Duit segoni dan Egg tofu
Assalamualaikum………………………
Alhamdulillah berkat doa kawan2, bibik tak jadi balik. Atok kata mungkin orang yang jaga anak bibik tu bagi alas an macam tu sebab dia nak duit lah. Bibik ni lurus bendol, seklai bagi duit sampai sejuta. Mesti orang ingat dia kaya. Talipon lak 2-3 sekali. Malam tadi, maklang call Wan Sara untuk nak cakap dengan Bibik. Wan Sara suruh Bibik hantar duit dulu. Tengok macamana. InsyaAllah tak apa2. Bibik kata 3-4 hari sebelum dia call tu, tak ada pulak orang yang jaga anak dia tu cerita anak Bibik sakit. Entahlah…. Tapi apa2 pun mintak2 rancangan nak balik tu tak jadiklah…
Hari ni pepagi tadi dah bangun masak untuk lunch. Bibik dah siap goring mee untuk breakfast so taklah kecoh sangat. Lagi pun budak2 tak sekolah ni taklah kelam kabut sangat. Cuci ikan tenggiri unutk nak masak tomato, sambil2 tu goring egg tofu tu. Ni feberet budak2. Kalau masak 4 bungkus tu tak jadi apa, jadik taik gigi aje. Nak buat macamana dah mereka suka.
Tengahari tadi masa balik makan tu, dok cerita2 ngan Along.
“Along, masa mak pregnant awak dulu, nilah makanan mak”
“Iye kee???”
“Iye…Abah tiap2 hari pergi ke Cozy Corner belikan ni unutk mak. Agaknya sebab tu awak suka”
“Kenapa mak makan ni aje? Bende lain mak tak leh makan ke?”
“Nanti awak pregnant awak tahulah macamana!”
“EEEEEEE….tak nak Dhirah”
Iyela, masa ni cakap tak nak, kang jangan tak sempat graduate dah nak berlaki. Bak kata arwah mak mentua, kalau nak kawin, bagi mak abah duit segoni dulu baru boleh kawin!
Kalau ada yang berminat nak masak egg tofu, ni resepinya seperti dibawah:
4 bungkus egg tofu ni dipotong setebal 1 inci digoreng hingga kekuningan dan ditoskan
1 batang carrot dihiris nipis ( bentukkan macam bunga)
4 helai daun kobis panjang dipotong
3-4 tangkai daun sup dan daun bawang
1 tin cendawan butang atau cendawan hitam yang kering (5-6 kpg) dihiris
1 batang lada merah
Garam, gula
Sedikit minyak bijan (optional)
4 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 2-3 potong halia, ditumbuk halus
10 ekor udang atau 6 ekor sotong ( dihiris nipis)- boleh juga diganti dengan ayam
1 biji telor ayam
2 sbd tepung jagung
1sdt lada putih
1 cawan air
Caranya:
Tumis kan bawang putih dan merah. Bila naik bau, masukkan udang. Biarkan sebentar. Masukkan carrot, batang kobis panjang, dan cendawan butang.
Masukkan lada merah yang dihiris,. Biarkan sebentar. Kemudian masukkan telor, kacau rata. Masukkan tepung jagung yang sudah dilarukan dalam air. Masukkan lada putih, sedikit gula dan garam. Jika masakkan terlalu pekat, tambahkan air. Terakir sekali masukkan daun sup dan daun bawang dan daun kobis dan kemudian letakkan sedikit minyak bijan jika suka. Lepas tu boleh dihidangkan…Selamat mencuba!
P/S: Tengahari tadi, Angah mencari sebab separuh dah disimpan untuk makan malam. Kalau dibiarkan semua, memang jadi Bandarayalah dia…Siap komplen apasal mak masak tahu tu sikit sangat!
Wassalam….
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....