Dari Teratak Maklang ~ 2007

Tuesday, December 26, 2006

SyukurAlhamdulillah...

Assalamualaikum...


SyukurAlhamdulillah. Lega sikit tatkala maklang menulis entry ni. Dari petang semalam ada rasa nak termuntah, terbuang air, pening kepala and so on. Anxiety teruk!.


We started from KL pukul 11:00pg semalam. Sebelum tu, kami sekeluarga plus atok and Wan, Alang and Uncle Jai plus Ucop, Busu and Tyleen and Alan, dan juga PT and MT, Echah and Azim gi makan thosei kat Restaurant Berk@t kat PJ tu. Biasa memang gi makan thosei kalau ke KL sebab kat Kerteh ni manalah ada and since PT and MT nak datang antar Echah, we invited them as well. So total ada lebihkurang 15 orang kot. Seronok makan reramai ni....masa Cik Abang order thosei 20 keping, waiter tu sampai terbeliak biji mata dia. Terkejut betul nampaknya dia...


Semalam masa nak ke Jalan Kucing, tersalah exit, masuk ke hiway Bukit Lanjan. So, we had to make one big circle.Then maklang singgah kat rumah auntie yang kat Karak tu nak pick up kain yang Wan Sarah kirim. Kain tu kain sulam2. Wan Sarah mintak jualkan. Cantek2 kainnya. After that barulah kami masuk hiway and reached rumah Datok at almost 3pm. Solat and then we had our lunch. About 5:30 we left for Kerteh. Sebelum tu sempat berhenti di Kamdar sebab Angah mintak tudung sekolah baru.


Masa di Kamdar tu dapat call dari Alang kata Wan nak kena operate hari ni.Masa tu macam2 rasa ada. Nak termuntah, terber@k and so on. Terperanjat betul. Kalau tahu memang we stayed back. Masa last week, Alang told us that Wan tak tentu lagi bila nak di operate. Alang kata, hari Selasa (which is today), surgeon tu nak check aje Wan dulu.That was why we decided to balik first. Rupa2nya ada miscommunication. Surgeon tu terus nak operate Wan today. Petang semalam Wan dah di admitted ke UH. Alhamdulillah urusan semuanya OK, sebab Alang dan Uncle Jai dua2 kerja kat sana.Or else payah jugak Wan nak dapat di bedah se awal ini.


Tadi pagi Wan masuk dewan bedah pukul 9 pagi. Maklang sempat jugak cakap ngan Wan. Dari pagi sampai le maklang gi kerja tengahari tadi, rasa kecut perut aje.Suspense sebab takut Wan punya operation tak berjaya. At last pukul 2:36pm, tadi Alang sms beritahu yang everything went well. SyukurAlhamdulillah.......


At this time Wan masih belum sedar sepenuhnya. Tengah sedap tidur disebabkan after effect of the bius.


Maklang tahulah jugak macamana rasa bila dibius ni....Sedap betul tidur

Terimakaseh kepada semua yang mendoakan Wan. Moga2 jasa mu dibalas Allah, InsyaAllah...

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Monday, December 25, 2006

Goodbye KL...

Assalamualaikum…


Semalam maklang tak ada ke mana sangat. Pepagi lepas masak breakfast, barulah datang mood nak menjahit. Alang keluarkan mesin jahit tepi dia dan maklang pun menjahitlah. Bila dah pegang mesin ni rasa macam tak nak stop. Habislah semua kain2 sekolah 6 pasang , baju Kedah Wan 2 pasang dan baju sekolah Angah 2 pasang dijahit tepinya. Lepas tu bawak mesin turun ke bawah dan siaplah sehelai kain sekolah angah. Yang lainnya baru pasang zip dan tinggal nak lekatkan pinggang aje. Masa tu dah 2 something. Sebab we had a late breakfast, so makan tengahari pun lewatlah…


Cadang2 nak gi makan kat Chef Ismail kat BSC tu tapi dah tutup rupa2nya. Cik Abang ingatkan nak gi beli aja lauk, tapi tak ada. So, semalam dia pusing keliling PJ, tak ada kedai dibuka. Tapi at last dia dapat jugak. Kat satu gerai tu dia beli siput sedut, masak lemak kuning pucuk ubi dan tempe goreng berlada and it costs him RM 12. Ok lagilah tu. Then dia pergi ke gerai sebelah tu, kat gerai ni banyak lagi lauk dia, whereas kedai sebelum tu lauk dia dah habis. Dia dengan senang hatinya mintak beli siput sedut, ikan pari masak asam, ayam goreng 4 ketul, kerabu mangga, sambal belacan, sambal tempoyak dan rendang daging. Terperanjat jugaklah bila kakak tu kata that it totalled up to RM 70. Siput sedut yang kat kedai sebelum tu costs him RM 5, kat kedai kakak tu jadi RM 15. Sampai 2 kali kiralah. Nak tak nak terpaksa ambik jugak. So, tengahari tu, macam makan kat restaurant jugaklah. Mahal betul. Ke memang macam tu kat sini?



After the late lunch, lebihkurang pukul 3:30 maklang and paklang pergi visit sedara belah paklang kat SB. (Lama dah tak berjalan berdua2an ni. Kalau anak2 ada nak berbual pun susah. Asyik mereka aja nak cakap!) Anak2 semuanya ada agenda masing. Along dah ikut Busu pergi cari kasut sekolah dia. Angah, Maya and Hakim nak ikut Alang ke Lake Garden (Tapi tak jadi pergi sebab hujan! Kesian mereka). Lama jugak kami kat rumah aunty tu. Dia hidangkan spaghetti and barbecued chicken dan tart gulung. Maklang cuma rasa sikit aje kuah spaghetti tu. Tak boleh nak masuk lagi dah. Maklum le baru lepas lunch. Tapi kueh tart dia memang sedap. Masa kami balik tu, aunty siap bekalkan kami.


Lepas solat kat rumah aunty, kami pergi pulak tengok2 tanah kat PJ. Cik Abang kalau pasal tengok tanah ni memang dia paling suka. Then pergi tengok rumah kawan yang baru pindah. Rumah dia dekat sangat ngan rumah PT & MT. Dari rumah PT, nampaklah rumah kawan ni. Dia pindah last Friday. Dia dan husband dia dulu satu Uni dengan maklang. Seronok tengok rumah orang. Dia bawak lah keliling rumah dia. Luas jugak rumah dia. Ada design English, Zen and Malay architecture. Lampu2 kat ruang makan dia paling maklang suka. English!


Kejap aje kat situ, we left for Alang’s. Atok dah call ajak pergi rumah my cousin di Ampang.

Malam tadi dah packing untuk nak balik. Kalau tak, sure kelam kabut kalau nak buat pagi ni. Sat lagi, InsyaAllah kami akan bertolak. Moga2 selamat diperjalanan….InsyaAllah…Jumpa lagi di Kerteh nanti, InsyaAllah…. ( tapi nampak2nya sure sibuk sebab kain baju sekolah banyak tadi ready lagi…nak marathon lepas ni, InsyaAllah…)


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Sunday, December 24, 2006

Makan2 di PJ

Bismillahirrahmanirahim……….


Alhamdulillah…Syukur kepadaNya kerana memberi rahmat kepada kami sekeluarga. Dan kami sentiasa berdoa moga2 semua ahli keluarga dan sahabat handai kami juga dilimpahi rahmatNya….InsyaAllah. Kami juga berdoa moga2 Allah memberi kami petunjuk ke jalan yang benar, menghilangkan perasaan yang tidak baik sesama insan dari hati kami. Dan sekiranya terdapat sekelumit perasaan dengki atau irihati kami sesame insan, kami mohom kepada Allah moga dipadamkan perasaan begitu dari hati kami, Amiiinnnnnn…



Seronok semalam. Petang semalam lepas Asar, kami anak beranak pergi ke rumah Makngah. Biasalah kalau pergi rumah makngah ni, kalau tak ada 2-3 macam makanan atas meja tu tak sah. Makngah ni memang terror masak. Maklang suka makanan masakan makngah. Agaknya turun dari arwahnya. Semalam makngah buat tahu sumbat, wantan goreng dan mee hoon sup. Ada jugak air kelapa. Air kelapa tu sedap sangat. Pakngah kata dia ambik dari pohon kelapa dari depan rumah dia.


Lepas solat maghrib berjemaah, kami bertolak ke PJ. Ramainya lah manusia. Lama jugak kami tunggu nak secure tempat duduk. Sebelum dapat tempat duduk tu, kami park kat salah satu tempat dekat celah2 kedai tu. Puas jugaklah tunggu. Pakchu and Makchu yang tiba dulu. Then Atok and Wan and my adek2 and last sekali baru PT and MT and the gang. Anak2 dara yang order2 makanan. Cik Abang Cuma order satay aje. The rest of the makanan, bebudak yang order kan dan tunggu. Kiranya we were well served lah last night.


Tapi yang best sekali yang kecik2 ni la. Maklum lah ruang makan tu besar, jadinya ada tempatlah nak berlari2. Maya, Hakim, Pipa, Fahmi, Usop dan Alan dok main tol-tol. Gelihati nengok kan. Si Pipa jadi tukan jaga tol sambil pegang icecream. Masa tu tangan di palang lah kat tiang tu. Bila orang nak lalu, dia bagi jilat icecream kat tangan dia dan palang tol tu naiklaa…Gelihati tengok bebudak ni. Untunglah macam tu. Tak payah bayar duit, jilat icecream “boom gate” tu naik aje…


Si Alan, Fahmi and Ucop jadi ekor Hakim. Mana Hakim pergi kat situlah mereka. Seronok tengok bebudak ni mingling with each other. No perasaan iri hati or dengki with each other. Gadoh2 tu biasalah....bebudak. Kejap aje marahnya, lepas tu baik balik. Moga2 mereka begitu selamanya, InsyaAllah…


Alhamdulillah semuanya enjoy malam tadi. At last hasrat Cik Abang nak berkumpul dan makan2 tercapai setelah sekian lama tak dapat berbuat demikian. Maklumlah dapat paycheck setahun sekali. Mengah jugak nak menunggunya. Maklang pun rasa relief sesangat bila akhirnya setelah menanti lebih setahun, dapat jugak hasilnya. Bolehlah bernafas sikit. Kalau tidak tu budget constraint tak sudah2.....


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Saturday, December 23, 2006

Cuti di KL - "Winter" Cleaning

Semalam kami sekeluarga dok winter cleaning rumah Alang. Pagi2 maklang dan Ty Leen ( Short form for Aunty Leen) dah mula masak. Goreng mee kuning dan terus masak for lunch. Then kami pun membongkar study room Alang. Aleh2 meja, vacuum sana, vacuum sini, susun meja , susun buku, ganti langsir and all. Ty Leen siap pakai mask sebab berabuk. Cik Abang telan telfast kot sebab dah nak selsema. Sib baik Busu, maklang and Dhirah ok. Boleh bertahan. Kiranya kami ‘mengamuk’ lah semalam. Wan dan Atok berehant aje kat depan. Satu rumah berabuk. I jadi ‘bibik’ besar semalam. Bibik yang ada kat rumah ni entah buat apa pun tak tahu sebab habuk tebal bukan main. Alang pun dah malas nak suruh. Malas sangat!. Nak berentikan lagi ada…


Kami pun mengemas sebab nak siapkan bilik untuk Wan masa recovery. Takkan nak suruh Wan panjat tangga. So, we moved the two katil bujang kat bilik atas tu masuk kat study room. Meja study Alang bawak masuk kat bilik dia. Tinggal meja Uncle Jai ( hubby Alang) dan meja Aunty Ain aje ( adek Uncle Jai) kat bilik tu. Penatlah jugak. Then we bought a King size katil and TV untuk Wan kat bilik atas tu. Nanti nak connectkan ke Astro jugak. Kesian nanti bila recovery tu Wan tak boleh nak ke mana2 dan lagipun kalau dia ada her own Astro, she can enjoy it on her own with Atok sebab tak payah nak rebut2 time2 dia nak tengok syarahan agama and all. At least maklang harap she will be comfortable with all these. We are all hoping for the best for her. Menadah tangan memohon rahmat dari Nya memang satu kemestian buat kami sekarang ini.


Semalam, kami dok panggil Alang , IBU. Bibik2 dan Supir2 sibuk mengemas rumah dia. Jam 1:00 dia call suruh Pak Supir ( Cik Abang lee) ambik dia. Nak balik makan!.( Klinik dia dekat aje ngan rumah, about 5 mins away. Kawasan Uni ni jugak. ).Maklang tidur waktu orang pergi solat Jumaat tu. Penatnya…..Dahlah malam sebelum tu, tidur sempit2 atas lantai. Sakit badan betul!.


Petang lepas solat, kami gi rumah Aunty Ha, kat SA. Lupa betul yang semalam was her birthday. So, maklang tak bawak apa2 hadiah pun. Dah 49 dah. Dia goreng roti bom, makan ngan sardine, ada kek, ada karipap etc. Kalau jumpa Aunty Ha memang best! Dia baik. And we used to be very close masa berjiran dulu. Atok dan Wan pun ikut semalam. Mereka pun kenal Aunty Ha.


Malam ni pulak, Insyaallah kami jemput adek beradek, mine and Cik Abang gi makan kat PJ. Sebagai meyambut turunnya hujan…Alhamdulillah, kemarau dah pun berakhir...Syukur pada Allah....…


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Friday, December 22, 2006

Cuti di KL 3rd day

Sekarang ni rasanya hambar aje. Takut nak enjoy lelebih. Dalam hati asyik ingat sakit Wan aje. Kenapa ye, kami diberi dugaan sebegini. Kuat ke kami nak menempuhinya? Tiap kali lepas solat, pasti kami menadah tangan memohon kesejahteraan kesihatan dariNya, terutama buat ibu tercinta. Juga buat Abah yang amat kami kasihi. Moga2 rayuan dan permohonan kami di kabulkan olehNya yang Maha Mengasihani pada umat2nya yang kerdil ini. Bukan tidak meminta sebelum ini, tapi kali ini rayuan kami memang lebih2 dari selalu….InsyaAllah berkat doa kawan2 juga, Wan dan Atok sihat akan sentiasa……….InsyaAllah.



Pagi semalam lepas selesai memasak dan mengemas kat dapur Alang tu, maklang siap2 dan pergi ke Sg Buloh. That was the first agenda. Memandangkan nak ke rumah Pakteh malam tu dan tak ada pulak buah tangan, kami bercadang nak carikan Pakteh dan Makteh pokok cili padi warna purple tu untuk mereka. Sebenarnya masa kat Kerteh tu Makteh memang dah berkenan kat pokok tu, tapi maklang punya pun baru nak besar. Maklang pun baru aje beli kat Pasar tani masa ada Mega Pasar Tani tu. Dulu2 ,memang ada dah pokok cili ni, tapi dah pupus. Yang dulu, maklang beli banyak sangat anak dia. Everytime orang datang, selalu kami bekalkan pokok tu. Dah lama dah tu. Tapi tu jenis lada dia yang tirus. Yang baru beli ni, lada dia bulat2. Memula masa muda tu dia pedas sangat. Kaler purple. Bila dah tua, kaler dia tukar jadi merah. Kalau nak pedas, makan masa dia puple. Sure berpoloh2 dibuek eh….



So, semalam pagi tu, kat Sg. Buloh nak kearah Kota Damansara tu, kami singgah dari satu nursery ke satu yang lain. Tak ada satu pun yang cili purple. Bunga aje yang banyak. Maklang yang memang suka pokok2 bunga ni rasa syok semacam je. Habislah 80% of the total nursery tu kami pergi, tapi satu pun tak ada. Last2 ajak Cik Abang masuk ke dalam tempat orang sakit Kusta punya kebun bunga tu. Dulu2 masa maklang duduk kat Selayang , lebihkurang 10 tahun lepas, memang kami selalu gak pergi shopping pokok bunga. Le ni payah le sebab nak bawak balik tu, payah lah. Kereta pulak penuh dengan anak2 dan barang2. Mana pulak nak letak pokok bunga!. Kat situ pun susah jugak nak cari pokok cili tu. After dah pergi dekat 10 nursery, last2 baru jumpa. Tu pun bukan yang cili bulat macam maklang beli tu. Ada yang purple tirus dan yang kuning. Geram punya pasal, maklang beli 8 pasu. Set of 4 cili purple dan 4 cili kuning. Pokok segar2 belaka. Satu set for Wan dan Atok, satu set for MT and PT, satu set untuk makngah dan pakngah dan satu set for Alang. Untuk sendiri ada jugak seludup pokok bunga kaler purple tu.( Tak boleh nak ambik gambar lah, maybe Pakteh boleh masukkan kat blog dia. Ni nak masuk emtry pun payah sebab kat rumah Alang ni IE dia guna 1515 je. Lombab!)


Seronok gi kat nursery2 ni. Rasa macam kat Cameron Highlands aje. Cantek betul!

So, malam tadi dah pun hantar seset kat MT and PT…Harap mereka suka...


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Wednesday, December 20, 2006

Cuti di KL - 1st & 2nd day

Assalamualaikum...

Kami tiba di KL pukul 4:00ptg. Dari rumah bergerak jam 9:30pagi. Berenti kat pasar Kerteh sat sebab Wan dah talipon suruh belikan ikan kat pasar. Manalah nak ada sebab sekarang ni musim tengkujuh. Tapi Alhamdulillah rezeki agaknya, adalah pulak. Tapi bukan ikan dari Kerteh, ikan dari Kuantan. Kalau dari Kerteh lebih fresh. Beli ikan kembung 2kg, ikan cencaru 2 kilo, ikan tenggiri 1 ekor dekat 3.5kg, ikan merah 2.5kg dan udang 2kg. Memulanya masukkan ikan2 tu dalam kotak putih tu, tapi ada pulak hamba Allah yang datang nak tolong packkan. Letak ais and garam dan lapis2kan kat makanan laut tu. Siap2 tu dah pukul sepuluh. Singgah di Kijal beli lemang, sebab Atok dan Wan suka, singgah di Kemaman sebab ada urusan kat pejabat tanah, singgah di Chendor beli keropok lekor, singgah lagi kat Kuantan, sebab ada urusan ngan bank, lepas tu singgah pulak beli KFC sebab dah waktu lunch (makan dalam kereta aje). At last kami tiba kat rumah Alang pukul 4:00ptg. Berkejar sebab semuanya belum solat lagi.



Sampai2 Alang dah siapkan rendang ayam dan kami pun makanlah. Sedih jumpa Wan masa tu tapi kami kuatkan semangat sambil ingat dalam hati yang semua yang berlaku adalah kerja Allah. Mudah2an ada rahmat dan hikmah disebalik apa yang berlaku. INSYAALLAH.....



Malam tadi pergi ambik Angah dan Maya kat rumah Pakteh. Kejap aje disana kami pun pulang.Letih badan sebab lama sangat di perjalanan. (Terimakaseh bebanyak Pakteh and makteh kerana melayan kerenah anak2 kami tu....)


Hari ni budak2 sibuk nak tengok Cicak man. Oklah. Tapi masa tengok tu tak enjoy sebab asyik teringatkan Wan aje. Ialah selagi Wan tak selamat dibedah, hati Maklang memang tak senang. Tadi petang Wan pergi check darah dan x-ray. ALhamdulillah semuanya nampak OK. Alang pun baru beritahu yang operation tu tak jadi this Friday, sebab tak ada operation this Friday. Hari Selasa depan baru boleh jumpa surgeon tu. By then kami dah balik ke Kerteh sebab Along kena register on that day. Tu pun belum confirm lagi bila nak operate. Moga2 segala2nya mudah untuk Wan. Dan Atok kata, bila Wan dah sihat, Atok nak bawak Wan ke Mekah untuk umrah dan kalau ada rezeki dan panjang umur, dapat pulak menunaikan haji lagi tahun depan, InsyaAllah...


Untuk semua teman2 yang mendoakan kami, kami ucapkan ribuan dan jutaan terimakasih. Moga2 segala usaha kita diberkati Allah, InsyaAllah dan moga2 semuanya berjalan lancar....



Wassalam....



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Tuesday, December 19, 2006

Berita tak baik....

Assalamualaikum.....


Semalam kami terima berita yang tak baik. Wan dan Atok tak jadi pergi ke Mekah. Wan disahkan sakit. Berderai airmata maklang. Rasa macam nak tercabut nyawa maklang. Ibu yang sangat2 kami kasihi disahkan menghidapi penyakit yang berbahaya. Atok pun menangis bila dapat tahu. Sebenarnya Wan dah lama jugak complain kata perut dia selalu sebu aje. Hari tu dia complain pulak, kata bila buang air ada darah pulak. Bila gi Dr dia kata tak ada apa2. Lepas tu semalam, Alang dapatkan jugak untuk nak masukkan scop kat Wan dan sah Wan tak sihat.


InsyaAllah hari Jumaat ni Wan akan dibedah. Doakan untuk kesihatan Wan ye, dan Atok dan Wan dan kami semua tabah menghadapi dugaan ini. Doakan ye....


Pagi ni kami akan bertolak ke KL, seperti yang dah diplan. Doakan semuanya selamat, InsyaAllah.


Sehingga berjumpa lagi....Wassalam...




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Sunday, December 17, 2006

Makde Kawen Part 1

Dah lama rasanya tak duduk rumah during weekends. Dua tiga minggu lepas, tiap minggu ke Kuantan sebab nak servis kereta, then ke Kuantan lagi sebab wedding Makde. Memang sibuklah........Jumaat lepas pulak hantar makde ke rumah pengantin lelaki. Kalau kat sini, mereka panggil ‘menyambut menantu’. Kalau kat pantai barat, kita panggil’ bertandang’


Hari Jummat tu, dalam pukul 9:30pagi bebudak ni semua dah siap. Maklang pun dah siaplah pakai baju serba merah sebab makde kata theme kali ni merah. Maklang pakai tudung brown sebab nak matchkan dengan bunga kat baju tu. Tapi bila Cik Abang siap, dia pakai lak baju purple pink. Dah berlainan. Tak sedondon lah pulak. Bukan maklang tak ada baju purple pink tu. Ada. Tapi masih kat penyidai baju lagi. Cepat2 maklang ambik baju tu masukkan kat dryer. Tapi masih basah lagi kat pinggang dan padding kat baju tu. Apalagi, mintak tolong bibik keringkan lagi sambil maklang gosokkan kat pinggang tu. Sebenarnya baju tu baru ambik dari tailor petang sebelumnya. Nasib baik baju tu sempat kering. Kalau tak, tak sedondon tak best pulak!


Pukul 10:00 pagi, kami keluar dari rumah. Sempat pulak berenti kat Pasar tani nak belikan cekak rambut Maya dan Pipa. Nasib baik ada cekak yang ada bunga2 ros. Kenalah dengan baju pink mereka. Seronok pulak tengok budak 2 tu, macam kembar. Belikan jugak gelang crystal tipu tu sorang satu. Tapi biasalah kalau belikan Maya, Angah mesti ada dan kalau belikan Pipa, takkan nak suruh Anne putih mata pulak. Si Angah dan Anne ni memang suka sangat benda2 macam ni.


Bila tiba kat rumah pengantin, it was about 11:30 kot. Cuaca OK, tapi sat lepas tu hujan lebat jugak. Orang tua2 kata, kalau kawin hujan, maknanya pengantin suka makan sambal belacan. Sedap gulai daging. Maklumlah daging fresh. Lembu baru disembelih petang sebelum tu. Manis rasa daging dia. Maklang dan Cik Abang kalau kena gulai daging tu, makan pulak ngan ikan kering , sambal belacan dan pencuk...….Aduhhhhh...sodapnya....Kesian Pakteh tak boleh makan bebanyak sebab takut kawan baik dia , Mr . Gout, datang ngendeng pulak. Baru ye ,tak balik Kolumpo kang.


Lepas makan settle kat dalam rumah. Makde kena duduk aje tunggu orang datang. Adat sini, kalau jumpa pengantin, baru dapat bunga telor. Tu untuk yang pompuan laa. Duduklah sorang kat tempat yang disediakan, kiranya macam pelamin laaa. Jenuh jugak tengok dia duduk sensorang kat situ. Tapi nasib baik anak2 sedara ramai yang dok kacau2 dia. Masa kaum lelaki gi solat Jumaat, budak2 dah mula mengamuk nak balik. Panas betul masa tu,hAkim dan boring sampai baring2 kat kaki maklang. Azim dah senget2 kat Makteh. Ngengek nak balik. Ariff dok mintak air aje. Dilla pulak nasib baik dah tertido. Kalau tak pengsan makteh. Nasib baik jugak Ajim, good mood nak main2 ngan maklang....(akan bersambung, InsyaAllah)


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Thursday, December 14, 2006

Hakim si Kememe

Dua malam lepas, maklang hot sangat. Dahlah masa tu dah mengantok. Pukul 11.30mlm. Letih pulak. Kejut2kan si Maya suruh bangun solat Isyak, dia tak nak. Memula tu suara perlahan aje, lepas tu lama2 naik geram pulak. Mentang2 Abah tak ada, jadinya tocang semua berdiri. Si Anne ngan Pipa takut agaknya tengok maklang hot. Hot maklang ada tempat. Kalau bebudak ni malas nak solat memang boleh jadi geerrrrrrraaaaaam sangat. Si Maya tak nak jugak. Last2 Along dia angkat dia keluar dari bilik tidur maklang. Dia sebenarnya dah tertidur atas katil maklang. Lepas tu nak kejut, payah pulak.


Masa marah kat Maya tu, maklang kata,’ Maya, Maya ni tak sayang mak ke? Kalau Maya tak sembahyang, nanti bila mak mati, Allah akan tanya kenapa tak suruh anak sembahyang. Abah pun kena tanya jugak. Maya tak sayang mak ke? Nanti mak dengan abah kena masuk neraka kalau anak2 tak sembhayang’ Lebihkurang camtu lah maklang bukak radio malam tu.


Yang buat lagi hot, dia buat degil dia. Mata kita ni dah ngantok sangat, nak nego lama2 dah tak tahan laaa. Lepas tu, maklang masuk bilik, kunci pintu dan siap2 nak tidur. Si bujang memang dah standby, nak tidur sekali. Abah tak adalah katakan..... Tak aleh2 nampak mata dia berair.


‘Hakim nangis ke?’

Dia diam aje dan nganggok.

‘Kenapa Hakim nangis? Siapa buat?’

Langsung berderai dia........”Hakim takut mak masuk neraka. Hakim sayang mak!’



Laaa.....pasal tu rupanya….Gelihati betul tengok si Kememe ni...Sah turun dari Pakteh dia.

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Wednesday, December 13, 2006

Anak 7

Hampir seminggu dah maklang training nak beranak ramai. Ramailah tu kalau dah 7 orang anak. Setakat ni masih kira OKlaaaa… Bebudak ni kalau dia dah seronok main tak kisah dah. Cuma satu benda yang kena siap ---- makanan atas meja aje.


Ahad:


Malam pertama kami makan ramai2. Maklang buat nasi goreng. Atok, Wan, Cik Abang, Maklang, Dhirah, Pika, Anne, Faezin, Maya, Pipa dan Hakim. Semua makan semeja.


Hakim tanya kenapa makan kat meja kat depan – meja of 8 plus 3 kerusi tambahan. Kita ramai hari ni, maklang jawab.


Seronok tengok bebudak ni makan. Anak2 MT and PT pun makan bertambah2. Anak2 maklang pun sama naiklah. Tapi tu dah norm mereka.



Isnin:


Pagi tu Bibik goreng burger. Atok dan Wan balik pagi tu. Tengahari, bibik buat ikan bawal masak tomato dan ikan goreing tepung. Bebudak breakfast pukul 12:00pm Bibik kata, makan tengahari pukul 4:00ptg. Suka hati laaaa…


Petang tu, dah tak ada lauk. Masa balik tengahari dah pesan Bibik suruh rendam meehoon 1.5 bungkus.


Balik office, potong ayam, basuh udang dan sotong, tumis , masukkan bahan2 dan biarkan kejap. Lepas tu naik mandi. Pukul 8:00pm, panggil bebudak makan.

Gelihati tengok Pipa makan, berebut2 udang. Udang pulak ada sikit aje, satu Tupperware kecik, ada gaknya dia makan 5-6 ekor. Habis udang kakak dia, dia rebut . Kesian pulak tengok. Si Anne memula nak sesenduk aje mee, lepas tu tambah sampai 2 kali. Pipa dan Pika pun sama. Malam tu selamat mee sebungkus setengah. Sebelum naik atas, maklang pesan kat Angah kalau lapar, goreing lah nugget. Pukul 10:00mlm tu memang semerbak dia goreng nugget. Habislah dekat sekg. Terror bebudak ni makan. Agaknya sebab makan reramai dan petang tu dok berendam dalam pool lama2 , tu yang lapar.


Selasa:


Breakfast maklang buat macaroni sup. (Sorry eiyra…maklang lupa ambik gambar!). Bila balik tengahari, dah tinggal sikit aje dalam periuk 5 liter tu. As usual Dhirah yang complain. Anak2 PT and MT , asyik dok kata…sedap…sedap…sampai malam sebelum tu Anne kata, “Pandainya maklang buat kueh!” Gelihati dengar. Si Anne dok makan kueh Raya yang tinggal sikit2 tu. Katanya tak pernah makan biskut maklang buat. Eh…ye ke ni????

Dhirah, Anne, Pika buat Famous Amos semalam. Jadilah, cuma kurang coklat cip. Anne kata, mama buat lagi sedap.......Of courselaa, ni Dhirah buat baru kali ke2 with no supervision. Kira passlah. Rangup!


Petang semalam, maklang gi pasar malam. Beli laksam. Pika kata dia suka. Beli air kelapa, donut, keropok leko, putu piring dan bahan2 basah. Lepas makan tu bersih2 ayam dan siang2 ikan, pukul 8:30 malam baru mandi. Badan dah bau ikan. Penat. Ingatkan nak belog tapi Pika and Dhirah dok pegang PC entah sampai pukul berapa tak tahu pulak.


Cik Abang dah di KL. Naik Fix Wing dari Airport Kerteh. Ada meeting hari ni dah besok. Tinggallah maklang dengan anak 7.

Tadi pagi dah buat Buttered Prawns. Pika dan Anne kata mereka suka. Buat sambal telor yang ambik dari wedding Makde hari tu. Ni Angah suka. Pagi tadi buat laksa Terengganu. Panaskan kuah yang dah ada dalam freezer tu. Laksa dia beli kat Pasar malam, petang semalam.


Ni tak tahulah apa kabar bebudak tu....



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Sunday, December 10, 2006

Selamat Pengantin Baru Makde and Pakde...

Assalamualaikum .....



Ni dah kat Kerteh semula. Kena balik jugak malam tadi sebab Cik Abang ada kursus 3 hari mulai hari ni. Malam tadi kami tiba pukul 12 lebih. Bertolak dari Permatang Badak lebih kurang 10:45mlm. Dah agak2 mesti tiba lewat. Sebelum bertolak dah mandi manda, bersihkan badan dan semuanya already clad in baju tidor, barulah memulakan perjalanan. Maklumlah satu hari bermandi peluh, bekerja kuat untuk nak menjayakan hari besar Makde dan Pakde ( a very warm welcome from all of us to him), kalau tak bersihkan diri, tak segar, mau tak sampai Kerteh nanti. Anak2 kami, yang 3 besar, minus Hakim yang dah balik awal dengan Atok dan Wan dan Bibik, masuk2 kereta aje terus berdengkur. Maya yang memula bising perut lapar, tak sampai 15 mins dah gone. Kami bawak anak Pak Teh yang 3 besar tu ke Kerteh. Belajar2 nak ramai anak- tapi rasanya tunggu cucu je....he..he... Kereta agak sempit , tapi nasib baik anak2 Pak Teh comei2 belaka. Jadinya selesa jugaklah....... Maklang pun tak larat nak teman Cik Abang berjaga all the way. Ada tertido jugak. Ngantok sesangat!. Tiba di traffic light kat Chukai tu, masa tengah lampu merah, kami exchange seats. So, maklanglah mengdrive sampai ke Kerteh. ALhamdulillah selamat sampai........ Masa tiba tu cuma Along aje tak tidur. Dia tolong angkat si Pipa sampai atas. No problem sebab Pipa ringan aje kalau compare ngan Hakim. Ikut Makteh lah tu....slim aje, pinggang macam kerengge.....Anne pulak tido kat seat paling belakang. Kaki naik atas. Memang selesa betul nampaknya. Sesampai aje, maklang angkat2 apa2 yang patut, paksa budak2 tidor and maklang pun check-in laa.......Letih!




Makde’s wedding was a success. Cuaca OK walaupun renyai2 sikit. Malam sebelum nikah tu ada buat tahlil sikit untuk arwah MIL. Maklang tak dapat attend sebab flight dari KL ada yang 9:50pm the earliest. Nak ambik pukul 6:30 tu memang tak sempat. So, malam tu tiba dalam pukul 11:30pm. Balik rumah datok sat, salam ngan ipar2 & biras, duduk sat, and terus ke Permatang Badak. Kami sekeluarga check-in kat sini sebab rumah datok dah ada 2 families. Tempat tidor not a problem mana2 pun boleh. Lagi pun makteh, awal2 dan ajak. Thanks a lot, Makteh and Paktehfor the hospitalities........


Pagi sebelum nikah tu, tak adalah sibuk sangat. Maklang cuma tolong2 jaga makanan aje. Senduk2 kan lauk dan hidang kan makanan buffet style kat meja luar tu, kat bawah khemah. OKlah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Masa akad tu pun maklang tak tengok sebab duduk kat bawah khemah arranging the food. Everything went well. Makanan yang di cater pun sedap2 especially kueh bakar tu....Sedap betul!! Tak puas rasa nak makan kueh tu. Rasa macam nak order lagi aje...

Malam lepas khenduri tu, tak ada buat apa2. Sempat jugak tengok Muzik2. Sambil2 tu maklang menjahit manik kat telekong Wan. Menggigil jugaklah nak siapkan sebab I only have less than 10 days to complete it. So, bila tak ada kerja tu memang lah kena menjahit. Alhamdulillah sempat jugak 2-3 bunga siap.



Semalam pagi, kami tiba kat rumah Datok agak lewat sebab maklang perlu nak jumpa someone kat Bandar Kuantan. Pergi hantar barang kat dia. Selesai tu, balik semula kat rumah MT dan pick up bebudak. Tapi sorang pun tak nak naik kereta kami. Semua nak naik kereta PT yang canggih tu...MT and dua bibik yang naik kereta kami. Kesian PT, bawak budak2 sampai 10 orang, macam kindergarden!!!




Masa khenduri pun, maklang in-charge of membungkus the nasi buat berkat ( mana tak tombam, asyik bau lauk aje). Ada dua bibik yang tolong, plus makcik and makcu. It was OK. Tapi peluh maklang sebaldi agaknya sebab berbahang dalam rumah. Kat luar hujan renyai2 tapi still panas. Sebab cuaca mendung tu and engrossed in the work tak perasan yang dah nak tiba masa pengantin nak bersanding. Tau2 dengar bunyi kompang aje. Meriah jugaklah. The couple wore purple outfits( teringat masa maklang dulu, theme dia purple gak, tapi pakaian kami pink). Maklang tak berapa tengok sebab sebuk dengan kerja2 maklang. Hakim was happy dapat tengok makde jadi pengantin. Sebelum tu he warned maklang supaya jangan buat kerja sebab dia susah nak peluk maklang. Bila dia nampak Makde jadi pengantin, baru dia stop kacau mak dia...


Atok dan Wan tiba sekejap lepas pengantin tiba. Waktu tu hujan renyai2. Lepas sanding tu ada acara menepung tawar. Ni pun maklang tak tangok, dok melayan tetamu. Adek arwah MIL, maklang senior tiba dari Melaka before pengantin sampai. Masa tengok muka maklang senior tu, maklang tetiba rasa sebak pulak. Rupa maklang senior memang mirip sangat dengan arwah MIL. Cepat2 maklang junior (myselflaa) hilangkan perasaan sedih tu.....


Jamuan berakhir lebihkurang jam 4. Selesai semuanya dan caterer dah balik, operasi membungkus makanan yang lebih pun bermula. Banyak jugak makanan dibungkus untuk diagih2kan ke jiran2 dan kawan Datok dan arwah MIL. Paklang dengan adek2 dan kakak dia naik kereta untuk nak hantar lauk2 tu. Kami yang tinggal kat rumah dok membersihkan dapur dan ruang tamu serta verandah kat depan rumah tu. Dekat2 pukul 7malam semuanya dah bersih macam biasa. Paklong and Pak Ngah were very busy cleaning the periuk belanga kat luar rumah.



After dah solat, sessi bergambar untuk pengantin lapok tapi fresh bermula. Memula Pak the and Makteh. Then both of us and so on. Siap ambik2 gambar style pengantin baru. Lentok2 and letak kepala atas dada Cik Abang memasing.......Masa tu anak2 jadi the spectators..Wu...wu.....rasa macam pengantin baru lak…..Pecah perut dan berair mata dok ketawa. Datok pun dok tersenyum senget aje.... Lepas tu, makngah panggil semua untuk sesi nak bukak hadiah and so on. Sambil2 tu semuanya buat ucapan pada pengantin baru dan pengantin baru buat ucapan jugak. Seronok kalau ada function macam ni. Hopefully bila anak2 sedara menikoh tak lama lagi, meriah nya pun macam ni jugak. I always enjoy the get-together. Meriah dan menggelikan hati. I am sure the memories will linger in our minds for a long long time.


To the newly wed makde and pakde......may both of you be blessed with a happy marriage and be blessed with many2 children, InsyaAllah

To maklong, makngah, makteh, makcik and makchu.......may we be blessed with a good family too and may our children be good people when they grow up, InsyaAllah...

To all the husbands in the family......may Allah bless all of you always….

To all the egg girls ( kami tak ada flower girls)...Congratulations kerana berjaya mengdeliver all the telors gracefully….(Pak Ngah was elated sebab semua telor habis di agihkan dan bakul telor yang Pak Ngah buat tu mendapat pujian ramai!)

To all the anak sedara lelaki ( termasuk anak sendiri)....kalau boleh bila mak sebuk2 tengah layan tetamu tu, janganlah sibuk panggil mak masuk bilik sebab nak kena supply susu tu and sebab nak peluk mak... Esp. untuk Fahmi anak makngah....Maklang love you!!!! Jangan beku selalu, kot2 sampai besar bila orang cakap I love you kat Fahmi, kang beku aje..........he...........he..............

To our beloved Datok.....thanks for everything....

To the rest of the family….thanks for being so kind to each other and for being very helpful to each other to make the occasion a great success.

May Allah bless all of us, InsyaAllah…




ni preview dlu. slide ni ade bengong sikit. so dhirah tgh buat video utk gambo2 nih


Wassalam..............


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Tuesday, December 05, 2006

Kak Ha datang...

Assalamualaikum...



Baru dapat nak belog. Hari memang sibuk. Semua kerja kena siapkan cepat sebelum lunch sebab lepas lunch tadi ada seminar. Dekat aje kat salah satu plant kat sini. Lepas dah gi seminar tu cepat2 balik sebab tadi pagi ada kawan telipon nak datang ke rumah. Dia was my jiran kat rumah lama. Sekarang pun dia dah pindah ke KL. Biasalah kalau jumpa dia, gelak aje memanjang. Kak HA ni memang kuat ketawa! Tapi memang kami rapat masa dia kat sini dulu. Dia cikgu bahasa Inggeris kat salah satu sekolah kat sini dulu. Now dia duduk kat SA, Selangor.


Berkejar jugaklah tadi, ingatkan dia nak datang petang. Tiba aje kat rumah, maklang terus mandi and solat. Dok intai2 jugak takut2 dia dah tiba. Sambil2 tu packkan baju sebab nak balik ke Kuantan this Thursday. Kalau tak buat nanti siapa pulak nak packkan. Meklang nak ke KL besok pepagi. Ada course untuk nak penuhkan CPD. Kalau tak gi tak boleh pulak nak continue my PE nanti. Nak tak nak kena pergi jugak. Masih banyak hours tak habis lagi. Memang tak cukuplah jawabnya tahun ni. Kena kada' tahun depan, InsyaAllah...


Pening jugak kepala bila nak cari baju2 yang sama colour dengan anak2 dan bapak anak. Tapi nasib baik anak2 tolong jugak. Minta they keluar kan baju2 they all yang ada. Yang colour theme yang nak pakai tu. Alhamdulillah dah siap pun tu semua. Nanti Cik Abang tinggal siapkan toiletries aje. Baju apa nak pakai hari Khamis masa nak bertolak tu pun maklang dah siapkan. Esp untuk Hakim. Kalau kakak2 dia OK dah bab nak pakai baju apa. Baju yang sesuai untuk majlis lah. Lepas tu pack pulak baju maklang yang nak bawak ke KL tu. Dah siap pun


Dekat2 8:45pm tadi barulah Kak Ha tiba. Kami dah sms dia yang kami dah belikan satay dan keropok lekor. Bila dia tiba dia bawak pulak laksam dan ayam bakar dan putu piring. Kak Ha datang dengan 2 anak dia dan sorang kawan anak dia. Alhamdulillah anak2 Kak Ha semuanya berjaya. Along dah jadi engineer, Angah baru grad jadi accountant dan Ika anak Bongsu Kak Ha, dah kat universiti nak buat Accounting jugak. Legakan anak2 dah berjaya ni....Mintak2 anak2 maklang pun macam itulah hendaknya, InsyaAllah....



Tadi pagi masa Kak Ha call, dia kata nak tengok telekong. Dia dapat tahu dari one of our mutual neighbour, Kak Jaaliah.Kak Jamaliah ada datsng sini 2 weeks back. Tak sabar betul dia nak tengok tudung dan telekong. Biasalah Kak Ha, kalau tengok benda2 camni memang dia suka. So, lepas belek2 tadi, dia order telekong 2 helai dan tudung 6 helai. Alhamdulillah. Maklang pulak yang pening kepala, bila masa nak mula jahit. Yang outstanding je dah ada 5. So now total dah 7 dah ni...Alhamdulillah. Maklang seronok jugak. Ada umur nak masukkan brand name kat telekong dan tudung, baru best. Mana tahu business boleh berkembang kagi...boleh pencen awal!Berangan dah ni....


Baru sat ni Kak Ha balik. Sampai ke balik kami dok melekek2 ketawa. Syukur pada Allah kerana dapat kawan macam kak Ha, dia baik sangat....Moga2 persahabatan kami berpanjangan, InsyaAllah...



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Monday, December 04, 2006

CERITA CERITA

Assalamualaikum………..



Minggu ni agak sibuk di pejabat. Baru hari ni dapat nak blog. Tu pun tak ada apa nak cerita.


Last weekend macam biasa sibuk tak tentu arah. Jumaat dihabiskan dengan sibuk di dapur dan menjahit. Maklang masak special sikit hari Jumaat lepas, memandangkan Datok dah nak balik hari Sabtu tu. Tapi special tu tahap yang maklang boleh masaklah. Buat ikan siakap sweet sour, kerabu pucuk paku, taugeh kasar goring dengan tahu lembut, telor bungkus kesukaan datok dan kerabu sotong. Tapi tengahari Jumaat tu Datok dan Cik Abang tak makan di rumah sebab ada jemputan tahlil dari jiran seberang jalan. Tapi Cik Abang lepas balik dari kenduri tu sambung pulak makan kerabu sotong yang maklang buat tu. Malam tu baru mereka makan full course. Tapi Alhamdulillah semuanya selamat. Maklang sempat jugak buat sos lada untuk Datok nak bawak balik. Yelah lama2 duduk sini kalau tak bagi apa2 nak bawak balik, tak syok jugak.


Malam tu, masa kami anak beranak tengah rehat2 tengok TV kat bilik maklang, tak aleh2 Datok naik ke atas. Biasanya memang Datok tengok TV kat bawah. Ingat nak apa, rupanya dia cuma nak say goodbye to the kids sebab besok tu pagi2 kami nak ke Kuantan. Ada appointment untuk nak servis a/c kereta maklang. Kena ada kat servis station tu by 9:00am. Maknanya latest 7:30am kena bertolak dah. Datok peluk2 cucu2 dia yang 4 tu. Sebenarnya bebudak tu sedih jugak Datok nak balik. Datok ni rajin layan mereka naik basikal, waktu petang2 tu….Sama sedih kalau bila Atok dan Wan lama2 dah kat sini….



Hari Sabtu tu pepagi kami dah bertolak. Sempat jugak breakfast roti canai segera yang bibik dah goring. Makan dengan kari ayam yang leftovers tu. Kami bertolak pukul 7:30 am seperti yang diplan. Tiba Kuantan pukul 9:15 kot. Masa perjalanan tu maklang half2 tidur. Sejuk aje jalan pepagi ni, hujan pulak tu. Mana tak sedap nak sambung tidur! Selesai urusan kereta, kami ambil taxi untuk pulang ke rumah Datok.(kami tinggalkan kereta sebab servis a/c tu lama dari 9-5 ptg!)


Seronok pergi rumah Datok sebab cucu sulung Datok memang rajin memasak. Mula2 makan mee kuning yang macam hailam tu, then dihidangkan pulak dengan wantan. Maklang sempat gak tengok resepi wantan tu. Tapi resepinya tak sama dengan yang Wan selalu buat. Tapi tak apa, yang pentingnya SEEDAAAAP…. Thank you so much….


Tengahari kami ke khenduri kawin dekat2 situ. Maklong ajak pergi, so both of us pergi lah. Sudah tu, kami pulang. Masih hujan renyai2. Maklang masa kat rumah Datok tu sempat habiskan jahit manik kat baju Maya. Pukul 4:00 pm ambik taxi, balik kat servis station. Kereta masih tak siap lagi. Pukul 5:15 baru siap. Lepas tu baru balik ke Kerteh.


As usual bebudak pesan pizza kalau kami nak balik. Ambik pizza kat Kemaman dan kami tiba sikit lagi nak Isyak. Terus aje keluar kerete berebut2 pulak nak tunaikan kewajipan.



Malam tu pulak Hakim kena cirit birit. Sebenarnya dari pagi tu dia dah muntah2. Ingatkan sebab dia makan banyak sangat. Pagi tu masa maklang tiba Kuantan, Maya talipon kata adek dia tercirit atas katil. Tapi bila call lagi, dengar macam Hakim OK aje. Taklah bimbang. Lepas dia makan pizza malam tu, dia tidor. Dalam pukul 10:00mlm dia terjaga, langsung melambak muntah. Talipon kelinik , nasib baik tak tutup lagi. Terus bawak dia keclinic. Apalagi kena jap laa seround…Melalak sat hero maklang tu. Kesian dia. Bila dah sakit ni, manja dia bukan main2 lagi. Over!. Nasib baiklah along tu kira kuat, dia dukung adek dia dari rumah ke clinic pergi balik.
Lepastu dari bawah ke bilik maklang ditingkat atas. Alhamdulillah lepas spasm dia dah hilang, dia buang air besar, baru dia boleh cakap. Ok betullah, lepas tu…



Hari ni dia dah tak nak makan bubur, sebab semalam paksa makan bubur. Alhamdulillah dah Ok….Wassalam…..



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Friday, December 01, 2006

Selamat datang Nita and Family

Assalamualaikum....


Apakabar? Maklang tak berapa sihatlah...Dah 2-3 malam dok kena selsema. Yang peliknya, malam aje yang tersumbat hidung ni. Sejuk agaknya. So, semalam lepas2 dah habis check package yang nak submit ke Client, tinggal kat my junior, gi Dr. and ambik MC. Dah lama tak MC. Ada lagi 8-9 hari lagi till year end. Balik tu tersandar kot kerusi sambil pegang2 lah jugak my jahitan...Penat tidur sat. Tapi rumah ni, since anak2 tak sekolah, memang bising aje. And bersepah. Bila kita suruh kemas, dia mengamuk! Macam2 ada.....



Semalam maklang and Paklang puasa.Ialah posa ganti. Paklang saje nak teman. Tak sangka pulak dia nak teman. Buka posa makan biasa2 aje.. Kari ayam, ikan goreng, hati goreng dan chap chai. Sambal belacan mesti ada. Paklang kalau makan sambal belacan suka letak mangga yang dihirs2 tu. Semalam pulak, dia hiriskan kedondong yang maklang and Bibik petik kat depan rumah tu. Selera betul dia makan. Alhamdulillah selesai, 1 hari lagi posa ganti maklang. Moga2 diberkati dan dilindungi Allah hendaknya, InsyaAllah...



Petang semalam masa tengah entertain kawan yang datang berkunjung, maklang terima call dari Nita. Ingat tak maklang ada cerita pasal Nita,kat blog lama. It was a surprise. Kali ni Nita datang ngan parents dia, anak2 dia dan adek dia and anak sedara dia. Lama betul tak jumpa Aunty dan Uncle. Dulu masa kecik2 they all berjiran ngan mak. Uncle was a police officer and Aunty was a school teacher. Alhamdulillah dua2 sihat and Uncle being a police officer, masih segak lagi walau dah berumur 65 tahun. Seronok jumpa mereka. Adek Nita tu was Alang's schoolmate. Wan dan Atok dulu pun biasa dengan mereka.


Petang tu, bila Nita call, maklang tanya if they want to have dinner here. Kalau nak, I will cook, tapi Nita kata tak payahlah. Sebenarnya dalam fridge tu dah kosong, maklumlah dah last day of the week before pasar taniing today. Last2 mintak tolong Cik Abang gi beli satay. Entah berapa cucuk dia beli. Banyak jugak. Satay yang kami biasa beli tu tak ada pulak malam tadi, so terpaksalah Cik Abang carik kat Kerteh ni. Nasib baik ada. Sebelum pulang tu, dia ngan Hakim dah makan dulu satay tu kat gerai. Patut bila balik, nampak Hakim macam tak kisah aje....15 cucuk sekali ngap. Dia memang suka sangat satay, ikut Abah dia. Maklang ok aje. Tapi masa pregnant dulu, tak boleh langsung tengok satay. Mesti nak munt@h punya.Sampai after lepas dah bersalin, kalau Paklang beli satay, dia tak tinggal untuk maklang. Eh...dah beranak, hormon dah back to normal. Satay tu tinggallah untuk Maklang sikit...he..he...


Bila dah jumpa tu, macam biasalah cerita2 hal sekolah. Ingat tak dia, kenal tak dia ni. Eh...dia tu tak kawin lagilah and anak dia dah ramai, and so on...so on. Datok, Paklang and Uncle dok cerita apa pun kami tak perasan. Rancak nampak perbualan mereka. Aunty siap komen, kata Datok and Paklang nampak macam adek beradek...cewaah, Datok tersenyum2!. Anak2 pulak sibuk main2 sama2. Budak biasalah, kejap aje jadi kawankan....



The night went well. Aunty siap pergi visit taman kat luar tu. Dia memang minat pokok bunga. So, bila balik semalam kami bekalkan Aunty bunga sisik naga dan seplastic kedondong....


Eh...maklang tak reti nak linklaa....camana ha? Ni nak kena get help from Along ke Jo ke, Kak elle ke...siapa2lah ..OO ke?. Dia tak gi terus kat entry tu, tapi pergi untuk bulan tu aje...HeElp.....



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....