Dari Teratak Maklang ~ 2007

Wednesday, February 28, 2007

Project dan pokok bunga lagi

Assalamualaikum....



Punyalah frust...dah siap taip2 lepas tu lupa nak tekan draft, ilang pulak cerita pasal project tu..ni kena type semula lah ni...



Petang tadi masa nak balik dari ofis, maklang cakap dengan kakak kat ofis tu," Malam ni nak buat project laaa..."


"Ha...project?"



Lain macam aje bunyinya...Mesti pikir lain dah tu. Maklang pun kata, taklah nak buat project jahit beg breakfast untuk Cik Abanglaaa......



So, petang tadi dengan penuh semangatnya maklang potong kain, span, lapik dia and memulakan jahitan maklang. Pin2 semua dan terus tekan dengan mesin aje.. Tak ada lukis line pun, main taram aje. Lagipun ira kain tu nampak. Sebenarnya kain tu dah dikeluarkan dari almari pagi tadi. Lama dah nak jahit kan untuk Cik abang. Kesian lah sebab tiap pagi bila dia bawak bekal, bekalnya diletakkan kat dalam plastic bag Petronas tu. Nampak tak cantek langsung. Tapi beg breakfast ni lama dulu memang maklang pernah buatkan dia.



Masa muda2 duduk kat KL tu memang biasanya kami bawak bekal ke pejabat. Malam sebelum tu, biasanya maklang dah masak main course. So, the next morning kakak akan masakkan nasi dan goreng sayur dan siapkan bekal. Orang kata kalau bawak bekal ni jimat banyak, tapi sebenarnya lebih kurang aje sebab bahan nak masak tu pun kena beli jugak. Bawak bekal ni berlangsung selama 5 tahun kami tinggal di KL.



Semenjak kami pindah ke sini, tak adalah istilah bawak bekal. Sebabnya sempat balik makan tengahari. Ofis Abang is about 5-6 km from the house and mine is about 3km away aje...Bahagia. Tiap kali balik tengahri boleh makan dengan Abang dan anak2. Tapi tahun ni lain pulak ceritanya. All because Cik Nab yang ambik bebudak pergi sekolah since we moved here tu dah retire from chauffering the kids to and from school. Mulai awal tahun ni Cik Abang kenalah hantar bebudak ke sekolah. Kesian pulak nak suruh bebudak naik bus pukul 6:30pg. Jadinya Abang keluar hantar budak2 about7:20am. Lagipun sekolah anak2 tu just across the road aje from his office.Tak sempatlah nak breakfast. Kenalah bawak bekal pulak. So...tadaaa...this is the breakfast beg yang maklang dah jahitkan untuk suami tercinta. Yang sedihnya Cik Abang siap komplen lagi, "Tak cantek reben merah tu!". And silap le, pi cakap ngan bujang maklang. Terus aje sampai kat mak dia."Mak, Abah kata tak cantek reben merah. Pas tu Hakim kata, kan mak suka kale merah. Pas tu Abah kata OKlah..." Yang benarnya maklang tak ada reben kale lain...tapi nasib baik dah siap! Besok boleh guna...


Ni dia span yang maklang gunakan tu..
Then quiltkan dia. Letakkan span diantara kain luar dan dalam tu. Pinkan kemas2 dan mesinkan ikut bentuk/pattern apa kita suka
InsyaAllah after about one hour terbongkok2 kat mesin tu, siaplah menjadi beg ni...











Dan sekarang ni maklang masukkan gambar pokok2 bunga kat laman rumah maklang untuk tatapan Adah, Mulan dan Syikin. Dan sudah tentunya untuk Anti El (spelling Hakim) dan akak Nakal tu dan kawan yang sudi lalu lalang kat sini. LJ kenal tak tempat ni???...Enjoy....



ni nama pokok dia is YTT. Yesterday Today and Tomorrow. Wangi. Banyak ditanam kat laluan nak masuk ke pintu di tepi rumah, if you notice, tepi rumah is facing the road:)
ni maklang panggil pokok giant. Anak pokok ambik kat rumah maklang maklang diKB. Yang kelakarnya maklang maklang tu tak tahu yang anak pokok ni tumbuh kat batang pokok ni...
ni cycus kot...kat small rock garden kat tengah laman tu...

ni pokok jambu batu kat tepi rumah nak menghala ke dapur. Ada jugak 3 batang kelapa botol, maklang panggil, kat situ. Kelapa botol ni pendek aje. Cutelaa jugak..

ha...ni pinang merah and tak tahu pokok apa yang kuning tu. Mengadap garaj tu. Maklang ni suka tengok je...Kerja2 taman ni Pak Omar yang buat..Alhamdulillah Pak Omar dah dengan kami hampir 5 tahunlah, sejak kami duduk rumah ni. Rahmat Allah...

Ni pokok puding dan heliconia( betul ke ejaan dia ni?. macam helikopterlakkk) dan sexy pink. Sexy pink tu dunga di besar dan panjang . Mula2 Dr. kat Kuantan tu kasi maklang cuma ada sepohon je. Le ni, orang pulak datang mintak pokok. Semua berkat tangan sejuk Pak Omarlaa.
Ni pokok kelapa pinang yang membarisi anjung rumah maklang . memula ada 2-3 pokok kecik2 aje, lepas tu Pak Omar belah dan sekarang ada dekat 8 pasu besar...Puas pulak nak beli pasu!






Sekian saje untuk kali ni. Nanti maklang ambik kan gambar orkid dan pokok2 kat belakang rumah lak...ala2 Oliver twist tau...ha..ha...banyak herbs...






Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Tuesday, February 27, 2007

Orkid

Assalamualaikum...........


Hari ni masih sibuk kat office. Dah lama rasa nya tak sempat nak bercakap2 dengan member kat opis sebab kena kerja luar aje. So, hari ni whole day kat opis, tapi mengadap PC aje, nak habiskan tulis minutes, update report dan lain2. Kenkadang ras macam kerja typist pulak. Tapi enjoy jugak bila tak payah nak perah2 otak ni. Cuma kena ingat nak tulis apa kat minutes tu aje and nak kena tulis betul2lah. Maklum le dah jarang cakap omputih ni, sekali sekal nak tulis tu, rasa susah lak. Technical pulak tu... Disebabkan kerja banyak, the day just flew aje..kejap aje dah petang....


Tapi the hi-lite of today was when I came back for lunch. I came back earlier than Cik Abang, and the instance I saw tempat yang kami upgrade tu, terus aje maklang rasa seronok teramat sangat! Entahlaaa.... tak boleh nak cerita macaman seronoknya sebab tengok tempat tu dah nak siap. Cermin warna2 dah dipasang, so tempat tu nampak macam dah siap. Sampai rasa tak sabar2 nak tunggu Cik Abang balik. Taklah nampak sangat extension tu, nampak macam it is part of the house aje. Sempat jugak call Wan nak beritahu pasal tu. Soorrylaa dp, maklang tak dapat nak masukkan gambar tu kat sini. Kalau nak tengok datanglah sini eh...

Petang pulak lepas opis buat date ngan Cik Abang nak jumpa kat pasar malam. Kalau balik rumah dulu, then baru ke pasar malam, alamatlah si bujang nak ikut and kalau ikut mesti nak mencukai. Kalau makanan tak pe gak, tapi mesti nak mainan. Tu yang tak tahan tu.. Nampak2 kereta remote and transformer dia tu dah tak berusik dah. Dah letak kat dalam beg. Kalau ke pasar malam, nampak yang baru, mesti nak beli.


Bila dah buat date, tadi jumpa sat and we went separate ways supaya cepatlah siap nak beli2 barang . cik Abang pergi beli keropok sebab nak kasi kat wan Sara. Ada juga si Sulong maklang sebab dia balik dari sekolah cik Abang ambik. Maklang gi beli ikan, sotong and sikit udang, then ronda pergi belikan Alang baju tidur RM 5.00 yang dia pesan tu and menyinggah jugak tengok pokok bunga. Sekarang ni tengah mabuk bunga orkid pulak. Nak letak kat pergola belakang rumah la pulak. Baru ada 4-5 pasu. Yang dulu2 dah mati. So, ni semangat nak tanam orkid tu datang balik. Awal2 bulan ni bolehlah nak shop untuk orkid sikit, tengah bulan dok senyap2 ajelah...


Sebenarnya maklang nak letak orkid tu kat pergola belakang rumah tu ada sebabnya. Sebab pertama ialah, selalunya pepagi lepas solat subuh tu, maklang akan turun ke dapur untuk nak siapkan breakfast atau lunch. Sejak ada Bibik baru ni kalau turun lambat sikit, ok dah sebab biasanya breakfast dah siap. Maklang tinggal masak lauk aje. Jadinya sambil2 masak tu bolehlah mencuci mata melihat orkid yang sedang berbunga.

Sebab kedua ialah sebab maklang teringat kat arwah mak sedara maklang. Dia paling suka bela orkid. And orkid dia cantek2. Dan dia sangkut jugak kat dapur dia. Itulah maklang ikut dia. Kenkadang teringat jugak kat dia. Maklang pernah tinggal dengan dia masa kerja di KL dulu. Bila dah kawin terus pindah aje. Terkenang semasa dulu ni memang jiwang satkan.... Nantilah ada masa kalau rajin maklang ambikkan gambar orkid2 maklang tu. Bunga kemboja merah yang atok bagi beberapa bulan yang lepas pun dah berbunga tau...Cantek...


Life has been good for all of us....Syukur Alhamdulillah....





Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Monday, February 26, 2007

Ya Allah..ku mohon di beri perlindungan Mu...

Assalamualaikum...........

2-3 hari ni memang maklang sibbbbbuuuk sangat di pejabat. Semalam the whole day tak ada kat office. Pergi ke KT jumpa authorities. Mulanya nak jumpa satu authority aje, tapi disebabkan tak selesai masaalah, kenalah mengadap authority yang lagi satu. Nasib baik masa call the second authority tu, dia nak jugak jumpa kami. The meet was a good one as we managed to get the info that we wanted. Habis the 2nd meeting, we had lunch and then gi beli barang2 sikit. Sempat jugak belikan hadiah untuk seseorang yang akan menyambut hari jadi dia esok. Harap2 dia suka hadiah tu. Ialah orang kata orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa laah...

Tiba kat Kerteh dah almost 6:00pm. Maklang tak naik opis pun, terus aje pulang kerumah. Penat betul rasa. Macam nak demam. Tapi mana ada kerja yang tak penatkan. Nak cari makan untuk keluarga kena lah berusaha sikit. Kalau nak harapkan cik abang sorang boleh, tapi Maklang prefer cari wang sendiri supaya taklah menyusahkan suami. Alhamdulillah dengan apa yang maklang dapat boleh jugak hulur2kan kat Wan dan Atok. Takkan nak harap duit suami aje.


Today pun maklang tak ada kat opis half of the day. Petang tadi meetimg ngan authority di Kemaman. It was OKlah. After that, as it was already late, the PE belanja kami makan. Kenyanglah perut and as usual tu bila makan ingat kat anak2 yang 4 tu ( and jugak Cik Abang, of course) and belikan untuk mereka jugak. Hati ibu/ isterikan...nak buat camana.


Sekarang ni payah sikit nak update sebab laptop tu charger dia rosak. Ni pun update kat PC dalam study room. Malasnya nak duduk dalam bilik ni sensorang. I need to spend sometime with my darling cik abang. Kalau sorang dalam study sorang dalam bilik, bila masa pulak nak berbualkan. Dahlah the whole day kat office. Memasing sibuk aje dengan kerja memasing. Well. itulah hidup. Kalau nak hidup senang kerja kuatlah. Kalau tengok orang senang dan kita pun nak senang, kenalah berusaha. Dan pesan Wan, jangan sekali2 ada perasan iri hati atau dengki dengan kehidupan orang lain, tapi cubalah berusaha ke arah itu. Moga2 hidup kita diberkati Allah, InsyaAllah...


Untuk teman2 yang masih mengunjungi teratak maklang ni , terimakasehlah bebanyak. Walaupun ada jugak komen2 yang berunsur dengki dan tak senang hati dengan kehidupan kita, Alhamdulillah Allah masih kasihan kan kita. Kalau kita dianiaya sebegitu rupa, pohonlah pada Allah untuk perlindungan Nya dan moga2 orang yang tak ada kerja lain tu insaflah dan berusaha dengan lebih kuat untuk mendapat kesenangan dunia dan akhirat dan maklang doakan moga2 dia diberi petunjuk olehNya. Dan sekiranya masih tak berpuas hati dengan maklang dan Cik Abang, mari kita bersemuka dan berbincang. Rasanya, kami tidak mempunyai masaalah dengan adek beradek yang lain, dan kami tetap menghubungi satu sama lain. Maklang masih bersolat dan meminta perlindungan dari Allah dan sentiasa menghormati suami. Bapa mentua pun masih kami bawa tinggal di teratak kami yang tak seberapa ini. Moga2 hidup kami diberkati Allah selamanya...Amin...

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Friday, February 23, 2007

6 tahun..


Assalamualaikum....

Hari ni si bujang kesayangan maklang menyambut hari lahir dia yang ke 6. Begitu cepat masa berlalu. Tak tahu lagi nak bawak makan kat mana. Hadiah dia dah kami belikan masa kat KLCc hari tu. Lepas tu the next day tu, dia chong Abah dia mintak belikan dia transformer pulak. Bujang sorang ni memang demand dia manyak tinggi oooo...Tapi Alhamdulillah dia tak degil dan mendengar kata. Hati dia pulak halus sangat, maksud maklang very sensitif, especially apa2 yang berkaitan dengan mak dia ni...


Sebenarnya memang dah lama dia mintak belikan robot yang ada remote control tu. Tapi bila pergi ke kedai, asyik tak jadi aja. Mata dia terpikat kat permainan yang lain. So, baru2 ni masa ke KLcc , maklang pergilah bawak dia ke Toy City. Then tengok pulak kat Isetan and Parkson yang kebetulan ada sale. Tengok2 price range was around RM 69-149.90, So pusing2 and balik ke Toy City. Masa kat Toy City promoter tu cuba2lah kan the robot. Memula ambiklah yang 69 tu. Siap2 onkan , rupanya robot tu berjoget. Mulalah si Kikim boring. Then cuba yang RM150 tu. Rasanya tu oklah sebab besar sangat, macam umur budak 1 tahun tingginya. Cantek pun cantek. Masaalahnya, masa promoter tu dok menery robot tu, Hakim dah boring. Mata dan hati dia dah terpikat kat satu remote controlled kereta. Last2 dia ambil yang itu. Lega maklang sebab kereta tu harga dia RM50 aje. Yang sedap tu, masa nak belikan dia robot tu dia cakap," Mak, Hakim tak naklah robot yang mahal tu. Hakim sayang mak. Kalau Hakim beli yang mahal tu, nanti mak tak ada duit. Hakim sayang mak....!"

Macam tulah dia. Ni dah 2-3 malam dia dok mengendeng nak tidur dengan maklang. Kalau tak kasi nanti, dia punya menangis macam kena cubit dengan kakak dia. Si Angah tu selalu bully dia. Garang macam kakak tiri! Tapi macamana pun memang sayanglah kat adek sorang ni..


Kenkadang, dia bila sayang sangat kat mak dia ni, dia ajak kawin. Last few months dia kata dia nak kawin dengan mak dia. Habis entah macamana, satu hari tu dia kata," Mak Hakim tak jadi kawin dengan mak lah...."

"Kenapa", maklang tanya dia.

"Sebab nanti bila Hakim dah besar, mak dah tua, nanti kulit mak kedut. Dah tak cantek lagi" , dia jawab.


Sabo jelah..jantan sorang ni...Tapi apa2 pun, dia memang rapat sangat ngan mak dia. Manja tak terkira. Maklum anak jantan sorang. Mohon pada Allah, moga2 Hakim berjaya dalam hidup dunia dan akhirat, InsyaAllah...




****************************************************


Semalam was a very busy day. Pagi as usual sibuk ke pasar dan ke dapur. Tapi semalam tak masak sebab ada 2 jemputan. Dalam pukul 10:30pg tu maklang dah siap siang ikan and cuci ayam. The rest Bibik yang uruskan. Pukul 12:15pm kami berlima pun pergilah ke rumah Dr. yang menjemput tu. Along memang biasa tak nak ikut. Dia buat khenduri sebab naik rumah. Besar dan cantek rumah dia. Dengar2 cerita mencecah lebih 600K. Ialah rumah Dr. Kalau KL entah berapa juta. Itupun dia manage sendiri rumah tu. Kalau serah pada Contractor 100% mau naik 40-50% lagi. Tulah dia, biasa2nya Dr. ni memang kayalah...Rezeki..


Then lepas solat Jumaat, maklang and Cik Abang pergi ke rumah opis mate yang buat doa selamat untuk naik rumah jugak. Dia jemput tak ramai. Dari opis cuma maklang sorang aje dan sedara dia yang juga bekerja satu office dengan kami. Tak pergi tak sedap pulak. Yang lain cuma group Yassin .Bebudak tak nak ikut sebab perut pun dah kenyang and masa tengahari semalam tu panas nya ya amat. Masa kami tiba, orang dah mula ( ni group lelaki). So, maklang terus aje ke dapur, tolong2 senduk2 kan lauk and tunggu nak serve. After orang dah makan, turn orang perempuan pulak baca Yassin. Makan lagi petang tu. Cik Abang dah balik awal lagi after session lelaki dah selesai. So, masa nak balik petang tu, maklang tumpang kereta jiran sebelah rumah.


Masa di rumah kawan maklang tu, maklang terima sms dari Pak Chu kata dia ada kat rumah Mak De. Pagi tu, Cik Abang dah pelawa, kalau ada masa singgahlah kat rumah kami, boleh buat bakar2. Mereka tiba jam 6:15pm. Mak Chu tiba aje terus nak nengok Mutiara hati ku. Maklang dan Cik Abang sibuk siapkan bahan. Cik Abang hidupkan api and ayam2, sotong and ikan2 yang nak dibakar , and maklang siapkan salad and kentang +dill+ mayo. Seronok makan2 ni. Pak De and Mak De memang rajin tolong kalau buat bakar2 ni. Mereka yang jaga api. Lepas solat Maghrib tu, maklang rehat sat kat atas sebab rasa tak sedap sangat badan ni. Sambil2 tu sempat buatkan YM ID untuk bujang . He has been pestering me for this since the last few days. Sebabnya dia nak YM dengan Aunty Elle. Aunty Elle soranglah kawan YM dia.Thanks kak. Dah pandai dah anak saya tu. Plus kalau dia YM tu dia belajar mengeja as well. So, yahoo ID dia is mondokim@yahoo.com. Pls add him to your list of friends:)


Before Pak Chu and the rest balik we sang "Happy birthday" for Hakim.


Sorrylah kat Kak Elle and Abe yang jauh nun di sana, tak sempat nak Ym sebab after the guests left about 10plus, I was too tired already...Maybe someother time, InsyaAllah...


Have a nice wiken...Cheers and Wassalam:)

Gambar ada tapi yang tukang loadkan gambar, masih beradu lagi agaknya...



Sotong ngan Ikan blum siap bakar~


Pak De n Mak De tgh mengipas
Potatoes and urh Colli-flawer n Carrot

AYAM N DAGING BAKAR.....

Thank you pengload gambar...bahsa pelik2!







Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Thursday, February 22, 2007

Kena tag...

Assalamualaikum.....


Alamak..kena tag pulak. Memula ingatkan boleh lepas laa...Zakiah dah inform 2 kali kata kena tag. Ok tak pe...masih boleh lari, tapi baru sat ni, baca entry Kak Lady, dia tag jugak maklang eh...Ok here goes!



1. Maklang ni feberet kemas katil. Kenkadang satu hari samapi 5 -6 kali betulkan katil. Alas mesti kemas and straight aje. Boleh jadi gaduh kalau anak2 lompat atas katil tu. Pantang nengok sepah. Throw pillow kalau sepah atas katil pun is a no-no for me. Masa memula kawin dulu, Cik Abang pun sampai mengeluh sebab kalau dia berbaring and biarkan alas kedut2 maklang mesti cepat2 ratakan. Tapi le ni dah tak heran sebab dah terbiasa. In fact dia pun tak boleh tengok sepah2..


2. Maklang ni lebih kurang Kak Ladylaa... Kalau bangun pagi dah gosok gigi, bila nak mandi gosok lagi. Kenkadang gosok gigi sampai 2 kali masa mandi. Agaknya sebab tu gigi dah nak nipis ni...he..he..


3. Maklang suka sangat bunga. Tak kira plastic ke betul ke, kain ke, batu ke, crystal ke. Tu kat dalam rumah ni penuh bunga. Bila kengkawn datang mesti tegur, banyaknya bunga kat rumah maklang....Bunga rose dan hydranges tu feberet. Kat luar rumah ada lebih 30 batang hyderangea!
ni my rows of hydrangea...









4. Maklang ni tak suka nak MC. Kenkadang dari rumah pikir2 nak MC sebab tak sihat macam pagi ni. Badan cramp betul ni. Nak tunduk lelama pun sakit, pening jugak kepala. Ni dah beritahu Cik Abang nak MC, tapi besar kemungkinan, tak kot. Tapi masih boleh difikirkan...


5. Maklang suka kompol kain ela. Melanbak2 dalam lemari tu. Suka jugak kompol kain2 untuk furnishing, tapi tak tahu bila nak jahit. Kalau kain batik pun suka kompol. Tapi tak pakai2 jugak. Kenkadang bila ada orang datang and tak ada buah tangan, kain batik tu jadi penyelamat...


6. Maklang kalau nak kasi hadiah kat orang, samada dapat baby ke orang kawin ke, atau kawan baru ke, suka bagi hadiah yang dibuat oleh tangan sendiri. Ramai jugak kenkawan dah dapat bantal cross stitch, table runner and entah apa2 lagi. Kalau yang dapat hadiah dari hasil kerja tangan maklang tu, kiranya orang speciallah dalam my heart!. Kalau tak sempat bagi je hadiah2 lain, asal orang tu happy dah..ni cross stitch untuk anak sedara
table runner ni pun, kalau ada stok kat rumah, and ada tetamu jauh, akan jadi mangsa jugak, tapi yang ini untuk rumah sendiri...












Penat jugak nak memikirkan apa nak di tulis....Rasanya jap lagi ke opis jugak ni...Tulah pelikkan. Malas nak MC...tapi kalau MC pun duduk rumah mesti tak rehat, mesti nak jahit.


Ni terlebih satu lagi my weird thing, Maklang ni tak suka tidur. Kalau tidur siang tu rasa ruginya...Tapi kenkadang tu, sampai dah terlelau mengantuk, atas kerusi pun boleh terlelap. Tapi pelik, kalau kat opis tu mudahnya lah nak ngantuk, sampai kena minum kopi, baru segar...


Oklah, better stop now, have to get ready for work. Ciao and wassalam.


Selamat berwiken............:)



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Tuesday, February 20, 2007

What a Celebration.....Part 2

Assalamualaikum..........


Ni nak sambung cerita semalam yang tak habis lagi tu...


Sabtu:

10:00 malam. We decided to go to Sogo malam tu. Mana tau business hours was extended to later than usual. Sebabnya masa tengah shopping tu, Gi@nt announced that the business hours was extended. So, we just gambled aje. Alang Ok aje nak bawak maklang jenjalan. So off we went to Sogo, but we were not lucky enough as it was already closed. No extended business hours!. So, we drove off along Jalan TAR. Pandang pandang, ada cahaya kat belakang Jalan TAR tu. Rupa2nya ada pasar malam. So Alang stopped kat Masjid India tu. By that time my 3 girls dah dozed off dah. Penat sangat agaknya!. We locked the car and went to see apa yang ada. Dapat jugak belikan Angah 2 helai blouses. Blouse Angah dah banyak yang tak muat, so beli ajelah since the price was OK! We reached home about 11:30pm



Sunday:


Pagi tu we had light breakfast aje. Lagi pun pagi tu kami makan lewat. Kami semua tak sabar nak pergi jumpa kenkawan di alam kak Maya ni. Atok , Wan and Alang serta anak2 semuanya excited. Hakim and Maya especially were so excited nak jumpa Aunty Elle. Sebabnya mereka ada jugak Ym dengan Aunty Elle. Masa maklang tak duduk kat PC, merekalah yang berYM dengan Aunty Elle. Seronok betul semuanya...


Kami tiba kat Federal about 11:30am.


ni gambar atok and Wan before we arrived kat Federal. Tengah tunggu maklang beli chocolate for Kak Elle's nieces!







Baru nak sampai kat lift lobby, maklang dapat call dari Kak Lady. Katanya mereka dah kat bilik Kak Elle. Seronok betul maklang rasa masa tu. Berdebar pun iye jugak. Kak Lady, maklang dah pernah jumpa before, tapi kak Elle n Sya, tak pernah lagi bersua muka. Sya lah yang tak pernah maklang jumpa lansung. And Sya...maklang nak kata sikit.... You have a very sweet face. Lawa ...I just cannot help wondering why yr ex kejar kat yang isteri dia sekarang!.Pardon me ye..its just my thots!


We were like meeting our long lost friends. I immediately felt close with them. Maybe sebab selalu kunjung mengunjungi di alam Maya...see what blogging does to us...as long as you be good, InsyaAllah people will be good to you lah...InsyaAllah...betul tak Kak Elle.


Then we took pictures kat luar tu. Seronok betul!. Macam ada big celebration that day. After that, we went downstairs at Federal and we had our 'makan besar' and it was really besar!. Many thanks to the sponsor...








ni gambar kami kat luar bilik tu. Gambar akak2 yang lawa dan comei tu kena letak smiley...kalau tak letak kang, ramai lak yang terpikat!







The kids enjoyed the food as much as the company. In fact the adults enjoyed jugak.... Tak ada rasa janggal langsung. It was really really fun... Then we celebrated the birthdays for Angah (14.2), Hakim (24.2) and Kak Elle (27.2)..eh betulkan kak... The lilin was lighted sampai 3 kali sebab asyik2 Angah aje dapat tiup. The birthday cake was compliments from the hotel!
see..all the plates bersih! the food was good. Yum..yum . Maklang love the brocolli and the dumplings!






Angah terlentok2 pulak masa nak tiup lilin tu....Ha...Cik Abang tengah menyalakan lilin kali ketiga kot! Happy birthday to all...




Ni birthday cake tu...cheese cake lagi!











After that, it was already time to go. We left the hotel about 2:00pm. Sedih ...entah bila dapat jumpa lagi. Hopefully, next time kat Kerteh pulak, InsyaAllah..


2:30pm:

Instead of going home, Alang, Angah, Maya, Hakim and myself pergi ke Sogo. Saje jenjalan sebab Cik Abang kata ada sale bagus punya. Saje nak tengok Corelle yang ada offer tu. Oh...the price was far from what was in Singapore! Thanks again Kak Elle.
Maklang tak beli apa2 pun but I fell in love with one handbag kat situ. And I told Alang, sure tak tidor malam tu sebab teringat kat bag tu.


4:00pm

Balik rumah and Cik Abang ajak pergi ke rumah Abang P sebab nak hantar barang untuk nak bawak balik ke Kerteh! Nasib baik ada Abang P, or else terendak lampu yang Cik Abang beli tu tak sampailah ke Kerteh. I told him that I won't be able to sleep that nite sebab teringat the handbag. And I was really lucky sebab dia offered nak belikan...Tu yang sayang tu.....(tapi kalau tak dapat beg pun sayang jugak! he..he..)And off we wentto Sogo and the first time when he saw the handbag, dia suka. He likes the colour too. I was elated. Tak sangka nak dapat beg idaman. We also bought a small briefcase for my only sis,Alang ( Alang ...ni kena ingat ni... Nanti by birthday jangan pulak buat2 lupa eh...). Ni kira advance birthday present laa...


All in all, we had a great time. Alhamdulillah sebab we are blessed with a happy family and nice friends. Thank you Allah...

To kak Elle, thanks for the gifts
To Adah, thanks for the chocolates! Wan loves Ferro Roche (excuse my spelling!)
To Sya, thanks for the muffins. Sedap but needs to be more lembut! Alang said dia nak tolong jualkan after her exam in May.
To Kak Lady, thanks for being a good sport and we love to hear you laugh...

And thanks to all for making it such a day to be remembered....


Good nite all...Insyaallah jumpa lagi esok...

Wassalam...



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Monday, February 19, 2007

What a celebration! Part 1.

Assalamualaikum.........


ALhamdulillah...We have arrived home safely. What a good break we had. Penuh dengan keceriaan dan kegembiraan...


Friday:

We went to Alang's to have breakfast that morning. Quite late dah actually. Almost 10:30 when we reached Alang's. Memang le lapar pagi tu sebab dah lewat baru nak breakfast. Tak mo makan bebanyak sebab Mamarock dah invite us for lunch. Tapi disebabkan mee goreng putih yang Bibik buat tu sedap, bebudak pun tale leh, sampai 2 pinggan sorang.

12:30pm. We left Alang's to meet Mamarock. Jam le pulak jalan nak ke KLCC. Nasib baik tak terok. Tiba di KLCC, terus pergi ke Californa Pizza. Mamarock immediately recognized us. Oh...she is such a peramah lady. Although that was the first time we met, maklang rasa macam dah lama nya kenal. Cerita punya cerita rupa2nya dulu MR pernah pergi ke College maklang masa study dulu, tapi tak pernah jumpa.

Bebudak enjoy betul. Dengan Raviollinya, dengan pizza, dgn spaghetti lagi. Se'eh betul betul, sekali sekala kena belanje dengan mama. Ade pulak birthday gift untuk Angah. Bebudak ni kalau dapat Pizza and pasta tok sah cerita laah..memang feberet dia! Susah betul nak jaga bebudak ni bila abah dia tak ade. Macam tak makan saman aje. Cik Abang cuma ada dengan we all masa dia nak naik ke KLCC tu aje. Ada presentation pulak petang tu.

THANKS AGAIN MAMA...Next meet, InsyaAllah kita punya turn pulak belanja mama ok!


Lepas tu sessi membawa anak2 pergi shopping lah pulak! Dah janji dengan Hakim yang nak belikan dia robot yang ada remote control tu. Dah lama betul dia mintak. Ni terlanjur ada sale, tu yang nak belikan. Lagipun birthday dia 24.2 ni. Lengoh sungguh melayan si bujang. 2-3 kedai pergi cari robot, tak jugak jumpa yang dia berkenan. Ada harga yang OK, robot tu jenis yang berjoget pulak . Mana lah dia nak. Dia nak yang tembak2 aje. Last2 dia beli kereta remote yang rechargable tu. Maya and Angah pun mencukai jugak, biasalah bebudak ni, kalau sorang dapat yang lain kena dapat gak. Kalau tak boleh jadi gadoh! Pusing punya pusing, sampai pukul 5:00pm baru lah siap bawak bebudak ni shopping. Maklang tak ada beli apa2 pun. Asal anak2 puas hati cukup. Kami pulang dengan Cik Abang sebab kebetulan kerja dia dah habis. Jalan kaki dari KLCC ke hotel Kak Maya!


ni starter dia...memang kesukaan anak2
Ni dip dia...Sekali tengok macam sambal tempoyak. Tapi ni cheese with bayam...
ni pulak macam popia. Tapi popia mat salleh. sedap gak ni...
MR sorry ye...I masukkan gambar sebelah, orang tak kenal punya. Ni MR tengah order pulak main course dia...
Ni raviolli. bebudak kata macam karipap...inti dia mushroom. Oklah...tapi cheesy betul!ni Spaghetti with prawns. Hakim suka ni tapi tak nak prawns!

Tengok Hakim makan..bersemangat sekali. Thanks again MR...
Ni pizza kesukaan ramai, bebudak makan sampai maklang pun tak dapat rasa!
ni pizza letak beef. ni sedap, tapi tak larat nak makan sebab dah kenyang makan spaghetti with prawns tu...sedap!

This was whats left....Sampai tapau bawak balik...
lepas tu bebudak makan icecream pulak...Jangan serik MR...Nilah dia my kids...but they said they enjoyed the lunch!! Thanks to you again..













Malam:

We had dinner kat rumah Alang. Pukol 10:30pm dah balik. Dapat jumpa Alang sat aje sebab dia pergi locum. Nak cari duit lebih sikit...



Saturday:

Kami had breakfast kat hotel tu. The food was macam ala carte tapi sebenarnya buffet. You can eat as much as you want tapi semuanya kena order. The food yang western sedap2 tapi makan Melayu punya Ok jelaa.

11:00am.

We checked out. Then Atok ajak pergi rumah my cousins kat kawasan Ampang. So, we wentlah. Saje2 aje, sebab lama tak jumpa. Makan jemput2 aje kat rumah dia sebab semuanya dah kekenyangan after the heavy breakfast. After that Cik Abang left me and Angah kat Jalan TAR tu sebab ada nak sopping sikit. Nak pi tukar kain yang Cik Abang tak kenan tu. Tapi as usuallah menyangkut dengan kain2 yang ada. Dalam hati, beli ajelah, kot2 nanti Wan or Alang nak pulak. And betul pun Wan nak , mintak tolong tempahkan blouse untuk dia. Lepas2 tu Angah sempat jugak bisik2 suruh belikan dia sehelai baju Viscose. Tak sampai hati kalau hajat anak tak di tunaikan. Maka dapat lah Angah sehelai. Untuk along pun dapat sehelai.

4:00pm

After lunch at Alang's, Cik Abang dengan 2 anak kecik pegi ke Ikea. Adalah tu hajat yang nak situnaikan. Dia berkenan kat terendak lampu yang dibuat dari buluh tu....

Maklang pulak pergi ke MyD dengan anak besar 2, Alang, Atok and Wan. Wan sekarang ni dah OK, dah boleh le jenjalan. Seronok tengok Wan dah back to normal...Alhamdulillah....


9:00pm.

After dinner, pergi lak ke Gi@nt kat Kelana Jaya. Bebudak nak beli anime lah, nak buat sticker namalah and entah apa2 lagi. Maklang pulak seronok tengok handbag. At last alang cair hati, and bought one handbag each for me and Wan....Thanks Alang....
















Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

Friday, February 16, 2007

Thank you ALLAH

Assalamualaikum.......


Alhamdulillah kami tiba pukul 11:40 pm malam tadi. Ni baru aje lepas solat Subuh. Terlewat pulak sebab malam tadi tidur entah pukul 2:00pagi agaknya. Bebudak excited sangat sebab tak pernah lagi tinggal kat hotel ni. Hakim kata, Abah ni Hotel kak Maya ke? Maklumlah nama hotel ni sama ngan nama kakak dia…


Kami bertolak lebihkurang pukul 6:30ptg. Kat opis punyalah sibuk. Keluar dari opis nak ke Em Pi Kay pukul 11:45am. Tumpang teksi PM dari KT (flight dia KL-KT) dan tiba kat Kemamang almost 12:30pm. Kami ingatkan kami lewat, tapi nasib baik Pengarah yang kami nak jumpa tu masih dalam meeting lain. So, kami tunggu dekat ½ jam lagi. Kat luar tu pun kami masih berdiskusi lagi apa yang patut dibuat. Banyak nya lah kerja maklang nak kena buat. Kelam kabut lah ni nanti bila balik ke opis lepas habis cuti ni. After the meeting, gi makan and balik opis and sambung lagi meeting lagi sampai dekat2 nak balik. Tapi seronok sangat rasa sebab petang tu dah nak bertolak ke KL.


Apa yang kami plan memulanya nak berconvoy 3 kereta. Maklang, ada Abg P with Shah & Eja. Last2nya dapat message dari Eja kata dia nak balik lewat. So tinggallah 2 kereta aje. Anak sedara Paklang yang pandai masak tu, tumpang kereta maklang untuk nak ke Kontan. Bas dari Dgn ke Kerteh semua penuh dan Alhamdulillah Pak De datang ambik dia and hantar ke rumah maklang. Setibanya kat taman sebelum nak masuk hiway di Sg. Lembing exit tu, maklang turunkan anak sedara tu. Ayah dia mintak turunkan kat Astana, tapi malam2 tu manalah nampak. Golap. Jalan punya jalan terlepas Astana tu….he..he...Kami call Abe We, ayah dia, kami dah terlepas Astana...Sori Abe We...Tapi Alhamdulillah, kami tunggu sampai ayah dia ambik dia, baru kami sambung perjalanan.

Kami berhenti di Perhentian Gambang sebab kawan maklang nak solat dan nak makan. Maklang dan anak2 tak solat. Kami jamak takhir di KL aje. Kami makan mee hoon dan ayam goreng yang bibik bekalkan tu. Hakim memula tidur, bila bangun dok meratah ayam. Entah macamana, tak aleh2 dia muntah. Mencurah2. Nasib baik kat luar kereta. Or else baunya........Sebenarnya Bibik baru jumpa garam agaknya.........Masin bebenor ayam dia tu. Tapi bila makan dengan mee goreng tu , tak lah terok sangat. Kawan2 maklang pulak makan meet tu kat tempat makan, kami makan dalam kereta aje.


Masa pergi ke rest room tu, maklang terserempak dengan wife kawan Cik Abang. Terus bagi tau yang kami nak ke KL jugak. Boleh tak nak saing. Sebabnya Abg P nak keluar kat toll Karak, nak jumpa kawan dia. So lepas tu tak bertemanlah kami. Sebenarnya stretch Exit toll Karak ke KLlah yang maklang suspense sikit nak drive. Allah maha besarkan, doa kita untuk nak selamat di perjalanan di makbulkan. Plan untuk Shah nak ikut maklang tu pun tak menjadi sebab Shah tak sempat nak tiba KL by 11:00pm untuk nak naik bas ke JB. So, Shah kena tumpang tidur rumah Abang P. So, memang lah kami semua tak berteman. Cik Abang pun tak berani lepas kan kami macam tu aje kalau tak ada lelaki yang dewasa, mana tahu kot apa2 tengah jalan. Lelaki kecik yang kememe tu adalah…Itulah Allah Maha Pengahsih, Dia beri pulak pengganti Abg P dah Shah menemani kami sepanjang perjalan. Dlam hati maklang bersyukur sangat2laaa…Thank you Allah…for helping us throughout the trip.


Almost every ½ hr Cik Abang call kami, tanya status. Maklumlah, maklang tak pernah lagi drive sorang2 the whole trip Kerteh-KL. Dan malam pulak. Thanks also to my co-driver sebab tak tidur. Alhamdulillah sesangat…


Masa tiba kat rumah Alang, Ucop was soooooooooooo happy. Dapat truck kecik and t-shirt cerita kesukaan dia. Gambar cars tu…Suka betul dia. Wan dan Atok dah di atas. Wan dah tidur tapi Atok tengah dengan wrestling dia. Kami woke Wan up from her sleep. She was happy too sebab dapat ikan 1 tong. And Alhamdulillah both of them look sihat. Wan especially, nampak dah segar and dah put on a little bit of weight…Alhamdulillah…Thank you Allah…


Can’t wait for today afternoon, Insyaallah nak pi jumpa Mrock….See you guys again.......and Selamat Ber raya....




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

Wednesday, February 14, 2007

Happy Birthday Angah Sayang....

Assalamualaikum....

Tak sampai hati kalau tak update. Takut2 Kak Elle merajuk nanti, tak dapat pulak nak jumpa kakak kita yang vogue tu, dan tak dapat pulak nak ambik barang yang maklang dah pesan tu.


Hari ni rasa macam zero output aje kat opis tadi. Pepagi tadi dah masuk opis. Balik dari hantar bebudak kesekolah terus aje pergi ofis. Entahlah, macam tak ada mood aje hari ni. Dok baca mails from office diKL and prepare apa yang patut untuk meeting besok. Tapi most of the day dok browse the net nak cari info, tak jumpa2 pulak. Ni nanti nak kena browse lagilah ni. Kalau buat kerja and tak jumpa penyelesaian ni yang tak best ni....Pulak mood low sekali...sebelah jiwa dan raga dah kat KL.


Tengahari masa balik lunch sempat jugak singgah nak ambik specs bebudak ni. Baru aje diganti bulan 7-8, tahun lepas, ni mintak lagi yang baru. Sebelum pergi kedai tu, dia orang kata nak tukar glass aje, and Along cuma nak ketatkan specs aje, tapi tup tup, dia pujuk2 Abah dia, dapat sorang satu. Garu kepala sebab mak dia yang bayar, sebab Abah dah lepas ke KL. Nak buat camanakan...nilah anak2. Rezeki yang kita cari ni pun memang untuk mereka pun. Tapi nasib baik, boleh claim, kalau tak parak jugak nak membayar ni. Pulak2 tengah2 bulan ni. Nasib baik bukan nak dekat Raya kita. Kalau Raya kita mau rabak lagi untuk nak bagi duit Raya.


Lepas dari kedai specs tu singgah pulak belikan si tembam tu kek. Alah kek kecik aje sebab tahu, bbudak ni bukannya suka sangat kek, saje nak potong. Lepas tu terperap dalam fridge berminggu2. Tengahari tadi sembunyikan kat dalam fridge. Tak sempat nak sembunyikan specs dia pun. Dia dah jumpa dulu. Masa hantar ke sekolah tadi sempat pulak pesan suruh ambikkan specs dia.


Then after lunch, teramatlah panas cuaca hari ni. Maklang punya tempat pulak dekat dengan cermin, lagilah panas. Maka kalau panas2 ni memang lah teramat ngantuk jadiknya....Dalam tak ada mood terus sms kat Cik Abang kata tak ada mood betul nak kerja. Lansung dapat call dari dia. Rupanya member tengah enjoy sebab his meeting was cancelled. Orang penting dalam meeting tu tak ada. Apalagi merondalah dia sampai ke SJ. Nak uruskan apa2 yang patut. Dok turun naik LRT. He definitely was enjoying himself!


Maklang left the office at about 5:15pm tadi. Ajak officemate gi ke Paka and shop ikan lagi untuk nak bawak ke KL. Then shop pakaian dalam bebudak yang banyak dah lusuh tu. Dapat gak baju CARS untuk hadiah kat Ucop. Balik aje dah lewat. Siap siang ikan, and freezekan. Ikan tamban tu maklang singgang kan and freezekan jugak sebab nak bawak ke KL besok. Ikan tamban singgang ni kalau goreng...aduh...SODAP....nak2 dengan nasi panas dan sambal belacang...Boleh bertambahlah....


Malam ni pulak lepas hantar along tuisyen tadi, gi McD belanja bebudak makan. Tak tahu nak bawak Angah ke mana. Tunggu lah nanti di KL. Kot2 Aunties tu nak belanja Angah ...mana taukan...Then kemas baju. About 10 gi ambik Along, beli Foldover untuk along and isi minyak kereta supaya petang besok tak lah kelam kabut.


Nilah sat lagi nak out dah...kenalah tidur awal sikit. Rehat2 sebab besok nak jalan jauh...Doakan keselamatan kami di jalanraya...InsyaAllah ada rezeki nak jumpa Mrock jugak hari Jumaat nanti...Bye for now....(Kat hotel yang Cik Abang duduk ni internet free...bolehlah update nanti ye....)





ni si Tembam tu...dah sebelas tahun today. Malam semalam maklang and kakak dan adek2 dia dok nyanyi lagu besday kat dia. Dia tersengih2 aje...Dia kata mak jangan lupa ambik specs Angah eh...Tu specs barulah tu...dan dia dok perasan dia lawa...
ni pulak kek yang maklang beli tu...Kecik aje. Lepas dah potong tadi, dia packkan dalam tupperware untuk nak bawak ke sekolah besok. Adek2 dia tak makan pun...Entah bilalah nak abis tu....












Angah sayang....Mak doakan Angah berjaya didunia dan akhirat. Doa mak moga Angah menjadi insan yang berguna dan jangan sekali2 tinggal solat tu...Kami sayang Angah. Homework tu jangan lah tak buat...Kalau malas sekolah nanti mak kawinkan awak...he..he...




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Tuesday, February 13, 2007

Hi....I 'm home.....kak Elle...

ni kak elle, maklang tengah minum air...bila kak elle sebut2, maklang tersedak pulak...


Assalamualaikum...


First sekali nak mintak maaf kat Kak Elle, sebab tak update dah 2 hari. Sibuklah kak, plus Keyboard ni dah gila. Agaknya sebab jatuh malam tu. Ni macam nak kena masuk pusat pemulihan aje. Payah plus lambat nak menaip. Nak cilok2 kat opis tu pun tak sempat lah, kerja melambak2lah....tak sempat. Sempat pun kenkadang tu nak masuk kat blog sat2 aje. Tu pun tak sempat mana. Kat rumah pulak sibuk jahitkan tudung kawan yang nak tunang masa Raya China ni. Ni ada sikit lagi nak siap. Lepas tu nak letak batu2 tu kat tudung. Nak ambik gambar camera entah kat mana. Ni pun tengah mengadap Angah buat homework dia. Bila Cik Abang tak ada kat rumah, maklang lah kena pikul semuanya...so, kena banyak bersabarlaa....


Semalam Alang call beritahu yang Wan punya result memuaskan. Dr. kata Wan tak payah kena chemo. Syukur pada Allah. The whole day my stomach was up side down. Kecut memanjang sebab risau kan result Wan. Tunggu punya tunggu Atok or Alang tak ada call pun. Until almost 5pm, call aje Atok and tanya macamana. And Atok kata everything Ok. Dr kata Wan kena repeat scope dia and kena nak scan in 6 weeks time and kena check pulak every 6 months. Hopefully Wan akan bertamabah sihat dan dapat pergi jenjalan dengan kami cuti sekolah ni nanti. Semuanya dah kami book dan harap2 apa yang di plan menjadi, InsyaAllah....


Cik Abang pulak petang semalam dah terbang ke KL. 4 malam di sana. Mulanya dia ajak maklang pergi sekali tapi memandangkan anak2 sekolah dan maklang for sure tak boleh cuti, baik jangan berharap aje....lupakan ajelaaa....So, InsyaAllah kami anak beranak akan ke KL after office tulah. Kena nak bawak Bibik as well sebab siapa pulak nak tengok bebudak ni kalau maklang tengah drjve kereta. Plan2 nak cabut awal sikit tapi nampak2 gaya macam tak boleh aje sebab ada meeting penting dengan PM dari KL. Tengahari tu pulak ada meeting dengan MpiK. Kadang2 rasa kelam kabut sangat.


Petang tadi after office dah dekat2 pukul 6 tu, sempat jugak ke pasar malam untuk nak beli ikan yang Wan pesan. Nasib baik ikan2 tu fresh2. Kalau tak, malas jugak nak beli. Tadi ada ikan kerisi, ikan selar kuning ( kali ni bulat2 tak macam selalu. Penjual tu kata ikan selar laut dalam, sebab tu dia bulat!). Ada tuka, ikan kembong, udang dan sotong. Ikan2 tu masih keras2 lagi. Tetal, kalau goreng memng sedap ....delicous. Balik pasar dalam 6:45pm dan dalam 7:20pm dah siap bersihkan ikan dan bungkus2 dalam plastic untuk satu kali masak. Nanti hari Khamis ni letakkan kat dalam kotak putih untuk ikan tu and boleh bawak ke KL. Harap2 tak tumpah macam hari tu. Kalau tak puas pulak nak cium bau ikan kat kereta tu. Tapi Insyaallah , kali ni tak kot sebab bawak ikan yang dah beku.


Oklah...sini dulu...nak kena siapkan tudung tu. Mintak2 malam besok ada masa nak update, kalau tak, Selamat bercuti Raya China. Kami nak ke KL, nanti boleh jumpa Kak Elle dan KL dan Sya....Angah dah sibuk nak ikut tu kak....


Good nite! And Wassalam........







Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Sunday, February 11, 2007

Men vs. women...

Assalamualaikum


Wiken yang baru lepas ni memang sibuk. Hari Jumaat maklang dan Cik Abang pergi ke Kontan nak hantar Datuk balik. At the same time we went to service the car. Masa malam sebelum tu, kami dapat berita pasal seorang teman sakit. Maka lepas dah habis kerja2 yang nak dibuat, kami pun pergi ke tempat kerja kawan tu nak mencari dia. Sebabnya bila kami menalipon isterinya, talipon tu tak berjawab. Alhamdulillah dapat akal, nak talipon another friend yang tahu phone no. dia. Dah petang baru kami dapat tahu yang kawan kami tu dah dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Maklang dapat jugak bercakap dengan dia. Moga2 semuanya selamat, InsyaAllah...


Lepas tu on the way nak balik pulak, dapat tahu another friend admitted kat Gleneagles. Kena denggi. Hopr she has recovered...


Semalam was a "No cooking day" for me. Breakfast Along prepared. Lunch Angah buat. Petang we went to gerai makan ikan, sotong and keropok celup tepung kat Meraga Brisk. Ada ambik gambar makanan2 tu, nanti letakkan. Ni sebenarnya payah nak type,keyboard tengah pening.

So, kat bawah ni ada some jokes yang maklang terima from a friend and hope it will cheer kawan2 yang datang menyinggah!...






he.. he.. he.. kena kat org laki... he.. he.. he..

WIFE VS. HUSBAND
A couple drove down a country road for several miles, not saying a word. An
earlier discussion had led to an argument and neither of them wanted to
concede their position. As they passed a barnyard of mules, goats, and
pigs, the husband asked sarcastically, "Relatives of yours?" "Yep," the
wife replied, "In-laws."


WORDS
A husband read an article to his wife about how many words women use a
day... 30,000 to a man's 15,000. The wife replied, "The reason has to be
because we have to repeat everything to men... The husband then turned to
his wife and asked, "What?"

CREATION
A man said to his wife one day, "I don't know how you can be so stupid and
so beautiful all at the same time. " The wife responded, "Allow me to
explain. God made me beautiful so you would be attracted to me; God made me
stupid so I would be attracted to you!

WHO DOES WHAT
A man and his wife were having an argument about who should brew the coffee
each morning.
The wife said, "You should do it, because you get up first, and then we
don't have to wait as long to get our coffee." The husband said, " You are
in charge of cooking around here and you should do it, because that is your
job, and I can just wait for my coffee." Wife replies, "No, you should do
it, and besides, it is in the Bible that the man should do the coffee."
Husband replies, "I can't believe that, show me." So she fetched the Bible,
and opened the New Testament and showed him at the top of several pages,
that it indeed says.......... "HEBREWS"

The Silent Treatment
A man and his wife were having some problems at home and were giving each
other the silent treatment. Suddenly, the man realized that the next day,
he would need his wife to wake him at 5:00 AM for an early morning business
flight. Not wanting to be the first to break the silence (and LOSE), he
wrote on a piece of paper, "Please wake me at 5:00 AM." He left it where
he knew she would find it. The next morning, the man woke up, only to
discover it was 9:00 AM and he had missed his flight. Furious, he was about
to go and see why his wife hadn't wakened him, when he noticed a piece of
paper by the bed. The paper said, "It is 5:00 AM. Wake up." Men are not
equipped for these kinds of contests.




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Thursday, February 08, 2007

Macam2 fikir

Assalamualaikum....

Bestnya besok dah wiken kat sini. Entahlah...asal kena wiken rasa best sangat. Tak payah nak worry nak masak apa besok pagi. Besok aje boleh fikir nak masak apa. Sambil2 beli barang kat pasar tani tu pun boleh pikir nak masak apa. Tapi hari ni pun Along dah mintak nak masakkan kan dia sup wontan dan deep fry tauhu lembut. Tapi kalau ikutkan rasanya macam nak ikut aje Cik Abang pergi ke Kontan untuk nak service kereta. Kesian kalau dia balik sorang. Hala pergi ada Datok sebab besok Datok nak balik Kontan besok. Lama jugak dia di sini, 3 minggu dah rasanya.


Wiken ni salah satu kerja yang kena buat is to ambik gambar pasport. Pasport maklang dah mati last month kot. Budak2 punya except Along punya aje masih boleh pakai. Cik Abang punya pun masih ok lagi. Kalau buat untuk 4 orang dah kena 1.2K. Fengsanle...lari budget dah ni. Lepas tu kena pulak nak pergi ambik teko kecik2 yang Wan Sara kirim tu. Lepas tu kena pulak nak sulam tudung kawan yang nak tunang raya Cina ni. Tu aje dah penuh se wiken. Kan best kalau wiken kita 3 hari seminggu. Barulah ada masa nak menghabiskan kerja2 yang tak habis2 tu. Tapikan kalau ada 3 hari ke, 4 hari ke, masih jugak tak mencukupikan. Kan ke best kalau dapat jadi suri rumahtanggga sepenuh masa dan duit allowance masih ada. Tengah sibuk2 banyak kerja ni mulalah memacam nak buat.


Kat rumah ni pulak tengah bersepah sangat especially kat tingkat atas ni. Tukang yang dok pasang cermin tu tak siap2 kerja dia. Dah dekat 3 bulan agaknya. Kenkadang tu ada jugak datang geram kat dia. Rumah macam tak bersiap aje. Kalau dia buat kerja cepat, cepatlah maklang boleh kemas rumah. Ni, ada kerusi kat bilik Wan, ada kat tengah rumah tingkat atas ni, and entah macam2. Bila dah sepah tu, mulalah semuanya malas nak dibuat. Kena banyak bersabar ni kalau renovete rumah. Tapi tu pun nasib baik sebab tak pakai simen langsung. Kalau tak, berdebu betullah rumah ni. Lagi serabut fikiran. Tapi malam ni maklang nak meng'unserabutkan' kepala dengan menjahit manik kat telekung....Selamat berhujung minggu...



ni sebahagian dari balkoni rumah yang nak di pasangkan cermin. Ni masa belum ada
barang2 tukang tu. Waktu sekarang ni tak tergamak nak masukkan gambar dia...



















Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Tuesday, February 06, 2007

Kerja,kerja dan kerja

Assalamualaikum...

Apa mau cerita? Nak cerita pasal kerja kat opis yang tak abis2 tu memanglah membosankan. Ni start hari ni, besok pagi, lusa pagi and petang asyik dok kena mengadap authority aje. Dah kena jaga bahagian tu. Kenalah nak ambik tau semua disiplin punya kerja. Sampai terbawak2 dalam tidur. Macam tadi pagi, mimpi buat meeting dengan collegue nak discuss pasal projek, lepas tu tak aleh2 kena simbah dengan ombak kuat dari laut. Langsung maklang panjat building yang tinggi tu. Tak aleh2 lepas tu maklang rindu sangat kat Cik Abang....pelik betul mimpi2 ni. Dua tiga hari lepas asyik mompi pasal rumput yang menghijau. Maklang beritahu officemate maklang agaknya nak pindah ke office baru. The grass is always greener on the other side of the fence....









ni green grass in this side of the fence, kat the other side tu banyak rumput mati...so, betterlah bersyukur dengan apa yang kita ada...











Yang di atas tu taip malam semalam. Sekerat jalan aje...bila dah terlepas ke tangan Cik Abang PC ni, jangan harap nak dapat balik...tapi malam ni kena paksa dia bagi guna sebab takut nanti Kak Elle marah sebab tak update. Mesti sebab dia rindu tu..he..he...


Hari ni pun sibuklah. Pagi petang kena gi ke Kemaman. Pagi mengadap S@TU ( Syarikat Air kat sini), petang pergi ke Kemaman Port pulak. Seronok gak belajar pasal benda2 lain ni. Mesti orang authority tu kata, apa bendalah makcik ni tanya bukan2. Semalam jumpa JayKayR, tanyalah semua soalan2 bodoh2. Tak kiralah, asal dapat apa yang kita nak! Masih banyak lagi tempat nak dikunjungi. Besok pepagi nak gi site dengan TmB lak. Nak tunjuk tempat kat mana plant ni nak dibina. Then meeting ngan TnB pulak. Malam ni kena preparelah apa2 nak ditanya besok dan apa yang nak dinyatakan. Dah tua2 ni kena baca betul2 kalau tak lupa....


Tak sabar nak tunggu petang besok. Lega mintak2. Then baru lah boleh sambung with my jahitan....I miss my mesin jahit....



















Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

Sunday, February 04, 2007

In the pink of health


Assalamualaikum........


Hari ni sebenarnya maklang bercadang nak bercuti. Tapi memandangkan kalau cuti dari pagi untuk nak attend seminar on 'In the pink of health' yang dianjurkan oleh Petronas dengan usahasama Schlumberger tu, rasa rugi pulak. Sebab waktu pagi tu adalah masa untuk nak buat physical check up dan nak buat pap smear. Kalau dok tunggu aje, rugilah setengah hari. Mintak Cik Abang tolong registerkan nama maklang dulu dan maklang datang tengahari sikit. Jam 10 lebih, call Client yang bersebelahan dengan tempat seminar tu, dan arrange for a meeting pukul 11:30pg. Bila dah sibuk2 tadi, dekat 11:20pg baru keluar. Mengah jugaklah sebab nak kena pergi ke tempat seminar tu sebelum pukul 12:00pm. Takut pulak tempat nak check up dan pap smear tu dah tutup. Alhamdulillah, Client maklang kata dia akan pilih dulu drawing yang mana dia nak kami CADD kan and maklang boleh hantar sesiapa pergi ambik drawings dari dia besok pagi. Alhamdulillah...


Lepas aje dari situ maklang pun berkejar ke opis Cik Abang. Call dia and dia hantar maklang ke tempat nak buat check up tu. Ramai jugak yang menunggu.Semuanya macam malu aje nak masuk bilik check up tu. Memanglah nak buat pap smear ni check up yang paling dibenci. Malunya nak kena buka kaki tu depan orang. Habis nak buat macamana? Terpaksa. Sambil2 misi yang sorang tu buat, maklang berbual dengan misi sorang lagi. Ni semua untuk nak hilangkan rasa malu. Sebelum tu misi sorang tadi tu ajar jugak macamana nak cek payudara kita. Mamografi.Ia boleh dilakukan sendiri. Mamografi ni kena buat setiap bulan.



Bagus betul session tadi tu. Bersyukur maklang dapat attend. Banyak jugak info yang dapat. Di bawah ni maklang nak summarizekan the information untuk kita share bersama. Moga2 akan dapat men'celikkan' kita terhadap 'pembunuh' yang sedang berleluasa ini...Insyaallah...



Speech pertama was given by Prof. Dr Humairah dari International Islamic Universiti Malaysia, Kuantan. Katanya, sekarang ni risiko kanser adalah 1 dalam 4 dan kebanyakkannya adalah perempuan. Dan kaum yang paling tinggi yang kena kanser adalah Cina, India diikuti dengan Melayu. Memang takut dengar statistik yang diberitahu. Kanser yang paling banyak menyerang wanita menurut turutan paling tinggi ialah kanser payudara, servix, usus besar dan uterus.


Menurut Prof tanda2 kanser payudara adalah seperti berikut:

1. ketulan pada payudara ( selalunya tak menyakitkan)
2. leleman pada puting ( berdarah, berwarna coklat)
3. rashes pada puting atau puting masuk kedalam
4. kulit kenggerutu atau tertarik ke dalam
5. ketulan pada ketiak

Prof kata kena cepat pergi cek sebab kanser akan cepat merebak kekelenjar lain.

Orang yang paling tinggi risikonya adalah seperti berikut:

1. Kehamilan pertama adalah selepas berumur lebih 30 tahun
2. Haid awal iaitu sebelum umur 12 tahun dan lambat menopause
3. Saudara terdekat ada yang menghidapi kanser (ibu, kakak, adek )
4. Pernah ada kanser sebelumnya
5. Tak nak ada anak
6. Diet banyak high fat
7. Sosial status tinggi
8. Berat badan
9. Mengambil pil pencegah hamil dan hormon terapi


Prof nasihatkan supaya kita2 yang dah berumur lebih 35 tahun atau 40 tahun, kita hendaklah menjalani mammography seeloknya setahun sekali. Ini adalah untuk mengesan kanser lebih awal. Sekiranya dapat dikesan lebih awal, maka lebih cepatlah kita dapat mengubatinya. Mammography ni adalah x-ray khas untuk nak cek barah payudara.

Lepas speech dari Prof., ada juga speech pasal macamana mamografi tu dijalankan. Ni nak explain susah sikitlah. Payudara tu akan di'compress'kan dan di xray. Seeloknya mammografi ni dijalankan seminggu selepas haid.


Ada jugak NGO dari Cancer Support center dan Cancer Survivor yang bagi speech. Selang seli ada jugak persembahan dari anak2 kakitangan Petronas. Persembahan terakhir was a song 'My Heart' . Maklang pun suka lagu ni. Bila anak2 ni menyanyikan lagu tu, entah macamana air mata maklang mengalir laju...maklang teringat sangat pada Ibu tercinta. Moga2 Allah beri Wan kesihatan yang baik dan tidak perlu dia di chemo....InsyaAllah....



sempat jugak bergambar dengan Cik Abang





rasa ter'kurus' pulak gambar maklang ni...lepas tu colour gambar tak berapa cantek. Nak adjust colour pun tak reti...















Ni maklang letakkan lyrics lagu My Heart...Khas untuk ibu tercinta....I love you....


Disini kau dan aku
terbiasa bersama
menjalani kasih sayang
bahagia kudenganmu

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn’t risk my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn’t risk my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

Friday, February 02, 2007

Surah Thoha


Assalamualaikum....


Pada pagi Jumaat ni terasa pulak nak share bahan yang boleh memberi manafaat pada kita semua. Ni ada ayat pelembut hati. Ayat ni elok dibaca pada anak2 yang degil, pada suami yang ego atau baran, dan pada siapa2 yang asyik nak marah aje. Tak boleh pendapat dia disangkal atau tak dipersetujui, hangin dia mulalah naik. Kalau anak2 tu dibacakan ayat ni dan ditiup ke ubun2 dia, InsyaAllah akan mendengar kata. Kalau pada suami/isteri pulak, bukan nak suruh jadi bodoh, tapi supaya boleh diajak berbincang dalam segala hal.


Biasalah hidup berumahtangga . Tak semuanya dipersetujui oleh kedua pihak. Ada yang kita suka, dia tak suka. Ada yang kita rasa baik, dia rasa tak. Kenalah bertolak ansur. Sebenarnya, hidup berumahtangga ni kena banyak bersabarkan. Tapi kalau asyik nak sabar aje, makin naik tocang agaknya si suami tu. Maklang ni berceloteh sebab terbawa2 dengan kisah2 yang maklang baca dari majallah MIDI. Kesian pada ibu2 tunggal, sudah habis manis, sepah dibuang. Ada juga bila hidup berumahtangga masih berkira kalau belanja tu duit isteri atau duit suami. Kalau duit nak berkira, kalau kerja rumah, cari duit tu dia sorang tak apalah. Ni siisteri pun membanting tulang jugak. Tapi masing2lah nak timbangkan yang mana baik untuk keluarga....


Walau apa2 pun, kita isteri2 juga suami2 berdoalah semoga pasangan2 kita tak macam tukan. Moga2 semuanya baik2 aje.... Ni maklang letakkan ayat THOHA(ayat 1-5) tu. Mana tau bila sesak2 boleh guna...he..he...(Maaf ye para suami, maklang ni sudah tentu memihak pada yang perempuan sebab maklang pun perempuan...).



Selamat berhujung minggu. Hujung minggu ni sibuklah nak sulam tudung lagi sebab nak kumpul duit sebab ada pesan barang kat Kak kita kat Singapura tu. Hari kerja tak dapat nak buat sebab sibuk di pejabat dan bila pulang dah letih sangat...


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....