Dari Teratak Maklang ~ 2007

Friday, June 29, 2007

Ragam anak2 lagi

Assalamualaikum…

Apakabar? Maklang dan keluarga OK. Maklumlah hari ni kan hari cuti. Macam routine biasalah. Setiap Jumaat ke pasar tani untuk membeli barang keperluan dapur.
Lepas balik pasar tadi, malasnya rasa nak memasak. Tapi paksakan diri jugak. Nasib baik hari ni tak beli banyak. Cukup sekadar ikan kembung, tenggiri, terubuk dan udang sekilo. Sempat jugak beli sotong colkat yang kembang tu. Memang sedap kalau masak sambal tumis atau masak kari dengan kentang. Lama dah tak buat masak kari sebab orang rumah ni semuanya suka sambal sotong.

Sambil2 tolong bibik kemas2 dapur tu maklang sempat membelek majalah R@s@. Nampak makanan semuanya sedap. Berangan nak buat kueh tapi tak ada pulak kelapa muda. Kalau dapat buat puteri mandi ke, badak berendam ke atau onde2 kan ke sedap. Masa ke pasar tadi sempat jugak beli tepung pulut. Itu yang berangan tak sudah. Akhirnya dari malas sangat nak masak, datang pulak idea nak buat Karipap. Walhal Karipap yang maklang buat 2-3 minggu lepas masih ada la. Tak bergoreng lagi sebab masinG! Wan pun ada bawak Karipap masa datang ari tu. Tapi tak apalah, mood rajin macam ini bukannya selalu datang.


Homemade karipap...tak payah pergi beli kat kedai lagi....




Tak sempat di goreng, karipap ni dibakar sekali dengan masakkan Western Along tu...

So….siaplah lebihkurang 70-80 leping Karipap untuk difreezekan setelah digoreng sebentar. Masa maklang sibuk buat Karipap, si Along sempat buat benda kat bawah ni.



Entah apa kenama dia. Dia teringat masa makan kat Deli Fr@nce masa Wan sakit. So, dia main hentam aje…and rasaya dia yang habiskan kejap tadi.Ni masak hentam. And as usual Along syok sendiri...sedap katanya....Masak sendiri bedal sendiri! Tapi adek2 dok tanya, "Mak, kenapa Lasagna Along kaler lain???". Apa nak nak jawab ni?





Ni cross section of masakkan Along tu!


Angah dan Maya pulak sibuk bergaduh masa maklang tengah sibuk kat bawah. Maklumlah Abah pergi ke Masjid, jadi mereka pun startlah bertekak. Sibujang pulak tukang repot kat Mak dia kat bawah. Dia kata, Angah koyakkan buku sekolah Maya and Maya koyakkan buku Angah. Maklang minta Along naik atas nengok kat budak 2 orang. Entah apa kak long dia buat last2 semuanya masuk ke bilik masing2. Bujang pulak turun menyibok kat bawah....



Bila Cik Abang pulang dari masjid, maklang belum dapat nak solat lagi. Jadi Cik Abang dan FIL (datang sini last Friday) makanlah dulu. Maklang makan 2nd trip dengan Angah. Sesudah solat maklang dapat surat ini dari Hakim. Hakim kata kak Maya suruh bagi kat mak ...Ini memang kena simpan untuk kenangan bila mereka dah besar nanti..Nampak macam merajuk betul kan!

Dari Maya. Untuk Bibik dan Emak. Maya tak nak orang lain tahu.

Surat dari Maya...boleh baca ke ni? Dia tulis: Mak Maya duduk dalam bilik ini seorang diri. Maya tak nak orang lain kacau kecuali Mak dan Bibik sahaja. Maya tak nak makan dan tak nak minum pun sampai tahun depan....

jangan main2....Maya kalau dah hot...mogok lapar, wa cakap lu....Kelakar betul!



Ada jugak surat2 dari Angah untuk Mak dan Abah, selepas kena marah....





Lagi surat orang merajuk...

Surat Angah lepas merajuk...Bukan main lagi!

Ni kalau merajuk aje tulis surat ni ikut sape lah ni.....








Tapi budak2 ini kalau bergaduh kejap aje mereka dah berbaik. Masa waktu makan tengahari, maklang beritahu Angah yang Maya nak makan mee hailam nanti malam.Maklang pujuk Angah supaya masakkan untuk adek dia. Dengan rela hati dia tanya maklang macamana nak buat. So, maklang beritahulah dia resepinya. Maklang kata, masak sekitar pukul 7:00mlm jadik Ustadz yang datang ajar ngaji pun boleh makan jugak.

Lepas makan tengahari tu, maklang naik ke atas menjahit sampai dekat pukul 7:00. Betul pukul 7:00 Angah naik atas dengan sebuah tupperware. Ingatkan dia nak tanya cukup ke tidak bahan untuk nak masak mee Hailam. Rupa2nya dia mintak maklang rasa kalau dah sedap ke tak. So, inilah Mee Hailam Angah yang pertama. Sedap sangat. Tak sangka Angah terror masak, walaupun mak tak ada dekat Angah!. Yang bestnya lepas solat Isyak, dia masakkan lagi untuk adek2 dia. Permintaan adek2 senang ajelah dikabulkan sebab adek2 puji Angah melambung2!



Mee Hailam Angah - her first attempt! Congatulations Angah! Memang sedap.


Lepas makan, maklang talipon Atok dan Wan kat JB beritahu Angah masak mee Hailam. Atok ketawa aje dengar and kata...."Wa...Angah ni dah besar boleh kjadi chef ni!" ( Sure Angah tersingih bila baca N3 mak kali ini. Tapi muka tu jangan masam mencuka aje bila mak kejut pagi2...nanti Abah mintak untuk nak buat masak asam...ha..ha..ha..)

Selamat berhujung minggu.

p/S: Pertanyaan Maklang dalam N3 lepas, Wan dan Atok dah jawab! InsyaAllah mereka akan sampai Kerteh hari Isnin ini...yeay...yeay...and with the tahu yang menantu mintak tu, InsyaAllah!




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi..

Labels:

Thursday, June 28, 2007

Kena tag dan meng-tag

Assalamualaikum....



Alhamdulillah minggu ini merupakan minggu yang agak menyeronokkan buat maklang. Tak habis lagi cerita seronok rupa2nya. Semalam pagi terima pulak e-mail dari Client's office. They are happy with my work so far and appreciate for all my hardwork. Yang best sekali he c.ced to all the big Bosses kat office KL. Waaaa...syok jugak rasa. Tapi tak payah nak expect apa2 pun. Asal kita sendiri puas hati dengan contribution kita sudah....Tapi memang rasa best semalam...Tapi kalau dapat increment bagus end July ni and a big bonus, apa salahnya kan!


Dan hari ni yang bestnya dah hari Khamis. The last day of my working day. Tomorrow boleh lepak2 sambil cuba nak habiskan sulam2 kat telekong and cushion cover kawan tu. Luckily maklang dapat pujuk Hakim supaya postpone due date cross stitch dia. Dah terlanjur rasa seronok and dah relax sikit ni, maklang rasa, InsyaAllah lah dapat nak menjawab tag Id...Moga2 usaha kita nak menolong Rumah Anak Yatim Darul Izzah, diberkati Allah, InsyaAllah...


Rumah anak yatim ini memerlukan bus untuk penghuni2, di samping sumbangan untuk pengendalian harian, kata Id. Oleh itu, marilah kita sama2 berusaha ke arah itu. For every person who complete this meme before August 26th, Id will contribute rm127 on your behalf to the Darul Izzah Orphange, Bangi. Id aims to collect at least RM10,000 to donate to the Ophanage.

Please copy and paste this rule somewhere in your entry.The meme is about completing at least seventeen out of the following twenty seven sentences.


1. A person is only as good as he or she wants to be. But a person can always change himself/ herself to be a better person if he/she wants to.

2. Friendship is always to be cherished.

3. To love is to accept the person whoever he or she is

4. Money makes me want to shop, shop and shop! Bila nak tobat nih...

5. I miss my Mak and Abah at this moment...Mak, Abah, bila nak datang Kerteh ni...Dah lama dah kat JB tu! Kami rindulaaa..and menantu pesan jangan lupa bawak tauhu...

6. My way of saying I care is by calling the person, sharing stories and giving presents!

7. I try to spread love and happiness by helping others in need.

8. Pick the flowers when they are blooming like choosing a friend when they are....apa ek??? Tak tahu nak cerita...Tapi we should pick a friend who are with you, no matter when you are happy or sad, betul tak Kak Elle?

9. To love someone is to care for her/him sincerely!

10. Beauty is in the eyes of the beholder .

11. When I was thirteen, what I remember the most was when....I cannot rememberlaa..old oredi!

12. When I was twenty one, I remember receiving my first appointment letter in a consultant firm as a trainee, and the first day of working was on 21st birthday.!

13. I am most happy when I am home with my beloved Cik Abang and surrounded by my kids; Along, Angah, Maya and Hakim with Atok and Wan together, tengah enjoy the food that I cooked.

14. Nothing makes me happier than to be loved by my Cik Abang, my kids, my siblings and friends including the friends in this cyberworld.

15. If I can change one thing, I will change the President of the US of A. Menyusahkan orang Islam di dunia aje dia ni!:(

16. If smiles were contageous, then I wished it could spread all over the world!

17. Wouldn't it be nice if we could just stay at home and get paid with good salary every end of the month and get bonuses every end of the year.
18. If you want to succeed in life then you have to have to work hard towards it!

19. Money is not everything but without it you cannot possibly live! Mana ada hidup free-free sekarang ni! Nak 'membuang' pun kena bayar!

20. The most touching moments I have experienced were when my Cik Abang told me that he loves me, masa tengah dating dululah ni...! and when hekissed my temple when I told him I was pregnant with our first child.


21. I smile when I am happy.

22. When I am happy, I smile and jadik perky at times! Nak buat camana...excited sangat!

23. If only I don't have to work, then I can become a full time housewife. Something that I have been wanting to do, semenjak baru kawin dulu, but have never had the chance yet! Maybe bila dah 55 baru boleh jadi full time housewife, tu pun kalau panjang umur, InsyaAllah.

24. The best thing I did yesterday was to teman Cik Abang pergi ke Clinic very late at night sebab tulang belikat dia spasm. Finally, nak dengar cakap suruh jumpa Dr, after one week complaining of the pain!

25. If I ever write a book, I will give it this title,"Mari cuba kuruskan badan dengan Maklang!" ...Cita2 yang macam tak kesampaian je....tengah cuba lah ni...tapi hari ni je ponteng exercise..kena banyak rehatkan,...sebab hari Khamis ni! And malam Jumaat! Ha..Ha...Ha..

26. One thing I must do before I die is to mengucap dua kalimah syahadah...Nak mati dalam iman, InsyaAllah. Gerun pulak ingat nak mati ni. Sudah2lah tu berblog, pergi baca Yassin pulak! Malam Jumaat nih...



27. Doing this meme, I feel like I have helped raising some funds to help those in need! InsyaAllah............................



Haaa...ni nak tag Kak Elle, Kak Lady, Norabella, Sya, Mamasarah, D dan Zino dan tak lupa Djin jugak!. Moga2 usaha kita nak menolong anak2 yatim ini diberkati Allah hendakNya. Sila ke blog Idham untuk rules yang seterusnya ye...Thank you Id, for starting this. Satu soalan, meme ni bahasa apa ek? I ni vocabulary tak power...jadi kenalah bertanya sebelum sesat jalan....


Cik Abang with his PC. Asyik kena hijack dengan anak dia aje...So, bila dapat...tak toleh kiri kanan lagi. Gambar diambil lepas solat Maghrib tadi dan tidak ada kena mengena dengan N3 di atas...Hiasan semata mata






Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

Wednesday, June 27, 2007

Seronok lagi...

Assalamualaikum...

Seronok..seronok lagi. Pulang dari pejabat semalan, maklang pergi ambil anak2 yang 2 orang tu di sekolah. Buat salah besar sebab tak cukup 8 jam bekerja. Kena ganti nanti dalam minggu ni atau minggu depan, Insyaallah...tapi sebenarnya last week dah ada kerja lebih masa tapi tak claim pun. Malas. Kira campur tolak, InsyaAllah cukup 40 jam seminggu.



Bila sampai ke sekolah anak2 mereka dah tunggu lama dah. Sebenarnya mereka dah call sejak pukul 4:30ptg. Takkan nak keluar pulak... Last2 tinggalkan office dalam pukul 5:20pm dan tiba di sekolah lebih kurang jam 5:30pm. Dua-dua ada ko-ko, sebab tulah lambat balik.

Pulang dari sekolah, kami pergi ke pasar malam. Ayam dah tak ada stock. Terpaksa pergi jugak. Ikan tak banyak di pasar sebab sekarang ni musim angin. So, beli ikan kembung sikit, ikan bolos ( a bigger version of ikan bilis - goreng tepong sedap ni!), sotong and ayam. Then singgah kat jual baju reject and bought a few baju for baby Alman. Lucu sekali. Then singgah pulak beli pokok lagi. Yes..pokok bunga teratai. Dah lama mengidam ni. Dapat for RM 13.00. Nanti lah..i will write about my pokok bunga again. Ada a few photos which were taken a few months back but never had the chance yet to write about it in this blog.


Bila dah balik rumah tu, as usuallah cuci ikan, sotong, ayam and all. Teringat pulak yang Cik Abang senior and junior and Along and Angah and Maya semuanya 'berhantu' kalau dapat sambal sotong ni. So, immediately mintak Along tumiskan sotong,and about one and a half hours later, agaknya, masaklah sotong itu. Maklang half way dah naik sebab mintak Bibik yang menjaga nya...




Cik Abang tiba sekitar jam 7:00malam. Terperanjat jugak sebab tak perasan it was already 7:oopm. I bought a pack of nasi kerabu for him sebab dia memang tak minat langsung bakso. Anak2 mintak bakso...so Bibik buatlaa. (OO-nanti I write the recipe kat blog masak I OK. Sori lupa betul!

Siap kat dapur, maklang naik ke atas nak bersiap for solat maghrib. Lambat sebab masa naik atas tu sempat tengok my sulam sat. Bila masuk bilik, Cik Abang surprised me with these books...Seronoknya rasa....And I told him, sometimes when we be nice kat orang, balasan dia Allah beri hampir serta merta and berlipat kali ganda! Sebabnya tadi pagi I bought a few extra bungkus of nasi lemak and kueh for my officemates, tak mahal cuma RM5.oo je and petang ni dapat buku2 mahal2 dari Cik Abang...



Tak sangka betul sebab memang tahu Cik Abang ada full day meeting kat ofis and tak sangka dia sempat turun kat Kinokunuya di Kay Elle See See to look for books for me. Eversince I put an interest in ribbon embroidery, he has been buying books on this. To date I already have 5 -6 books on ribbon embroidery. And yang dia beli tadi termasuk buku2 berikut.

The three books that Cik Abang bought at Kay Elle See See. Surprise! Surprise!
Because he knows my interest in beading...so he bought a book about it too...
I love this particular book. Cantek betul the designs...memang geram. Entah bila I can start a new project. Now still stuck with Wan's ribbon embroidery project (Project no.1) and the one yang kawan tempah. Cross stitch Hakim lagi...Pening carik sendiri!
Yang ini pulak books on types of embroideries. Banyak dah buku on this, tapi Cik Abang dah beli...apalagi, terimakaseh jelaaa...with a big sweet smile and a big hug! Thanks so much!



Buku ini buku lama, jadi embroidery nya tak berapa menarik. Lagipun, harga dia agak murah. Beli masa kami pulang ke JB baru2 ni.





Thanks alot....I love the books.









And also to mamasarah for the book yang dikirim thru Alang tu. I love it!.
Terimakaseh semuanya...Ni lagi semangat nak buat ni..


Ada updet on baby Alman. Alhamdulillah dengan berkat doa dari semuanya, baby Alman telah dipindahkan dari rumah bungalow ke rumah terrace about 2 days ago ( dari incubator ke normal baby cot). And dah tak ada wire2 yang bersangkutan di badannya lagi. Dan yang bestnya Alman dah put on weight. Now he weighs about 1.3kg. Syukur Alhamdulillah....

Ini dia gambar baby Alman which I received when I was typing this N3. Terharu maklong tengok Alman. Syukur Alman dah kuat sikit and moga2 Alman cepat besar. Busu kata, Alman dah minum susu thru the tube about 22cc and dah start belajar sucking mom's bre@sts. Next week Aunty Leen kena duduk kat spital untuk nak belajar cara2 nak jaga premature baby...Jangan risau Busu and Aunty Leen and Adlan, InsyaAllah Alman akan cepat besar..tengok aje apa jadi kat Abang Hakim who went thru the same, if not worse, ordeal before....Take care!



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

Tuesday, June 26, 2007

syok sendiri

Assalamualaikum...


Semalam entah kenapa rasa macam syok sendiri pulak. Jiwang tak tentu arah...ha.ha..ha.. Masa balik dari office, lebih kurang pukul 5:30 ptag tu, bawak kereta rasa syahdu sangat. Agaknya sebab semalam hujan lebat kot. Jadiknya sejuk aje....(Jap nak hantar anak2 sekolah jap). Ha...ni dah balik dah. Today kena hantar anak2 ke sekolah sebab Cik Abang pergi KL tadi pagi. Dah dekat nak sampai agaknya. Flight dia pukul 7:00pg dari Kerteh...




Ok, sambung balik. Agaknya suasana yang tenteram itulah yang membuat maklang ni jiwang, semonel etc etc.... Balik dari kerja, Cik Abang dah tiba dulu sama Along dan Angah. Tengah bukak surat Cinta dari LHDN...Alamak...kena tambah lagi lebih sebelah tangan...Pengsan le...Tapi tak pe...duit dah memang siap untuk nak bayar utang kerajaan ni. Cik Abang kata nanti dia settlekan...Lega...Itu satu lagi yang buat syok tu...



Lepas tu, suap bujang senang makan...


"Mak...Akim nak makan ikan masak tomato...". Senang aje order kat mak dia. Mak dia yang dari tadi nak exercise kononnya, terpaksa kensel. Taulah kalau nak naik threadmill ni memang payah sikitkan. Lepas suap Akim, Cik Abang nak makan. So, teman dia makan. I makan roti canai dengan kuah masak asam. Tergendala lagi nak naik threadmill....


Lepas dah soru, lebih kurang jam 6 tu, maklang naik ke atas rumah. Tengok mesin sulam I. Siap2 masuk benang, sambil tengok mesin2 itu menjahit, kuatkan hati jugak naik threadmill. Dapatlah jalan 1km. Jadiklaa...daripada tak ada. Nak mula memang payah, tapi bila dah on it, sayang pulak kalau jalan dekat sangat. Lepas exercise, siapkan sikit lagi sulam tu and then mandi and solat maghrib. Masa masuk bilik tu, Cik Abang was already using my PC. Sebab tulah kak Elle, I tak on malam tadi. Kena hijack ngan Cik Abang sampai 10 lebih. Lepas Solat dan buat apa yang patut...sambung lagi sulam2 tu sambil tengok TV and jahit x-stitch lagi. Untuk siapa lagi kalau bukan untuk bujang senang. Tiap2 hari kena tanya , "Dah siap ke mak, Akim punya????". Tension betul dibuatnya...


About 10 plus baru bukak PC kat tempat TV tu...Dapatlah tengok2 blog ni sat. Tapi masa tengah tengok tu, bujang datang...


"Maaaaaaaakkkk", dengan suara lembut....


"Akim, nak raba..."


"Ha..Nak rubber? Pemadam.....?", maklang tanya dia. Memang ingatkan dia nak rubber/pemadam tu...


"Taklaaa..Hakim nak raba ni...", dia kata, sambil tangan dia masuk dalam baju mak dia...


Agaknya lepas gian lah tu.....Tak dapat tidor dengan mak, tak pe, asal dapat candu dia sudah.....Ok, got to go, dah nak dekat pukul 8 ni...sure tiba ofis lewat...tapi nasib ada flexi time, petang nanti boleh balik lewat sikitlaa...Enjoy your day....


(Cik Abang baru aje call, dia dah sampai KL dah...tapi I masih kat rumah nak updet ni...terok betullaaa...)


Gambar ini sebagai hiasan aje, tak ada kena mengena dgn entry di atas...



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

Sunday, June 24, 2007

Long Service Award - Part Two

Assalamualaikum....

Macamana wiken yang lepas? Maklang seronok. Rasanya dapat accomplished a few things. And that was done on Saturday. Yes..on Saturday alone, I completed almost 1.5 of the telekongs which I was supposed to complete months ago. Itu pun after memaksa diri yang malas nak menyulam ni. Alhamdulillah, dapat jugak siap. And this morning the bilik was in such a mess. Tapi tak pe..janji ada jugak yang siap. Dan dengan siapnya telekong itu, maka maklang masih ada dekat 10 helai lagi nak kena jahit, agaknya lah. Pengsan. Nasib baik kat opis tak sesibuk mana, dan mintak2 balik malam nanti bolehlah meneruskan kerja2 tersebut. Sambil2 mesin tu menjahit bolehlah ber x-stitch atau buat bunga riben tu...Sibuk betul...

Ok, itu sahaja pasal kerja. Ini nak buat cerita bergambar pulak. Dapat download dari server opis pagi tadi.

Ini gambar pentas kat Cherating tu


Ada bunga telur dan bunga manggar lagi. Lagi pun the theme was Traditional. So, yang hadir almost semua were dressed according to the theme. Kaum lelaki macam nak pergi bernikah pulak! Sure isteri2 yang tak di ajak, suspense jugak!

Maklang kena duduk dengan the Bosses...BOOORIIIINGGGGG


Ini yang dapat 5 years long Service Award

Ha...ni I ambik award dari Area Manager. Yang sedih tu pakai baju yang dah lebih 5 tahun kot( patut pakai yang 10 tahun kan! Baru reflect betapa lamanya baju itu..dan yang bestnya baju 10 tahun lepas, masih boleh dipakai.!. Tak sempat nak berbaju baru sebab terlupa dek sibuk sangat kat opis. Malam sebelum tu baru korek lemari, nak pakai baju apa!

Ni gambar dengan Boss.



Ini yang dapat 10 tahun...Lama nya maklang kerja kat sini! Kalau duduk KL sure dah berpindah randah kan...Pakkal je kat sini tak banyak choice! Kalau banyak sama gak macam kat KL. Satu lagi kalau lompat2 ni, sure fulus tinggikan...Tapi bukan fulus aje yang dicari...


Yang ini pulak yang 15 tahun..lama betul bertahan kat ofis ni...


Ni, bila semua dah kenyang, kami ambik gambar ramai2. Ni bukan semuanya, ada jugak yang tak hadir!

Kaum wanita sedang bergambar...




Ni one of the colligues tengah berbalas pantun. Siap bersamping, dia dapat 15 tahun punya award.


With the HR Exec.


Ini maklang laa...sikit punya kepit award tu and envelope yang ada cek tu....Sempatlah ambik gambar ...mana tahu tak sempat 15 tahun nanti...samada kompeni tak nak maklang lagi atau maklang yang tinggalkan kompeni...hi..hi...

To the organizing commitee and the Bosses, thank you so much for the dinner and the appreciation.

Ini gambar organizing committee



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

Friday, June 22, 2007

Long Service Award -Part One

Assalamualaikum....

Maklang sekarang berada disebuah hotel kat Kuantan. Hotel kat belakang MegaMall tu. Dalam bilik ini cuma ada maklang, paklang dan hakim. Anak yang 3 lagi ada kat bilik 912. Sebenarnya dapat 1 bilik aje, tapi kawan Cik Abang tak jadi nak duduk, mereka kasi bilik ini pada kami. So, legalah sikit.

Malam tadi maklang tiba kat hotel ni lebih kurang jam 11:30pm. Tumpang kawan yang tinggal dekat2 sini. Nasib baik dia ada, kalau tak kesian kat Cik Abang nak ambik maklang. Kuantan - Cherating lebih kurang 40km one way, tak silap.

Kami bertolak dari rumah dalam jam 6:30pm. Tiba kat Cherating dalam pukul 7:20pm. Cik Abang bawak slow sebab banyak kereta. Lagipun hujan all the way. Sesampai aje kat sana, maklang terus carik bilik the organizer untuk nak solat.Selesai solat barulah pergi kat dewan.

Tiba kat Dewan jumpa Manager of Projects. Dia in-charge of all projects all over the world. And he is closely following project yang maklang ceritakan semalam. Dia tegur maklang and I informed him about yesterday's meeting. Dia kata dia pun ada meeting dengan the Client pada hari yang sama, tapi orang yang lain dari Client yang sama. They had a terrible argument on how to do things. Memang pun Client yang dia deal tu semacam sikit. Kalau dia (client) suka the figures,OKlah semuanya. Figures in terms of cost estimation. Kalau dia tak suka dia kata our design is wrong and that is why the cost estimation is so high! (not within the estimate figures yang dia adalaa). Walaupun, dia dah berkali2 kata our work is good. Kesian team kat KL tu. Hopefully things will be better after this.

Dalam pukul 8:30pm barulah start. Mula2 the Area Manager gave a speech, then the Manager of Projects (MOP)dari HQ and then award giving for the 5 and 10 years. Yang 15 tahun dah dapat masa ada award tu di KL 2 weeks back. ( Yang best tu, MOP specifically mentioned pasal the project yang I am handling tu. Bagus, dia kata sebab the Approval process went smoothly..Kembang sat hidung ..ha..ha...)

Makanan was good. Ada 9 Chinese courses. Se'eh perut. Tak dapat nak ambik gambar sebab tak bawak camera and kena duduk dengan the bosses. (Benci aku.!!). Takkan nak ambik gambar makanan kot. Kang dia kata apasal pulak makcik ni??? Mat Saleh (The manager of Projects, tapi isteri dia Melayu- tapi isteri tak datang laa) pun ada pulak tu. Lagipun no cameralah..Memula duduk meja lain, tapi the HR suruh duduk dengan the Bosses sebab kat situ tak ada sorang pun perempuan. Tapi it was Ok lah sebab ada Boss dari KL tu memang dah agak biasa dengan dia. Very nice down-to-earth person. Baik sangat.

OKlah sampai sini dulu. Nak pergi breakfast and nak bawak anak pergi mandi kat swimming pool. ( Sebenarya duduk kat hotel ni macam ada deja-vu feeling aje...teringat masa berkampung kat sini lebih sebulan masa lepas beranak kan Hakim! Now, after 5 years plus after Hakim was born, I can still feel the emptiness at that time. How difficult life was....Tak apalah , masa itu semua sudah berlalu. Bersyukur aje banyak2...alhamdulillah!)

Have a nice wiken. Tunggulah berita bergambar, InsyaAllah hari Ahad akan datang ini. Besok wa malas...and also only on Sunday aje maklang akan jumpa tuan punya camera tu!


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , , ,

Wednesday, June 20, 2007

Cerita pasal kerja ...

Assalamualaikum...

Rasa letih hari ini. Lepas balik kerja tadi baru terasa semuanya. Pulak tu malam tadi tidur lewat dan waktu tengah malam dan hampir nak pagi tu asyik terasa ada tangan yang meraba2. Nak tidur pun tak lena. Gangguan betul. Kalau ditepis habis2an kang, ada yang merajuk and terjelir aje lidah kecik tu. Waaa...sure suspense kan. Si tembam maklang yang paling kecik tu, kalau dapat tidur dengan mak dia ni, pasti mak dia tak lena tidur! Lemas jugak , nak2 kalau letih lepas seharian bekerja. kalau tak benarkan, kesian pulak sebab seminggu dua ni, dia asyik tak sihat aje. Sejak dari maklang pergi ke KL, minggu lepas dia dah demam dan bila maklang balik sini, hari Jumaat tu, gusi dia bengkak. Alhamdulillah sekarang ni, gusi dia dah nampak semakin pulih.


Hari ini adalah antara hari maklang balik awal sangat. Tepat pukul 5.ooptg , maklang dah sampai kat depan pagar rumah. Terasa macam ada satu batu besar dah diangkat dari bahu maklang. Lega ya amat. Sebenarnya, petang tadi projek yang maklang jadi Authority Coordinator tu, masuk meeting bulanan dengan majlis. Sejak dari minggu lepas, tarikh meeting tu nak di lewatkan dari 20.6 ke 10.7. Masaalahnya kalau meeting tu di postpone, nampaknya schedule kerja yang kami kejar2 kan itu akan bertambah lewatlaa. Tapi Alhamdulillah setelah perancang bandar yang telah dilantik oleh pejabat maklang untuk menyelesaikan application untuk kelulusan merancang telah menjalankan tugas yang baik dan dapat nak masukkan ke meeting hari ini.

Disebabkan oleh meeting ini jugak, maklang menjadi teramat sibuk di pejabat. Mana tidaknya semuanya kena siap sedialah. Rasa2 macam nak ambik periksa pulak. Ialah..takut nanti di soal dengan benda yang bukan2 oleh pegawai kerajaan nanti. Mana lagi nak furnish information kat the Client.

Tepat jam 3:40ptg tadi, kami dipanggil untuk memasuki bilik mesyuarat. Ada 3 orang mewakili Client (termasuk seorang mat salleh yang merupakan VP dari Company Client), 3 jurutera dari HQ diKL, seorang jurutera awam dari pejabat yang kami lantik untuk merekabentuk sewer treatment plant, project manager, project engineer, senior project engineer dan maklang sendiri, dan 2 arkitek dari pejabat perancang. Punyalah ramai. Semuanya masuk ke dewan mesyuarat melainkan project engineers dan project manager. Rasa sedikit gementar tatkala masuk bilik mesyuarat sebab ini adalah pertama kali maklang masuk meeting Jabatan kerajaan ni. Maklumlah sebelum ini, pejabat kami hanya mengambil kerja dari brown field aje. So, bila kena kerja green field, kami terpaksa menginvolvekan diri untuk memohon development order ni.

Pihak perancang memulakan presentation mereka dan diikuti dengan pihak Client. Bila pihak Client dah habis bagi presentation, maka the forum is opened to all. Mulalah setiap jabatan kerajaan di tanya oleh ydp (yang di pertua majlis perbandaran)sekiranya terdapat sebarang bantahan dari mereka untuk projek ini diteruskan. Ada jugak soalan2 berbangkit dari a few departments. Nasib baik semua soalan maklang dapat jawab. LEGA. Dan Alhamdulillah pegawai dari planning department bersama ydp sekali menyokong kuat projek ini di beri approval dengan secepat mungkin.

Kami keluar dari bila mesyuarat dengan senyum dibibir dan dengan hati yang berbunga. Syukur sangat sebab tak ada masalah. InsyaAllah by next week kami akan terima the approval letter.

Habis mesyuarat , kami berkumpul untuk berbincang sebentar. Sempat jugak menerangkan kat VP Client mengenai komen2 dari pegawai2 kerajaan dan yang ydp menyokong kuat projek tersebut. Bila VP kata..."That was great...." to maklang, Sedap betul rasa. At least satu hurdle untuk nak menjalankan projek ni dah lepas. Apa yang kami bimbangkan tak terjadi. Habis aje berbincang, maklang pun dapat pulang dengan hati yang sangat senang.


Besok dapatlah nak relax sikit. Client dah balik ke KL dan maklang akan dapat meneruskan tugas macam biasa. Rasanya macam dah lama sangat tak tengok technical things...

Petang besok pulak maklang ada dapat Long Service Award. Diam tak diam dah 10 tahun maklang kerja dengan kompeni ini. Celebration tersebut akan diadakan di sebuah hotel di Cherating. Cik Abang pulak akan bawak anak2 ke Kuantan sebab ada BBQ dinner di sebuah hotel disana. Lepas dinner tu, Cik Abang akan ambik maklang dan kami akan tidur di hotel kat Kuantan. Semuanya under company expenses.so, kejap lagi nak kena pack baju pulak...

Oklah..selamat malam..sehingga berjumpa lagi....







Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

Tuesday, June 19, 2007

Hadiah Hari Bapa

Assalamualaikum...


Walaupun hari Bapa dah berlalu 3 hari yang lepas, baru tadi pagi Maya bagi kad Hari Bapa untuk Abah tersayang.

Ini kad Hari Bapa yang Maya dan Hakim buat. Berlapis-lapis.
ni first layer


yang ini second layer

ni lagi maya tulis untuk Abah dia..sikit punya panjang lebar...


Ini kad dari Angah untuk Abah tercinta...

Ini dalam kad Angah untuk Abah...

Alhamdulillah..nampaknya anak2 maklang menghargai Abah mereka walaupun dah beberapa hari Terlewat. Kalau mak dia ni, hari Jummat dah bagi hadiah lagi. Alhamdulillah dia suka....


Sejak beberapa hari ini, maklang memang teramatlah sibuk kat pejabat. Nak cilok2 sat pun susah.( Tapi sempat gak lompat2 kat 2-3 blog!) Dari pagi dah kena travel ke bandar Cukai sebab nak jumpa client. Believe it or not, dia call maklang pukul 10:30pm , kata nak meet kat Cukai. So, pagi tadi pukul 7:15pg dah keluar rumah. Alhamdulillah dapat tiba before waktu yang dijanjikan. Lepas meeting dengan mereka, maklang pergi kat authority. Alhamdulillah meeting yang kami tunggu2 itu, akhirnya akan di adakan besok. So, besok will definitely be a busy day again. Hopefully, lepas meeting besok, submission kami itu akan di approvekan, InsyaAllah.


Bila kat pejabat dah sibuk, tentunya kat rumah tak boleh nak sibuk sangat. Macam hari Ahad yang baru lepas ni, maklang pergi jumpa Authority kat KT. Lepas balik tu, letihnya ya amat. Bukannya drive kereta pun. Tapi, malam tu nak tarik jarum untuk nak buat ribbon embroidery pun tak larat betul. Last2 simpan aje and terus tidur.

Malam ini, tak usik langsung embroidery tu. Entah bila nak siap tak tahulah...Kalau asyik kerja aje, memang tak ada rehat le, and mata ini akan mula menjadi kabur sebab kepenatan.





Ini jahitan untuk dihadiahkan untuk anak Wan Noor dan Tok Li. Baru jahit ribbon aje. Untuk nak dijahitkan jadik cushion belum dapat lagi.

Ini jahitan ribbon embroidery maklang yang ke 3. Ini kawan tempah. Masih belum 100% complete.

Ni cushion cover in the process. Baru letak bunga kuning tu. Entah bila dapat nak 100% complete tak tahulaa...Malam ini aje tak berusik pun!




Yang ini hadiah dari Aunty Sya buat anak2 maklang. Maaflaa Sya, hari tu maklang tak dapat nak berbual panjang sebab tengah dalam meeting. Susah2 aje hantar kat opis. Alhamdulillah, dpat jugak Atok and Wan rasa. Dhirah suka sangat dapat pie tu. Dia kata...SEDAAAAAAAAAPPPP...Thanks a lot Sya...


Ini ada sedikit updet untuk baby Alman. Busu kata 2 hari lepas, baby Alman pengsan 2 kali. Sekarang ini, Alman kena pakai oksijen lagi kat hidung dia. Makanan Alman mulanya dah dapat dekat 16 ml kot, tapi dah diturunkan ke 5 ml semula. Harap2 Alman cepatlah besar and tambah berat dia. Alhamdulillah Aunty Leen punya BP dah back to normal...


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , ,

Sunday, June 17, 2007

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum....



Harap masih tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa untuk bapa-bapa yang penting dalam hidup maklang dan keluarga.





No. 1, of courselaa, Abah tersayang yang berada di Johor Bahru. Anakanda nak ucapkan ribuan terimakasehlah kerana Abahlah is the best father in the world. Jasa Abah memang tak dapat anakanda balas. Doa anakanda moga2 Abah tersayang diberi kesihatan yang baik, diberi rezeki yang murah dan sentiasa dirahmati Allah , InsyaAllah.....






No. 2, my Abah mentua yang sekarang berada di Kuantan. Terimakaseh, Abah kerana menerima anakanda seadanya. Moga2 segalanya mudah untuk Abah...InsyaAllah.





Dan...No.3, ialah untuk Abah kepada anak2 maklang yang tatkala maklang menaip ni dah tiba entah kat mana....China, India ke atau kat London....penat agaknya tadi seharian pergi kerja dan lepas tu kena attend pulak PIBG. Balik2 rumah tadi dah melepak...lenguh kaki katanya...Semoga Abah anak2 maklang ni menjadi Abah yang berjaya di dunia dan diakhirat, InsyaAllah dan moga2 segala dugaan dari Allah dapat dilalui dengan mudah...dan diberi rezeki dan dirahmati Allah sentiasa, InsyaAllah...Tahniah jugak maklang ucapkan kerana telah menjadi seorang bapa yang sangat bertanggungjawab selama hampir 14 tahun!




Kami semua sayang Abah-Abah ( ni bukan safety harness eh...) dan moga2 kasih kita akan kekal berpanjangan selama2nya..... Selamat Hari Bapa....


Juga tak lupa untuk bapa2 yang membaca blog ni, maklang sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Bapa...

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi...

Labels: ,

Thursday, June 14, 2007

Rindunya....

Assalamualaikum….

Khamis pagi.

Hari ni dah 3rd day Maklang di KL. Rindunya pada suami dan anak2. Walaupun phone dengan Ym dapat menghubungkan kami tapi tak dapat nak nengok muka and peluk mereka. Rindu sangat.


Sebelum pergi hari Selasa lepas, Hakim demam panas. Berat rasa hati nak tinggalkan dia. Ingatkan nak hangkut sekali. Tapi Cik Abang assured me that Hakim will be alright. Lagipun kalau berjalan jauh, dia tak dapat nak rest. Maklumlah perjalanan 4 jam mungkin memenatkan dia. Tapi alhamdulillah dia dah semakin pulih. Masa dia ke sekolah hari Isnin lepas, dia OK. Malam Isnin tu, Cik Abang baru aje kata, tembam betul Hakim sekarang ni. Tapi nengok2 bagi besok tu dia dah mula develop demam. Kesian betul. Then hari Selasa, badan dia semakin panas. Apalagi kalau bukan tonsil dia membengkak! Dr. kata kalau selalu sangat, nanti kena buanglah tu. Tapi tak tahulah bila nak buat.


Semalam, Risk Review Workshop kat office start pukul 9:00pg. Tak berhenti sampai lebihkurang pukul 5:00ptg. Break pun masa kita pergi toilet je. Penat betul. Lunch sambil discuss. Makan croissant with tuna aje. Letih betul. Nasib baik pinggang tak jem. Nasib baik Ok aje lah, walaupun memula takut sebab takut tak dapat nak jawab kerja2 yang dah diberi pada maklang. Tapi Alhamdulillah semuanya OK. Tapi nanti balik Kerteh, banyaknyalah nak kena buat.


Ingatkan petang semalam nak jugak pergi belikan hadiah untuk anak2. Tapi petang semalam tak sempat pun. Cadangnya malam tadi nak ke IKEA atau Mid Valley, tapi letihnya….Last2 tidur cepat. Nasib baik pagi ni tak payah masuk meeting cepat. PM kata boleh join meeting pukul 10:00pagi. Alhamdulillah…dapatlah nak blog sat! Kalau sempat, bolehlah singgah kat Toys R us kat bawah building office maklang tu…


Khamis malam:

Hari ni meeting tak lah macam semalam. Hectic. Today relax banyak, and banyak break. Tak lah tension sangat dibuatnya. Lega sikit. Petang pun dapat balik awal before pukul 5:00ptg. Hujan lebat betul kat luar tu. Maklang, bila dapat balik awal, langsung rasa nak pergi beli hadiah buat anak2 dan Cik Abang. Bila turun LRT kat KLCC tu boleh tersesat. Macam lain macam aje kat KLCC. Rupa2nya tersalah exit. Terpergi kat MJ area. Bila tanya adek2 yang kerja kat situ, mereka pun tunjukkan jalan. Barulah lega bila nampak kedai2 yang familiar. Terus cari Parkson sebab Hakim dah pesan belikan Lego untuk dia. Bila tengok harga mahal sangat tak jadik nak beli! Bila tengok perfume yang ada offer terus teringat Fathers’ Day is just around the corner. Bila pusing2 terjumpalah one good deal. Memula tu teringat kat my Darling aje, untuk Father’s Day ni. Kes rindulah ni. Cakap kat promoter tu, kalau beli minyak wangi aje OKlah, tak mau deoderent tu. Tapi promoter tu kata, Eh, yang deoderent tu berilah pada Husband. Betul maklang lupa yang Father’s Day adalah untuk All Fathers! Yes…untuk my father jugak. Langsung beli dua sets of perfumes and deoderents. Dapat satu beg kanvas free and 2 miniature minyak wangi free. Best jugak offer dia. Selesai semua tu, maklang terus balik aje, naik LRT. Tapi sempat jugak beli Roti Boy 7 biji. Sure Wan and Atok suka!

Untuk anak2, nanti tengoklah waktu lunch besok. InsyaAllah ada masa sebab besok habis awal, and flight back is around 5pm....Hakim pepagi dah call kata.."Mak, Hakim rindu Maklaaa..". Sedih pulak rasanya...


Tak sabar nak tunggu petang besok. InsyaAllah petang besok terbang ke Kuantan and dapat jumpa anak2 dan suami tercinta. Cik Abang kata dia nak datang ambik sebab pagi Jumaat tu nak servis kereta…

Rindunya….


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

Monday, June 11, 2007

Thank you Pak Teh and Mak Teh, Thank you Alang and Uncle Jai

Assalamualaikum...


Yes, it was a full house indeed last wiken. From only 11 of us in the house, last Saturday, it became 11 plus 10 more! Penuh rumah. It was quite a surprise when Cik Abang told me that Pak Teh and clan will be arriving in Kerteh that Saturday night. Bila dapat tahu yang mereka akan sampai, as usual terus pikir apa nak masak. Yang paling senang is to buat ayam bakar again. Lagipun Dhirah dah expert. Tak payah nak renyah2 sangat. Pak Teh pun ada kata masa our last visit to his place, yang dia nak Dhirah buat the BBQ chicken for him. So, BBQ chicken it is. This time it will be oven-baked. Kalau BBQ kat luar, jawabnya...peluh sebaldi! Panasnya ya amat kat sini sekarang.


I was drenched with sweat sebab preparing the food. Dhirah letak sauce aje kat the chicken and walked away! So, it was me with the Bibiks yang menyelesaikan kerja! Ingatkan boleh relax but when I came down at 6:30pm, ingatkan semuanya dah selesai, tapi rupanya ayam aje yang dah di marinate. Lain semua tak gerak lagi. Nasib baik kentang dah di lembutkan pagi-pagi masa tengah masak for lunch. Then salad pun baru potong aje. Sayur2 semua belum di celur!. Apalagi terpaksalah maklang sinsing lengan and kerja macam lipas kudung. Bibik ada 2, so kerja cepat sikit!

Minta they all tolong set the table for the adults. Angah pulak set tables for the kids. Kalau makan se table dengan anak2 ni, mau tercekik nanti!. Sementara tu, masukkan ayam dalam oven, potong kentang, kacau with mayo and dill. Panas kan soup Campbell, celur sayur and everything was ready by 8:30pm. Baru dapat mandi, kalau tak sure bau 'wangi' nanti!

Pak Teh and Mak Teh and their clan and Datok arrived around 8:40 pm kot. Siap2 unpacked and mandi, semuanya makan. Legalah sebab dah bersih and everybody enjoyed the food. Malas nak ambik gambar sebab last N3 baru letak gambar BBQ. Macam tak ada resepi lain pulak....

They left the house yesterday at about 10:00am. Maklang masuk kerja lewat semalam, around 9:30am and Cik Abang pergi kerja dalam 11:00pagi. Macam office bapak sendiri pulak kita orang ni. Tapi dah mintak permission, its OK lah sebab bukannya selalu buat cam ni. Tak seronok sangat sebab they all sekejap sangat. Anak2 tak puas lagi bermain, tau-tau dah ilang balik. May be next time ada rezeki, tidurlah 2-3 hari kat sini, barulah puas. Atau cuti2 boleh lama kat sini. Nanti maklang boleh ajar pipa cross stitch or the ribbon embroidery. Kalau nak crochet kena mintak aunty Onde ajar. Maklang dah lama tak buat, masa kecik2 dulu adalaa..Walau apa pun we wish a big Thank you to Pak Teh and Mak Teh sebab sudi nak singgah kat Teratak kami ni...maaf kalau layanan kurang memuaskan...and thanks for the ole2 from KB.

Today, I am on MC again. The Dr. suruh cuti sebab the batuk is getting worse. Tapi ingatkan nak pergi ofis kejap lagi sebab ada some unsettled things need to be done. Kalau Cik Abang tahu, sure kena lecture ni. Or maybe I will just call my officemate yang in the same project to help. I only have another 1/2 day tomorrow before ke KL. Ada pulak kena attend some Risk Review from Wednesday to Friday. So, ikut Atok and Wan tomorrow ke KL sebab nak hantar Ucop. Alang and Uncle Jai is due to arrive in KL from their Europe trip, today. Kesian Alang and Uncle Jai, besok baru dapat jumpa Ucop... And alhamdulillah ole2 buat kawan2 kat Coventry tu dah selamat sampai....Thanks Alang and Uncle Jai sebab sudah bawak round Europe, baru dapat hantar package tu!

Welcome back Alang and Uncle Jai. Cannot wait to hear your stories! Ada tak fridge magnets untuk Kak long?




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , ,

Thursday, June 07, 2007

Cerita panjang...

Assalamualaikum...



Sambung cerita lagi...


Hari Jumaat, pepagi lagi maklang dah bangun. Solat Hajat dan Subuh. Dalam hati sentiasa berdoa moga2 baby Alman sihat. Moga2 dipanjang kan usianya untuk bersama kami.

Anak2 pun macam tau aje, senang aje nak kejut pepagi ni. Selesai mandi, kami angkat beg semua ( separuh dah diangkat dan letak kat kerete malam sebelumnya) dan check out. Sempat jugak singgah kat Kedai mee Bangkok Lane. Cik Abang ordered 5 bungkus of mee goreng with sotong and 2 bungkus pasemboq.
Kat kedai Mee Goreng Bangkok Lane.


Dari situ kami terus mencari jalan keluar dari Penang. Pagi2 di Penang ni memang sibuk. Dahlah kami tak tahu jalan, ikut peta pun kami hampir tersasar. Alhamdulillah, dapat jugak bertemu jalan ke arah Jambatan Pulau Pinang. Akhirnya kami dapat melintasi ke Tanah Besar lebih kurang jam 9:00pagi. Kami makan mee goreng dalam kereta. Laparnya perut sebab malam sebelum nya tak makan malam. As usual, maklang suap Cik abang makan. Wan pulak tak cukup tangan nak menyuap si Ucop dan Hakim. Yang kelakarnya, Ucop makan mee goreng yang pedas tu sampai 1/2 bungkus. Air jangan ceritalah...dekat 3 botol agaknya selamat diminum. Tunggu ajelah pampers dia bocor!


Kami selamat tiba di Perhentian sungai Perak sekitar jam 11:00pagi. Berhenti sekejap sebab ada yang nak ke tandas. Lepas itu kami bergerak semula dan berhenti pulak di Tapah. Masa tu ingatkan Ucop dah bocor. Tapi rupa2nya air tumpah dari botol airnya sebab puting susu dia dah gigit sampai nak terputus 2. Tapi maklang bawak jugak gantikan pampers dia. Memang dah sekilo agaknya berat pampers dia. Dari situ kami terus menuju ke Kuala Lumpur.... Dalam perjalanan kami dapat panggilan dari Busu.Tiap kali nampak nama Busu kat hp tu, rasa takut aje. Tapi Alhamdulillah Busu kata, Baby Alman dah out of the critical zone. ALhamdulillah....Syukur sangat2. Maklang kata kat Busu kami tetap akan pulang. At least dengan adanya kami, dapatlah kami support Busu dan Aunty Leen emotionally, InsyaAllah...

Kereta pulak banyak di highway, jadinya Cik Abang memandu tak lah laju sangat. Kalau boleh nak solat Jumaat di KL lepas dah tinggalkan kami di rumah Alang. Tapi tak sempat. Terpaksa keluar di Rawang. Jalan punyalah sesak. Alhamdulillah jumpa jugak sebuah masjid kat situ. Itupun selepas dah masuk jauh ke arah bandar Rawang.

Ucop show off dengan cantelope dia...sedap sangatlah tu...first time tengok Ucop makan tak berenti2!


Sedapnya Ucop tidur atas pangkuan Maklong dia. Lebih 2 jam...jem kaki Maklong Ucop!
Bujang tengah hot. Tengok telinga dia yang merah tu...Ni masa tunggu Cik Abang berhenti solat Jumaat.




Lepas solat kami terus menuju ke rumah Alang. Tiba disana lebihkurang jam 2:25pm dan kami terus solat dan makan. Bibik2 yang tinggal dah siap masak. Selesai semuanya, angkat barang dan bertolak menuju ke JB. Ketika kami bertolak, hujan turun dengan lebat sekali. Hujan rahmat, hendaknya.

Kami tiba diJB sekitar jam 8 malam. Maklang dah pesan pada Busu mintak belikan nasi ayam 10 bungkus. Jadinya tak perlulah nak masak. Pinggang dah nak patah! Cik Abang, setibanya di rumah Wan, terus aje berbaring kat sofa dan langsung tertidur. Bangun dekat 9 lebih, mandi and makan. Terasa betul letihnya...tapi dalam hati sudah agak lega sebab baby Alman dah nampak lebih baik! ALhamdulillah....

Besoknya, maklang keluar dengan Busu sebab nak cari bekas untuk Aunty Leen nak simpan susu ibu. Maklang dah experience sangat, sebab masa melahirkan Hakim pun lebih kurang macam inilah situasinya. 2-3 tempat kami pergi tapi jumpa bekas yang besar2 aje. Tapi yang jumpanya bedsheet yang melambak2 on sale sampai 70%. Apalagi...borong sakan le...Petang sebelum kami ke hospital nak melawat Aunty Leen, kami singgah kat rumah Tok Li dan Wan Noor. Nak nengok colour scheme untuk wedding anak Wan Noor.
Colour scheme untuk anak Tol Li and Wan Noor wedding.



Wan mintak maklang yang masih ameteur ni buatkan sarung cushion for pengantin pakai ribbon embroidery.

After that we went to the hospital. Muka Aunty Leen masih sembab sebab banyak sangat water retention. BP dia masih very high. Tapi she looked alrite. I told her about Hakim dulu, and not to worry so much sebab Dr. cuma beritahu aje, tapi Allah yang maha berkuasa atas sesuatu. I told her about my feelings when we went thru the ordeal when Hakim was born. How I suffered and how I felt so helpless, not being able to perform solat Hajat. I only depended on the people around me to do the solat for me. All I could do was only to doa and salawat, hoping that Allah will grant my wishes. I know that Aunty Leen and Busu will not stop praying for the health of Baby Alman. And Alhamdulillah up to this hour, Baby Alman has improved so much. It was much easier for Baby Alman as compared to Hakim. The ventilator has been taken off after 2 days he was born (Hakim was like 2 weeks). He improved a lot after the surfactant was injected (Hakim had 3 injections). And yesterday he could even breath on his own. (Hakim could only breath on his own after 72 days!). Alhamdulillah all is well now and hope that baby Alman will put on more weight to his so very skinny body. I hope he will grow up to be as big as Busu. Looking at his tulang2 tu...panjang jugak budak ni...about 40cm. @ 7 months! Cuma kurus aje, sebab tak cukup bulan.


Ok, back to my cerita of this very long holiday...

Ahad tengahari, Norabella tiba with her Intan terpilih and Nabellaa. We served them these.
These were served for lunch. Prepared by Along and Angah..Daud suka the chicken bakar.

Lagi on the food served to Nora and family.



Nora with her family



All prepared by Dhirah and Angah with the help from the two Bibiks. Cik Abang, Wan and myself sempat jugak cilok ke Metro. Nak shopping lagi...Gila betul. Beli bedcover lagi....And I bought a birhday presents for Wan..it was 4th June that day. Wan turned 63. And Alhamdulillah is still in good health!


Cup cakes yang jadik rebutan anak2. Ucop aje bedal dekat 3 bijik and nak lagi
Lagi cupcakes. Yang kelakarnya Nadhirah and Angah berebut kat penguin tu...Apalaaa....


Nora was at our place until almost 4:00pm and we sent her and her family to Kotaraya. Then Cik Abang, myself and Along went to JJ kat Harits (entah betul ke tak spelling dia)..and tambah my collection of bedcovers. ( Mabuk betul bedcover...Nora pulak bagi satu lagi...Thanks Nora!)Dhirah macam biasa tagged along. Nak beli buku cerita lagilaa...Tak habis2 dengan buku cerita!
Dari situ , kami pergi melawat Aunty Leen lagi. Nasib baik tiba jam 6:50pm, kalau tak sure tak dapat masuk punya. Sekejap aje kat situ. Masa balik sempat jugak mintak Busu belikan murtabak Johor yang sedap tu...murtabak Johor...sekali makan sampai 3 keping. Share2lah of course...


We have decided to extend another day of our cuti. Balik Kerteh on Tuesday. Hari Isnin tu shop lagi kat SSF. Ada coupon birthday. Dapat 50% discount for 1 item and 20% on the next 10 items. So, joli lagilah...Maklang pun belikan some artificial flowers for Wan to add to her collections of bunga in the house.
Kami pergi melawat Aunty Leen lagi petang tu and sempat pergi nengok Baby Alman thru the glass window kat NICU. Only parents are allowed to enter, so kami tak dapat masuklaa. Masa nengok Baby Alman tu, maklang taklah rasa sedih sangat sebab what happened to us before was a lot worse. Mak Aunty Leen cried. Kesian kat all the babies katanya...Alhamdulillah again...Alman is improving well...
Tuesday, we arrived in Kerteh safely at about 4 pm. Malam tu maklang pulak kong. Demam , selsema and batuk. MC pulak hari Rabu. Masa MC sempat jugak maklang rehat2 sambil menghabiskan my ribbon embroidery...
yang ni kena letak all the manik dulu...sempat buat kat Penang ari tu...
this is for Tok Li and Wan Noor...almost completed..nanti dah fully completed akan letak lagi...khas untuk tatapan Kak Lady and OO....


Semalam baru masuk ofis. Petang semalam Wan and Atok, Ucop and Bibik Alang tiba...so its a full house again this wiken. Sunday school will reopen and we are back to the usual pace...I hope....

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , , ,