan tiba sini...apa agaknya dia bawak balik for us...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
Labels: cooking, family