Dari Teratak Maklang ~ 2007

Tuesday, January 30, 2007

Shopping dan shopping lagi...

Assalamualaikum..........


Hari ni cadangnya nak pulang awal dari pejabat. Ingatkan sharp pukul 5 nak cabut dah. Tapi nak buat macamana, lepas solat Asar aje dah pukul 5:20ptg. Lepas tu ada pulak yang nak tanya itu ini. Nak cabut macam tu aje, tak sampai hati pulak. So, terpaksalah layan jugak...


Last2 sampai rumah dekat pukul 6ptg. Dah janji dengan bibik2 nak bawak gi pasar malam. Kat sini kalau hari Selasa memang meriah. Pasar malam besar. Macam2 ada.


Tiba aje kat pasar malam, atok terus gi kat tempat jual ikan. Maklang pulak bawak bibik pergi cari baju. Memula bawak kat kedai jual baju reject tu. Just imagine, baju2 yang reject sikit dijual pada harga yang tersangat lah murah. RM 5 aje sehelai. Hari ni banyak pulak choices. Belikan Angah baju tidur 3 helai. Dah RM 20 (sebab ada baju sepasang jadi RM10). Bibik ambik 2, then tengok pulak baju tidur Maya dan seluar Maya, RM 10 then baju baby 2 lai. Geram tengok. Cantek. Tak kiralah baby siapa dapat nanti. Satu nak bagi kat Baby Pakngah (my 2nd brother) and satu lagi tu nak simpan aje. Kalau Busu dpt anak pompuan, boleh bagi kat Busu pulak, InsyaAllah.


Then pergi pulak kat lelong. Maklang pulak yang beli banyak lai. Beli baju tidur Maya 1, Baju tidor untuk Hakim 2, t-shirt 2, jadinya RM 32 aje. Yang kelakar tu t-shirt tu 2 helai RM5 aje. Murah betul dan kainnya cantek. Baju tidur Hakim tu gambar cicak man.Tu yang beli tu. Then gi tengok blouse pulak. Cantek pulak blouse pasar malam ni. Belilah selai. Lepas tu tengok lak baju Cicakman lagi. Yang ni lagi tebal material dia. Beli lagi selai untuk Hakim dan 1 untuk ucop dan 1 untuk Lan. 3 helai tu baru RM40. OKlah. Sementara tu Bibik tu pun tengok jugak baju2 yang dia orang nak. Cari jugak clip untuk Angah. Ni kena beli sebab tadi dia call kata nak ikut. Dia tak sedar pun kami pergi sebab duduk bertapa dalam bilik dia. Clip tu 2 for RM 5 aje. Cantek jugak.

Lepas tu gi bawak bibik tu kat baju Bundle tu. Memang dia orang nak gi situ. So, biarkan dia orang kat situ sementara maklang pergi beli makanan.Cik Abang dah pesan satay. Beli jugak nasi Pattaya 4 untuk bebudak, beli murtabak 2 dan keropok lekor RM4. Oklah. Then lepas ambik Bibik dari tempat jual baju tu terus aje pergi beli keropok kering untuk nak bagi kat Alang and my cousin. Sambil jalan2 nak balik tu nampak pulak kereta yang boleh tranform jadi robot. Ini yang Hakim dok idamkan. Tawar punya tawar dapatlah RM 11 dari RM 15. Sebelum tu ada gak belikan ucop trailer yang ada kereta2 tu. Kereta ni memang feberet Ucop.


At last balik rumah dah dekat pukul 8:00mlm. Berkejar nak solat maghrib....Lepas tu ada lak opis mate datang sekejap.


Habislah duit hari ni...besok lusa sampai tengah bulan kena puasa shopping....asyik shopping aje...kang tak cukup lak nak bayar kat kak elle nanti Raya Cina nanti...



Ni 3 stooges kesayangan maklang: Alan will be 5 , Ucop will be 3 and Kikim will be 6. Memang macam 3 stooges bila jumpa. Mengekor aje memasing, Alan jadi ekor Kikim dan Ucop jadi ekor Alan...Rapat betul mereka ni...









Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Monday, January 29, 2007

Makan lagi...

Assalamualaikum...


Dua tiga hari di pejabat agak sibuk. Lengohlah pinggang asyik duduk aje. Bila nak bangun tu berdetap detup bunyi kaki....nasib baik tak cramp. Dalam otak pulak berserabut, pikir yang mana satu nak buat dulu. Harap2 semuanya dapat diselesaikan dengan mudah, tapi for sure situasi akan begini aje or lebih teruk lagi sampai 5-6 bulan lagi, atau pun lama lagi.


Kat rumah dapatlah relax sikit tapi bila pikir telekung banyak tersadai, rasa nak relax tu hilang pulak. Kena pulak sambung kerja lagi. Entah bila nak relax betul tak tahulah pulak. Malam tadi pun camtu, tengah2 tengok CSI, bila sedar2 dah pagi aje. Memang tak perasan betul bila maklang tertidur....


Hari ni, makan lagi. Cabut awal waktu lunch. Kena ganti dekat sejam lebihlah waktu kerja. Dengan kerja yang banyak menimbun ni, rasanya boleh ganti dalam seminggu dua ni. Maklang kalau tak iye-ye, memang tak hingin nak OT ni. Kalau kerja lebih masa pun, rasa macam tak di appreciate. Baik kerja macam biasa aje. Sampai masa angkat beg , balik. Layan Cik Abang dan anak2 lagi baik. At least tau yang kita diperlukan...


Balik pada lunch tadi. ...Kami makan kat Dungun lagi. Kali ni Atok, Wan, Datok, Cik Abang dan maklang gi makan sekali. Kali ni sangkaan kami meleset. Portion kecik2 dan kena bayar. Tapi sedap laa. Maklang suka sekali Sup Wonton with Shitake Mushroom tu. Ikan dia portion terlalu kecik. Nasib baik pagi tu maklang dah ambik heavy breakfast. Kalau tak mau kebulur lepas lunch tu. We ordered lamb at first, tapi bila time nak makan tu, dah tak ada. Frust jugak. Chicken pun dah habis. Nampak chicken tu macam sedap sangat.

ni main course dia. red snapper apa entah. makanan orang putih ni nama dia pelik2. walhal ikan merah bakar makan dengan sauce dan kentang rebus. OKlah, tapi sikit sangat!

ni wonton with shitake mushroom. clear soup. ni maklang suka. sedap sangat. ni 2nd course

ni seafood chowder. Udang seketul seketul. Cik Abang kata sedap. Ni pun 2nd course Cik Abang.

ni roast pumpkin, tenderloin and pine nuts. maklang suka sauce dia aje. macam kicap manis plus olive oil. Pumpkin and kacang tu Cik Abang yang habiskan. ni appetizer

yang ni pun appetizer. Kentang plus turkey ham with mozarella cheese. Sedap jugak. Ambik rasa Wan punya





Nanti bila W datang sini, InsyaAllah, weekend ni, kami nak mintak dia masakkan ayam tu. Agaknya kalau makan chicken tu kenyang kot sebab nampak portion dia agak besar. InsyaAllah masa tu baru puas hati.....




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Saturday, January 27, 2007

Kenyang

Assalamualaikum....



EEEEERrrrrrgh......se'eh betul sehari dua ni. Letih pun iye sebab dah 2 hari ni asyik duduk kat dapur aje. Lutut pun lengoh asyik berdiri aje...


Pagi semalam lepas balik dari pasar tani, maklang sibuk membersihkan bahan2. Yang best tu pagi semalam, kami ajak Wan sekali keluar ke pasar tani. Memula Wan tak nak ikut. Malas nak jalan. Pergi pun duduk dalam kereta aje nak buat apa, kata dia. Tapi last2 bila kami pujuk dia, akhirnya Wan ikut jugak. Memula tu dia duduk je dalam kereta ,lepas tu puas agaknya lama sangat kami membelih belah, akhirnya Wan jalan2 jugak. Alhamdulillah nampak2nya Wan pun dah ada selera makan sikit. Maklang dok kata, tak payahlah nak 'berdiet' waktu2 ni.....


Banyak jugak ikan fresh kat pasar tani semalam. Geram tengokkan. Ikan tenggiri sekilo RM 16.00, ikan selar dalam RM 8.00, ikan kerisi RM10.00, sotong RM 10.00, udang RM16.00. Habislah duit semalam. Ayam dah turun harga RM5.oo/kg. Kiranya bolehlah harga dia. Kalau kat KL, harga ikan murah sikit tapi kalau compare freshness dia tu, jauhlaa...Puas hati pergi beli ikan2 semalam tu.( Ni pun bagi menjawab soalah Bro Zino tempohari)






Gambar ni ambik masa pasar tani mega. Bukan semalam....







Nasib baik semalam Bibik Yati tolong masakkan soto. Dia memang berhajat nak masak, so masaklah. Maklang sempat jugak buatkan anak sedara tu sambal kacang ikan bilis, dapatlah 2 tupperware microwave tu. Wan Pari dan Tok Uncle dan 2 anak mereka tiba tengahari. Bila Atok jumpa Tok Uncle, Atok menangis. Semua nya berair mata semalam. Atok dan Wan ,especially, sebab hajat mereka untuk nak ke Mekah bersama2 tak tercapai. Inilah yang dikatakan kita merancang tapi Allah yang menentukan segala2nya. Dah terlalu dekat sangat masa Wan dan Atok nak terbang ke Mekah, tinggal 5 hari aje lagi, tapi Allah tak benarkan, dan masa tu Wan disahkan tak sihat dan perlu dibedah. Apapun kami bersyukur kerana Wan dah beransur sihat sekarang. InsyaAllah adalah rezeki Atok dan Wan untuk ke tanah suci nanti.


Seronok tengok semua makan soto semalam. Selamatlah ayam 2 kg dan pegedil dekat 3 kg. kalau pegedil tu memanglah sekali buat berkilo2, kalau buat sikit2 buat gadoh aje....



Letih semalam tak hilang lagi, hari ni maklang sibuk pulak buat rojak India. Kuahnya dah buat petang semalam, so pagi ni tinggal goreng cucr udang, cucur kelapa, tauhu dan rebus telur dan kentang. Lepas goreng mee kuning buat breakfast tadi, maklang terus aje prepare untuk rojak India. Selesai tu, prepare pulak daging untuk nak BBQ. Cuci dan potong daging dan ayam. Prepare salad dan perap daging. Ayam, Dhirah yang nak buat. Pukul 12:00 Cik Abang, Atok dan Wan, Datok semua dah mengadap nak makan rojak. Kalau nak tunggu BBQ lewatlah pulak sebab api tak dihidupkan lagi. Makde and Pakde tiba pukul 1:00+, pun makan rojak dulu. Pukul 2:30pm pulak makan BBQ. Kali ni memang sedap sungguh BBQ Cik Abang. Ada pulak Onion sup by Ms W, yang pandai memasak tu... TQ...TQ....






Ni ciplak dari Jo's gambar. Tapi rupanya lebihkurang je sebab Cik Abang jugak yang masak. Malas nak ambik camera, bila dah mengadap BBQ tu...








Tapi dek perut ni dah penuh, maklang makan daging aje sikit. Semuanya pulang dekat2 pukul 4:00pm tadi. Ni dah selesai semuanya barulah boleh melawat kat sini.


Seronok wiken ni. Tak usik langsung jahitan maklang. Kalau larat, malam nanti, kenalah menjahit pulak, Insyaallah....Tapi yang pastinya, semuanya kekeyangan macam ulau sawe......Amin.....






Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Thursday, January 25, 2007

CERIA

Assalamualaikum...........


InsyaAllah wiken ni ceria agaknya rumah maklang, InsyaAllah..........





Tuan rumah dan Puan rumah berasa sungguh gembira sebab rumah ni ada 12 orang penghuni malam ni.







Dengan kehadiran ibu dan bapa bapa tercinta....










Dan anak2 yang dikasihi....






Dan anak sedara yang pandai memasak....







Dan bibik2 yang baik hati (gambar bibik yang jaga Wan - loan dari sepupu maklang , tak ada pulak dalam simpanan)






Wiken ni, bibik yang loan, Yati, namanya dan cadang nak buat soto untuk makan tengahari . InsyaAllah Wan Pari dan Tok Uncle yang baru pulang dari Tanah Suci pun akan datang nak melawat Wan....



Lusa pulak, Cik Abang dah rancang nak BBQ reramai. Ada jugak jemput makde and pakde tapi belum mendapat jawapan. Seronok reramai nikan....


Have a nice wiken all...InsyaAllah ours will be great!!!!:)










Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Wednesday, January 24, 2007

Menyirap...

Assalamualaikum....



Dalam pada tengah stress yang tak hilang dari semalam, tak aleh2 tadi pagi dapat sms dari Dhirah.


CG ckp kene bli baju kain cotton

Boleh, berapa meter and warna apa? Nak buat apa?

Nak buat baju sekolah lah.

Apasal pulak? Kan ke baju tu baru tukar. Apa Cikgu ingat mak cop duit ke? Kalau kena ganti tak payah jadi pengawaslah. Lagipun baru 3 weeks sekolah. Takkan nak ganti!

CG kata kalau Dhirah pakai baju tu nampak line panti3s Dhirah.


Alah....pakai aje seluar panjang kat dalam. Kalau Cikgu tak kasi jugak, then pakai aje baju putih, tak yah jadi pengawas!


Eh...menyirap jugak darah maklang. Cikgu ni pun satu, masa kita nak beli kain untuk nak buat uniform hari tu, tak ada pulak nak bagi specification dia. Asal baju kaler biru and kain kaler kelabu sudah. Tup tup baru sekolah 3 minggu dia dah suruh tukar. Dahlah kita terkial2 nak menjahit baju tu. Rasa macam tak bertimbang rasa pulak cikgu ni. Belanja bukan sikit nak buat baju. Kalau semeter dah 6.8, kalau 3 pasang dah 6 meter. Kain lagi 6 meter. 12 x 6.8 dah berapa? Nasib baik jahit sendiri, kalau tak tambah lagi....Sabar...sabar....


Bila balik rumah aje petang tadi, tanya Dhirah, cikgu mana yang complain tu. Dia kata pengetua. Pengetua pun satu hal pulak, macam2lah. Bertimbang rasalah sikit, kalau baju tu koyak ke, kotor ke, tak apa jugak. Ni baju baru pakai 3 minggu, masih utuh lagi. Semalam pulak baru bayar duit blazer RM90.00. Baru2 start sekolah ni, boleh katakan tiap hari bebudak mintak duit. Duit persatuanlah, duit t-shirtlah, duit buku tambahan lah, dan entah apa2 lagi... Kalau macam ni tiap2 bulan, pengsan mak bapak....


Tapi nampak gaya, memang tak tukarlah baju tu. Mana larat. Membazir lagilah, kalau nak kena tukar....





Ni gambar masa pakai baju and tudung putih lagi...Yang baju biru belum sempat ambik lagi.









Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Tuesday, January 23, 2007

Penyakit dan penawarnya...














Assalamualaikum...

Tak banyak cerita cuma....



Banyak kerja

Penat

Stress

Sedih

dan ubatnya


Cuti

Tidur

Buat donno dan

menjahit.....:).

Baru hilang segala2nya. Conclusion dia menjahit boleh melupakan kedukaan dan kestressan....






Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Monday, January 22, 2007

Ikan fresh

Assalamualaikum...


Atok dan Wan dah selamat sampai lebihkurang pukul 7:00 tadi. Seronok kami kat sini, tapi kesian pulak Ucop ngan Alang kat PJ tu...Tapi Wan dan Atok duduk sini cuma sampai cukup bulan aje.Wan ada check up kat UH on the 2nd nanti, InsyaAllah...



Hari ni matahari dah kembali bersinar. Alhamdulillah....Tapi tak tahulah sampai bila panasnya tu...


Kat opis, pulak memang lah sibuk. Tak sempat nak cilok2 nak tengok blog bila dah petang2 ni. Ada meeting kat Client's office tengahari tadi. Lain2 tak ada yang interesting pun.


Since last Friday, taka ada buat grocery, makanya kat dlam fridge tu ada ayam aje. Dahlah kat rumah Alang asyik makan ayam aje, naik muak dibuatnya. Musim2 macam ni, manalah nak cari ikan fresh. Last2 semalam, korek fridge jumpa hati lembu dan ikan tongkol. Pagi tadi buat bende rebus asam, hati goreng dengan kari dan ikan tongkol tu goreng berlada dan goreng dengan kunyit aje.


Bila dah petang tadi, ingatkan pergi kat pasar malam tu, adalah ikan ke udang ke, tapi semuanya tak ada. Gerai jual ikan tu pun tak ada. So, dok pikir apa pulak nak masak besok. Beli juga minced meet ayam dan daging. Nasib baik, masa tengah bayar, mulut ni nak jugak berkata kat kakak tauke kedai tu, yang payahnya nak dapat ikan waktu2 ni. Kakak tu kata dia ada beli ikan kat Paka semalam. Waktu2 petang macam tulah...


Apalagi, maklang pun call Cik Abang beritahu dia yang maklang nak gi cari ikan. Yelah, kena jugak beritahu dia sebab Paka ni agak jauhlah dari Kerteh ni. Seronok betul masa tiba di Paka. Banyak betul ikan fresh!. Ada tenggiri, ada ikan merah, ada selar besar, ada selar kecik, ada sotong dan udang. So, apaalgi, beli aje apa yang teringin nak makan. So, now ni taklah susah sangat nak pikir menu apa for besok. Bila Atok tiba pulak tadi, siap bawakkan siput sedut , limpa dan sayur2an lagi.....


BEST!



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Sunday, January 21, 2007

Wiken di KL

Assalamualaikum....


Salam Maal Hijrah untuk semua. Masih belum lambat lagikan nak mengucapkan salam. Moga2 tahun ni akan lebih baik untuk kita semua hendaknya, InsyaAllah....


Ni baru aje tiba dari KL. Baru tak barulah, ada dalam 2.5 hrs kot. Penatlah kali ni gi KL. Mana taknya, tak lekat kat rumah pun.


Kami bertolak hari Khamis lepas. Cadang nak bertolak pukul 6. Last2 pukul 6:30pm baru bertolak. Mulanya berkejar nak cepat. Tak jadi pulak. Rupa2nya maklong dah janji dengan Cik Abang kata yang dia pergi ambik anak dia jam 6 di Dungun. Mereka tiba kat rumah kami almost 8. Lepas solat semuanya, akhirnya pukul 8:30 malam baru bergerak. The trip was OKlah. Tiba pukul 10:00+. Kejap lepas tu terus tidur.


Pagi Jumaat tu kami bergerak pukul 7:30pg. Hangkut bebudak yang tak mandi lagi tu. Lepas dah solat Subuh tu, terus aje bertolak. Seronok jalan pepagi ni. Suasana tenang sangat. Sejuk aje. Pulak tu kat hiway tu berkabus aje....sekali sekala terasa macam kat Switzerland pulak....siapa kata Malaysia tak cantek. Tapi the best part was sunyi sepi the 1 hr tu. Budak2 dah sambung tidur...Nyaman....:)


Tiba KL pukul 10pg. Atok and Wan were surprised sebab 20 mins before that maklang call atok dan atok tanya pukul berapa sampai? Maklang kata bebudak tak mandi lagi. Tengok2 kami dah tiba. Atok sihat, tapi Wan nampak susut sangat. Dia susah hati sebab sakit tu. Wan kalau sakit memang cepat susut. Dia kata tak ada selera nak makan. Pagi tu kami ajak Wan dan Atok jenjalan nak pi cari carpet. Memang dah cadang nak beli carpet. Selesai beli carpet, maklang dengan Angah pergi ke sedara dekat maklang kat Nagoya. Tak ada beli apa2 cuma beli kain putih untuk nak buat telekong. Kenalah mencari bahan2 jahitan bila ke KL ni.

Petang tu sebenarnya tak cadang nak ke mana2. Tapi bila Cik Abang tunjukkan ada sale kat Fell@ tu, terus aje keluar. Bebudak pulak sibuk nak ke Ike@. So, masa kat Fell@ tu dapatlah beli remnant sikit. Kain cantik2 dan tebal2. Boleh jahit untuk nak buat throw pillow dan sarung stool yang square tu. Lepas tu gi ke Ike@. Ingatkan nak beli pokok cili padi untuk Wan tu. Advertise kat paper bukan main segar lagi pokok tu, tapi bila pergi, tengok pokok tu pun tak ada mood. Dah hitam2 daun dia.In the end, tak ada beli apa pun, cuma beli tupperware 3 set of 3. Balik dari Ike@ dah dekat nak maghrib. Tunggu orang baca doa akhir tahun dan awal tahun tu. Kami dah baca doa tu masa dalam kereta on the way to Ike@ tadi...Tapi saje nak ikut. Siap solat maghrib, kami pergi rumah makngah kat Serdang. Sedap makan kat rumah makngah...ada satay, ada soto,ada nasi lemak, ada macam2 lah...tapi masa tu perut dah nak full, so rasa2 ajelah...Letih betul hari Jumaat tu...



Hari Sabtu pagi, kami pergi ke KL Conventin Center. Maknanya tercapai lah hasrat hati maklang tu. Best exhibition tu. Maklang ikut guide dia so dapat lah dengar explaination dia pasal alat2 yang dipamerkan. Dia siap pesan kat adek2 yang ada.

" Adek2....nanti dah besar nanti belajar rajin eh....jadi scientist, bukan jadi artis...." . Bagus pesanan dia tu. Kita kenalah menaikkan kegemilangan Islam kembali. Sekarang ni kaum yang kufur yang nampaknya memegang kuasa di dunia ini. ...
Ada jugak ambik gambar dengan guide tu. Ada dalam camera lagi. Tak sempat lagi nak loadkan gambar.


Petang tu, kami gi rumah Pakteh. Kalau mamarock ada sama boleh makan rojak tauhu dan mee sup yang mak teh buat. Cik Abang suka sangat kat tauhu tu. Banyak jugaklah dia makan. Maklang dah kenyang, tapi rasa rasa jugaklah. Lepas tu kami tinggalkan bebudak kat rumah Pakteh. Nak balik ke PJ sebab nak ambik Alang untuk nak pergi ke Gi@nt kat Kelana Jaya tu. Saje nak jalan2 kat situ. Malam tu Pakteh and Makteh gi rumah Alang, sambil nak tengok Wan. It was a very tiring day for all of us.


We had an enjoyable but tiring wiken...InsyaAllah besok, Atok dan Wan tiba. Meriahlah rumah kami. Both Atok dan Wan ada di sini dan Datok Kuantan pun ada....




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Wednesday, January 17, 2007

KL here we come again...

Assalamualaikum.....


Baru aje selesai mengemas bag. InsyaAllah kami akan ke Kuantan petang besok. Right after work!. Cik Abang will finish off at about 4 but we will only start off maybe around 5:30pm. Along and Maya will be in school until about 6. Maybe we will take Maya from school a bit early. Hakim tak ada class petang besok and maybe Angah ponteng aje kot.....



Besok tengahari, waktu lunch, maklang and Cik Abang ada jemputan makan di Dungun. Tak tahu at what time we will be living for Dungun as I have to attend meeting at about 11:00am. Elok2 dah plan nak cabut awal tengahari tu, tup tup tadi masa ada internal meeting kami di informed yang ada pulak meeting on the same job besok. Sungguh membosankan. Pulak tu kerja2 sudah tentu melambak2 lepas nih...


Sekarang ni balik kerja pun macam dah habis mood. Dah 2 hari my mesin sulam dok tersadai kat dalam bilik sebelah. Semalam pukul 8 dah landing. Suddenly, masa tengah dok bungkus wantan lebihkurang pukul 6:30 ptg tu, badan rasa letih ya amat. Macam dah dah terdaya. Cepat2 siapkan kerja, naik atas and lepas tu dok mencari katil(of coz dah mandilaaa). Baring ajelah sambil tengok TV. Lama dah rasanya tak relax depan TV without anything in my hands. Biasanya mesti ada benda kat tangan.


Petang tadi pon sama. After office, balik rumah. Makan roti 2 keping dengan sambal kacang ikan bilis yang buat pagi tadi tu ( Mak Teh, I made some for you, tapi this time tak sesedap yang hari tu. Nak cepat kot sebab buat pepagi before gi office tadi. Maybe akan buat lagi yang sedap punya, InsyaAllah). Kejap lepas tu, Kakak yang jual mesin sulam tu datang. Dok bual2 sat and she left almost 7:00pm. Then I started to pack the baju2. Memang tak enjoy pack baju ni. Tapi nasib baik bebudak ni tinggal mintak baju aje dari mereka and cakap berapa helai, except for Hakimlah, kena nak ambikkan baju dia. So, maklang tinggal letak dalam beg aje laa.


Besok, kami tak terus ke KL, tapi tidur kat rumah Datok di Kuantan, satu malam. Cik Abang ada hal sikit kat Kuantan. InsyaAllah pagi Jumaat tu pepagi kami akan bertolak ke KL. Wan pun dah tanya2 bila nak sampai. Alhamdulillah Wan dah sihat. Result penyakit dia pun dah dapat dan ALhamdulillah it is OK. Tapi tak tahu lagi if dia akan kena chemo ke tak. Alang kata belum confirm lai. Tengok lah nanti prof yang operate Wan tu kata apa. Tapi setakat ni nampaknya, Alhamdulillah...


Ni nak gi KL, kami tak ada plan nak ke mana2. Hajat hati nak gi ke exhibition on Islam tu kat KL Convention Center tu. Tapi tak tahulah jadi ke tak. Tapi yang maklang dah confirm is to pergi beli kain lagi untuk nak buat telekong. Tu ajelah. Dhirah nak gi KLCC, entah nak cari apa entah. Angah pulak sibuk nak ke One Ut@m@. Nak cari Roti B0y. Angah memang suka roti tu. Semuanya sukalah...Hakim pulak nak demand dia punya Robot yang ada remote tu. Cik Abang tak ada nak apa2 kot sebab nanti kat Kuantan ni nak beli apa yang dia nak....yang letak kat atas kereta tu.... Maya...Maya as usual tak kisah apa2 pun....





Saje nak letak gambar Maya ni...ada jugak warna2 kat sini kan....:)Gambar ni masa kat Le Meridi@n





Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Monday, January 15, 2007

Sambal kacang ikan bilis

Salam....


Tiga hari lagi genaplah 3 tahun pemergian Allahyarhamah. Moga2 beliau sentiasa dicucuri rahmatNya...InsyaAllah...


Entah macamana 2 malam lepas, maklang teringat pulak nak buatkan Cik Abang sambal ikan bilis. Kebetulan hari tu maklang cuma masak sup sayur fishball campur aje. Lauk2 lain kami makan left-overs yang dah nak banyak dalam fridge tu. Bebudak ni kalau lauk2 dah 2-3 hari yang tak habis tu payah dia orang nak makan. Nak yang fresh aje.


Malam tu, bila tengok lauk left-overs tu dah tak ada, yang ada pun yang Cik Abang tak suka, hendak tak hendak, maklang pun ke dapurlah. Maklang pun cari idea nak masak apa. Paling senang buat sambal ikan bilis berlada yang letak kacang tu. Memanglah mudah dan paling sedap makan dengan nasi panas2. Boleh dari tak nak makan, sampai jadi bertambah 2 pinggan!


Mula2 masak, tu maklang gorengkan kentang yang dah dihiris nipis2. Lepas tu dok leka buat benda lain, sampai nak terhangus kentang tu. Tak apalah, just put aside. Then goreng pulak ikan bilis sampai gareng sangat, tapi taklah hangus. Mulanya nak tumis lada kering aje. Macam biasa2 maklang buat. Tapi bila menengokkan ada pulak sambal tumis yang tak habis tu, maklang pun gunalah sambal tu. Campurkan dengan ikan bilis goreng tadi, dan kacang tanah yang memang ada kat tupperware tu, maka jadilah sambalkacan ikan bilis. Bila makan tu....terasa pulak macam sambal ikan bilis yang Allahyarhamah selalu buatkan untuk kami.


Apalagi, semalam petang bila pulang dari office, dengan semangat yang berkobar2, maklang pun terus ke dapur. Goreng kacang tanah dan ikan bilis. Kemudian maklang tumiskan bawang merah dan bawang putih serta lada kering yang telah di blend. Kemudian masukkan sedikit belacan. Taklah sikit sangat, sampai terasa belacannyalah. Lepas tu masukkan 2-3 sudu kecil gula putih. Bila dah agak garing, maklang masukkan pulak bawang besar yang dah dihiris. Masukkan jugak 2-3 keping asam gelugor (asam kepinglah). Masakkan sampai dah garing dan agak kering. Biasanya sambal tu dah agak gelap warna merahnya. Lepas tu maklang masukkan ikan bilis dan kacang tanah tadi. Siap2 tu, maklang packkan dalam 3 bekas. Hajat hati nak bawak ke KL bila kami ke sana hujung minggu ni, InsyaAllah. Lagipun Alang dok sebut2 nak makan sambal Allahyarhamah. Rindu nak makan katanya. Satu bekas kecik, maklang asingkan untuk anak sedara Cik Abang, W, yang belajar dekat2 sini. Satu lagi tu buat makan di rumah. Since malam semalam Cik Abang tak berapa sihat, maka dia taklah merasa sambal tu.


Bila dihidangkan tengahari tadi pun, Cik Abang punya selera tak berapa sedap lagi. Dia kata, rupa dah ada, dan rasanya juga dah ada, walaupun tekak dia masih rasa tak sedap lagi.


Yang sebekas kecik tu tadi, maklang dapat hantarkan ke anak sedara maklang melalui kawan maklang yang tinggal berdekatan dengan dia. Petang tadi, bila dia dah terima, dia rasa suka sangat. Kebetulan pun dia memang suka sambal kacang ikan bilis tu. Masa terima tu, dia OK. Tapi dalam setengah jam lepas tu, dia call lagi. Suaranya macam orang selsema.

'Eh...W selsema ke?', maklang tanya dia.

'Taklah....W menangis!'

'Kenapa?'

'Entahlah...masa W makan tadi sambal tu, W tak sangka yang rasa dia betul2 macam Allahyarhamah buat!. Terus W menangis. W dah lama nak makan sambal kacang ikan Allahyarhamah....' W menangis lagi, sampai susah dia nak berkata2.


'Sabarlah...maklang pun tak sangka bila maklang masak tu nak jadi rasa macam tu'

'Habis, W dah makan ke sambal tu? Dah habis ke?'

'Taklah W makan sesudu aje. Sayang nak makan'

'Laaa...takpelah, makan jelah. Nanti maklang buat lagi. Dah..jangan sedih2, mungkin Allah bagi maklang masak lebihkurang rasa macam Allahyarhamah sebab Allah nak suruh kita ingat supaya bersedekah untuk Allahyarhamah...'

'Ialah maklang, nanti W doakan untuk Allahyarhamah, InsyaAllah...'

Berair jugak mata maklang masa bercakap dengan W. W, adalah cucu sulung Allahyarhamah. Memang sejak 2-3 hari ni, maklang asyik teringat aje pada Allahyarhamah, rupa2nya sudah hampir menjelang ulangtahun pemergiannya.



Memang kami rindukan senyumannya, omelannya, masakannya dan segala2nya tentang Allahyarhamah. Memang dulu maklang memang selalu mengendeng nak mintak resepi sambal kacang ikan bilis ni. Tapi Allahyarhamah bergurau, sambil berkata,' Eh...tak bolehlah nanti anak mak datang rumah mak, tak ada apa mak nak masak, resepi semua dah bagi kat awak', selorohnya. Lepas tu maklang tak ada lagi meminta dari dia. Tak apalah, lagipun tiap kali kalau kami pulang melawat dia, pasti dia bekalkan kami 2-3 bekas sambal kacang ikan bilis tu. Ada jugak Allahyarhamah buatkan untuk Alang masa Alang masih study di luar negeri dulu...Syukur Alhamdulillah, akhirnya dengan berkat doa maklang dapat jugak kami merasa masakan Allahyarhamah MIL, walaupun maklang masak taklah sesedap masakan beliau...


Doa kami buat Allahyarhamah...moga2 dicucuri rahmat Allah sentiasa, insyaAllah. aL-Fatihah....




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Saturday, January 13, 2007

Jalan2 cari makan...

Dah hampir nak tamat wiken maklang. Besok dah kerja. Kalau malam Ahad ni memang boring. Ni sambil2 tengok TV ni, bolehlah menaip N3.


Semalam hari Jemahat macam biasalah gi pasar tani, beli serba sedikit bahan untuk this coming week. Macam biasalah bila ke pasar tu, mesti order ayam 4 ekor kat Mah tokey ayam tu. Order dulu, suruh ptong siap2, mintak letak seekor seplastic bag supaya senang nak simpan. Tapi of course cuci dululaa. Ayam miggu ni dah turun harga jadi RM5.50 se kg. Ikan memang tak ada minggu ni sebab angin dan hujan aje sepanjang minggu . Nasib baik dapat sotong. Lepas tu beli ikan keli sebab last week bibik kata dia suka. Dhirah pun kata dia suka. Maklang masa sebelum kawin dulu makan, tapi bila Cik Abang tak makan, kita pun ikut sama tak makan. Kat penjual ikan keli tu ada jugak jual ikan talapia merah. Ada kawan yang tengah beli tu kata ikan tu memang sedap. So why not cuba.


Beli sayur aje kena RM30. Mahal sekarang ni. Balik pasar mintak bibk bersihkan barang2. Maklang, Cik Abang, Along and Hakim siap2 nak ke Kuantan. Sebenarnya tak ada apa acara pun cuma nak pergi cari barang rumah aje sikit. Maya and Angah tak nakl ikut. Malas kata mereka. Lagipun kalau mak ngan Abah tak ada rumah bolehlah bertenggek depan TV or PC all the time!




Gambar ni ambik dah lama about 1.5 months ago kot. Masa tu ada pasar tani mega. Menteri pun datang.





Ni pun sama, sempat posing depan gerai sayur tu...








Maka bertolak lah kami 4 beranak ke Kuantan. Tiba dalam pukul 12:15pm dan terus ke kedai yang kami nak tuju. Selesai kat situ, Cik Abang hantar kami kat Megamall sementara dia pergi solat Jumaat. Hakim awal2 dah kata nak cari toy dia. Kata dia nak beli dinasour robot tu. Ni dah lama dah dia nak. Berpusing2 kat tempat toys kat Parkson tu. Maklang punya condition is mainan kena bawah RM10. Manalah nak cari meinan harga camtu sekarang ni. Puas keliling Hakim nak pilih mainan harga camtu. At last dapat jugak yang harga lebih sikit. Bukan tak boleh nak beli memahal ni, boleh, tapi Hakim kalau main 3-4 hari,paling kuat 2 minggu aje tahan. Lepas tu entah dia campak kat mana sebab dah boring. Lama lepas tu baru cari pulak. Kadang2 tak carik pun!

!Lepas Cik Abang ambik kami dari mega mall, kami terus bertolak ke rumah kak dith dan abe ikelah. Terimakaseh kak dan abe kerana menjemput kami ke sana. Mee calong tu memanglah sedap. Tak kurang sedap jugak bubur beras tu. First time makan! Kena pulak perut yang belum diisi sejak pagi tadi ,mana tak laju kami makan. Cik Abang kata, malu aje kami makan banyak! Hakim masa tu pun dah berubah perangai. Asyik menjelir aje lidah sebab makan lambat! Ingat masa kat megamall tu nak beli roti, dah dok lama sangat pusing cari toys, tak sempatlaa....habis beli barang aje, Cik Abang dah call suruh cepat sebab dia dah tunggu dekat 20 mins.

Kat rumah para Drs tu, kami bertemu dengan OK dan KKL. Seronok dapat berjumpa. Moga dapat jumpa lagi di Kerteh ya. OK, KKL dan dith serta ikelah jemputlah ke rumah kami pulak...(jangan lupa resepi mi calong tu jugak ye, kalau ada!)






Ni gambar dith dan ikelah masa berkunjung ke rumah kami masa raya lepas. Semalam masa kat rumah mereka, tak terambik pulak gambar. Sedap sangat makan, sampai lupa semuanya...he...he...







Pagi tadi pulak, daripada nak start menyulam pepagi, rancangan tergendala sebab menengokkan longkang kat belakang rumah tu tersumbat. Makanya dok membersihkan longkanglah. Beruskan, cloroxkan, sentalkan all the lumut kat longkang belakang rumah tu. Lepas tu bersihkan ceiling yang dah macam nak jadi gua tu!. Nasib baik Bibik dan Along tolong. Or else patah pinggang! Dah tengahari baru dapat menyulam. Siaplah dekat 2 pasang telekong! Lega.....








Ha...ni gambar mesin2 kesayangan maklang. Dua yang boleh sulam pakai diskette dan yang satu lagi tu boleh sulam biasa aje...

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Friday, January 12, 2007

Jalan2 naik roller coaster.

Salam....

Kedinginan di pagi hari ni memang sedap. Bangun aje dari tidur terus cari PC. Malam tadi beradu awal sebab badan tak sedap. Dah 2-3 hari macam ni. Mungkin sebab tengah 'cuti' ni. Entah apa jadi kat anak2 tak tahulaa. Nasib baik, Cik Abang yang uruskan. Sulam telekong pun entah kemana.



Semalam memang sronok pergi ke site. Lama dah tak kerja luar. Biasa2nya gi meeting aje. Since this is a start of a new project, maka terpaksalah keluar. Padahal ni buka kerja maklang pun. Adalah satu insan (project manager/engineer) tu yang memang suka pass kerja kat orang. Suka2 bagi e-mal fya* dan fyi* I. Dia entah buat apa tak tahulah pulak!


Anyway, the trip was 'menyeronokkan'. Maklang pergi dengan sorang Geotechnical Engineer and sorang Civil Engineer. Kita yang bukan ahli dalam bidang kajibumi ni, kita main ikut ajelah. Tempat yang kami pergi tu nak buat plant baru. Dekat2 dengan tempat jual lemang kat Kemam@n tu. Seronok bukan sebab apa. Seronok sebab masa nak gi kat keliling kawasan plant ru kena lalu kat kawasan yang belum rata. Naik Ford ranger. Macam naik roller coaster lak. Cross parit, longkang dan naik jalan2 ynag steep. Maklumlah tak biasa adventure cam ni. Kalau biasa pergi site zaman muda2 dulu tu kat kawasan perumahan atau loji2 minyak yang dah tak sekosong ni lah.


Masa orang sibuk tengok keadaan tanah, kita yang tak tahu benda pasal tanah ni ikut tengok jelaa..tengok kosong. Orang ambik gambar structure tanah, kita ambik gambar pemandangan. Orang ambik gambar borehole, maklang ambik gambar pokok periuk kera. Baaanyak sangat pokok periuk kera ni. Kecik2 and merata2. Tumbuh kat tunggul2 batu dan tumbuh melata. Seronok jugak tengok pokok2 hutan. Allah is really great!. Indah suasana. ...


Bila dah balik opis, cerita kat Boss yang maklang gi naik roller coaster kat plant, member senyum jelaa dan yang pasti kami berdua yang akan sibuk bila project ni mula nak take-off....

* fyi - for yr info
* fya - for yr action

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Wednesday, January 10, 2007

Suka

Assalamualaikum....


Sedap betul rasa....dengan angin sejuk sepoi bahasa, mendinginkan....Hujan pulak dah turun dengan lebatnya tu. Hari ni hujan renyai dari pagi. Matahari menampakkan diri cuma sekejap aja. Lepas lunch tadi, cuaca mulai gelap semula. Petang tadi masa nak balik hujan turun dengan lebatnya. Ingatkan sure basah kuyup nak lari dari pintu office ke kereta. Alhamdulillah, bila sampai ke bawah, hujan dah reda. Sempatlah nak beli roti kat kedai dekat dengan opis. Kalau tak beli kang merajuk pulak orang kat rumah yang pesan suruh beli roti. Merajuuuuuuk je kerja. Perut tengah lapar, kalau tak di tunaikan permintaan memanglah merajuk...ha..ha...siapalah agaknya yang kuat merajuk tu....



Sekarang both my machines are working very hard. Telinga ni macam sedap sangat dengar mesin ni menjahit. Macam lagu gitu. Bila tengok end product lagilah terhibur. Tulah...macam2 cara nak menghiburkan diri.


Kalau maklang suka menjahit dan memasak.

Kalau Cik Abang suka membaca dan suka tengok iklan tanah. Cik Abang ni memang minat sangat dengan tanah. Tak boleh ada iklan menarik kat paper, mesti nak buat search kat PTG kat Kemaman tu. Kalau maklang minat nak beli tanah kat dalam beg je, untuk nak tanam pokok!

Kalau Along suka menyumbat telinga!( MP3laaa...sampai masuk dalam telekong! Satu hari tu, dia solat dia sangkut MP3 kat leher. Bila bukak telekong adek2 kata.." Eh...Along sembahyang sambil dengar lagu kat MP3 ke???' Bengang Along!)









Ni tengah lengoh kot leher sebab asyik sangkut MP3 aje...





Kalau Angah suka menonton dan makan.(Habis segala nama penyanyi pelakon dia ingat!. Macam Pipalah, suka BPBM tu, tapi sekarang kena ke tabilas waktu tu, tak adalah lagi BPBM)







Kalau Maya.....Maya suka apa pun maklang tak tahu...Maya suka belajar!

Kalau Hakim....Hakim suka merajuk.....Tak nak kawan! Bluek!!!! Tu aje kerja si bujang. Entah ikut sapelah tu. Lepas tu kalau suara Abah kuat sikit, Hakim pun berderai, ikut bapa sedara dia....ha...ha...ha...



Ni budak yang kuat merajuk tu....Muka pun macam boring aje...










Masih seronok merasa kedinginan angin sepoi2 dari tingkap bilik study ni.....



Wassalam...



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Monday, January 08, 2007

BORANG...BORANG...BOSAN

Assalamualaikum.....


Ni baru dapat nak pegang PC. Anak2 semua dah masuk tidor. Tadi kerja sekolah Angah dan Maya dalam pukul 9 lebih sikit dah selesai. Angah ada resolution baru tahun ni, tak nak tipu2 pasal homework. Homework mesti tiap hari disiapkan. Agaknya dia malu sebab baru ni dia turun kelas. Alhamdulillah Maya naik class and Along maintain aje.

Cik Abang pun dah lama belayar. Tadi lepas maghrib dia dah tidur. Tak berapa sihatlah tu, plus penat agaknya. Semalam masa nak hantar dia ke airport pepagi tu, dia kena hujan. Cik Abang kalau kena hujan memang cepat sangat kena pening kepala. Tadi pagi sebenarnya dia dah bersiap nak ke offshore, tapi dalam 9 lebih pg tadi dapat berita yang all fights to the platform yang dia jaga tu has been cancelled due to the strong wind dan gelora laut tu. Risau betul bila dia kata nak ke laut! Kat sini pun hujan sekejap turun, then berenti, then turun lagi. At this moment hujan baru berenti. Cuaca mendung aje. Kenkadang terasa macam kat US dulu masa fall....


Maklang pulak, bila semua dah tidor, baru lega nak buat kerja sendiri. Selagi tak settle kerja sekolah mereka, maklang tak boleh nak buat kerja sendiri dengan aman. Tapi tadi pun dah on kan mesin sulam yang dua tu. Ni sambil menaip, mesin tu dok menyulamlah. Satu telekong dan satu tudung. Without the kids mengacau, I feel more relaxed. Menyulam ni pun kena concentrate. Kalau tak, ada aje benanglah salah, bunga lah salah etc.


Tadi sebelum Along masuk tidor, dia dah tinggalkan borang dekat 4 muka nak kena fill in.

'Mak , ni borang cikgu suruh isi. Dhirah dah fill in satu borang tu. Yang lain Dhirah tak tau'


Terpaksalah maklang pi cari no.-no. surat beranak ni semua. Tak tahulah. Tiap2 awal tahun mesti ada borang2 untuk nak diisi. Semuanya yang sama macam yang tahun2 dulu. Tak ada bezanya. Nama bapa, ibu, alamat, gaji, pekerjaan dan entah apa2 lagi. Ni dah borang yang ke 3 maklang isi, with the same info. Kalau Along punya je tak pelah sebab dia sorang aje kat sekolah menengah, tapi Maya dengan Angah kan di sekolah yang sama. Kena jugak isi. (Terpaksa berenti sat...sibujang melalak, dia kata Angah dia 'buat' dia. Yang bebenornya dia nak tidur dengan mak dialah tu. Nasib baik dapat pujuk. Urut2 dengan minyak kat tempat Angah 'buat' dia tu and suruh dia tidur dengan kakak2 dia)


Kan ke baik kalau biodata murid ni Cikgu2 boleh masukkan dalam PC dan borang tu cuma akan perlu diisi sekiranya ada penambahan dalam keluarga selepas bulan January tahun yang sebelumnya. Tapi biodata anak2 ni kalau di minta, maklang rasa Ok lagi. Yang buat tak syok tu, bila gaji kita pun nak diberitahu dan slip gaji yang telah disahkan oleh ketua kg or JKK perlu disertakan. Malu pulak nak pi mintak orang sahkan gaji kita. Gaji kan ke sulit dan konfidential. Mana boleh beritahu orang! Yang tak bestnya kat banadar kecik2 ni, cikgu tu punya husband ada yang satu opis dengan maklang. Dan kalau cikgu tu tahu income kita, dia beritahu kat husband dia, rasa tak syok pulaklaa...Tak tahulah kalau kat sekolah lain pun buat macam tu. Tapi setahu maklang sekolah2 yang ada kat sini kebanyakkannya memang macam tu. Kalau misalnya Cikgu nak maklumat gaji untuk beri bantuan buku teks ke or makanan, its OKlah kalau diminta. Tapi bagi yang rasa2 dia tak mahu bantuan, then tak perlulah nak mintak slip gaji semuanya. Entahlah. Kenkadang bosan jugak dibuatnya....


Tapi malam ni, I tak bosan dah. Sebabnya, mesin I tengah kerja kuat untuk nak menjahit tudung2 dan telekong kesayangan maklang. Seronok menjahit ni...especially kalau menjahit dengan perasaan sayang atas apa yang kita jahit....


Oklah...saje nak luah perasaan....


Wassalam....







Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Sunday, January 07, 2007

Cerita masa wiken

Assalamualaikum....

Ni baru aje balik dari hantar Cik Abang gi airport. Dia kena pergi offshore pulak sampai hari Selasa ni. Risau betul maklang. Dah lah hujan lebat, laut bergelora. Minta2 semuanya selamatlah hendaknya. Sebenarnya dia pun rasa malas betul nak gi offshore kali ni. The last time dia pergi was about 8 months ago. Masa tu dia pergi lebih kurang 2 minggu. Puas nak tunggu dia balik...



Hari ni dah mula kerja. Ni pun tunggu bebudak siap. Kejap lagi nak gi hantar ke sekolah. Bila Cik Abang tak ada, maklang kenalah bekejar pulak nak hantar Along dan Angah ke sekolah. Lepas tu terus gi opis. Dah mintak Bibik masak sup ayam je hari ni.



Hari Jumaat lepas, pergi jugak ke pasar tani. Pergi lewat sebab ingatkan tak ada ikan. Rupa2nya banyak ikan fresh kata orang yang jual tu. Masa maklang pergi tu dah tak ada . Dah habis! Rugi betul. So, cuma beli ikan sikit dan ayam. Lepas tu cari bahan unutk nak buat Laksa Nyonya. Ok je lah. Tak sedap macam yang beli. Cik Abang kata memang "Nyonyaiiii" . Tapi maklang rasa tak sedap mana pun. Tapi selamat lah seperiuk vision 5 liter kuah tu. Alhamdulillah...


Malam tu Maklong (kakak Cik Abang) datang sefamili. Mereka nak hantar anak sulong ke Dungun. Dia belajar kat sana. Lepas maghrib tu , maklang sempat gi register untuk Along dan Angah tuition. Cik Abang masa tu belum balik dari Kemaman, dia pergi beli kotak2 plastik yang besar tu, nak buat storage meinan Hakim yang melambak2 tu!. Maklong and famili tiba lebih kurang pukul 8:00malam.

Pukul 8:30pm, kami pergi makan ikan bakar kat Kuala Kerteh tu. Memula panic gak sebab ingatkan semua kedai tutup sebab hari Jumaat plus musim hujan pulak. Nasib baik tempat yang kami pernah pergi makan tu bukak. Kalau tak kena pulak cari tempat kat Paka. Kalau kita2 anak beranak, tak pelah. Ni dengan Maklong and family dan jugak pasangan pengantin baru, Mak de and Pak De pulak tu. Mereka sampai lambat dari we all. Servis kat kedai tu punyalah lambat. Memula dia hantar ikan baghat (ikan kepala besar –rupa buruk, tapi sedap), about 40 mins after the order. Apalagi, letak aje ikan kat atas meja tu, sekelip mata habis dah. Tak sempat nak hidangkan nasi. Bila nasi tiba, lauk habis dah. Lepas tu slow, barulah telor dadar tiba, kangkung tiba, sambal ketam dan udang dan sotong celup tepung tiba. Bila tengok2 macam tak cukup aje, orderlah lagi. Ingatkan tak cukup rupanya melebihi pulak. Puas Pak long, Pak De dan Maklong meratah ikan bakar lagi 2 ekor. Rata2 the food was OKlah. Then we headed to rumah mak de. Sekejap aje kat situ. Tapi sekejap pun, si Hakim sempat menyimpan deposit! Kekenyangan lah tu.



Malam tu tidur lewat, Cik Abang entah pukul berapa tidur. Dia dok copykan gambar kawin makde ke CD. Maklang awal lagi dah belayar!



Hari sabtu pagi kami ( maklang, cik abang dan along) ke Dungun. Beli buku sekolah Along, mana2 yang tak cukup dan pergi ke Mydin. Orang sikit punya ramai, sampai tak tahu nak shop apa. Last2 ambik2 buku tulis, white board (untuk nak tulis pesan for Bibik sebab dia kerap lupa my instructions), beli sikit towel untuk nak buatkan kain lap tangan dan entah apa lagi. It was raining quite heavily.


On the way balik call tempat Spa tu. Tak jadi mengurut sebab tukang urut cannot make it. So, kena buat janji maybe 3 weeks lagi. Sebab next 2 weeks dah ada kerja/ plan yang menanti. Tiba rumah,lepas lunch, kerja mengemas study room pun di mulakan….Sampai ke maghrib masih lagi mengemas.


Kiranya banyak jugak accomplish kerja2 yang diplan. Antaranya:

1. siap dah 2 helai tudung Kak Ha. Tinggal nak bersihkan dan letak batu
2. Dah siap kemas bilik study
3. Dah mula sambung sulam untuk telekong….



Tadi tengahari, cik abang call kata dia tak jadi pergi. Ujan lebat sangat and angin kencang!. Hooray….malam ni tidur berteman lah lagi!!!!


(N3 ni sebenarnya di type dalam 2 phase. Yang awal tu masa pukul 6:50 pg lepas antar Cik Abang, dan yang bawah2 tu, type waktu ptg2 hari ni...)









Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Friday, January 05, 2007

Outstanding housework

Assalamualaikum.

Selamat berpagi Jumaat. Maklang hari ni tak kerja. Dah lama rasanya kami dapat duduk rumah bila hari Jumaat. The last 2-3 Jumaats we were in KL. Letih rasanya asyik tak duduk rumah.

Alhamdulillah dapat jugak berwiken di rumah. Ni pun lepas Subuh tadi dah mula nak jahit manik. Ingatkan nak rest rest this wiken, tapi as usual, tak reti lak nak duduk je tengok TV tanpa pegang apa2. In fact malam tadi dah tengok x stitch semula. Bila lah nak habiskan gambar bear tu untuk anak kawan. Baby dia pun dah 4-5 bulan agaknya. Busy ya amat. Ingatkan malas aje nak ke pasar, tapi rasanya kejap lagi pergi kot. Nak cari ikan kalau ada. Tapi rasanya memang ikan kotak lah sebab cuaca 2-3 hari ni tak elok. Kat rumah ni pun dah tak ada ikan. Ikan kering and ikan bilis adalah. Kalau tiap hari makan ayam, tak larat jugak. Sayuran nanti besok beli kat supermarket. Murah sikit.


Tengahari ni dah plan nak mula jahit tudung yang Kak Ha tempah tu. Satu pun belum berjahit. Kena start. Malam tadi pulak, Kak Nab, kakak yang jual mesin sulam tu beritahu yang ada 6 lagi orang tempah telekong. Ni betul pengsan kang nak menjahit. So in total maklang ada about 13.5 more to sulam. Sehelai yang tengah jahit manik tu tinggal 4 bunga lagi nak siap sulam dia. Hopefully hari ni bolehlah siap sikit. Kalau dah lama berenti ni, liat sikit nak mula.

I still have the following things to complete:

1. Dua helai sarung bantal x stitch (ni dah 80% complete)
2. 3 helai baju kurung tabilas Maya - 3 dah siap. Boleh pakai untuk pagi dan ptg.
3. 3 helai baju kurung tabilas Angah - baju last year ada, tapi tengok dah pendek!
4. 1 helai baju sekolah Dhirah...dah jahit sekerat, tapi lengan dia pulak entah kat mana. nanti nak kena selongkar kat bakul kain tu!
5. 13.5 helai telekong yang belum di usik lagi. Ni kena cepat ni, its piling! Ada tak sesapa nak tolong jahitkan manik?
6. Nak kena kemas study room yang dah macam kapal nak belayar tu.
7. Nak kena kemas ruang tengok TV yang baru buat tu (tak sabar nak tunggu complete - sekarang tengah tunggu pasang cermin!)


Entah bilalah dapat siap. Kena buat schedule nih....


Tak sabar nak gi berurut dan mandi rempah besok, InsyaAllah....




Selamat berwiken...


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Wednesday, January 03, 2007

First day of sekolah

Assalamualaikum.....


Sebenarnya mata dah mengantuk. Pelih dah. Tapi nak jugak buat entry ni. Tak ada apa cerita cuma biasa2 aje.


Hari ni baru start kerja. Semalam cuti sebab hantar anak2 ke sekolah. Cik Abang hantar ALong dan Angah setiap pagi sebab kakak yang biasa hantar mereka ke sekolah dah tak nak hantar lagi. Mulanya terasa susah jugak sebab terkejar2, tapi InsyaAllah Ok. Cuma pagi je kena hantar , tengahari Angah balik naik bas sekolah.Along pulak kenkadang balik pukul 2 lebih, dia tumpanglah kawan dia. Tapi semalam dia beritahu , ikut kurikulum baru ni, tiap hari balik dalam pukul 4:30 atau 5:00 ptg. Jadinya Cik Abang lah yang ambik dia since sekolah dia is just across the road from Cik Abang's office. Oklah tu. Cuma bila Cik Abang kena gi offshore or outstation mungkin kelam kabut sikitlah. Office maklang is on the other side of town tapi tu pun less than 8km away.


Pagi semalam, about 8:20am tu dah bawak Hakim dan Maya ke sekolah. Terus register Maya dan Angah sekali untuk tabilas kat Masjid TM tu.Last yer pun sekolah kat situ. So far Alhamdulillah....insyaAllah jadi insan yang berguna. Then gi ke sekolah Hakim. Cikgu dia, cikgu yang sama macam tahun lepas. Bila kawan dia jumpa Hakim, terus aje dia cubit pipi Hakim, geram dan rindu agaknya sebab lama tak jumpa. Then, maklang gi beli baju sekolah Hakim. Nasib baik ada size. Baju yang tahun lepas dah pendek sangat. Kalau angkat tangan mesti baju tu terkeluar bila di tugged-in to the seluar. Pinggang seluar pulak ketatnya ya amat. Lepas tu, maklang ronda pergi ke kedai baju kawan maklang . Ingatkan nak jumpa dia, rupa2nya dia dah admitted kat spital nak kena Caeser. Alhamdulillah dah dapat pun anak perempuan sorang lagi. 2 pompuan dan 3 lelaki. Syukur.


Petang semalam pun antar Angah dan Hakim ke Tabilas. Then ke bank. Siap semuanya, maklang balik ke rumah. Dok relax2. Sambil ronda2 blogland. Memang best. Then sambung jahit tudung sekolah Angah. Malam pulak dapat siapkan samping sekolah Hakim lagi 2 lai. Lega....baju2 sekolah dah siap semuanya. Angah 2 pasang, Maya 3 pasang, Along 3 pasang dan Hakim 3 pasang. Ingatkan nak potong lagi 3 helai baju putih untuk Maya sebab baju2 lama dia dah tak muat. Baju kurung SKRP angah pun kena buat jugak.Pendek sangat. Baju tabilas Angah pulak dah kuning2 sebab asyik kena rendam dengan clorox!


Bila Cik Abang balik petang tu, I told him about how good it is to stay at home. Boleh buat apa2 sesuka hati. Taklah terkejar ke sana ke mari. Dia suruh ambik cuti 1 minggu. Rehat kat rumah. Tapi sayang pulak nak utilize cuti. So, today pergilah ke office. Ingatkan nak set a site visit for tomorrow. Orang2 KL pulak cannot make it. Postpone to next week.


Petang tadi, I spend some money on myself. Lama nya tak gi facial ni. Lebih 6 bulan agaknya. Sedap jugak bila di urut2 ni. Leka dan ngantok jadinya. Lepas tu maklang gunting rambut pulak. Kedai facial ni belongs to a friend. Lama dah dia ajak maklang gi ke kedai dia, tapi baru today dapat indulge myself....lepas tu dah booking this Saturday untuk urut tradisional dan mandi rempah. Mintak2 can mare it sebab anak sedar Cik Abang with her family nak datang sini, InsyaAllh...


Good nite!

Wassalam....................

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Monday, January 01, 2007

Kisah Wan lagi

Kami baru aje tiba dari KL pukul 6:30ptg tadi. Kali ini cuti kami banyak dihabiskan dengan melawat Wan di hospital. Pagi petang, dan malam kami akan pergi melawat Wan. Alhamdulillah Wan dah bertambah sihat dari hari ke hari.


Hari Khamis lepas, kami tiba di PJ lebihkurang pukul 2:30 ptg. Lepas makan tengahari, kami berehat sebentar. Alang kata masa melawat cuma dari 5-8 malam. Jadinya taklah tergesa2 sangat. Lebihkurang pukul 4 ptg, Atok balik ke rumah Alang dengan Tok Busu Zainal ,adek Atok , with his wife dan Tok Busu Din abang Wan. Bibik goreng keropok lekor yang kami beli kat Chendor tu dan hidang jugak buah jambu dengan kuah rojak petis yang maklang ada bagi kat Alang entah berapa bulan yang lepas.


Petang tu kami pergi tengok Wan. Sedih tengok Wan. Masih guna oxigen dan ada untuk nak drain out the liquid from the perut. Tangan Wan pulak ada drip. Sedih tengok dia. Tapi Alang kata she looked much better than the day before. Malam tu Dhirah yang teman Wan kat hospital. Dia ingatkan ada connection kat situ sebab Uncle Jai ada account dengan UH. Tapi nasib malang , dia tak dapat connection. Sian dia. Tapi Wan kata bagus dia tunggu Wan, esp bila Wan batok dan nak buang kahak tu...Dah boleh harap dia.


Hari Jumaat tu pepagi lepas maklang dah masak untutk breakfast dan makan tengahari, maklang terus ke UH untuk nak tengok Wan. Ganti pulak tugasan dengan Dhirah. Pagi sampai pukul 4:00pg, maklang jaga Wan. Sambil2 tunggu Wan tu sempatlah siap 2 helai sembat baju Wan. Siap jugak baju2 sekolah bebudak.Tengahari tu Wan dapat tukar ke bilik seorang. Lega sikit. Kalau tak tu, bila cucu Wan datang, riuh, takut pulak mengganggu orang2 lain.


Hari Sabtu pagi tu Cik Abang dan Atok pergi shopping barang2 dapur untuk Raya. So, dalam pukul 11 pagi tu dah mula nak merendang. Tak banyak cuma 5 kilo aje. Sambil2 tu goreng ayam untu nak masak serai. Mintak tolong Bibik Alang isikan beras untuk nak buat nasi impit. Pukul 2 ptg tu maklang ke hospital ganti Aunty Leen yang dah menunggu Wan kat hospital dari pagi. Pagi tu saluran untuk buang air kecil tu dah di cabut. Drip dan drain tu masih ada lagi. Wan pun dah boleh bangun hari tu. Bila nak buang air kecik, Wan dah boleh gi tandas. Wan pun dah boleh buang air besar, which was a good sign. Sebab it shows that the bowel now is already working. Alhamdulillah...


Hari Ahad tu, macam biasa sibuk pepagi Raya. Lepas siap masak, kami terus ke rumah sepupu maklang, nak tumpang mandi sebab tak ada air. Pepagi Raya ni ada pulak paip bocor. Nasib baik maklang sempat mandi. Cuma Hakim, Tylee, Ucop dan Lan aje tak sempat. Along and Angah tidur kat hospital. Alang dah bawakkan baju kehospital pagi tu, masa nak bersihkan Wan pagi tu. Wan kata both ladies in waiting were good kata Wan. Walaupun at first Wan tak confident yang cucu 2 orang tu can take good care of her. HAri Raya tu, Wan dah bertambah kuat. Dah boleh jalan sendiri ke tandas, tanpa di papah tangan dia. Tapi dia masih pegang besi tempat gantung drip dia. Malam tu, Along dan Alang pulak yang tunggu. Bebudak ni dia enjoy nak tunggu Wan sebab lepas tu aja, Abah dia belanja kat delifrance kat bawah tu....mana tak seronok...

Alhamdulillah, hari Ahad tu Wan pun dah mula makan bubur. Bibik buatkan bubur ayam. Bukan Wan aje yang seronok makan, cucu pun seronok makan bubur tu...


Pagi tadi, lepas siap2 kemas, buat breakfast which mainly consist of leftovers from semalam, kami pergi ke UH untuk nak jumpa Wan before we left for Kerteh. Busu pun balik jugak. Alhamdulillah drain Wan dah dicabut.


Masa kami nak balik tu, Wan sedih jugak. Tapi InsyaAllah Wan akan pulih. Kami pun dah pinjam maid dari sepupu untuk sementara, untuk nak jaga Wan. InsyaAllah seminggu dua ni, maid baru untuk Wan akan tiba...Moga semuanya baiklah hendaknya.


Selamat Tahun Baru...Moga2 amalan kita lebih baik pada tahun ini, InsyaAllah...



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....