Dari Teratak Maklang ~ 2007

Monday, October 30, 2006

Back to Kerteh....

Kami tiba dari JB semalam lebihkurang 6:40pm after a few stops kat Kg. Bertemu Jodoh, then kat Labis sebab Angah nak beli sticker (kalau tak moncong sekaki), then singgah kat Kuantan jumpa Datok dan last sekali singgah kat Nirwana beli ayam dan sayuran since kat fridge dah tak ada sayur lagi.


Macam biasa, saat perpisahan ni memang sedih aje. Alang mula dulu, merah mata dan bila tengok Alang macam tu, maklang pun rasa sebak sangat, then Wan pulak yang sedih. Memang setiap kali bila dah cuti panjang2 ni, dah raya, makan, masak, gurau, tengok DVD kat bilik Busu sampai larut2 malam sambil kuk kik kuk kik (gurau2 and usik2 and kutuk2), shopping sakan sama2, bila nak berpisah tu sedih sangat rasa. Maklang memang rapat sangat dengan adek2 maklang yang dua orang ni. Mereka pun rapat dengan anak2 maklang, begitu jugak anak2 mereka dengan maklang dan Cik Abang.Cuma dengan adek yang no. 2 kami agak distance sebab dia membesar di asrama, jadi kami tak berapa mesra. Tak boleh gurau kasar dengan dia, sensitip sikit.


Perjalanan balik ke Kerteh memang meletihkan. Anak2 at first as usual memekak aje. Ada yang menyanyi tak berenti ( si Hakim), ada yang membebel aje (angah le tu). Maya and Along biasanya diam aje. Asyik suruh orang lain diam aje. Pening jugaklah kepala dengan bising dia orang ni. Tu yang kadang2 rasa nak letak screen aje yang boleh pisah depan dengan belakang. Tapi tak lama budak2 tu bising, sat aje lepas tu semuanya lelap. Ngantok agaknya sebab kena bangun awal. Kami bertolak dari JB pukul 9:15 am.


Pukul 10:30 kami talipon Pak Chu dan kebetulan Pak Chu ada kat rumah mentua dia. Kami singgah kat situ dalam 1 jam. Pak Chu nampak slim sekarang, tambah hemsem....
Mak Chu macam biasanya aje. Pak Chu kata baby Bree kecik compared to Baby Dilla anak Pak Teh.

Lepas dari situ kami berenti di Labis. Angah nak beli sticker. Dia kata nak jual kat kengkawan dia. Mula2 ingatkan malas nak berenti sebab dah lewat. Tapi bila tengok Angah dah lain macam, terus aje berenti. 10 mins je kot, then kami meneruskan perjalanan ke Kuantan. Tiba pukol 3:00pm. Maklong served tom yam sea food, sambal bilis bercili api ( we call it sambal Gila sebab dia pedas 'gila') dengan ikan goreng. Berselera kami makan sebab dah berapa hari dok pekena daging dan ayam dan bila dapat lauk2 asam macam ni memang sedap...TQ maklong.


We reached Kerteh about 6:40pm. Angkat barang yang perlu dan maklang terus sinsing lengan nak siang ayam dan goreng dengan rempah kormak. Sambil2 tu goreng terong bercili. Letih badan. Tapi lega sebab perjalanan kami selamat semuanya.


Hari ni masih letih. Alhamdulillah dapat jugak kami berpuasa hari ni. Ni tengah tunggu mesin sulam tudung tu. Ada satu lagi tempahan untuk nak completekan before end of the week. Petang tadi, before maklang tiba rumah dari office, Cik Abang dah call suruh cepat sebab ada tetamu -jiran depan rumah- dah datang beraya...Nasib baik masa balik tengahari tadi dah masuk2 kan kueh dalam bekas. Masa tiba tadi, Bibik pun dah buatkan air....


Sat lagi lelaplah ni....Good nite dan Assalamualaikum....



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Saturday, October 28, 2006

4th and 5th Raya

Kalau bercuti ni cepat aje nak tamat. Diam tak diam since kami balik dari Kuantan, ni dah hari yang ke 9 kami diJB. Anak2 semuanya merungut kenapa nak balik cepat sangat. Tak puas lagi duduk rumah Wan. Kalau mereka dah periksa akhir tahun memang maklang sambung aje cuti ni. Tapi apa nak buat, kena balik jugak besok pagi. Tu pun dah ponteng sehari. Sepatutnya Ahad dah sekolah, tapi ponteng sebab takut jam satu, satu lagi panjanglah sikit. Maklang pun cuti cuma 1 hari aje, Ahad ni. Last week, minggu raya tu company dah declare cuti free. The 3 days untuk Deepavali and Raya dan 2 hari lagi dia declare cuti. Selamat cuti den. Bolehlah pikir nak jenjalan jauh sikit kalau dapat simpan cuti ni. Rasanya after tomorrow I still have like 9 days more of cuti.


Dah hari ke 4 dan 5 Raya ni, perut macam boncit semacam. Asyik minum air aje. Berbunyi2 perut ni ngan air. Kenkadang rasa macam budak2 tu. Berkocak2 air dalam perut. Semalam lepas makan thosei tu, maklang pergi ke rumah sepupu di BB. Bila pergi BB ni, nampaklah rumah tempat maklang dibesarkan. Tinggal kat BB dari baby sampai umur 16 tahun, lepas tu Wan pindah kat TST. Rumah kat BB tu, Wan sewakan. Lain benar dah BB ni, tak macam kg dulu. Banyak betul kereta, maklumlah laluan nak ke Permas Jaya. Tengok pun tak best dah. Memang hilang betul suasana kg dia. Tak lama lagi banyak kawasan nak diambil oleh kerajaan. Nak dibuat hiway rasanya. Hilang langsunglah kg tu. Rumah2 flat pun dah banyak didirikan kat belakang kg tu. Maklang ceritalah kat anak2 yang masa kecik2 dulu, maklang suka main air sungai tu bila air pasang. Tangkap ikan dan sebgainya. Memang seronok kecik2 dulu.



Balik dari rumah sepupu tu, kami balik ke rumah Wan dan Atok. Ingatkan nak pergi ke rumah mertua Alang tapi tak jadi. Sepupu maklang call suruh gi makan kat rumah dia. Dia ni anak pada kakak mak. She is 2 years younger dari maklang. Anak dia 6 orang. Baik orangnya. Sedap jugak masakannya. Ada dalca, nasi minyak, ayam masak serai ( yang dah berbelas kali tanya macamana nak buat everytime come Raya. Tapi tak jadi! I told her, agaknya tak de pengeras kot. In fact last year Raya, siap demonstrate how to cook it! Agaknya ayam yang dia potong tu besar2 sangat!)Dia jugak ada masak nasi putih, lauk ikan masak cili padi dan sayur kacang.


Balik dari situ, singgah kat EuroModa. Beli kain sebab baju yang maklang tetas tu, lengan dia kecik sangat. Then Alang belanja sepasang kain lagi.... Thank you so much Alang! Cik Abang turunkan kami kat depan kedai tu before dia bawak anak2 balik. Then maklang dan Alang balik naik taxi. Malam tu, perut meragam lagi. Badan seram sejuk. Rasa macam kena food poisoning!. Sapu minyak kat perut, pakai setokin dan selimut ngan comforter. Baru lega sikit. Alhamdulillah hari ni OK sikit!


5th Day Raya

The best thing that has happened today was when Atok CB came. With Wan Countess dan anak mereka. Maklang was so glad that they could find a time to visit us here, kat rumah Atok dan Wan ni. Alhamdulillah. I prepared some meehoon goreng dan rojak buah. Countess is so nice and friendly. Tak sangka pulak, dah pangkat 'Countess' ni, boleh pulak kawan dengan kami rakyat jelata...he...he... Thanks again Count. I wish I could upload the photos here. Tapi masih belum ambik dari camera lagi.


Petang tu, kami when to S3F, kedai bunga tu. Dah lama maklang beritahu Cik Abang yang maklang nak tukar bunga kat rumah tu. Cik Abang kata Ok. So, tu yang pi beli tu. Tapi nak sumbat kat mana agaknya kat kereta yang dah sarat tu....


Balik dari situ, kami keluar ke Metro kat rumah Wan ni. Alang sibuk nak cari handbag. Tapi as usual, Alang kalau pilih barang2 berjam2, tapi last2 tak jadi. Buat lengoh kaki aje...


Lepas solat ISyak tadi, maklang dah start packing baju. Kalau tak buat malam ni sure besok pagi kelam kabut. Besok ingatkan nak balik at 8:00am. Tapi sampai le ni, anak2 tak tidur lagi. Besok sure payah nak bangun....


Good nite everyone! Assalamualaikum...




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Friday, October 27, 2006

Cerita 2nd and 3rd Raya

2nd and 3rd Raya


2nd day Raya lepas, my old-old friend masa Uni days came. Kiranya masa dolu2 tu he was one of my favourite ‘Abang’lah kat sana. He is 2 years older than I am. I am quite sure he will be reading this sebab masa dapat contact dia semula about 1-2 months back, I told him about this blog. Seronok jumpa semula. Dia masih hemsem macam dulu and kelakar macam dulu. Teringat zaman memuda dulu. Sometimes rasa macam nak relive semula waktu2 tu. He is a nice person and we used to berbual lelama on the phone. Tapi nak keluar dua-dua tak pernah kot. Maklang pun tak ingat. Masa kat Uni dulu, biasanya kalau nak keluar makan2 ni, kami selalu keluar ramai2. Kalau dua-dua tak bestlaa, lagipun kan ke kena ada chaperone (eh…betul ke spelling ni???). Masih ingat lagi when my housemates, yang semuanya kakak2, buatkan a surprise birthday party. I was only 19 then. I think that was the first time we actually met. Kiranya ‘ Abang’ ni dulu diminati oleh kakak2 tu semua kot!....HA…HA….tapi adek yang comei lote ni yang rapat dengan dia. Anyway, ‘Abang’ ni memang a nice personlaa…Tapi yang tak tahan tu, perasaan dia sampai ke tua ni tak ubah2….


Lepas dia dah grad dulu, dia kerja kat JB and everytime maklang balik ke JB, dia akan datang visit. We used to write letters to each other too. Masa tu rasa bestlaa…sebab maklang tak ada abang kan. Anak sulong!.Now dah almost 20 years since we left school and we dapat jumpa semula. He has already put on like 20kg ,mengembang macam dah telan 1 bag baking powder!, tapi masih hensem! (Kalau dia baca ni sure perasan). Anak dah 3. Semuanya perempuan. Isteri dia cantek, 3 years younger than I am. Nice person. Nama sama ngan maklang! Ni first time maklang met his family. Anak2 lawa2, ikut the handsome parents….Haaaa ni tak leh puji bebanyak. Kang perasan lagi kang!. Dia pun dah jadi boss besar. Well…Alhamdulillah everything is going on well for him and his family. Maklang jamu dia dengan ketupat , rendeng dan ayam masak serai yang masih berbaki from 1st day Raya tu.



Then came my aunty and family yang duduk kat KT tu. Hari Raya ke2 was a malas day for me. Perut tak sedap sangat. Alang kata mungkin akibat ubat hormone tu agaknya. Pening kepala jugak, tapi cuba tahan lah. Lepas Asar we left for my Busus house yang about 5 mins from rumah Wan ni. Satu Busu, adek Atok dan satu Busu Abang Wan. Rumah pun selang beberapa rumah aje from each other. Memula gi rumah adek Abah. Tiba pun dah dekat pukul 6:00, so masa tengah makan tu orang dah azan, so we headed back home to perform Maghrib prayers. Lepas Isyak baru kami ke rumah Busu Abang Mak. Makan lagi. Mee hoon putih pulak. Sedap jugaklaa. Lagipun muak asyik makan daging aje! Balik rumah about 10:00pm. Tak ada kerja malam tu, dok tetas lengan baju yang sempit tu. Frust betul, baju tu maklang suka, entah macam mana bila pakai lengan dia macam sarung nangka. Sambil2 tu tengok Desperate Housewives yang Busu 9 my youngest Bro) download dari PC dia. Jam 12:00 I went to sleep.

3rd Raya morning, disebabkan boring, maklang siap gunting 3 helai kain yang maklang baru beli tu. Lepas tu masakkan spaghetti sebab family Busu Abang mak nak datang. Ingatkan after Asar, rupanya lepas Isyak baru sampai. Petang semalam, Cik Abang bawak budak2 gi jenjalan entah kat mana pun tak tahu. Maklang tinggal kat rumah. Tak ada kerja, maklang pun jahitkan baju2 yang maklang dah gunting pagi tu. Siaplah 2 helai baju. Kain baru nak cantum. Ingatkan nak jahitkan manik kat lengan dengan leher dia. Tengoklah macamana. Lagipun kerja dah tak banyak lepas balik Raya ni. Tinggal jahitkan manik kat telekong sehelai dan ada kawan tempah tudung sehelai. Tu yang rasanya boleh nak menghias baju sendiri. Ni berangan lah ni.


Malam tadi, masa family Busu datang, spaghetti tu larislaa, Alhamdulillah. Kuah yang maklang buat seperiuk besar tu sebenarnya anak2 sendiri dah bedal. Nasib baik cukup!. Wan pulak buat lontong goring. Selamat semuanya. Alang pulak buat coklat cake yang tenggelam tengah tu ( dia tak ayak the baking powder and bikarbonat, that’s why tenggelam tu!) . Nasib baik kek tu, Ok gak…


After they left about 10:00pm gitu, maklang naik atas and solat. Cik Abang sapu minyak kat badan and terus tidur. Masih sakit perut lagi sampai ke ulu hati. Alang kata memang sah2 hormone pills tu. Effect dia macam orang pregnant. Tapi maklang memang TAK pregnant. Ni pun kepala macam senoneng semacam!


Oklah, enjoy your Raya. Maklang hari ni cadang nak gi makan thosei and then nak gi Raya rumah sepupu2, InsyaAllah…




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Tuesday, October 24, 2006

Cerita nak Raya dan Raya pertama

Assalamualaikum….

Selamat Hari Raya…. Maklang tak dapat tidurlah malam ni. Kekenyangan dok makan kacang tadi siang. Pening kepala, angin banyak! Anak2 3 dah gone seawal pukul 9:30pm. Angah tengah tengok TV dengan Atok. Cik Abang pun dah beradu sejak 10:15pm tadi. Apa nak buat memalam sensorang ni? So, takde2 kerja ni ingatkan nak gak menggunting baju. Tapi tersangkut pulak kat sini!


2 hari sebelum Raya lepas, tak aleh2 rasa nak beli kain pulak untuk Angah dan Along. Rasa macam sedih pulak tengok baju2 mereka tu. Pucat semacam. Tahun ni thema kami hijau. Cik Abang ngan Hakim sepasang baju Melayu warna hijau lumut. Maya hijau pucuk pisang. Maklang pun hijau lumut campur brown. Along dan Angah, Maklang dah jahitkan sepasang sorang baju colour crème, berbunga hijau. Tapi bila tengok pucat sangat pulak. Langsunglah kegatalan tiba, beritahu Cik Abang yang nak gi kedai, nak carikan bebudak 2 orang baju Raya. Cik Abang kata OK, dan dia pun hantarkan maklang, Alang dan Angah ke Euro Moda kat Jalan Wong Ah Fook tu. Kejap aje kat situ, langsung dapat aje baju Raya buat Along dan Angah. Dan seperti biasa, maklang tersangkut gak 2-3 helai… ( tu yang rasa nak gunting baju sendiri pulak tu…Seronok gunting masa orang tido ni!!). Balik dari kedai tu lebih kurang pukul 2:30pm, maklang pun capai gunting, tali tap e and pin, semat2 kain, gunting, jahit tepi dtan sambung baju2 tu. Pukul 5:00 pm , siap 2 helai baju kurung. Passkan kat Wan untuk nak jahit leher dia. Ikut maklang, memang malas nak jahit mata lalat ke, tulang belut ke, tapi Wan jahitkan jugak. Lepas selesai tu, maklang pin2 kan untuk nak jahit kain, tapi tak siapkan sebab nak kejar masak untuk berbuka. Nasib baik Alang nak buatkan mee Hailam and maklang cuma buat sambal bilis aje untuk nasi lemak. Bibik pun dah rebus telur dan masakkan nasi lemak. Alhamdulillah.


Malam tu, maklang sambung jahitkan kain tu. Just before 10 siaplah 2 helai kain baju kurung, tapi zipless, sebab tak ada Zip pulak. Lepas tu sambung pulak kat dapur nak coatkan Almond London dan hazel nut tu, Sambil2 tu Alang dan Aunty Leen buatkan kueh Lapis Holiday Inn. Malam tu tidur dekat pukul 1pagi. Alang dan Aunty leen tidur pukul 2 kot. Alhamdulillah Si tembam no.1 dan Busu pun tolong!!


Alhamdulillah, maklang dapat jugak puasa penutup Ramadhan. Ya Allah…letih betul hari tu. Maklumlah 1st day puasa after a long break! Penat jugak sebab merendang. Tu pun nasib baik, Atok dah tolong potongkan daging. Sambil merendang tu, gorengkan ayam untuk nak buat masak serai. Ayam 10 ekor dan daging 8kg plus 2 kali paru. Lama betul kali ni merendang. Tenggek kuali pukul 12:00pm. Tutup api pukul 6ptg. Tu pun belum fully kering!. Api dapur tu slow betul! Busu, Aunty Leen dan Alang dan Along, sibuk dok isi ketupat 250 bj!. Ada orang upah Busu buatkan ketupat dia sebanyak 150 bj! Tu pun sama jugak. 1 jam letak periuk atas api, air belum mendidih lagi. Last2 pukul 8 malam baru angkat ketupat tu. 6 jam atas dapur.

Tadi pagi,Maklang bangun pukul 4:30pg dek terbiasa bangun sahur! Start masakkan lodeh dan ayam serai. Aunty Leen dah pesan suruh kejut tapi maklang tak kejutkan pun sebab kesian dia penat seharian buat kerja rumah. Bibik bangun pukul 5:30pg dan tolong2 kat dapur. 7:30pagi, maklang dah siap2 nak mandi sebab naaaaaak sangat gi solat di surau sebab dah lama sangat tak dapat solat Raya. Asyik cuti aje bila nak Raya.


Lepas makan sikit, kami semua ke surau. Balik surau, sambung makaaaaaaaaaaaan….. Alhamdulillah semuanya sedap kata Atok. Maklang kalau maak bebanyak ni memang suspend sebab takut tak jadik!.

Ramai jugak tetamu yang datang. Semuanya anak2 buah Wan dan Atok. Tahun ni ada kelainan sikit sebab kami dapat ‘cabut’ beraya kat rumah makcik Abang yang terletak about 5 mins walk from rumah Wan ni. Lega sikit sebab guests arrived quite late, dalam pukul 2:00pm. Kami kat sana abot 40 mins aje. Tiba aje kat rumah, sedara yang datang tu nak balik dah. Rupa2nya Wan dah call banyak kali, tapi line tak thru.


Lepas, dia balik, cepat naik solat. Takut group yang lain pulak datang. Sampai dekat maghrib tadi sedara mara datang. Tapi nasib baik ada break masa Asar tadi. Lega jugak tahun ni sebab Bibik ada sama. Kalau tak by this time memang lah lembik!.


Yang kelakar tadi, Hakim masa pukul 10pg dah landing kat atas katil. Tanya kenapa landing cepat sangat? Dia kata,”Duit Hakim dah banyak. Tak payah nak jumpa orang dah nak salam nak duit”!. Macam2 jantan sorang nih….





Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Saturday, October 21, 2006

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...

Dah tinggal 2 hari lagi aje puasa. Maklang rasanya khatam tak puasa sampai Rayalah agaknya.. Tapi mana tahukan , kot2 diberi rezeki untuk menutup puasa pulak tahun ni. Untung2 kot2 dapat jugak sembahyang Raya. Nasib baik Wan bagi Maklang semula telekong yang maklang buatkan untuk dia sebab telekong tu laboh sangat. Maklang bawak sendiri punya tapi belum habis nak jahit manik dia! Mana tahu rezeki nak sembahyang Raya dengan telekong baru, InsyaAllah...


Alhamdulillah kami dah tiba di JB sejak tengahari semalam. Bertolak dari Kerteh ke Kuantan hari Khamis petang dalam pukul 5:00pm. Maklang MC hari tu. Tak larat. Kaki semua lengoh. Maklumlah musim 'cuti' biasanya memang macam tu. Tapi lepas balik dari Dr. tu sempat gak pergi ambik barang kemas kat bank dan stop kat kedai emas kawan sat, Maya nak cincin. Tolakkan cincin masa dia baby dulu dapatlah RM 30. Lepas tu tengokkan pulak gelang pulak. Sukeeenya si Maya. Tapi gelang tu kena potong sebab besar sangat untuk tangan dia yang comei tu. Rezeki dia agaknya. Lagipun birthday dia yang lepas, tak ada belikan dia apa2. Nasib baik maklang jual kueh tahun ni, lepaslah duit gelang ngan cincin tu. Alhamdulillah...


Balik dari berbelanja tu maklang tidur aje. Pukul 2:00 baru kemas rumah, then masak. Baju2 semuanya dah dipackkan malam sebelumnya. Cik Abang balik pukul 4:30pm, kami siap2 dan terus bertolak.


Banyak betul kereta hari tu. Cik abang pun drive slow aje. Bebudak dalam kereta memekak aje. Maklang memang rasa tak sihat betul. Kena riba Hakim pulak tu. Kalau tak nanti dia dok bergaduh dengan kakak2 dia kat belakang tu. Maya bagus. Tidur aje. Sebab dapat gelang dan cincin baru, gamaknya.


Alhamdulillah, kami tiba Kuantan rumah Datok about 7:30pm. Buka pun dalam kereta. Tak sangka nak tiba lambat sangat. So, makan biskut ajelah buat buka tu. Tiba kat rumah Datok, maklang pun keluarkan lauk2 yang dibawa. Masak asam ikan parang, paprik udang dan sotong dan ikan Kaci goreng. Sedap aje tengok bebudak makan. Maklong masak tomyam.


Malam tu semuanya tidur awal. Especially maklang. Kalau tak rehat, mau jem lagi. Nak balik JB pulak.


Kami bertolak ke JB pukul 9:00pg semalam. Sepanjang perjalanan tu mata ni nak lelap aje. Budak2 Oklah, tapi ada gak yang gaduh. Hakim pulak tak berhenti bercakap. Naik pening kepala. Tiba JB pukul 2:30pm. Cik Abang berenti sembahyang Jumaat kat Simpang Renggam.


So, today ni sempat lah nak berhop2 dan berblog. Tapi rasanya ramai dah cuti blog kot.Anyway, pada sesape yang menyinggah...Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin dari Maklang, Paklang, Along, Angah, Maya dan Hakim...










Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Wednesday, October 18, 2006

Pantun Raya

Sebenarnya Maklang malas nak menaip. Jumpa pantun ni yang kawan maklang hantar 3 tahun lepas. Dah lama nak masukkan tapi jauh sangat dengan nak Raya. Tapi bila nak masukkan ni, ramai pulak yang dah masukkan pantun... Takpelah kalau kata tiru pun...

Nak menaip bebanyak dah tak larat. Semuanya dah nak shutdown. Mesin kat rumah tu, 3-3 dah tutup. Mixer kat rumah tu petang ni dah nak tutup kot. Malas nya nak buat kek buah tu. Kena paksa jugak sebab Wan suka makan kek buah. Beg baju, InsyaAllah malam ni dah boleh siap kemas dan tutup. Blog ni tak tahu pulak bila nak tutup. Tapi kalau tutup pun sementara waktu je kot...


Oklah...selamat membaca pantun ni...


Pantun Raya Slang Negeri:

Kelantan....(untuk abe Id, OO, PB,dan yang lain2)
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...(ni separa unutk maklang)
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka... (untuk kak lady dan keluarga...)
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...(untuk Nzn dan Zino)
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri (org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K. Lumpur...Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak... ( untuk Dr nbb)
Gulei tempoyak ikan mayong
Deghoyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampei (udah leee)

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Monday, October 16, 2006

Yeay...Raya dah dekat...

Dah dekat sangat dah ni…tak lama dah…Cuma tinggal 7 hari aje lagi berpuasa, dan InsyaAllah kita semua akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Untuk maklang sekeluarga, kami pun tak sabar2 nak pulang ke kampong. Kedai kueh, malam ni lastlah nak buat coklat tu. Kedai jahit macam kena operasi nampak nya. Mungkin sambung pulak kat JB. Kain Alang ada sehelai lagi nak dijahit dan baju Maya sepasang lagi belum siap. Yang lain2 InsyaAllah dah selesai semuanya. Untuk Datok di Kuantan, nanti Cik Abang akan pergi belikan baju kat Paka, untuk Atok, nanti belikan kat JB. InsyaAllah masih ada masa kat JB nanti.



Sekarang ni nak menyambut Raya dah tak macam dulu lagi. Maklang yang dah tua ni kenkadang teringin sangat nak tengok bebudak main bunga api ( sebenarnya, maklang pun teringin jugak nak main…tiba tahap nak sangat rasanya…terok dah orang tua nih…).Cik Abang memang melarang betul anak2 dia main bunga api. Apa nak buat…kenalah ikut. Tapi mana tahu kot2 Busu kat JB tu boleh belikan sebungkus dua bunga api untuk budak2. Memang nostalgia betul kalau ingat2 masa nak Raya kecik2 dulu.


Kalau dulu, masa nak balik kampong nenek kat Padang Sebang , Melaka, tu memang seronok. On the way nak gi sana mesti lalu kat kampung2. Kat Air Itam, kat Batu Pahat, Muar and so on. Kalau balik petang Raya tu yang seronok tu, boleh tengok pelita2 yang terpasang keliling rumah kampong. Bukan tu aje. Lampu kelap kelip tu berwarna warni…memang best. ( tapi rumah kami, tak berpelita, pasang lampu pagar aje…)


Lepas tu bila sampai kampong nenek, mesti sepupu2 maklang dah tiba. Maklang masa kecik dulu memang selalu kena buli dengan sepupu yang lelaki semua. Maklumlah maklang sorang perempuan yang sebaya. Montel pulak tu. Kalau abang2 sepupu tu main bunga api, kita pun sibuk samalah. Sekarang ni masing2 dah sendiri2. Tak rapat dah macam dulu. Tak syok. Sekali sekala jumpa, masing2 sibuk dengan anak2 masing. Sekali sekala hantar mail. Sms or talipon nak tanya kabar. Kalau ingat2 masa kecik2 dulu….rindunya rasa nak balik ke kampong nenek. Tapi apa nak buat, sekarang rumah nenek yang dah pun di beri pada arwah makngah tinggal terbiar tak berpenghuni…


Zaman sekarang ni Raya masih seronok, tapi tak semeriah dulu. Sekarang ni kalau Raya, especially first day Raya, maklang tak ke mana. Lepas balik solat tunggulah orang datang. Since Wan dan Atok dah tak balik kampong lagi, maka anak2 buah yang ramai kat JB tu akan bertandanglah ke rumah. Memang penatlah sebab maklang tukang layan tetamu. Siapkan ketupat, rendang, kueh muih etc. No more gi jenjalan kompol duit sen dalam poket. Anak2 pulak duduk aje kat rumah. ( Kalau dulu2 maklang pusing kampong, siap bawak handbag kecik nak letak duit 20 sen yang orang bagi…). Kadang2 first day Raya tu smapai ke malam melayan tetamu. Penat betul. Cik Abang duty dia is to buat air. Alhamdulillah ada jugak yang tolong.


Alang dan hubby, Busu dan Aunty Leen biasanya tengahari dah balik rumah sebelah sana. Pak Ngah biasanya Raya balik Pasir Mas. So, tinggallah kami anak beranak dengan Wan dan Atok.


Cerita pasal Raya ni memang tak habis....nanti cerita lagilah....


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Saturday, October 14, 2006

Kedai Biskut Raya dah nak tutup...

Phewwww…Lega rasanya bila kedai biskut Raya tu dah boleh nak tutup! 2 hari berturut2 duduk kat dapur tu nak siapkan pesanan kengkawan. Semalam pun dah surrender. Buat almond London aje masih belum selesai. Malam ni kena habis coating kat dia. Besok ada kawan yang dah last day. Dan dia punya je ada 300 pieces. Yang Wan dan Alang punya dan sendiri punya nanti coatkan masa kat JB nanti. Lega betul rasanya dah siap semuanya… Alhamdulillah. Telekong ada sehelai lagi tak siap. Tu pun orang order last minute. Memang tak boleh siap sebab renda tu tak adalah. Nak buat macamana. Cik Abang dah ke Dungun carikan renda tu semalam, tapi tak ada stock. So, nak buat macamana.


Buat biskut ni pulangan dia Alhamdulillah. Tapi penatlah. Maklumlah assistant berangin. Selalunya buat sensorang. Macam pagi semalam, anak2 masih tidur lagi, maklang dah siap buat 2 adunan kueh. Tak ada yang buat satu adunan sebab ada nak eksport ke Kuantan, JB dan PJ. So, kenalah buat lebih. Anak2 pun dah biasalah macam ni!


Bila dah siap buatt tu, biasanya maklang packkan terus dalam Tupperware untuk Wan dan Alang. Satu hari tu masa tengah pack tu, adalah anak2 ni tanya…


“Mak apasal untuk rumah Wan tu Tupperware tu besar? Rumah kita punya kecik je?”

“ Biasanya untuk Wan yang besar sikitlah dari rumah punya. Kan ke kita nak duduk sana lama. Kita pun nak makan jugak”


“Oh…ye!” Baru senyum. Punya lah tak sayang dia kat biskut Raya tu.....


Bertuah betul cucu Wan ni!


Si Angah pulak dah tau mak dia tak ada masa mintak pulak buat biskut coklat chip guna white coklat. 2 malam lepas dia ngan Maya dok membaham dekat seTupperware coklat chip tu. Nak kueh sempaerit laa…Aaaah…mak dah tutup kedai. Nanti kalau rajin nak buat, lepas Raya pulak. Tangan mak ada dua aje.........dah dua2 dah lengoh dah ni. Nasib baik ni mak dah cuti puasa..




Ni Kueh sarang semut. Feberet maklang.


src="http://photos1.blogger.com/blogger/280/2021/320/P1010079.jpg" border="0" alt="" />

* Ada something wrong with the Blogger~!! Dhirah tak boleh nak padam link biru tuh! Maybe Virus. So gambar biskut tiga segi + badam hancuih merah tuh la biskut croquant.


Ni biskut croquant. Sedap gak. Guna resepi Wan. Dulu2 Wan rajin buat, tapi now kalau nak makan kena buat sendiri. Wan dah tak ambik order, walaupun anak dia sendiri...sedihnya...





Ni kueh Tart maklang. Buat sikit aje sebab malas nak gentel jem dia. Jem pun beli kat kedai aje...




Ni biskut white coklat. First try. Dalam dia ada wafer hazel nut. Siap malam tu ada 2 balang. Besok pagi bila bangun dan tinggal 1.5 balang. Entah siapalah punya kerja..




No cornflakes with coklat rice. Sebenarnya yang cornflake biasa tu ada tapi dah di jual. Bila buat untuk sendiri, cornflake tu dah tak cukup tu yang tambah coklat rice.





Ni biskut peanut butter. Resepi dari magazine. Bila buat tu lembik adunan dia. So, maklang tambah tepung jagung. Nanti nak letakkan whote coklat dan tabur denga colat rice. Paklang kat, sedap kueh ni...



Ni, Kueh Oat with white coklat cip. Maya kata keras, tapi maklang suka..




Ni Famos Amos Coklat Chip. Dah bertahun buat ni. resepi ambik kat website Famos Amos. Ni yang habis sampai hampir setupperware dikerjakan Maya dan Angah...


Almond London tak boleh nak tunjuk sebab tak tutup 'aurat'. Silap2 ke bann kang website ni...





Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Thursday, October 12, 2006

Abah nak buat swimming pool!

Seminggu dua yang lepas, masa balik dari pasar and nak turun kereta, suddenly Cik Abang menjerit,

“Kim....Kim....keluar dari swimming pool tu… Apa ni pagi2 dah berendam dalam swimming pool!”


Maya yang masa tu baru keluar dari kereta terus kata,” Mana ada Hakim kat situ. Mana ada swimming pool!”. Siap kerut2 dahi dia.


“Memanglaa Hakim tak ada, Abah cuma berangan aje. Konon ada swimming pool kat rumah kita nih!

Maya semyum senget aje. Maklang pulak buat muka selamba aje.


Sebenarnya petang sebelum tu ada vendor yang buat kolam mandi tu datang ke rumah. Kebetulan before puasa tu Cik Abang ada call vendor tu. Maklang kata nak buat apalah call Vendor tu, bukannya kita nak buat pun. Lagipun tak termampulah lagi, setakat ni. Tapi Cik Abang saje je nak call. Saje aje...Lagipun buka kena bayar kalau suruh dia bagi quotation. Kebetulan Vendor tu ada kerja di KT. So, dia kata dia nak singgah, tu yang Cik Abang pun setuju.


Petang tu, beriya2 Cik Abang layan Vendor tu. Siap keluar tali tape lagi. Panggil maklang yang tengah sibuk masak kat dapur untuk nak confirm nak letak pool tu kat mana. Kelakar betul. Lepas tu vendor tu buat kira2lah berapa harga pool tu. Mak Datok, poning palo den tengok hargo dio!. Kira2 macam tak de harapan le. Dapat sebuah rumah low cost house leee....


Bila malam tu beritau kat Along and Angah and Maya and Hakim, keempat2 anak kesayangan senyum lebar…berangan tak sudah.


“Wah....best lah mak!”,kata Along


“Mak.....nanti kolam tu dalam ke tak?, Maya tanya.

“Kalau dalam camana Maya nak mandi?”

“Alaaaaa.....nanti mesti dia buat mula2 tak dalam, lepas tu baru dalam”, Along explain. Beriya-iya

Angah dan Hakim pun seronok.


Tak pelah seronok2 camni. Bukan kena bayar pun. Kalau nak swimming pool, nanti Maklang ngan Cik Abang tolong blowkan yang plastic punya tu!


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Wednesday, October 11, 2006

Jom buat biskut Raya....

Assalamualaikum…..


Seronok…semalam kami cuti. Tapi sayang sehari aje. Kalau 2-3 hari kan best. Maklang semalam dengan anak2 sibuk di dapur.


Lepas solat Subuh semalam, maklang terus ‘terkam’ mesin. Nak kena siapkan kain telekong yang belum berjahit tu. InsyaAllah siap telekong yang lagi 2 helai tu. Tapi ada masaalah besar untuk satu telekong tu sebab renda yang maklang pesan sejak 2 minggu lepas, tak sampai2. Manik dia pun belum jahit. Mintak2 sempatlah siap. Ni kena kerja siang malam ni.


Dalam pada maklang sibuk nak menjahit tu, Maya yang biasanya bangun awal tu masuk bilik jahit.

“Mak…mak….Maya nak buat cross stitchlaaa”

Alamak budak ni. Orang tengah gadoh2 nak siapkan telekong ni, dia sibuk pulak mintak nak buat cross stitch.

“Alaaaaa…Maya, mak nak jahit telekonglaa…. Ni mak nak kena siapkan. Kan kita nak buat kueh pukul 8:00 nanti”

Maya, kalau kita kata tak boleh, mulalah moncong dia sekaki. Dan dan tumbuh.

Maklang pulak bila tengok dia camtu, terus kata, “OKlaa, gi ambik kain cross stitch dalam laci tu, pastu buku dia ambik kat almari sebelah tangga tu”

Dia pun dengan semangatnya pergilah ambik buku cross stitch tu, kain, benang and apa2 perlu untuk nak menjahit. Lama mana tahan nak jahit tu tak taulah tu. Bila dah ajar dia, barulah OK. Baru aman maklang nak menjahit. Alhamdulillah siap jugak kain untuk telekong tu.



9:00 pg.

Baru turun nak buat biskut. Cik Abang dah ‘bang’ kejut anak tua yang dua lagi tu. Suruh tolong maklang kat dapur.


Alhamdulillah cepat mereka report duty. Maklang buat adunan kueh. Lepas tu dia orang lah tolong sapu telor, taburkan coklat and all. Maklang kalau buat kueh ni memang cerewet. Tangan semua kena make sure bersih. Tak boleh main2 dengan bahan2. Mulanya semuanya semangat. By 10:00 am , Angah dah hot, sebab kena usik. Langsung lari kedepan tengok TV. Nasib baik pujuk2 last2 dia datang balik. Maya pun sama. Hakim pulak masuk dapur, sibuk nak tolong terap kuih. Give up betul! Nasib baik Abah dia ajak dia ke atas, main PC. Abah pulak tolong tandakan langsir kawan tu. Jadi maklang senanglah nanti, tinggal jahit aje.

By 11:30am dah siap 4 adunan biskut cornflakes tu. Cukuplah tu sebab kawan order Cuma 100 pcs aje. Untuk Wan sikit, untuk Alang sikit, untuk rumah sikit dan sikit untuk nak bagi2 pada adek beradek Cik Abang.





12:00pm


Tinggal Along sorang aje kat dapur. Angah dah terbongkang depan TV , tidur. Maya dah naik atas main dengan Hakim. Before that Maya hot sebab Hakim bila dah kenyang makan Maggi, lalu depan Maya dan kata, “Hmmmmmm…sedapnya Maggi”. Tu pun boleh buat dia hot. Yang si Hakim pun satu, saje nak buat kakak dia hot. Memang macam tu dia, saje je tu.

By 3:30pm, Alhamdulillah siaplah 7 adunan biskut sarang semut. Mana taknya, tempahan aje 400 keping. Dah siap bungkus dah, Wan dan Alang punya pun dah packkan sekali.

Tu pun Along ngan adek2 dia bising, apasal Wan punya letak bekas besar and kat rumah punya kecik sikit. Maklang kata, kan ke kat rumah Wan ramai orang dan kita pun nak balik sana lama, jadinya kita pun nanti makan yang tulah jugak. Barulah dia orang diam.


4:00pm

Kaklong dah surrender, siap aje dia bancuhkan Almond London punya dough, maklang kata, gilah naik atas berehat. Nasib baik ada anak ‘girl’ sorang ni. Or elese bengkok jugak mak dia ni. Semalam, last bakar Almond London tu dekat pukul 9:00 malam. Yang sedih tu dekat 200pcs ter’gelap’ sikit, so tak bolehlah nak jual.


10:30pm.

I was already on the bed. Nak tido. Lega….Ingatkan weekend ni sambung sikit lagi untuk sendiri dan sikit lagi yang kengkawan tempah.



Tapi tadi pagi, bila bawak cornflakes dengan sarang semut kat opis, lain pulak jadinya. Yang dah tempah Almond London 100 last week, nak tambah lagi 200, yang nampak cornflakes, nak order pulak . Total adalah dekat 600 biji kueh lagi nak kena buat. PENGSAN!!! Jawabnya balik opis nanti kena gi beli bahan sikit lagilah dan lepas buka tu bolehlah buat kueh sat. InsyaAllah before 11:00 siap. Nak kata tak nak terima kesian pulak, sampai merayu2...... Alhamdulillah bolehle si Along dapat beli dia punya phone, sebab mintak tolong dia ni, bukannya free…kena upah oi.....


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Monday, October 09, 2006

Kantoi..Bik Kantoi....

Mengantuk sungguhlah kat opis hari ni. Malam tadi tidur lewat. Lepas buka semalam dok jahit manik. Pukul 10.00 baru buat Isyak dan terawih. Lepas tu pi masuk blog kejap2. Kejap pun adalah setengah jam. Then sambung jahit manik lagi. Tidur dekat kol 12:00. Sekarang baru padan mukan, ngantok betul. Pulak sekarang ni memang free se free free nya…Apalagi nak buat, membacalah, dan kalau membaca mulalah ngantok. Kalau baca blog tak pulak ngantuk dia.....


Petang semalam, lepas balik opis maklang iye2 nak masak best2 untuk anak2 dan darling I yang sorang tu. Balik2 tu sebelum nak asar tu, rehat sat. Sakit ponggong lak sebab terlalu lama duuuduk aje kat opis tu. Sambil berehat tu, capai sarung kusyen dan ganti ngan yang baru. Lepas tu baru solat asar.


Selesai solat asar, maklang pun ambik udang2 yang bibik dah difrostkan tu. Lepas tu buangkan kulit dia dan tinggalkan ekor dia aje. Kepala dah buang masa hari beli udang tu. Lepas tu belah belakang dia dan keluarkan tali itam tu kat belakang udang2 tu. Biasanya tak kisah nak buangkan kulit dia, tapi semalam tu nak buangkan pulak. Konon2 nak buat macam kat hotel tu....


Lepas tu golekkan dalam tepung jagung dan gorengkan. Lepas tu siap2lah buat sos dia. Then buat pulak steam fish ikan siakap. Buat 2 ekor. Petang semalam lambat pulak memasak. Dekat 6:30 baru siap. Then capai majalah Saji yang baru, dok tengok2 biskut Raya. Tak tahu nak buat biskut apa lagi tahun ni. Tapi mungkin yang lazim jelaa…


Lepas tu gi mandi. Tengah mandi dengar orang Azan. Langsung ambil wuduk, then buka puasa minum air mineral kat bilik tu and solat. Ingat2kan anak2 kat bawah dan Abang dah berbuka makan lauk2 tadi. Selesai solat, maklang pun turun. Masa tengah basuh tangan….Bibik kata.”Buk....saya lupa masak nasik....!’Nampak muka dia macam panic. Maklang pun tak terkata....cuma kata 'Laaaaa...'


Kantoi Bik, Kantoi.


Maklang langsung ke depan. (Kami makan kat dining room bulan puasa ni). Anak2 tengah makan nasi semalam yang ada kat periuk tu, Cik Abang tengah meratah lauk. Dan nasib baik ada penyelamat.....Roti telur yang maklang suruh Bibik goring tu.

“Laaa…mak ingatkan Bibik dah masak nasi. Dia dah kata kat mak dia nak masak nasi sebelum dia keluar buang sampah. Mak check jugak periuk nasi tu. Nampak lampu dia nyala so mak ingat dia dah masak dah…”


“Tak pelaa....agaknya Allah suruh makan sikit malam ni,” sampuk Cik Abang.


So, sementara nak tunggu nasi masak, kami makan le, roti telur tu, ratah dengan udang dan ikan tu. Sayur sawi Jepun tu pun kami ratah. By the time nasi dah masak, kami makan sikit aje. Dah konyang…


Kantoi....kantoi....

InsyaAllah petang ni taklah lapar nasi lagi. Sebabnya petang ni ada undangan buka puasa kat Awana. Ada vendor nak belanja berbuka. Dan ni jemputan untuk kami sekeluarga....Alhamdulillah...

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Sunday, October 08, 2006

Cepatnya Ramadhan berlalu...

Macam biasa2, tiap2 weekend maklang memang busy. Tapi Alhamdulillah dapat jugak nak buat entry. Al maklum wireless tu dah boleh pakai. Cik Abang dah networkkan PC tu, dah pergi betulkan PC tu semua, jadi tak ada hal nak rebut2 dengan anak2. Station kat study room tu, di control oleh Hakim and Maya. Kak long kena grounded sebab dia pecahkan bunga crystal maklang 3 kuntum. Masa hari Khamis lepas, entah apa yang nak dikejar, habis bunga crystal kat tepi tangga tu dia libas dengan beg sekolah dia. Dahlah masa tu baru balik tempah specs dia yang patah tu....., mana mak tak hot.



Semalam dapatlah siapkan tudung selai dua. Tu pun untuk sendiri punya. Wan punya dengan Alang punya dah siap dah. Tinggal kena kemaskan dan letak manik aje. Ni boleh buat kat JB nanti. Maklang punya pun dah nak siap. Alhamdulillah kerja dah tinggal sikit dan InsyaAllah boleh siap kalau badan ni tak sakit. Next week, mudah2an dah siap semuanya dan boleh menumpukan untuk lebih2 beribadat.....sedihnya Ramadan kejap betul berlalu.


Langsir rumah pun dah siap gantung. Kat ruang tamu tinggal kena ganti carpet aje. Nak aleh2kan aje. Bukan ganti yang baru. Nak ganti sarung throw pillows tu dengan yang baru. Sarung tu beli 3-4 bulan lepas, tapi belum pakai lagi. Masa dok cari2 langsir untuk dapur semalam, terjumpa cushion covers tu. Lega tak payah jahit yang lain!. Yang beli kat Mekah tu pun masih elok lagi. So, akan guna yang itu ajelah.


Langsir kat ruang tengok TV tu dah di’copot’ oleh Bibik pagi semalam. So, tengah ‘bolen’lah tempat tu. Bila pulak nak gantung tak tahu. Tapi nasib baik kat situ Cuma ada 3 pasang langsir aje. 1 sliding, 1 pintu tengah rumah dan 1 bay window. Lepas tu gantung valence. Cukup dah. Alas2 meja ganti malam sebelum nak balik tu. Biasanya macam tulah. Masa kakak (maid lama) ada sini, bila lepas pasang langsir kat ruang tamu tu, biasanya waktu malamlah, kami akan duduk kat situ, onkan lampu kuning, dan berangan. Ehmmmm….perasan cantek pulak rumah ni lepas dah ganti ‘baju’. Yelaaa....kenalah suka rumah sendiri, kan ke rumahku syurga ku


Alhamdulillah dalam pada maklang sibuk2 ni, Cik Abang tak lupa juga membantu. Macam petang semalam masa maklang tengah jahit langsir untuk kawan tu, dia offer nak tolong jahitkan. Aaaahhhh..leganya rasa. Walaupun dia jahit cuma 3-4 lai je, jahit kat tepi kain aje, maklang rasa seronok sangat. Agaknya dia kesian tengok isteri dia keletihan. Lepas tu nak pulak masak. Angah nak makan lemon chicken pulok...So, lepas Asar maklang pun masak le lemon Chicken. Boleh tahan. Ambik resepi kat majalan Saji, jadik....wa cakap lu....Ha..kalau nak resepi nya ni maklang letakkan di bawah ni:


Lemon Chicken
Bahan2 A:

1 ekor ayam dipotong sederhana besar, dicuci dan ditoskan. Golekkan dalam tepung jagung yang dah dicampurkan dengan sedikit garam. Gorengkan sehingga gareng dan angkat.


Bahan B:

1 cawan jus lemon sunquick
¾ cawan gula pasir
1 cawan air
2 sdt cuka
Sedikit minyak untuk menumis.
Sedikit tepung jagung yang dah dicampur dengan air unutk memekatkan sos.

Caranya:

Tumiskan bahan diatas. Birkan atas api sampai sos agak pekat.


Tuangkan sos atas pinggan. Lepas tu susunkan ayam atas sos.


Selamat mencuba!




Ni resepi basic biskut untuk nak buat Almond London.

1 buku butter
1 cawan gula icing
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
1 sudu makan emplex
2 sd makan gajus yang di blend.


Mixkan butter and icing sugar . Lepas tu masukkan tepung2 tu. Terakir baru masukkan tepung gandum. Sekiranya adunan dah ok (Tak perlu masukkan semua gandum). Adunan jangan terlalu kering ye. Last baru masukkan gajus.


Bakarkan almond sehingga gareng. Sejukkan.

Balutkan almond dengan adunan tepung tu. Bakarkan sehingga kekuningan.


Cairkan coklat bar dengan hi-fat (boleh dapat kat kedai jual bahan kueh). Jangan terlalu cair. Maaf maklang tak tahu sukatan dia. Main agak2 aje. Maybe 2 keping bar tu boleh letak 2-3 sd hi-fat tu. Letakkan biskut yang dibakar tu dalam cupcakes yang kecik tu. Then letakkan coklat cair tu untuk nak coat the biskut. Tunggu sampai coklat dah keras lepas tu baru disimpan.

Resepi ni memang sedap. Dari kawan maklang. Tiap Raya , dia jual beribu2 biskut ni. Cubalah, mana tahu sedap jugak!




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Friday, October 06, 2006

Lolah

Lolah hari ni. Lepas aje balik dari pasar tadi, terus aje cuci barang basah yang dibeli tu. Ayam , ikan tenggiri, ikan bawal, ikan siakap, ikan cencaru. Siap2 bersih2kan semuanya terus aje masak ikan tenggiri tu. Anak sedara belah Paklang nak datang hari ni. Dia kata nak makan masak asam. Tak kiralah masak asam ayam ke, ikan ke atau daging. Apa2 pun boleh. Punyalah kemaruk nak makan masak asam. Kesian dia, maklumlah duduk kat Uni ni. Maklang beli jugak kuey teow. Ingat nak gorengkan petang nanti. Tapi rasanya anak sedara yang akan gorengkan. Dah tak larat betul.

Pagi tadi lepas bangun untuk nak sahur tu, maklang tak tidur semula. Lepas solat Subuh tu terus aje onkan mesin sulam tu. Sambil2 tu, tampal manik. Dapat sehelai aje. Kena hati2 betul sebab serik sangat masa kena seterika hari tu. Dalam pukul 9pagi baru keluar ke pasar tani. Tulah dari balik tadi sampailah pukul 5 lebih baru selesai nak bereskan kerja rumah ni. Siap2 masak asam ikan tenggiri tu, goreng sotong, lepas tu masak tauhu lembut dengan tomato, lepas tu cuci2 ikan dan sayur kacang. Lepas tu mintak tolong Dhirah tanggalkan langsir kat ruang tamu tu. Kena buat this week jugak sebab mulai dari cuti Nuzul Quran tu dah nak start buat biskut pulak. Kerja tak habis2! Tadi pun nasib baik anak sedara dan kengkawan dia tolong2 jugak nak sangkut pin dan langsir2 tu. Tapi masa nak cucuk pin tu kena maklang jugak yang buat kebanyakkan nya. Last2 Bibik tolong jugak sangkut langsir tu. Bila dah siap seronok tengok rumah. Tahun ni maklang tak gantung langsir baru. Langsir tu pun dah 4 tahun. Langsir kat dapur tu dah nak masuk 5 tahun. Maklang buat cross stitch langsir dapur tu masa Hakim dalam perut lagi. So, dah 5 tahun lah langsir tu. Rasanya lama lagi baru jahit langsir lagi. Tapi langsir yang beli masa Fella design sale tu masih belum jahit. Entah bila kalalah nak dijahit. Ada tu kat bilik tetamu tu.


Tadi ajak Cik Abang gunting langsir, tapi dia tidor. So, tak gunting lagilah. Tengoklah nanti solat terawih nanti, tu pun kalau lolah den tak berpanjangan...InsyaAllah.

Tengah best ni...semalam Cik Abang dah betulkan wireless....yeay..yeay...lepas kerja dah habis, boleh lah melompat kesana kemari!!!Thank you Abang....


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Thursday, October 05, 2006

Spec Dhirah patah lagi...

Macam2 hikmah dibulan puasa ni. Antaranya sifat kejiranan semakin terserlah. Walaupun jarang berjumpa dan berbual, maklang rasa seronok sangat hantar makanan ni kata kenkawan dan jiran. Semalam yang kelakar tu, masa tengah nak tunggu solat Zohor tu dok cerita pasal nak buat kueh Puteri mandi. Ni dhirah suka sangat. Mak Dhirah pun suka! So, cakap kat Kak Yah, my opismate ni, biar dia buat kueh and maklang masak. Bila siap masak, maklang mintak Cik Abang hantar kat dia makanan tu dan Kak Yah kasi kueh….Lumayan ni…no kisah nak buat kueh manis…



Malam tadi lepas2 dah solat terawih semua, and and usual Maklang kat mesin tu, while Paklang dok mengadap PC kat study room tu ( dia tengah nak networkkan PCs tu), si Along masuk kat bilik study tu…


‘Mak….spec Dhirah dah nak patah….’


Lemah dengar anak dok cakap macam tu. Asyik patah aje spec dia. Pada hal baru aje tukar less than a year ago. Macam ni pengsan le…


‘Alaaaah…Dhirah pakai cellotape dululah…Mak malas nak gi kedai cerminmata tu. Lagipun spec tu kan baru lagi!’

‘Oklah mana tape nya?’

‘Gi cari kat bilik mak dalam beg kertas tu. Kalau tak guna aje duct tape hitam tu. Lambat sikit musnah!’

Abah bila dengar mak dah bising, terus aje masuk campur…

‘Ahaaa….memang ye. Gi tempah aje kat SK Welding tu. Kat situ boleh dia buat keras sikit!’ (SK Welding tu kedai buat grill)


‘Tak nak laaa!!!!’

Tau nak menjerit. Budak2 ni nak jaga keperluan dia orang memang mahal betul! Phone dia je dah berapa sebulan. Last month dah warn dia, kalau phone tu lebih dari RM30/bulan, memang mak tolak je dari belanja dia. Last month tahan sikitlaa. Baru lepas kena warning. Mana taknya asyik dok main SMS aje. Entah berapa kali sehari. Ni belum Angah ada hp lagi, Maya lagi, Hakim lagi.

Tapi, InsyaAllah…rezeki tu ada. Siapalah kita kalau tak ada anak2 nikan.

Baru sat ni keluar dengan Dhirah buat spec dia. Sib baik towkey spec tu kawan rapat. Kalau tak lagi mahal. Syukur Alhamdulillah….


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Tuesday, October 03, 2006

Sedih

Hari ni pagi tadi, dah rasa sedih. Badan letih satu macam. Anak2 pun macam tak sihat. Kak long pepagi dah datang kat maklang dengan muka sedih, tak mau gi sekolah. Maklang kata kat dia, maklang pun rasa tak sedap. Biasanya pukul 5:00 tu dah boleh nak bangkit, tapi tadi lepas telan ubat baring semula dan bangun dalam 6:15pg, mandi dan solat. Lepas tu terus aje kebilik jahit, nak habiskan jahitan yang sikit lagi tu. Sambil mesin tu sulam, maklang cuba nak tampal batu kat tudung tu, entah macamana termakan pulak dek iron tu. Frust sangat tengok. Tapi tak apalagi, masih boleh betulkan cuma kena kurangkan harga lah sikit. Then mesin sulam tu timpa pulak kat bunga yang kat sebelah dia. Satu kerja nak bukak jahitan dia.


Anak2, si Akim dan Maya, mogok tak mo ke sekolah. Last2 memang tak gi pun. Penat agaknya. Maklang kalau ikut hati memang nak MC je. Tapi entah, tak sampai hati pulak. Last2 pergi jugak. Kat office, kerja tak banyak, so kalau MC pun tak lah menjadi masaalah. Cik Abang and Angah aje steady hari ni.

Tadi dah courier dah kain tudung yang maklang jahit tu ke Alang. Ada yang dah siap dibersihkan dan ada yang belum. Tu Alang kena tolonglah. InsyaAllah kalau Alang dapat jualkan, dapatlah sikit duit kocek untuk Raya, InsyaAllah.


Petang ni buka, ingatkan nak buat bubur nasi aje. Makan dengan ikan bilis goring berlada dan chaipo dan kicap dan kacang. Ni Cik Abang punya menu. Lepas tu, kalau rajin nak buat macaroni sup. Semalam jiran depan rumah tu bagi sup kuey teow semangkok, Aduh.........Sedapnya. Tak cukop rasanya. Tu yang tengah berangan nak buat ni. Nak letak ayam dan sayur sikit. Makan dengan bawang goring dan sos cili padi. Seeeedaaaaaap...............InsyaAllah.


Oklah, nanti cerita lagi. Selamat berbuka..
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Tazkirah

Assalamualaikum kengkawan...

InsyaAllah apa yang akan dipaparkan akan menjadikan kita insan yang lebih baik, InsyaAllah....




KEDAHSYATAN SIKSAAN DIALAM KUBUR

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Albaraa' bin Aazib r.a. berkata: "Kami bersama Nabi Muhammad s.a.w keluar menghantar jenazah seorang sahabat Anshar, maka ketika sampai ke kubur dan belum dimasukkan ke dalam lahad, Nabi Muhammad s.a.w duduk dan kami duduk di sekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung di atas kepala kami, sedang Nabi Muhammad s.a.w mengorek-ngorek dengan dahan yang ada di tangannya, kemudian ia mengangkat kepala sambil bersabda: "Berlindunglah kamu kepada Allah dari siksaan kubur.". Nabi Muhammad s.a.w mengulangi sebanyak 3 kali." Lalu Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk di depannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malaikulmaut dan duduk di dekat kepalanya dan memanggil: "Wahai roh yang tenang baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan ridhaNya."

Nabi Muhammad s.a.w bersabda lagi: "Maka keluarlah rohnya mengalir bagaikan titisan dari mulut kendi tempat air, maka langsung diterima dan langsung dimasukkan dalam kafan dan dibawa keluar semerbak harum bagaikan kasturi yang terharum di atas bumi, lalu dibawa naik, maka tidak melalui rombongan malaikat melainkan ditanya: "Roh siapakah yang harum ini?" Dijawab: "Roh fulan bin fulan sehingga sampai ke langit, dan di sana dibukakan pintu langit dan disambut oleh penduduknya dan pada tiap-tiap langit dihantar oleh Malaikat Muqarrbun, dibawa naik ke langit yang atas hingga sampai ke langit ketujuh, maka Allah berfirman: "Catatlah suratnya di illiyyin. Kemudian dikembalikan ia ke bumi, sebab daripadanya Kami jadikan, dan di dalamnya Aku kembalikan dan daripadanya pula akan Aku keluarkan pada saatnya." Maka kembalilah roh ke jasad dalam kubur, kemudian datang kepadanya dua Malaikat untuk bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Maka dijawab: Allah Tuhanku. Lalu ditanya: "Apakah agamamu?" Maka dijawab: "Agamaku Islam" Ditanya lagi: "Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan di tengah-tengah kamu?" Dijawab: "Dia utusan Allah". Lalu ditanya: "Bagaimanakah kamu mengetahui itu?" Maka dijawab: "Saya membaca kitab Allah lalu percaya dan membenarkannya" Maka terdengar suara: "Benar hambaku, maka berikan padanya hamparan dari syurga serta pakaian syurga dan bukakan untuknya pintu yang menuju ke syurga, supaya ia mendapat bau syurga dan hawa syurga, lalu luaskan kuburnya sepanjang pandangan mata." Kemudian datang kepadanya seorang yang bagus wajahnya dan harum baunya sambil berkata: "Terimalah khabar gembira, ini saat yang telah dijanjikan Allah kepadamu." Lalu bertanya: "Siapakah kau?" Jawabnya: "Saya amalmu yang baik." Lalu ia berkata: Ya Tuhanku, segerakan hari kiamat supaya segera saya bertemu dengan keluargaku dan kawan-kawanku."

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Adapun hamba yang kafir, jika akan meninggal dunia dan menghadapi akihirat, maka turun kepadanya Malaikat dari langit yang hitam mukanya dengan pakaian hitam, lalu duduk di mukanya sepanjang pandangan mata, kemudian datang Malaikulmaut dan duduk di samping kepalanya lalu berkata: "Hai roh yang jahat, keluarlah menuju murka Allah." Maka tersebar di semua anggota badannya, maka dicabut rohnya bagaikan mencabut besi dari bulu yang basah, maka terputus semua urat dan ototnya, lalu diterima akan dimasukkan dalam kain hitam, dan dibawa dengan bau yang sangat busuk bagaikan bangkai, dan dibawa naik, maka tidak melalui malaikat melainkan ditanya: "Roh siapakah yang jahat dan busuk itu?" Dijawab: "Roh fulan bin fulan." dengan sebutan yang amat jelek sehingga sampai di langit dunia, maka minta dibuka, tetapi tidak dibuka untuknya. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w membaca ayat: "Laa tufattahu lahum abwabus samaa'i, wala yad khuluunal jannata hatta yalijal jamalu fisamil khiyaath." (Yang Bermaksud) "Tidak dibukakan bagi mereka itu pintu-pintu langit dan tidak dapat masuk syurga sehingga unta dapat masuk dalam lubang jarum."

Kemudian diperintahkan: "Tulislah orang itu dalam sijjin." Kemudian dilemparkan rohnya itu begitu sahaja sebagaimana ayat "Waman yusyrik billahi fakaan nama khorro minassama'i fatakh thofuhuth thairu au tahwi bihirrihu fimakaanin sahiiq." (Yang bermaksud) "Dan siapa mempersekutukan Allah, maka bagaikan jatuh dari langit lalu disambar helang atau dilemparkan oleh angin kedalam jurang yang curam."

Kemudian dikembalikan roh itu kedalam jasad di dalam kubur, lalu di datangi oleh dua Malaikat yang mendudukkannya lalu bertanya: ""Siapa Tuhanmu?" Maka dijawab: "Saya tidak tahu". Lalu ditanya: "Apakah agamamu?" Maka dijawab: "Saya tidak tahu" Ditanya lagi: "Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan di tengah-tengah kamu?" Dijawab: "Saya tidak tahu". Lalu ditanya: "Bagaimanakah kamu mengetahui itu?" Maka dijawab: "Saya tidak tahu" Maka terdengar suara seruan dari langit: "Dusta hambaku, hamparkan untuknya dari neraka dan bukakan baginya pintu neraka. Maka terasa olehnya panas hawa neraka, dan disempitkan kuburnya sehingga terhimpit dan rosak tulang-tulang rusuknya, kemudian datang kepadanya seorang yang buruk wajahnya dan busuk baunya sambil berkata: "Sambutlah hari yang sangat jelek bagimu, inilah saat yang telah diperingatkan oleh Allah kepadamu." Lalu ia bertanya: "Siapakah kau?" Jawabnya: "Aku amalmu yang jelek." Lalu ia berkata: "Ya tuhan, jangan percepatkan kiamat, ya Tuhan, jangan percepatkan kiamat."

Abul-Laits dengan sanadnya meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Seorang mukmin jika sakaratulmaut didatangi oleh Malaikat dengan membawa sutera yang berisi masik (kasturi) dan tangkai-tangkai bunga, lalu dicabut rohnya bagaikan mengambil rambut di dalam adunan sambil dipanggil: "Ya ayyatuhannafsul muth ma'innatur ji'i ila robbiki rodhiyatan mardhiyah." (Yang bermaksud) "Hai roh yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan perasaan rela dan diridhoi. Kembalilah dengan rahmat dan keridhoan Allah." Maka jika telah keluar rohnya langsung ditaruh di atas misik dan bunga-bunga itu lalu dilipat dengan sutera dan dibawa ke illiyyin. Adapun orang kafir jika sakaratulmaut didatangi oleh Malaikat yang membawa kain bulu yang di dalamnya ada api, maka dicabut rohnya dengan kekerasan sambil dikatakan kepadanya: "Hai roh yang jahat keluarlah menuju murka Tuhammu ke tempat yang rendah hina dan siksaNya, maka bila telah keluar rohnya itu, diletakkan di atas api dan bersuara seperti sesuatu yang mendidih kemudian dilipat dan dibawa ke sijjin."

Alfaqih Abu Ja'far meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata: "Seorang mukmin jika diletakkan di kubur maka diperluaskan kuburnya itu hingga 70 hasta dan ditaburkan padanya bunga-bunga dan dihamparkan sutera, dan bila ia hafal sedikit dari al-quran cukup untuk penerangannya jika tidak maka Allah s.w.t. memberikan kepadanya nur cahaya penerangan yang menyerupai penerangan matahari, dan di dalam kubur bagaikan pengantin baru, jika tidur maka tidak ada yang berani membangunkan kecuali kekasihnya sendiri, maka ia bangun dari tidur itu bagaikan masih kurang masa tidurnya dan belum puas. Adapun orang kafir maka akan dipersempit kuburnya sehingga menghancurkan tulang rusuknya dan masuk ke dalam perutnya lalu dikirimkan kepadanya ular segemuk leher unta, maka makan dagingnya sehingga habis dan sisa tulang semata-mata, lalu dikirim kepadanya Malaikat yang akan menyiksa iaitu yang buta tuli dan bisu dengan membawa puntung dari besi yang langsung dipukulkannya, sedang Malaikat itu tidak mendengar suara jeritannya dan tidak melihat keadaannya supaya tidak dikasihaninya, selain itu lalu dihidangkan siksa neraka itu tiap pagi dan petang."

Abu-Laits berkata: "Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus melazimi empat dan meninggalkan empat iaitu:

Menjaga sembahyang lima waktu

Banyak bersedekah

Banyak membaca al-quran

Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal'aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)

Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya. Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah:

Dusta

Kianat

Adu-adu

Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing. (Yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Innallahha ta'ala kariha lakum arba'a: Al'abatsu fishsholaati, wallagh wu filqira'ati, warrafatsu fisshiyami, wadhdhahiku indal maqaabiri. (Yang bermaksud) Sesungguhnya Allah tidak suka padamu empat, main-main dalam sembahyang dan lahgu (tidak hirau), dalam bacaan quran dan berkata keji waktu puasa dan tertawa di dalam kubur."

Muhammad bin Assammaak ketika melihat kubur berkata: "Kamu jangan tertipu kerana tenangnya dan diamnya kubur-kubur ini, maka alangkah banyaknya orang yang sudah bingung di dalamnya, dan jangan tertipu kerana ratanya kubur ini, maka alangkah jauh berbeza antara yang satu pada yang lain di dalamnya. Maka seharusnya orang yang berakal memperbanyak ingat pada kubur sebelum masuk ke dalamnya."

Sufyan Atstsauri berkata: "Siapa yang sering (banyak) memperingati kubur, maka akan mendapatkannya kebun dari kebun-kebun syurga, dan siapa yang melupakannya maka akan mendapatkannya jurang dari jurang-jurang api neraka."

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata dalam khutbahnya: "Hai hamba Allah, berhati-hatilah kamu dari maut yang tidak dapat dihindari, jika kamu berada di tempat, ia datang mengambil kamu, dan bila kamu lari pasti akan terpegang juga, maut terikat selalu di ubun-ubunmu, maka carilah jalan selamat, carilah jalan selamat dan segera-segera, sebab di belakangmu ada yang mengejar kamu yaitu kubur, ingatlah bahawa kubur itu adakalanya kebun dari kebun-kebun syurga atau jurang dari jurang-jurang neraka dan kubur itu tiap-tiap hari berkata-kata: Akulah rumah yang gelap, akulah tempat sendirian, akulah rumah ulat-ulat."

Ingatlah sesudah itu ada hari (saat) yang lebih ngeri, hari di mana anak kecil segera beruban dan orang tua bagaikan orang mabuk, bahkan ibu yang meneteki lupa terhadap bayinya dan wanita yang bunting menggugurkan kandungannya dan kau akan melihat orang-orang bagaikan orang mabuk tetapi tidak mabuk khamar, hanya siksa Allah s.w.t. yang sangat ngeri dan dahsyat.

Ingatlah bahawa sesudah itu ada api neraka yang sangat panas dan suram dalam, perhiasannya besi dan sirnya darah bercampur nanah, tidak ada rahmat Allah s.w.t. disana. Maka kaum muslimin yang menangis. lalu ia berkata: "Dan di samping itu ada syurga yang luasnya selebar langit dan bumi, tersedia untuk orang-orang yang takwa. Semoga Allah s.w.t. melindungi kami dari siksa yang pedih dan menempatkan kami dalam darunna'iem (Syurga yang serba kenikmatan).

Usaid bin Abdirrahman berkata: "Saya telah mendapat keterangan bahawa seorang mukmin jika mati dan diangkat, ia berkata: "Segerakan aku.", dan bila telah dimasukkan dalam lahad (kubur), bumi berkata kepadanya: "Aku kasih padamu ketika di atas punggungku, dan kini lebih sayang kepadamu." Dan bila orang kafir mati lalu diangkat mayatnya, ia berkata: "Kembalikan aku." dan bila diletakkan di dalam lahadnya, bumi berkata: "Aku sangat benci kepadamu ketika kau di atas punggungku, dan kini aku lebih benci lagi kepadamu."

Usman bin Affan r.a. ketika berhenti diatas kubur, ia menangis, maka ditegur: "Engkau jika menyebut syurga dan neraka tidak menangis, tetapi kau menangis kerana kubur?" Jawabnya: "Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Alqabru awwalu manazilil akhirah, fa in naja minhu fama ba'dahu aisaru minhu, wa in lam yanju minhu fama ba'dahu asyaddu minhu." (Yang bermaksud)"Kubur itu pertama tempat yang menuju akhirat, maka bila selamat dalam kubur, maka yang dibelakangnya lebih ringan, dan jika tidak selamat dalam kubur maka yang dibelakangnya lebih berat daripadanya."

Abdul-Hamid bin Mahmud Almughuli berkata: "Ketika aku duduk bersama Ibn Abbas r.a., tiba-tiba datang kepadanya beberapa orang dan berkata: "Kami rombongan haji dan bersama kami ini ada seorang yang ketika sampai di daerah Dzatishshahifah, tiba-tiba ia mati, maka kami siapkan segala keperluannya, dan ketika menggali kubur untuknya, tiba-tiba ada ular sebesar lahad, maka kami tinggalkan dan menggali lain tempat juga ada ular, maka kami biarkan dan kami menggali lain tempat juga kami dapatkan ular, maka kami biarkan dan kini kami bertanya kepadamu, bagaimanakah harus kami perbuat tehadap mayat itu?" Jawab Ibn Abbas r.a.: "Itu dari amal perbuatannya sendiri, lebih baik kamu kubur saja demi Allah andaikan kamu galikan bumi ini semua niscaya akan kamu dapat ular di dalamnya." Maka mereka kembali dan menguburkan mayat itu didalam salah satu kubur yang sudah digali itu dan ketika mereka kembali ke daerahnya mereka pergi ke keluarganya untuk mengembalikan barang-barangnya sambil bertanya kepada isterinya apakah amal perbuatan yang dilakukan oelh suaminya? Jawab isterinya: "Dia biasa menjual gandum dalam karung, lalu dia mengambil sekadar untuk makanannya sehari, dan menaruh tangkai-tangkai gandum itu kedalam karung seberat apa yang diambilnya itu."

Abul-Laits berkata: "Berita ini menunjukkan bahawa khianat itu salah satu sebab siksaan kubur dan apa yang mereka lihat itu sebagai peringatan jangan sampai khianat."

Ada keterangan bahawa bumi ini tiap hari berseru sampai lima kali dengan berkata:

Hai anak Adam, anda berjalan di atas punggungku dan kembalimu di dalam perutku.

Hai anak Adam, anda makan berbagai macam di atas punggungku dan anda akan dimakan ulat di dalam perutku.

Hai anak Adam, anda tertawa di atas punggungku, dan akan menangis di dalam perutku.

Hai anak Adam, anda bergembira di atas punggungku dan akan berduka di dalam perutku.

Hai anak Adam, anda berbuat dosa di atas punggungku, maka akan tersiksa di dalam perutku.

Amr bin Dinar berkata: "Ada seorang penduduk kota Madinah yang mempunyai saudara perempuan di hujung kota, maka sakitlah saudaranya itu kemudian mati, maka setelah diselesaikan persiapannya dibawa ke kubur, kemudian setelah selesai menguburkan dan kembali pulang kerumah, ia teringat pada kantongan yang dibawa dan tertinggal dalam kubur, maka ia minta bantuan orang untuk menggali kubur itu kembali, dan sesudah digali kubur itu maka bertemulah dia akan kantongannya itu, ia berkata kepada orang yang membantunya itu: "Tolong aku ke tepi sebentar sebab aku ingin mengetahui bagaimana keadaan saudaraku ini." Maka dibuka sedikit lahadnya, tiba-tiba dilihatnya kubur itu menyala api, maka segera ia meratakan kubur itu dan kembali kepada ibunya lalu bertanya: "Bagaimanakah kelakuan saudaraku dahulu itu?" Ibunya berkata: "Mengapa kau menanyakan kelakuan saudaramu, padahal ia telah mati?" Anaknya tetap meminta supaya diberitahu tentang amal perbuatan saudaranya itu, lalu diberitahu bahawa saudaranya itu biasanya mengakhirkan sembahyang dari waktunya, juga cuai dalam kesucian dan di waktu malam sering mengintai rumah-rumah tetangga untuk mendengar perbualan mereka lalu disampaikan kepada orang lain sehingga mengadu domba antara mereka, dan itulah sebabnya siksa kubur. Kerana itu siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur haruslah menjauhkan diri dari sifat namimah (adu domba diantara tetangga dan orang lain) supaya selamat dari siksaan kubur dan mudah baginya menjawab pertanyaan Malaikat Munkar Nakier.

Alabarra' bin Aazib r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Seorang mukmin jika ditanya dalam kubur, maka ia langsung membaca Asyhadu an laa ilaha illallah wa anna Muhammad abduhu warasuluhu, maka itulah yang tersebut dalam firman Allah: Yutsabbitullahul ladzina aamanu bil qaulits tsabiti filhayatiddun ya wafil akhirah (Allah menetapkan orang-orang yang beriman dengan khalimah yang teguh dimana hidup di dunia dan di akhirat (yakni khalimah laa ilaha illallah, Muhammad Rasullullah).

Dan ketetapan itu terjadi dalam tiga masa iaitu:

Ketika melihat Malakulmaut

Ketika menghadapi pertanyaan Mungkar Nakier

Ketika menghadapi hisab di hari kiamat

Dan ketetapan ketika melihat Malaikulmaut dalam tiga hal iaitu:

Terpelihara dari kekafiran, dan mendapat taufiq dan istiqamah dalam tauhid sehingga keluar rohnya dalam Islam

Diberi selamat oleh Malaikat bahawa ia mendapat rahmat

Melihat tempatnya di syurga sehingga kubur menjadi salah satu kebun syurga.

Adapun ketetapan ketika hisab juga dalam tiga perkara iaitu:

Allah s.wt. memberinya ilham sehingga dapat menjawab segala pertanyaan dengan benar

Mudah dan ringan hisabnya

Diampunkan segala dosanya

Ada juga yang mengatakan bahawa ketetapan itu dalam empat masa iaitu:

Ketika mati

Didalam kubur sehingga dapat menjawab pertanyaan tanpa gentar atau takut

Ketika hisab

Ketika berjalan diatas sirat sehingga berjalan bagaikan kecepatan kilat

Jika ditanya tentang soal kubur bagaimanakah bentuknya, maka ulama telah membicarakannya dalam berbagai pendapat. Sebahagiannya berkata pertanyaan itu hanya kepada roh tanpa jasad dan disaat itu roh masuk kedalam jasad hanya sampai didada. Ada pendapat berkata bahawa rohnyanya diantara jasad dan kafan dan sebaiknya seorang mempercayai adanya pertanyaan dalam kubur tanpa menanyakan dan sibuk dengan caranya. Dan kita sendiri akan mengetahui bila sampai disana, maka bila ada orang menolak adanya soal Mungkar Nakier dalam kubur, maka penolakannya dari dua jalan iaitu:

Mereka berkata: "Ia tidak mungkin menurut perkiraan akal, sebab menyalahi kebiasaan tabiat alam."

atau mereka berkata: "Tidak ada dalil yang menguatkan."

Pendapat pertama bahawa ia tidak mungkin dalam akal kerana menyalahi kebiasaa tabiat alam. Pendapat ini bererti menidakkan kenabian dan mukjizat, sebab para Nabi itu semuanya dari manusia biasa dan tabiatnya mereka sama, tetapi mereka telah dapat bertemu dengan Malaikat dan menerima wahyu, bahkan laut telah terbelah untuk Nabi Musa a.s., demikian pula tongkatnya menjadi ular, semua kejadian itu menyalahi tabiat alam, maka orang yang menolak semua itu bererti keluar dari Islam. Jika ia berkata: "Tidak ada dalil.", maka hadis-hadis yang diterangkan sudah cukup untuk menjadi alasan bagi orang yang akan mahu terima.

Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wa man a'rodho an dzikri fa inna lahu ma'i syatan dhanka wanah syuruhu yaumal qiyaamati a'ma. (Yang bermaksud) "Dan siapa yang mengabaikan peringatanKu (ajaranKu) maka ia akan merasakan kehidupan yang sukar (kehidupan sukar ini ketika menghadapi pertanyaan dalam kubur)."

Demikian pula ayat: "Yu tsabbitulladzina aamanu bil qoulaits tsabiti filhayatiddunia wafil akhirati. (Yang bermaksud) "Allah akan menetapkan hati orang-orang mukmin dengan khalimah yang teguh didunia dan diakhirat."

Abu-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Saad bin Almusayyab dari Umar r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Jika seorang mukmin telah masuk kedalam kubur, maka didatangi oleh dua Malaikat yang menguji dalam kubur, lalu mendudukkannya dan menanyainya, sedang ia mendengar suara derap sandal sepatu mereka ketika kembali, lalu ditanya oleh kedua Malaikat itu: Siapa Tuhammu, dan apakah agamamu, dan siapa Nabimu, lalu dijawab: Allah tuhanku, dan agamaku Islam dan Nabiku Nabi Muhammad s.a.w. Lalu Malaikat itu berkata: Allah yang menetapkan kau dalam khalimah itu, tidurlah dengan tenang hati. Itulah ertinya Allah menetapkan mereka dalam khalimah hak. Adapun orang kafir zalim maka Allah menyesatkan mereka dengan tidak memberi petunjuk taufiq pada mereka, sehingga ketika ditanya oleh Malaikat: Siapa Tuhanmu, apa agamamu dan siapa Nabimu, maka jawab orang kafir atau munafiq: Tidak tahu. Maka oleh Malaikat dikatakan: Tidak tahu, maka langsung dipukul sehingga jeritan suaranya terdengar semua yang dialam kecuali manusia dan jin. (Dan andaikan didengar oleh manusia pasti pingsan)

Abu Hazim dari Ibn Umar r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada Umar r.a : "Bagaimanakah kau hai Umar jika didatangi oleh kedua Malikat yang akan mengujimu didalam kubur iaitu Mungkar Nakier hitam keduanya kebiru-biruan siung keduanya mengguriskan bumi, sedang rambut keudanya sampai ketanah dan suara keduanya bagaikan petir yang dahsyat, dan matanya bagaikan kilat yang menyambar?" Umar bertanya: "Ya Rasullullah, apakah ketika itu aku cukup sedar sebagaimana keadaanku sekarang ini?" Nabi Muhammad s.a.w menjawab: "Ya." Umar berkata: "jika sedemikian maka saya selesaikan keduanya dengan izin Allah s.w.t.. Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "sesungguhnya Umar seorang yang mendapat taufiq."

Abul-Laits berkata: "saya telah diberitahu oleh Abul-Qasim bin Abdurrahman bin Muhammad Asysyabadzi dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Tiada seorang yang mati melainkan ia mendengkur yang didengari oleh semua binatang kecuali manusia, dan andaikata ia mendengar pasti pingsan, dan bila dihantar kekubur, maka jika solih (baik) berkata: "Segerakanlah aku, andaikan kamu mengetahui apa yang didepanku daripada kebaikan, nescaya kamu akan menyegerakan aku. Dan bila ia tidak baik maka berkata: "Jangan keburu, andaikata kamu mengtahui apa yang didepan aku daripada bahaya, nescaya kamu tidak akan keburu. Kemudian jika telah ditanam dalam kubur, didatangi oleh dua Malaikat yang hitam kebiru-biruan datang dari arah kepalanya, maka ditolak oleh sembahyangnya: Tidak boleh datang dari arahku sebab adakalanya ia semalaman tidak tidur kerana takut dari saat yang seperti ini, lalu datang dari bawah kakinya, maka ditolak oleh baktinya pada kedua orang tuanya: Jangan datang dari arahku, kerana ia biasa berjalan tegak kerana ia takut dari saat seperti ini, lalu datang dari arah kanannya, maka ditolak oleh sedekahnya: Tidak boleh datang dari arahku, kerana ia pernah sedekah kerana ia takut dari saat seperti ini, lalu ia datang dari kirinya maka ditolak oleh puasanya: Jangan datang dari arahku, kerana ia biasa lapar dan haus kerana takut saat seperti ini, lalu ia dibangunkan bagaikan dibangunkan dari tidur, lalu ia bertanya: Bagaimana pendapatmu tentang orang yang membawa ajaran kepadamu itu? Ia tanya: Siapakah itu? Dijawab: Muhammad s.a.w? Maka dijawab: Saya bersaksikan bahawa ia utusan Allah. Lalu berkata kedua Malaikat: Engkau hidup sebagai seorang mukmin, dan mati juga mukmin. Lalu diluaskan kuburnya, dan dibukakan baginya segala kehormatan yang di kurniakan Allah kepadanya. Semoga Allah memberi kita taufiq dan dipelihara serta dihindarkan dari hawa nafsu yang menyesatkan, dan menyelamatkan kami dari siksa kubur kerana Nabi Muhammad s.a.w juga berlindung kepada Allah dari siksa kubur."

A'isyah r.a. berkata: "Saya dahulunya tidak mengetahui adanya siksa kubur sehingga datang kepadaku seorang wanita Yahudi, minta-minta dan sesudah saya beri ia berkata: "Semoga Allah melindungi kamu dari siksa kubur". Maka saya kira keterangannya itu termasuk tipuan kaum Yahudi, lalu saya ceritakan kepada Nabi Muhammad s.a.w maka Nabi Muhammad s.a.w memberitahu kepadaku bahawa siksa kubur itu hak benar, maka seharusnya seorang muslim berlindung kepada Allah s.w.t. dari siksa kubur, dan bersiap sedia untuk menghadapi kubur dengan amal yang soleh, sebab selama ia masih hidup maka Allah s.w.t. telah memudahkan baginya segala amal soleh. Sebaliknya bila ia telah masuk kedalam kubur, maka ia akan ingin kalau dapat diizinkan, sehingga ia sangat menyesal semata-mata, kerana itu seorang yang berakal harus berfikir dalam hal orang-orang yang telah mati, kerana orang-orang yang telah mati itu, mereka sangat ingin kalau dapat akan sembahyang dua rakaat, berzikir dengan tasbih, tahmid dan tahlil, sebagaimana ketika didunia, tetapi tidak diizinkan, lalu mereka hairan pada orang-orang yang masih hidup menghambur-hamburkan waktu dalam permainan dan kelalaian semata-mata. Saudaraku jagalah dan siap-siapkan harimu, sebab ia sebagai pokok kekayaanmu, maka mudah bagimu mendapatkan atau mencari untung laba, sebab kini dagangan akhirat agak sepi dan tidak laku, kerana itu rajin-rajinlah kau mengumpulkan sebanyak mungkin daripadanya, sebab akan tiba masa dagangan itu sangat berharga sebab pada saat itu ia berharga, maka kau tidak akan dapat mencari atau mencapainya. Kami mohon semoga Allah s.w.t. memberi taufiq untuk bersiap-siap menghadapi saat keperluan dan jangan sampai menjadikan kami dari g olongan yang menyesal sehingga ingin kembali kedunia tetapi tidak diizinkan, juga semoga Allah s.w.t. memudahkan atas kami sakaratulmaut, dan kesukaran kubur, demikian pula pada semua kaum muslimin dan muslimat.

Aamin ya Robbal aalamin. Engkau arhamurrahimin, wahasbunallahu wani'mal wakiel, walahaula wala quwwata illa billahil aliyil adhiem."




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Sunday, October 01, 2006

Ter'rajin'

Tahun ni puasa rasa letih sangat. Tak Tahu apapasal. Dah tua agaknya …tiap hari bila bangun dari tidur tu, rasa macam tak nak bangun aje. Badan letih sangat. Biasanya maklang tak makan sahur, Cuma minum air dan makan ubat aje. Perut tak boleh terima makanan pagi2 ni. Daripada makan lepas tu keluar balik, baiklah tak usah makan. Tak tahu kenapa, sejak lepas dapat Dhirah dulu, kalau sahur tak boleh makan nasi. Kalau makan nasi, masa mandi tu mesti dia keluar balik. Muntahlah segala2nya. Lepas tu cuba makan telor dengan roti. First few days OKlah, lepas tu jadi yang sama. Then try makan korma aje, lepas tu sama jugak. Last2 give up. Minum air kosong aje. InsyaAllah dapat jugak pahala bersahur tu….



Last weekend tak ada rasa berweekend pun. Sibuk betul (telekong dan tudung tak habis jahit lagi...Alhamdulillah permintaan masih ada tapi tak ambik dah as of semalam!). Nasib baik cik Abang volunteer nak masak. Steak2 yang dah kat dalam fridge hari tu dia bakar atas pan. Lepas tu dia prepare salad. Maklang tinggal buat mee goreng aje. Goreng 5 bungkus mee, dapatlah sedekah ke jiran2. Hari Jumaat tu ikut tekak Mayalah. Dia nak makan mee goreing. So, mee goreing it is. Yang lain ikut aje. Jiran depan rumah hantar cream caramel….sedap betul. Maklang pulak lama dah tak buat. Tu feberet Wan tu. Seronok tengok anak2 dan bapak anak makan. Sendiri pun seronok jugak makan. Nasib baik meal once a day, so bolehlah makan lebih sikit.


Semalam pulak hari leftovers. Leftovers leftovers jugak, tapi still ada ayam goreng and sayur goreng. Yang lain2 lauk dah 2-3 hari, belen2 lauk tu. Fridge dah penuh… Lepas tu ter’rajin’ pulak nak buat cucur bilis dan roti sardine celup telor. Kak Yah, teman sepejabat pulak hantar bubur lambuk, kuehsekaya dan onde2. Si Dhirah terlompat2 semacam masa bukak bekas2 kueh tu....gelihati pulak tengok. Macam budak kecik. Badan dah besar macam mak so..tu yang mak rasa pelik!


Maklang sempat jugak rebuskan sosej tu. Lepas tu buat kuah daging cincang dengan tomato. Ingatkan nak buatkan macam coney dog kat A&W tu, tapi tak jadi pulak sebab roti untuk sosej tu tak ada. Last2 makan macam tu aje, without the roti. Habis jugak...Alhamdulillah...


Semalam, Cik Abang pun sibuk sebab dia ter’rajin’ buatkan shelf untuk kat bawah dapur tu. Ingatkan dia buatkan rak buku aje kat atas, rupa2 dia buatkan jugak rak kat bawah dapur tu. Seronok tengok rak tu. Sebenarnya dah rancang 2-3 bulan lepas, tapi semalam baru jadi kenyataan. Thank you Bang....(tak boleh letak sayang, kang ter'syok' lak bulan2 posa nih!)


So, today dah kerja balik. Petang ni Dhirah request suruh masak nasi tanak. Tapi kena ikut spec Angah sebab Angah tak boleh makan udang dan sotong. Kalau ada yang minat nak makan nasik tanak, resepinya di bawah ni:



Nasi tanak ( resepi dari Mak Tok kat Air Hitam)


2 put beras basmathi/ beras biasa pun boleh
2 put air direbus dengan ayam untuk dijadikan stalk (air rebusan ayam guna tulang2 ayam-tapi kalau tak nak pun tak apa)
Sehelai daun pandan
10 ekor udang
4 ekor sotong dihiris
Sedikit ayam dipotong kecil2
Sedikit daging cincang
Sebungkus fish ball dibelah 2
Sedikit mixed vegetable
Sedikit kobis bunga dipotong kecil
Sedikit garam mengikut rasa


Bahan a:
2-3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
2 biji lada merah
2 biji lada hijau


Sedikit minyak untuk menumis.


Caranya:

1. Bahan A dikisar halus. Panaskan minyak dan tumis bahan A hingga naik bau.

2. Masukkan ayam dan daging dan gaulkan. Masukkan sotong dan udang dan goring lagi.

3. Masukkan fish ball dan air dan daun pandan. Apabila menggelegak, masukkan beras. Apabila nasi sudah hamper masak, masukkan bunga kobis dan mixed vegetable.

4. Hidangkan dengan telor goring dan sambal kicap yang maklang letakkan dalam posting lepas, untuk perisa.

Selamat mencuba. (Resepi ni pun makalang bagi sebab ter’rajin’ nak menaip… Rasanya Sherin ada mintak pada bulan2 yang lepas…Kalau bukan, tak apalah , sape2 boleh cuba!)


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....