Dari Teratak Maklang ~ 2007

Monday, April 30, 2007

KL lagi...

Assalalamualaikum...


Hari ni ramai yang malas dah nak kerja. Projek yang patutnya due hari ni, kami submit the specifications and datasheets and drawings part by part. Mana sempat nak dihabiskan. Site visit kena dibuat lagi sebab masih ada yang nak di check. Lagipun information from the client asyik bertukar5...aje..memang banyak kali tukar. Manalah sempat asyik nak kena redo all the calculations aje..Drawings pun kena revise lagi.


Pagi tadi Wan call jugak tanya kami nak tiba pukul berapa. Dia tanya nak pergi ke kedai kain yang Wan selalu pergi ke. Maklang pun kata...Eh..Ialah...sebab kan ada orang tu nak belikan baju Viscose buat birthday maklang. Wan pun kata...Haaa...ialah . Orang tu...tak ada pun beri hadiah untuk Anniversary kita semalam.... Alamak memang terlupa langsung. Mula2 pagi tu dah ingat, tapi bila dah sibuk kat office semuanya hilang. So, tengahari tadi, maklang belikan Wan brooch ni untuk Wan. Sempat jugak singgah kat kedai emas dekat2 opis. Untuk Atok tak belikan lagi. Tak tahu nak beli apa...Cium aje sudah lah...yang ni sebenarnya maklang hantar betulkan aje. Sebenarnya ia adalah cincin Wan yang lama. Buangkan yang bawah tu and jadikan brooch.
Yang ni brooch zirconia and emas 565 ke..entah apa agaknya. Harganya dapatlah beli 2 pasang kain viscose untuk buat baju kurung...Ok apa. Nasib baik toke kedai tu kawan maklang, dapatlah murah sikit..



Petang tadi pukul 5:40 ptg dah angkat beg. Tak kosa nak beria-ia lagi. Selamat tinggal opis.


So, now tengah sibuk lah mempacking and InsyaAllah we will be going to KL pagi2 besok...


Yang best tadi pagi, my Filipino colleague gave me this. His wife just arrived from the Philiphinnes today. Yang bestnya...dia bawak 3 and he asked me to choose first...best sekejap rasa..Rezeki...rezeki...











Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

Sunday, April 29, 2007

Mee Rebus pulak.....

Assalamualaikum....


Masih rasa bersalah lagi sebab asyik kena kerja aje. Sebenarnya semalam dah malas nak pergi. Tak larat nak tengok kerja tu lagi. Tapi terpaksa jugak pergi.


Tapi sebelum pergi tu, pagi2 maklang dah masakkan Mee Rebus. Bahan2 maklang dah beli kat pasar tani sebelum tu. Masa buat kuah mee tu teringat jugak kat leftovers kuah kacang yang maklang masak hari Khamis lepas. Campurkan sekali dalam kuah and masukkan ikan kembong blend yang entah dah berapa lama di freezekan. Letak atas api yang kecil untuk nak biarkan dia pekat. Siapa yang berminat nak masak Mee Rebus Johor , maklang memang dah masukkan dalam Dari Dapur Maklang entah berapa lama dulu. Kalau berminat pergi lah tengok resepi kat situ...



Tengahari nya, dalam pada malas2 melekat jugaklah kat opis sampai 6:30 ptg. Malam angin datang lagi. Seronok pulak bila angin nak mengcross stitch ni datang lagi. Berangan betul nak buat kat untuk kawan2 maklang. Siapa yang dapat memang nasib baik lah sebab angin rajin ni pun bukan selalu datang. Nantilah bila dah siap , yang entah bila , akan maklang masukkan kat blog ni. Ada jugak niat nak jahit sunflower sebab maklang memang minat bunga matahari. Lagipun pinggan makan ada yang macam tu...






ni gamabr mee rebus tu...Cik Abang makan 'agak banyak'....

Kerepek tu bibik yang gorengkan. Buat Nora...nampak tak dulang sunflower...I pun ada gak...ha..ha..


Hari ni cadang2 nak balik awal. Awal2 dah kata, I will be out of the office by 5:30pm. Last2 dekat pukul 7:00mlm baru balik. Tiba rumah aje, terus naik threadmill. Dapatlah jalan dalam 1km. Letihnya sebab dah memang kepenatan sejak 2-3 hari ni. Then lepas maghrib sempat jugak maklang jahitkan baju kurung yang maklang dah gunting last week. Nak sambungkan dan nak dibawa ke KL untuk Wan jahitkan tulang belut. Boleh kan Wan...


Oklah..sampai berjumpa lagi..Wassalam...












Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

Friday, April 27, 2007

Mari makan ayam panggang...


Assalmualaikum...............


Masa balik dari opis petang tadi, terasa betul penatnya. Rasanya pun tadi kat opis tak productive mana. Mata ngantuk and badan penat agaknya. Lepas tu ketensionan itu semakin terasa. Bila dah sampai rumah terus lepak depan TV and then kat PC ni. Bila tengok Akiro Kuroda tu on, maklang pun buzz dia:



maklang: nanti awak yang masak ayam tu eh
Akira Kuroda: hu? xreti
maklang: come ere i tell u
Akira Kuroda: ym jer ar
maklang: malas la
maklang: pegilah turun masak
maklang: mak penat laa
maklang: rebus spiral tu
Akira Kuroda: then
maklang: lepas tu ayam tu cuci and then toskan air dia
Akira Kuroda: then
maklang: abah da balik ke
maklang: then tumbuk lada hitam.
maklang: letakkan bbq sauce tu and lada itam tu lumurkan kat ayam tu'
Akira Kuroda: abah da balik ke
maklang: perap sat
maklang: sat lagi sampai le'
maklang: perap setengah jan
maklang: jam
maklang: lepas tu bakar kan macam buat kek punya setting tu
Akira Kuroda: bbq sos ade ker?
maklang: jangan ada gigi2 tu , dua2 atas bawah lane straight je
maklang: ada rasanya
maklang: tengokla kat daput
maklang: dapur
Akira Kuroda: apo ni spellling salah blake
maklang: mak dah suruh bibik potong sayo
maklang: pas tu awak rebus sayur tu sat
maklang: set kan pinggan kat depan
Akira Kuroda: dok paham le kat oven tula
maklang: then buat kentang tu. buang kulit and then letak mayo. dill tak de tak pe
maklang: alaaaah..kan dah biasa
Akira Kuroda: bukak plug tu taw ler
maklang: garisan atas bawah straight aje
maklang: awak buat ayam tu dulu, kang mak pi lah tengok gak
Akira Kuroda: ay3
Akira Kuroda: kay*
maklang: apekebende tu?


Tak sempat dia nak jawab maklang dengar gedenggang gedenggung orang turun tangga..Along lah tu...

So, inilah dia hasilnya...zaman IT ni nak ajar anak masak pun pakai YM.


ni ayam panggang Along. Dia buat from scratch. Letak sauce, letak lada itam semau dia buat sendiri without my supervision.



ni potato with mayo and dill. Dia buat sendiri jugak, tengahari lagi dah call maklang kat opis nak tahu camana nak buat.
salad Along. Dia celur carrot dan cauliflower dengan butter dan salad kat atas tu maklang yang letakkan.

ni soup campbwll 3 tin...selamat semuanya. MAya makan sampai 2 mangkuk. Sup 3 tin tu anak2 aje yang makan...

sempat jugak maklang buatkan cream caramel ni sambil2 tunggu soup tu mendidih.


Sekarang kalau nak mintak tolong kat dia tak payah nak jerit2 kat dia, tinggal YM aje. Dia tengah hijack laptop abah dia..sebab tulah senang nak mintak tolong kat dia. Alhamdulillah Dhirah ni kenkadang angin rajin dia banyak and dia selalu tolong mak dia ni. Alhamdulillah...kalau tak susah jugakkan.


Idea nak buat ayam panggang ni pun datang tak semena2 pagi tadi sebab maklang rasa guilty sebab asyik tak ada rumah, dan as usual sambutannya amat menggalakkan...Selamat semuanya. Ustadz pun dapat merasa. Seorang dapat one quarter part of the chicken....kenyang...Alhamdulillah.......

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Wednesday, April 25, 2007

Nak Tidur.............




Assalamualaikum............


Alangkah seronoknya kalau masa dapat cuti yang tak disangka ni, kita boleh tidur. Nasib maklang tak sebaik orang lain sebab besok sampailah ke 30hb ni mungkin tak dapat nak bercuti langsung. Project due 30hb April ni. Sekarang ni tengah tonggang langgang. Dengan Shah nya tak balik lagi dari Sarawak, dengan tak ada designernya...last2 maklang terkejar2 nak buat semua benda. Nasib baik nak buat drawing masih ada draftman/ woman. Kalau tak, maklang kena lukis freehand ajelaa. Nak guna Autocad tu I tak pandai.

Lepas 30hb tu, ada satu lagi projek besar nak kena siap before May 3rd. Yang tu satu lagi belum tengok pun. Tapi nasib baik yang ni ada engineer yang in charge. Bukan tu saje, kena pulak yang nak kena gi mengadap orang buat jalan dan parit kat Kemaman untuk projek loji tu. Aaaaah...memacam ...entah camana nak buat tak tau.


Tapi apa2 pun by 2nd May, tak kiralah..maklang nak gi KL sebab ada PE course kat office di KL. So, buat sementara waktu ni, tengok ajelah Hakim dan Ucop tidor begitu lena sekali...


Sedih sebab besok, Atok , Wan dan Ucop dah nak balik KL. Ucop demam rindu kat mummy dan Abah dia....Sekarang ni dia sibuk kata, "Ucop nak balik...Ucop nak pergi Copenhagen....". Kelakar Ucop ni...pasti kami semua rindukan Ucop, Atok dan Wan bila semuanya dah balik KL...


Goodnite all, ni maklang pun nak tidur...


Sehingga berjumpa lagi...


Wassalam..






Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

Monday, April 23, 2007

Rezeki...datang dan pergi...

Assalamualaikum....


Semalam sibuk lagi kat opis. Frust pun iye sebab bila boss balik dari opis semalam, dia kata kena komen, package maklang tu. Masa nak revise package tu maklang buat sikit punya hati2, tapi kena jugak komen. Pelik jugak sebab masa buat correction tu rasanya semuanya dah OK bebenor, tapi bila submit tersalah lagi...Frust jugak sebab rupa2nya yang di updet di PC tu dah OK, tapi yang di copy dan hantar ke Client, masih yang lama. Manalah Client tak hot. Maklang frust betul sebab all the corrections tu dah di type oleh typist and then the PE yang hantar without giving it back to me for checking. Package tu pulak nak kena hantar cepat, tu yang mereka termiss. Nasib baik semuanya dah OK bila dah diclarifykan tadi pagi.... Alhamdulillah....


Suasana kat rumah masih lagi sibuk. Pepagi dah masak. Semalam masak sempoi je. Ikan kembong goreng berlada dan bende rebus asam. Sedap combination ni. Pagi tu Bibik dan buat tuna sandwich.


Hari ni pulak masak kari ikan style nasi kandaq, pucuk ubi dengan sambal asam, dan ikan tenggiri goreng tomato. Makan as usuallah berselera. Tapi kena sekat2 kalau tak buat penat aje dok berjalan atas threadmill tu. Ni nak kena buat selalulah...kalau tak, tak ada stamina and bilalah nak turun berat badan ni...Semangat mau adaa...


Ucop OK. Tak ada nangis2. Cian kat mummy dia call sampai 2-3 kali pun Ucop refused to talk to her...So, InsyaAllah hari Khamis or Jumaat ni, Atok dan Wan nak bawak balik Ucop ke KL sebab katanya nak buat paspot Ucop. Ada rexeki nanti Ucop sefamily nak gi kat tempat mamasarah akhir bulan 5 ni. Untung Ucop, kecik2 dah nak round the world. Bertuah badan. Tak macam maklong ni ( Ucop call maklang, maklong. Maklong is my pangkat on my side). Maklong first time naik plane pun masa nak gi KL nak jemput Wan ngan atok balik dari Mekah. Tulah first time kami adek beradek naik plane. Umur masa tu 14 tahun. Ingat2 balik, kelakar. Masa tu jakun betul. Siap tengok kat cockpit lagi.


Itulah budak2 sekarang, kecik2 dah dapat gi tengok dunia luarkan. Sebenarnya ni semua dah tertulis...Rezeki di tangan Allah, tapi kalau rezeki tu kita tak cari memang lah tak dapat punya...Rezeki tu tak datang bergolek orang kata...ha..macam tulaa..


Tadi pagi pun rezeki maklang terbang. Sebijik periuk vision maklang terkena kat sink kat dapur tu lalu tersumpik. Periuk yang besar 5L pulak tu. Besar jugak lah pecahnya dan tentu sekali tak boleh digunakan lagi...Nasib baik yang pecah tu kat periuk yang dah sumpik lama dulu..Kalau sumpik kat periuk yang satu lagi, lagilah sedih dibuatnya....Itulah redha ajelah...Bila2 Allah boleh menarik rezeki...


Tapi kalau nak rezeki kita sentiasa berterusan, amalkanlah solat Dhuha setiap hari.
Bukan susah sangat pun, cuma kena biasakan, InsyaALlah kalau satu hari tak buat, rasanya lain macam aje...


(Masa tengah jahit baju petang tadi , terdengar Ucop kata "Power Rangers Maiti Poi"...kelakar bunyi dia..Akim kata patutnya, Power Rangers Mystic Force)



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

Saturday, April 21, 2007

Makan2, Mejahit dan Relaxing...

Assalamualaikum..........


Wah...wiken kali ni memang maklang sibuk betul. Sampai keletihan. Sebenarnya tak ada plan pun nak sibuk2. Dalam kepala nak relax aje. Tapi lain pulak jadiknya.


As usual, pagi Jumaat menyopping lah kat pasar tani. Beli ayam 5 ekor, beli ikan tenggiri 6 potong, ikan selar kuning se kg, ikan kembong se kg, sotong besar se kg setengah, sotong kecik se kg, bawang merah dan bawang putih, daging kisar dan lain2lah..Bila balik rumah tu, maka maklang pun as usuallah mula siang2 ikan. Bersihkan ayam dan mula menumis untuk nak buat soto. Dalam pada buat kuah soto tu, terus blend bahan2 nak buat rendang ayam. Wan kata Ucop suka makan pulut. Bila dah kata gitu, Bibik kata dia nak buat pulut for today's breakfast. Jadinya sedaplah kalau makan dengan rendang ayam. Masak lah 1.5 ekor. Sambil2 tu, anak2 yang 2 besar tu adalah jugak tolong2 sekerat jalan. Kaklong tolong buang kulit kentang untuk nak buat pergedil. Tu aje. Lepas tu Angah tolonglah goreng daging mince tu untuk nak masukkan dalam pergedil. Bibik pulak buat bawang goreng untuk pergedil. Letakkan jugak daun bawang dan daun sup. Lepas tu Angah pulak adalah sibuk2 sekejap tolong carik2 kan ayam tu. By this time Kak long dia dah hilang entah ke mana! So, tinggallah maklang dan Bibik nak menghabiskan kerja...Mula2 tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga bersama bawang merah yang dihiris halus. Kemudian masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang sudah diblend. Bila naik bau masukkan rempah sup/ satu hingga pecah minyak.Ayam di potong besar2 untuk memudahkan ianya di carik. Cuci dan toskan.
Bila rempah sudah gareng, masukkan air dan lepas tu, masukkan ayam. Masukkan garam secukup rasa. Jika mahu, boleh juga titikkan serai dan m dan rebus dengan ayam tadi. Bila ayam sudah masak, bolehlah diangkat. ayam yang ditoskan...tunggu nak di carik carikkan.



Yang ini pulak, kentang yang dah di mashkan, campurkan dengan bawang goreng, daging cincang goreng , daun bawang, daun sadri dan sedikit garam)



Mee kuning dan mee hoon yang dah di celur. Taugeh tak dicelur sebab bila letakkan kuah yang panas, dia akan lembut.


Ni pergedil yang dah siap digoreng. Tak boleh goreng semuanya, takut tak sempat sampai ke malam


Ni sambal kicap plus cili padi dan bawang putih. Berdengung bila campur dengan kuah soto tu...


Ni ayam yang dah dicarik...








Selesai masak tu, siap2lah nak solat. Cik Abang, Atok Johor dan Datok Kuantan dan ke masjid. By the time they all balik, maklang baru nak mula solat Zohor. Selesai Zohor, barulah turun makan. Ni haa...gambar they all tengah makan tengahari. Berselera nampaknya...





ni the gang tengah makan mee soto....








Bila dah sudah makan tu, macam biasalah, mata ni layu aje. Kalau dilayan mau rugi 1-2 jam sebab melayan mata. Jadinya ambik kain maklang yang dah berzaman dibeli tu, mulalah memotong. Sedap2 nak mencantum kan baju tu, jiran kat depan rumah pulak datang. Jadinya petang semalam tak sempat nak siapkan baju tu, so tadi pagi lepas dah mandi tu, maklang pun cepat2 sambungkan baju tu. Alhamdulillah siap jugak lah baju tu pagi tadi. Tinggal nak kelim lengan dan bawah dan nak tulang belutkan leher baju tu. Kiranya semalam adalah benda yang complete!



Baju kurung yang hampir siap tu...Kalau Wan siap jahit leher dia, by next week dah boleh melaram...










Malam dok relax sebab keletihan...



Pagi ni , lepas dah siap jahit baju tu, maklang cepat turun ke bawah sebab dah plan nak masak lontong hari ni. Petang semalam dah buatkan nasik impit. Senang aje. Letakkan dalam plastic. Rebuskan dan mintak Bibik tunggu lah benda tu. Alhamdulillah jadiknya lembut sangat.

Nasik Impit...tak impit tapi direbus. Senang kalau bungkus sendiri. Jimat pun jimat. Kalau beli yang dah siap tu mahal...
Masak lodeh..dah tinggal separuh, baru teringat nak ambik gambar!
sambal sotong coklat feberet Cik Abang, Hakim dan Along..








Breakfast dah tak payah risau sebab bibik dah kukus pulut dan di makan dengan rendang yang maklang buat semalam. Tumis masak lodeh tu dan buat sambal tumis sotong coklat yang kembang. Siap kerja didapur, maklang pun keluarlaa...today I went to mandi rempah dan berurut. Sedapnya rasa badan....


Tapi part yang best sekali sebelum pergi berurut dan mandi rempah tu, Angah tanya:

"Mak, Mak muat ke nanti nak mandi rempah dalam bath tub dia? Angah tengok masa mak Syana bagi flyers tu, bathtub dia kecik sangat".


Bertuah punya budak. Takkan lah Mak ni besar sangat sampai tak muat bathtub! Kelakar betul. Tapi bila maklang nak mandi rempah tu, memanglah bathtub dia kecik. Tapi masih muatlah badan I yang comei ni...he...he...


Part yang best jugak untuk Cik Abang wiken ni is, dia seronok sangat sebab all his medical results were good. All well controlled except for his cholestrol level. Borderline. Dr. suruh jaga food aje...Suka benar depa...Dan dia dah mula balik hobby dia sebagai tuan tanah kedaung...Apa nak buat, kalau suka gi tengok tanah, maklang tak kisah...cuma kena siap el fulus aje laaa....


Part yang best jugak untuk Hakim is, dia dengan rasmi nya telah mendapat ekor! Sampai dia cakap ngan maklang malam tadi:

"Mak, Hakim nak ber@k...tapi Ucop nak ikut jugak Akim...."


Kesian bujang tu... Ucop ni memang macam ekor rasmi dia....he..he...


ni Ucop and Abang Hakim dia...




Ni petang semalam...payah sangat nak suruh si Ucop mandi, so kakak dan abang dia sekali kena mandi kat bathtub, baru dia nak mandi...so Alang and Uncle Jai, don't worry, be happy...see........... Ucop is enjoying himself ...membuli dan di buli!







Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

Thursday, April 19, 2007

Ucop Santorion...

Assalamualaikum


Budak2 semuanya tak sabar nak tunggu hari ni. Malam tadi semuanya dah berebut.


"Mak..besok Ucop sampai kan?" , tanya Angah

"Aha..kenapa?"

"Ucop nanti tido ngan sape", Angah tanya lagi.

"Entah..dengan sesapelaa..."

"Alaaaa...dengan Maya laaaa", Maya pulak sampuk

"Alaaa...dengan Maya laa..."

Gasak they all berebut sama sendiri siapa patut tidur dengan Ucop. Sememangnya Ucop ni macam adek yang paling kecik sekalilah pada anak2 maklang. Lagipun masa Ucop kecik2 dulu, masa Alang tak ada pembantu rumah lagi, memang maklang jaga Ucop. Adalah dalam sebulan. Masa tu dah lama tak ada baby, rasanya macam seksanya nak bangun tengah malam nak menyusukan Ucop. Kadang2 dia tak puas isap susu maklang terpaksalah buatkan susu botol untuk dia. Nasib baiklah, masa tu maklang masih menyusu Hakim lagi, so masa Alang tak ada tu, sempat jugak lah Ucop share2 ngan Hakim. Tu agaknya yang kakak2 dia dan abang dia teramatlah sayangnya kat Ucop ni.


Tapi masalahnya sekarang, Ucop ni memangle kurus, tak nak makan. Ciput aje dia makan. Kalau dia duduk dengan anak2 maklang, mak aaai...jauhnya perbezaannya. Bila bibik dengar Wan dan Atok nak bawak Ucop ke sini, langsung Bibik dah beazam nak meng'gemok'kan si Ucop ni. Tadi bila Ucop tiba aje, Bibik awal2 dah ambik Ucop. Di suapnya Ucop. Petang tadi Bibik siap pesan....

"Buuuuuuk....jangan dikasi air oren tu pada Ucop ya...."


"Kenapa Bik?"


"Iya...Nanti Ucop nngak mau makan malaammm"


Punyalah dia semangat nak jaga Ucop. Bibik yang jaga Ucop kat rumah Alang tu macam tak semangat nak jaga Ucop. Agaknya sebab dia sendiri tak ada anak kot. Bibik pun dah siap beritahu kat Wan, nanti nak bagi Ucop makan madu campur dengan kunyit. Bibik kata dia dah pesan kat Bibik Ucop, tapi dia tak buat pun...


Apa2 pun kami bersyukur sebab Bibik memang sayang kan Ucop...dan kami lebih2 lagilaaah...


So, Alang...don't worry...Although Ucop is so far awar from you...he is well taken care of and well loved!. Awak tu belajar aje betul2 and make sure you get good results in your exam. Doa kami untuk Alang and Uncle Jai, moga berjaya. Bukan senang nak senang Alang....ada hikmah dia tu... We love and miss you too...



This N3 is specially dedicated to my one and only darling sister who is currently feeling so down sebab has to be separated from her beloved Son...Ucop Santorion....

handsome tak Ucop....dia dah tak mo dah cakap ngan mummy...
haaaa....ni gambar dia lagi...Mummy jangan rindu eh...
malam ni mummy tenong je laa gambar Ucop...





Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

Tuesday, April 17, 2007

Masak2 dan Langsir

Satu dua hari ni macam dah tak ada mood nak berblog. Malas sangat. Entah kenapa. Tapi kak elle kata jangan berhenti laa...so sementara nengok Tv ni boleh lah nak merepek sat.


Pagi semalam entah angin apa yang datang maklang sempat lah buat nasi kerabu. Lama tak makan nasi kerabu. Lama jugak tak beli kat pasar tani. Malam tu sebelum tidur, dah mintak bibik tolong kukuskan ikan kembong seekor. Berangan nak buat solok lada. Biasanya pergi beli aje solok lada tu. Kebetulan masa ke pasar malam last Saturday, ada pulak lada hijau warna hijau muda, yang digunakan untuk buat solok lada tu. Dah siap cari dalam internet resepi dia, and lepas tu confirm ngan Wan. Kiranya Oklah, sempatlah buat dalam sepuluh biji lada. Siap2 tu, maklang bakar ikan kembong seekor lagi. Hiris bawang merah, serai, lada merah and then tumbuk ikan kembong tu. Dah lumat, campurkan dengan kelapa yang dah diblend. Gorengkan semua bahan tadi sampai kelapa tu ringan. Jangan lupa letak garam pulak.


Lepas tu tumiskan kuah dia. Tumis bawang putih, bawang merah, serai, belacan dan lada kering yang dah diblend dan goreng sehingga gareng. Bila dah naik minyak, letakkan santan dan masak samapi agak pekat. Masukkan asam keping and then masukkan garam dan sedikit gula...Siap dah kuah nasi kerabu.

Untuk ulam2an dia maklang hiriskan kacang panjang, daun kesum yang petik kat belakang rumah tu dan timun. Lepas tu mintak bibik goengkan ikan kembong dan rebus telur masin. Siap dah untuk makan tengahari. Tapi tengahari tu frust jugak lah sebab Cik Abang dah makan kat sekolah sebab ada perasmian anak angkat...Last2 bawak sikit ke opis untuk kawan2, tapi tinggalkan sikitlah untuk makan malam. Maklang rasa nasi kerabu tu macam tak sedap, tapi Cik Abang kata sedap...entahlah, kot2 nak ambik hati agaknya. Kesian kat isteri yang kelam kabut memasak pagi tu...


Hari ni pulak masak ikan tenggiri masak kari. Kari ni memang tak guna santan. Lepas tu goreng tahu lembut with lada hitam with tomato and mushroom. Tak ada apa sangat pun. Bibik tinggal gorengkan kangkung aje...


Kat opis tok sah cerita sebab masih macam biasa. Kelam kabut aje. Hari ni package keluar dah. Lega satu perkara.

Balik opis tadi, maklang terus aje balik rumah. Tak ada pun nak menyinggah kat pasar malam. Dapatlah save duit. Kalau ke pasar malam sure terbang $$$$$. Tengok baju RM5 nak, tengok ikan fresh pun rasa nak beli and tengok anggerik bebanyak, pun nak. So, senang sekali jangan pergi. Lebih baik balik rumah, naik threadmill tu...Dapat lah exercise sikit.


Petang tadi Cik Abang ajak gunting kain langsir tu. Alhamdulillah gunting separuh before maghrib tadi and sambung pulak lepas Isyak tadi. Dah siap dah semuanya...Ni bolehlah tengok TV sambil update-update ni...

Ni sebahagian dari kain langsir yang nak di gunting
Cik Abang guna entah apakebenda ni untuk nak ambil height from ceiling to the floor punya measurement. Laboh jugaklaa...About 11 kaki 3 inici. So, gunting 141 inches
Ni kain langsir yang dah siap gunting before maghrib tadi...
Ni langsir 18 keping untuk ruang TV baru tu c/w valence dan jugak langsir kat kawasan tengah rumah 6 pieces with valence dia.

Sure lepas ni kena chase ( dengan Cik Abang) bila pulak maklang nak siapkan the langsirs...


Besok Datok nak datang sini. Maklong dan Paklong nak anta anak dia ke Dungun so nanti they all singgah sinilah sekali...Selamat datang Datok... :)


Good nite semua....



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

Sunday, April 15, 2007

Kerja dan Hakim lagi

Assalamualaikum...

So macamana weekend yang lepas? Maklang tak ada wiken baru ni. Both days were spent in the office. Jumaat especially, lepas aje balik pasar, goreng mee and buat spaghetti, maklang terus ke pejabat. Nasib baik Along tolong jugak kat dapur. Cepat sikitlah kerja2 kat dapur tu. Yang buat lambatnya pagi tu, sink kat dapur tu tersumbat. Sampai banjirlah kat dapur tu. Kalau dapur bawah aje yang banjir OK lagi, tapi ni banjir sampai ke atas. Sebabnya pipe buang air atas dan bawah sama. So dia overflow sampai ke atas. Bibik dah beritahu dua tiga hari lepas, tapi tak sangka pulak sampai terok macam tu. Kesian Bibik tak ada kerja lain weekend lepas. Asyik mop dapur aje.....


Hari Jumaat tu maklang kerja dari pagi sampai petang. Kesian Cik Abang, tinggallah dia sorang dengan anak2. Masa maklang pergi opis tu it was about 11:15am. Dia tengah tidur. Tak beritahu dia pun. Terus keluar aje, tak sampai hati nak kejut. Petang tu masa maklang balik, dia dah Ok. In fact sibuk mengemas la pulak. Petang tu lepas balik opis, maklang lepak kat bilik, tengok DVD. Cerita the Holiday. Sedih cerita tu and me being the jiwang me that evening, sampai berjurai lah airmata...Bila Cik Abang masuk bilik, dia tengok maklang nangis, dia dah tak heran sebab kenkadang kalau baca buku cerita pun boleh bengkak lah mata ni....lepas tu rasa laaa, terok nya aku ni....


Hari Sabtu pagi tu, maklang buat macaroni and cheese untuk anak2. Ni permintaan kaklong. Rebus sosej and then fried some potatoes. Cik Abang tak minat langsung macaroni and cheese so, maklang goreng nasi goreng kampung. Maklang pun makan nasi gorenglaa. My lidah is still lidah kampung. Si Dhirah pulak tak sudah2...SEDAP...SEDAP. Entah apa yang dia sedap sangat tak tahulah. After cooking labu masak lemak putih, I left for the opis again.



Hari Sabtu tu, half day aje. Tak kuasa nak OT lelama. Lagipun petang tu dah janji nak ke Kemaman dengan Cik Abang. Nak pergi ke The Store untuk nak beli seluar panjang bujang. Seluar dia semuanya ketat. Walhal baru aje beli masa Hari Raya yang lepas ni. Tak sampai setengah tahun lagi. Kebetulan pulak dapat voucher masa PIBG tu. So, dapatlah beli 6 helai seluar panjang dia. Ada sale pulak tu. Nasib baik. Ambik yang ada 50% off. Kena add another RM 15.30 aje. ALhamdulillah....So, seluar Hakim tu nak turunkan pada Lan, anak Busu, then ke Yusof anak Alang. They all tak kisah kalau dapat yang seconds ni...Lagipun masih elok2 lagi.


Then we went to get Along's buttons for the cadet police uniform and Angah's PBSM badge. Lepas tu Cik Abang ajak balik. Lupalah tu, the main reason kami ke Kemaman was to cari curtain untuk tempat baru tu. Waktu petang panas sangat sebab kat situ panas petang. Lepas dah pilih tu, kain tu pulak tak cukup. Tapi nasib baik bila call branch dia kat Kuantan, kain tu ada. Kalau tak, frust jugak sebab both of us dah minat and setuju dengan kain tu. Lama jugak lah nak tunggu depa tu confirm. Kami mintak kurang samapi almost 50%. Memula tak dapat, tapi bila call Boss dia kat Kuantan ( kami kenak dia) dapatlah discount. Alhamdulillah.... Selamat lah dalam RM 220. What a difference one phone call can make!


Petang tu rasa letih sangat. Agaknya sebab tak ada rest over the weekend. SO, today by 5:30pm maklang dah cabut.....Nilah dia tengah mengadap PC sambil Yming ngan kakak kita kat sana tu....


In the meantime, maklang letakkan gambar si Bujang dengan perut dia yang dah nak memboroi tu....

ni my superman...
close-up superman...dengan hidung dia yang senget tu...

Ni kaki batman yang luka. Kaki dia tergarik sedikit aje kat pintu tu, tapi bercucuran airmata dia. Bila kita buat donno, lagi dia melalak. We told him macamana lah batman nak lawan raksasa, terkena sikit aje dah menjerit! Manja betul dia...





Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

Friday, April 13, 2007

Takut...

Assalamualaikum..........


Alhamdulillah Cik Abang dah selamat sampai pukul 3:20 pagi tadi. Dia talipon masa dia kat kawasan Telok Kalong tu. Maklang memang letak hp tu kat sebelah katil. Talipon biasa pun kat sebelah katil. So, no way tak kedengaran...tapi tak tahulah kot2 sebelum tu dia dah call tapi tak dengar. Masa Cik Abang call first time tu dia kata dia akan call sekali lagi bila dia dah dekat Awana. Bila dia call sekali lagi tu barulah maklang keluar nak ambik dia.


Memula kejut bibik dulu. Then offkan alarm tu, nyalakan lampu luar. Pesan kat bibik supaya kunci pintu and on kan alarm tu semula.(Takut jugak sebab kat sini memang rami orang buat OT waktu malam ni...pecah rumah). Then mintak dia tutupkan gate jugak ( remote gate tu dah tak ada battery).Then Maklang start kereta. Bukak lampu kereta, reverse, hon kat Bibik mintak tutup gate. Bila gate dah tutup terus aje bawak kereta ke simpang tepi Balai Polis tu. Dekat aje dalam 1.5km away from the house. Taklah gelap mana pun. Lampu jiran depan terang benderang. Lampu jalan pun terang. Tapi takut jugak sebab nak ke simpang balai polis tu kena lalu kat rumah yang agak menakutkan. Adalah cerita2 kata ada penunggu kat situ. Kakak kat office yang cerita. Suspense lah jugak....


Bila dah naik kereta tu, terus onkan radio. Macam2 jteringat kat kepala ni. Especially bila tengok ad on cerita 'jangan pandang belakang'...(Sya... maklang teringat mail tu...terpaksa I tutup mata...terperanjat besar!)Bila sampai kat simpang tu, Cik Abang tak tiba lagi. Lamanya rasa 5 minit. Tertunggu kat situ. Enjin maklang tak matikan. Mana tahu kalau ada orang jahat, boleh terus pecut aje. Tapi kalau ada yang terlompat2 tu...yang boleh masuk kereta tak payah bukak pintu kereta, naya jugak...Penakut jugak maklang ni kaan. Bila fikir2 gelihati pun ada...


Bila dah nampak kelibat Cik Abang baru lega. Dia jalan sampai ke kereta dan lepas tu kami balik. Tak boleh tidur la pulak lepas tu....


Alhamdulillah...kekasih hati dah pulang ke pangkuan kami sekeluarga...Dan hari ni masa maklang sibuk kerja kat office (banyak project dah nak due. So, kenalah OT sikit and dapatlah jugak buat duit sikit...), Cik Abang dok kerah tenaga dengan anak2 dia mengemas buku2 dia dan bilik budak2 yang bersepah macam kandang......tu...TQ Abang sayang....






Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

Thursday, April 12, 2007

Tertinggal kapalterbang....

Assalamualaikum.....



Petang tadi dalam pukul 5:00ptg, maklang dapat call dari Cik Abang.


"Abang tertinggal kapalterbanglaaa..."

"Apasal? Meeting habis lambat ke?"


"Taklah..Abang keluar meeting sebelum meeting habis. Pukul 4:30 ptg tadi dah kelaur"


"Habis tu macamana boleh lambat?"


"Kat sini ujan lebat...."


"Habis macamana? Abang balik macamana?",


"Abang balik naik bas"


"Oklah..baik2"


Satu jam lepas tu Cik Abang call lagi

"Abang masih kat dalam taxi ni"

"Duit ada tak? Sure kena mahal sebab taxi tu kena berpusing dari Kay El Si Si then ke Airport Subang then nak ke Putra bus stop"


"Cukup kot...nanti keluarlah kat bank kat situ!"


"Oklah..baik2 bang"


Macam tulah Cik abang. Kalau ke mana2 jarang dia bawak duit cash bebanyak kat wallet dia. Nak2 macam sekarang ni terlalu banyak peragut dan penyeluk saku. Maklang pulak kalau Cik Abang kena outstation memang risau. Takutlah apa2. Mintak2 dia selamat pergi dan pulang ke pangkuan kami.


Kesian jugak Cik Abang kena kerja keras nak mendapat kesenangan. Kami sama2 kerja kuat untuk kesenangan anak2. Ini dia baru aje kena kerja kat KL, jauh dari family. Kalau ke laut lagilah teruk dia. Itulah dia pengorbanan seorang suami dan bapa...



(Baru sat ni dia call lagi, lebihkurang 1 jam selepas last call tadi. Dia kata tiket bus MARA, and bus2 lain yang terkenal semuanya habis. Nasib baik ada satu lagi bas yang tak terkenal ,masih ada tiket. Ni pun dia tengah kat Food Court kat Yoahan tu tengah makan...kesian dia sure letih tu bila tiba Kerteh nanti. Kami doakan Abang/ Abah selamat balik ke pangkuan kami, InsyaAllah.....)







Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

Wednesday, April 11, 2007

Menuju puncak....

Assalamualaikum.....


Penat, loteh, longoh...hari ni kat opis memang sibuk ya amat....Rasanya sampai end April ni kami semuanya akan sibuk. Tapi sibuk macamana pun, pukul 6:00pm, maklang mesti nak balik. Rasanya macam dah tepu kepala otak ni. Tak boleh nak absorb lagi. Bayangkan asyik melekat aje kat kerusi tak gerak2. Jem jugak kaki. Apalagi mata....mulalah nak layu sebab penat, so...secawan kopilah ubat dia...



Tapi, bila dah balik rumah, mood kembali lagi. Bila tengok muka Cik Abang yang ceria (kenyang gak nya sebab today lunch dia makan berselera benar... Ada lauk paru berlada, masak daging salai yang maklang freezekan tu dan sayur campur. Pagi tadi pun rasanya sedap gak breakfast...perasan la pulak maklang ni.... Maklang minta bibik bakarkan roti panjang yang untuk sosej tu, and then letak tuna mixed with bawang besar dadu, carrot hiris halus, salad hiris halus and timun potong dadu plus mayo and sedikit air limau kasturi),tengok Along yang masih "busuk' sebab baru balik sekolah,nampak Hakim yang melekat kat PC, jumpa Angah yang tengah sibuk kat bilik dia sebab malam ni Abah nak cek kerja sekolah, Bibik yang tersengih kat gate sebab nak siram pokok, dan ni ha...si keding Maya baru balik kata dia kena hafal entah lagu apa...Semuanya menenangkan fikiran yang berserabut fikir pasal kerja yang tak habis2...( bilalah boleh duduk relax kat rumah aje:()



Sambil nak masuk rumah tadi, sempat pesan kat Bibik mintak keluarkan ikan untuk nak dimasak besok pagi. Beritahu dia nak masak apa for breakfast sebab besok maklang memang tak sempat nak masak since nak kena hantar budak2 kesekolah. Cik Abang besok pagi kena terbang ke KL. Ada meeting apa entah. Maklang pulak nak ke G3b3ng ada meeting kat sana. Entah balik kol berapa pun tak tau laa.. mintak2everything goes well, Insyaallah...


Duduk sat kat bawah ngan Cik Abang, and here I am in the TV room cum the gym. Tengah dok picit kawan baru, sambil menonton cerita kat Toy baru tu...and menjahit. Bestkan kalau selalu dapat macam ni...Aman damai aje...tak ada gaduh2 anak2, tak ada jerit pekik anak2, tak ada muka yang senget dan masam...semuanya kerana perut kenyang!!!! ( Ni sure Wan sokong 100% kan Wan...)Alhamdulillah...I am blessed with one happy family....:)


Ni ada lagu ciptaan Angah and Maya yang 'mengusik' adek kesayangan mereka. Lagu ni kena nyanyi ikut lagu tema AF tu....Semuga anda terhibur...





Menuju puncak
Rambut ku terpacak
Nak lukis cicak terlukis biawak

Menuju puncak
Impian hakim hancur
Nak tido ngan mak
Tertido ngan abah
Pasti berjaya di akademi UFO....


Si bujang kena usik dengan kakak2 dia...dia paksa pakai tudung! nampak ayu jugak si tembam ni...bahaya kalau digalakkan. bukan bahaya aje...berdosa!






Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , ,

Tuesday, April 10, 2007

Kawan baru

Assalamualaikum..........



Alhamdulillah...dapat dah. Petang tadi dalam kesibukan di pejabat, maklang terima satu panggilan dari forwarding company.

"Puan, saya dari forwarding company nak hantar barang yang puan pesan tu"


"Oh...Encik kat mana sekarang?"


"Saya kat Bandar Baru"


"Boleh tak hantarkan ke pejabat saya?"


"Pejabat Puan kat mana?"


"Pejabat saya kat Bandar Baru, kat Tingkat 2, atas bank tu...."



"Oh...Puan ni isteri pada En. N ye?"


"Ya...ni siapa?"


"Saya Z dari SkyN"


"Oh ye ke...OKlah Z, nanti tinggalkan aje kat Za kat bawah tu eh, saya sebenarnya tengah ada discussion"

"Yelaaa...nanti kejap lagi saya hantar"



"OK. Terimakaseh"



Dekat jam 4:30ptg tadi, maklang pun turunlah kat reception tu. Berdebar gak tengok kotak yang besar tu. Angkat jugak ke atas.....Nak tengok punya pasal! Kengkawan tanya apa tu? Maklang kata lucky draw punya hadiah....Macamlah I am so lucky:(


Yeay...hari ni boleh pegang and tidur dengan teman baru....tapi larat ke? Lately pukul 10:30pm dah nak gone, nak Ym lelama dengan Kak Elle pun tak sempat. Dengan kak Lady yang datang larut malan tu lagilah I tak jumpa...Ni dia kawan baru maklang....tapi yang lama masih tetap tak di lupakan!Hi...hi...Dhirah sikit punya jeles!


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

Sunday, April 08, 2007

Telekong, Wedding dan Kek Coklat & Teko

Assalamualaikum.........


Mesti bestkan last wiken. Mine was so so laa...PIBG meeting semalam was Ok. Everybody agreed that the same YDP, DYDP and all the commitee members be reelected for year 2007/2008. Senang. I was so bored sitting alone kat auditorium tu as Abang has to sit on the stage with the YDP. Abang was lucky again. This time he picked his own name and dapat RM100 Store Voicer. Seronok jugak...Boleh tumpang semangkok or sebadan.....

After that we attended a wedding reception. Normally kalau attend wedding ni, mesti jumpa ramai kawan2. Nak buat macamana bandar kecik macam ni, memang pasti berjumpa. Dari kawan se office sehingga ke cikgu budak2 ni sehingga ke pakcik and makcik yang berjual kat pasar malam. As usual gulai daging tu memang lah best. Tapi bila dah makan tu mesti perut jadi panas aje. Apalagi, bila dah kenyang petang tu, tak boleh ditahan2 mata ni untuk dicelikkan. Lagipun dah 2 malam dok tidur lewat. Nak mengkhatamkan cerita Heroes tu. So, ni dah legalaaa.... Nak kena sambung dengan Prison Break pulak. Entah kat mana DVD dia. Tak jumpa pulak hari ni. Semalam ada...


Alhamdulillah semalam dah mula menjahit telekong semula. Letak mesin kat dalam bilik ni. So sambil tengok TV, ronda2 PC ni and mesin tu menjahitlah. Kalau tak buat camni pendek kata memang tak siaplah telekong2 tu. Kalau rajin, nanti siaplah telekong2 ni and nak kena hantar pada tuan2 dia. Ni ada gambar telekong yang dah siap, Shah buat hantaran. Ni pun maklang letakkan sedikit gambar Shah masa wedding dia.

ni gambar hantaran Shah..dia buat sendiri. Creative betul dia ni....
Ni, telekung yang 'kakak' Shah buat...creative jugakkan.... ha...ha...:)
romantikkan pengantin baru ni...maklang pun teringat masa hari suap2 tu...
Shah kata dia suka gambar ni, so maklang masukkan laa....


So much about Shah...semuga kekal hingga ke akhir hayat, Amin...



Kat office as usuallah, tonggang langgang. Pulak tengahari tadi Cik Abang hantar maklang ke opis sebab Pak Omar tengah cucikan kereta maklang. Semalam masa Dhirah cuci kereta tu dia tak bilas bersih kot. Bila nak gi kerja tadi putih aje kereta tu. Tu yang mintak Pak Omar cucikan.


Kalau balik tumpang kereta Cik Abang, tak bolehlah nak lambat2. Kalau sendiri tak apa. Nak lambat ke nak cepat ke. So, today by 5:30pm I was already home. Bila balik tadi lepas sapu2 kat verandah yang penuh dengan daun pokok yang berguguran tu, cadang2 boleh relaxlaa. Dalam hati bolehlah onkan mesin. Tapi Angah pulak kata, mak kata nak buatkan kek for maulidurasul besok. Dia dah beritau last week. Lupa betul. Suruh dia check if ada tak bahan. Bila confirm semua ada, maklang pun mulalah tuangkan bahan2 tu. Bila tengah seronok2 nak tuang2kan bahan2 tu ada pulak opismate yang datang. Terbengkalailah sat kek tu. Last2 kek tu masuk oven pukul 7:15mlm. Lepas tu mintak bibik tunggu kek dan tadaaaa...these are the cakes that I have baked...tapi tak leh lawan Secret Recipe Kak elle tu....

Dari 2 tin susu cair, tu maklang dapat 4 biji kek. 3 biji sebesar 8x8 inch baking tray and satu lagi macam size sebuku roti. Besok Angah boleh lah bawak ke sekolah sebuku. Maklang nak bawak satu ke office and the rest untuk kat rumah. Kek ni memang feberet si Bujang!

ni pulak bibik tengah coatkan risolle yang dia buat semalam tu. Breadcrumbs yang beli tu dah habis so kenalah buat sendiri punya...buruk rupa!
Bila dah kat dapur with the camera, sempatlah mengsnap gambar teko and serving plate yang maklang beli kat Metro kat PIM, Jakarta tempohari. Maklang suka kompol teko sebenarnya...terikut Alang le ni....


Ok, that's all for today. Good nite!







Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , ,

Friday, April 06, 2007

Orkid dan Muffin.

Assalamualaikum...............


Tengah tengok Heroes ni sebenarnya.....Sambil2 tu nak updatelah ni. Sekarang dah faham sikit2 cerita yang a bit confusing ni.


Hari ni satu benda tak menjadi. Pepagi tadi dah ikut Cik Abang pergi ke Kuantan. Time to service the car again. Kira Oklah, after 2 years kereta tu baru hit 35000km. Kali ni si tembam kecik tu ikut. Malam tadi merajuk dengan dia sebab dia berkeras nak tidur bilik maklang. Buat2 merajuk and maklang lari tidur kat bilik Angah. Sebenarnya dia tu bila dah tidur memanglah tak sedar apa2 pun. Masa nak lelapkan mata aje nak peluk2 lepas tu habis dia tendangnya kita. So, malam tadi dia enjoylah tidur kat bilik mak dia without mak!


Macamana hot pun kat dia, bila tengok pipi dia yang tembam tu tak sampai hati nak hot. Geram tengok pipi dia mesti nak cium punya. Kami bertolak dari Kerteh agak lewat, hampir pukul 8:00pagi. Cik Abang dah makan nasi lemak yang bibik masak. Sambal sotong coklat tu maklang dah masakkan petang semalam. Ingatkan masak dah banyak, tapi bila tengok pagi tadi dah tinggal sikit. Rupa2nya malam tadi Angah dah makan dengan roti. Ustadz pun makan banyak masa maklang hidangkan kat dia petang semalam. Dia kata sedap...Kembang2 hidung I kena puji. So, maklang bekalkan sikit buat Ustadz bawak balik sebab nampak dia berselera sangat makan sambal tu. Bila tengok sambal tu dah tinggal sikit,mintak bibik masakkan lagi sambal tu. Maklang tadi, siap bungkuskan nasi lemak dalam daun pisang dan kami makan dalam kereta. Berselera kami makan.


Tiba Kuantan dalam 9:15pagi. Kereta tu siap dalam pukul 11:00pagi. On the way balik tu kami singgah kat nursery yang kami dah lalu pagi tu. Maklang dah tergoda dengan orkid kat nursery tu, cantek2 betul. Geram. Masa nak ambil duit tu siap kena sound dengan bujang ...

"Mak, kata tadi tak ada duit. Mak nak beli bunga boleh. Hakim nak beli meinan tak boleh!". Blueekkk...Terjelir lidah dia. Abah dia senyum aje. Dia hot sebab maklang tak nak belikan dia kereta mini yang ada kat kedai letrik tu. Barang redemption. Harga dekat 3oo kot!. Budak bertuah tu demanding betul!


Last2 mak dia buat donno je and go ahead aje beli anggerik2 tu. Lepas tu mengangkut 6 pasu. Bawak pulak kereta kecik. So, tak muatlah bila dah susun semuanya kat celah seat belakang tu. Apalagi, terpaksalah meriba sibujang tu all the way to Kerteh. Lengoh2 lah kaki. Nasib baik masih boleh jalan lagi bila tiba kat rumah.


Petang tadi. Angah sempat buatkan muffin. Dapatlah 10 biji dari 500gm muffin mix yang dah beli last week tu. Pandai jugaklah dia buatkan. Dia pesan suruh ambik gambar muffin tu and letak kat blog ni. Kesian bebudak, tak dapat nak makan dulu sebab camera tak ada battery, lepas tu nak minta phone Abah, abah tengah tidur. Dah petang jugaklah baru dapat makan.

So, ni dia gambar muffin dan gambar orkid tu. ...



Hakim tengah makan baulu masa tengah tunggu Cik Abang solat Jumaat kat Masjid Semambu

Sempat jugak ambik gambar orkid, sambil tunggu Cik Abang. Kat sini tak kelihatan semuanya...


Ni gambar muffin ...lepas puas tunggu laaaamaaaa sangat untuk nak ambik phone dari Abah yang sedang tidur!



Ni gambar muffin lagi berbackgroundkan Cik Abang yang baru bangun dari tidur..











Cik Abang dengan bebudak tengah kemas rumah. Hangin rajin datang kot. Cik Abang tengah nak pasang shelves yang beli kat IK3A hari tu....


Besok pagi kena keluar awal lagi. Ada PIBG. Deputy YDP memang kena hadirlahkan. Besok PIBG tu, siapa yang datang awal, akan ada chance masuk nama untuk cabutan bertuah. Hadiah dia RM 500 and 3 x RM 100. Siapa2 stay sampai petang boleh dapat sekaki payung seorang......









Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: