Dari Teratak Maklang ~ 2007

Thursday, September 28, 2006

Sos-sos

Hari ni kita cerita pasal makan pulak eh… Asyik cerita pasal kehidupan harian maklang dan keluarga ni, nanti boring pulak. Tapi yang pastinya semuanya sihat, Alhamdulillah, semuanya berpuasa dan semuanya nak mintak mak/ isteri dia masak macam2. Tapi hari ni maklang masukkan entry pasal sos2 kegemaran Cik Abang saya. Mana tahu ada yang nak cuba. Bulan2 posa ni selalu ketandusan idea kan dan InsyaAllah dengan adanya resepi ni bolehlah jugak nak tolong2 bagi idea.




Sos kicap dan tomato.


Sos ni kami pick-up masa gi Jakarta dulu. Kami pergi makan kat kedai Sunda dan dia hidangkan sos ni. Cik Abang tang sos ni kebanyakkan dia sukalah buat menambah selera yang memang selalunya berselera.Alhamdulillah….


Bahan2 :
1 bj tomato yang fresh dipotong dadu
1 biji bawang besar dipotong dadu
5-6 biji cili padi di potong kecil2 (ikut suka kalau nak pedas lagi tambahkan lada tu)
Kicap manis tapi paling sedap guna kicap Bango atau ABC, produk Indonesia


Semua bahan2 dicampurkan bila nak makan. Sebabnya kalau digaul awal2 nanti air dari bawang dan tomato tu akan menyebabkan sos tu cair sangat.

Sos ni sedap dimakan dengan tempe dan tauhu yang digoreng kosong.




Sos tauhu dan tempe lagi

Bahan2:

4 biji lada merah
10-15 biji cili padi
5 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
Kicap Bango/ ABC atau Cap Kipas Udang yang manis.


Bahan2 diatas, dicuci dan digoreng dalam minyak yang panas selama 5-10 mins sehingga agak layu. Angkat dan toskan. Kemudian di blend dengan kicap Bango atau ABC. Kalau tak ada boleh guna kicap Cap Kipas udang tu. Tapi tambahkan lagi bawang putih dan bawang merah supaya pekat sedikit. Kicap tu quantity nya biar menutupi bahan2 tu bila dah masuk kat dalam blender tu. Agak2 dah boleh blendlaa. Kalau sikit sangat nanti blender tu tak mau pusing. Blend sampai bahan2 tu hancur.

Lupa pulak. Sos ni pun sedap makan dengan tauhu dan tempe. Perisa you…nak cecah dengan keropok pun sedap.



Sos Rojak India or rather Kuah Rojak India

Biasa tak makan rojak India? Macam biasalah Pak Lang kalau rojak2 ni memangle feberet dia. Nak buek camno. So terpaksalah maklang mintak resepi ni dari my late MIL. ( Moga2 rohnya dicucuri Rahmat....)


Bahan2:

2 cawan lada kering yang diblend
Air asam jawa 8 cawan. Jangan terlalu pekat nanti kuah tu masam pulak.

½ packet biskut marie yang diblend. Ni pun ikut kepekatan.
1 cawan kacang tanah yang digoreng dan diblend kasar
1 cawan gula merah dan sedikit gula putih. Yang ini kena adjust ikut kemanisan yang kita suka.



Mula2 masakkan lada dan air asam jawa sampai menggelegak. Lepas tu masukkan biskut marie tu. Hati2 ye, biskut marie tu seeloknya di gaul dengan air biasa dulu sampai sebati. Lepas tu baru masukkan dalam kuah yang mendidih tu. Masukkan gula merah dan gula putih mengikut rasa. Masakkan atas api kecil supaya tak hangus. Resepi memang garamless. Tapi kalau nak masin sikit, tambah le garam tu.

Sedap makan dengan cucur udang, cucur kelapa, kentang , telor, sotong celup tepung, sengkuang dan timun yang dihirs nipis. Kalau dah campur semua, jadilah Rojak India.


Sebenarnya ada sos2 lagi tapi malas lah nak taip. Jari ni pun puasa…so nanti rajin maklang masukkan lagi. Untuk Shireen, InsyaAllah ada masa, maklang letakkan resepi nasi ayam tu.



Selamat memasak.....



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Tuesday, September 26, 2006

Dah balek

Malam tadi Cik Abang call entah berapa kali agaknya barulah maklang tersedar dari tidur. Letih sangat agaknya. Malam2 tu dok menjahit and then tengok 24 yang tak khatam2 tu. Lelap mata dekat dekaaat pukul 12:00am. Tak larat nak tunggu. Sedar2 aje phone kat sebelah telinga tu bunyik.

“Assalamualaikum…Tolong bukak pintu Abang dah sampai!”

Dalam pisat2 tu, maklang offkan alarm dan terus turun kebawah nak bukak gate rumah dan pintu masuk. Seronok jugak Cik Abang dah balik, tapi memang mengantuk sangat2. Cik Abang memang excited laa nak tunjuk apa yang dia beli.


So, dalam mata pisat2 tu and ngantuk tu, tengok jugaklah apa yang Cik Abang beli. Tak banyak barang sangat sebab duit Ostolia mahal. Almost kali tiga duit kita. Mana boleh tahan. Ada jugak souvenir dia beli untuk kawan2 dia dan ada jugak untuk anak2 dan isteri dia ni. Banyak2 tu yang paling maklang suka sekali are the Ceramic Timbles tu. Dia kata dia belikan memang especially untuk maklang sorang. Sebabnya kebetulan masa dia nak pergi hari tu, maklang dok sibuk cari timble untuk nak pakai kat jari yang dah kematu sebab jahit manik kat telekong dan tudung2 tu. Tapi timbles tu mahal jugak , sebijik dekat 4-5 inggit. Dia beli 6 , dah dekat 30 hinggit. Kat timble tu ada gambar kecik2, tempat2 di Ostolia tu. Maklang suka jugak kat Ceramic plates yang ada gambar asli Ostolia tu.Apa kenama dia Abroghini(?-spelling) Memang suka gantung2 kat dinding rumah tu. Satu lagi yang best, dia belikan gelas kecik untuk nak buat souvenir. Petang nanti nak kena susunlah dalam lemari.


Tak puas lagi nak berbual dengan Cik Abang sebab nak kena gi opis. Petang ke malam nanti lepas terawih agaknya baru ada masa nak cerita panjang…


Lega Cik Abang dah balik. Petang ni buka cadang nak buat nasi ayam. Ni all time feberet. Lagipun Angah dah lama request suruh masak nasi ayam. Mintak2 sedaplaa, InsyaAllah…

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Monday, September 25, 2006

Selamat kembali Cik Abang Sayang....

Sekejap aje dah 5 hari. Kalau nak kata tak terasa yang Cik Abang is not around, memanglah tipu. Kalau dia tak ada memang senyap sikitlah...Suara dia garau dan kuat. Nak2 bila tengah marah kat anak2. Tapi ni jarang2. Tapi even bila dia cakap suara dia kuat...macam ala2 dee jay radio tu....


InsyaAllah tengahari ni sampailah dia kat Singapore. Dalam 1pm agaknya, tengahari flight ke KL pukul 2 lebih and then ke Kuantan about 9pm. Mintak2 dia dapat ambil earlier flight dari KL ke Kuantan tu. Tapi dekat sangat dengan flight dari SQ tu tiba. Takut tak sempat aje. Tapi nasib baik ada lounge untuk beristirehat. Kalau tak capek bangat.


Anak2 excited sangat Abah nak balik. (Macam mak anak tak excited!). Si Minah Over tu sibuk kata Abah belikan dia Kangaroo kecik - anak patung agaknya. Yang lain2 tak tahulah Abah belikan apa. Tapi pastinya menarik. Dia kata ada beli keychain dan serba sedikit souvenirs. Tapi memandangkan tukaran duit terlalu tinggi tak banyaklah yang dia beli. Lainlah kalau ke Indonesia, duit dia jadi juta2...boleh berangan jadi orang kaya!


Semalam masa buka puasa, kami buka kat ruang tamu kat depan. Rasa seronok pulak buka kat depan tu. Lega sikit sebab ruang tu besar sikit. Anak2 tanya apasal makan kat luar. Maklang kat tak ada ape. Bila buka ni makan ramai2 jadinya kena tempat luas sikit. Biasanya kami makan kat dapur. Dan selalunya tak bersama. Jadi tak apalah sempit sikit. Tak ada masak apa sangat cuma buat Ikan cencaru sumbat belakang, sayur campur dan telor goreng masak tomato. Lepas tu buatkan anak2 bubur jagung dengan sagu mata ikan. Budak2 memang suka ni. Lagipun paling senang. Satu tin susu cair, 2-3 sudu gula pasir, 1 tin sweetened jagung dan 3-4 sdb sagu mata ikan. Tambah air 2 cawan supaya tak berapa pekat. Kalau nak wangi letak daun pandan. Letak atas api perlahan dan didihkan sampai sagu kembang. Kalau terpekat pun tak apa sebab rasa macam puding. Cubalah mana tahu ada yang gemar....


Oklah nak siap gi opis.Till later...


Selamat kembali Cik Abang sayang...



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Sunday, September 24, 2006

Selamat Berpuasa...

Assalamualaikum semua...Alhamdulillah tiba juga Ramadhan yang dinanti2. Ada yang suka dan ada yang berduka. Ada yang suka nak puasa dan ada yang tak ingin nak berpuasa. Ada yang nak puasa tapi tak boleh berpuasa. Nak buat macamana dah fitrah manusia. Mintak2 kita tergolong dalam yang suka nak berpuasa dan moga2 puasa kita diberkati Allah , InsyaAllah...



Anak2 semuanya dah boleh berpuasa. Cuma Hakim aje masih dalam training. Tapi hari ni pun tak tahulah samada dia nak puasa ke tak.Sekejap kang dia kata dia nak, tapi sekejap lepas tu dia kata tak nak pulak. Nak paksa2 kesian pulak sebab umur baru 5 tahun. Harap badan aje besar. Tapi Maya yang halus tu rajin benar berpuasa.Last year pun dia tinggal cuma 2 hari aje.Tu pun sebab dia demam.


Sekarang ni pun masih macam dulu lagi, masih ada ungkapan," Siapa tak puasa maka dia tak boleh nak raya". Dan Alhmadulillah bila cakap macam tu, seolah2 satu semangat untuk anak2 ni berpuasa. Sekarang ni kalau nak upah puasa pun cuma Maya dan Angah. Hakim tunggu tahun depan. Along tak perlu dah upah sebab dah wajib.


Kalau bulan puasa ni maklang memang pening sekali. Nak2 bila nak masak untuk berbuka. Memang biasanya maklang masak. Kalau beli pun kueh2 aje. Tu pun sikit2 aje. Sebab kalau beli banyak2 memang tak habislah jawabnya. Kalau masak tu biasanya nasilah. Senang untuk nak buat sahur sekali. Kalau masak mee, pagi2 besok susah. Lagipun mee tu tak mengenyangkan macam nasi.


Satu hal lagi kalau bulan puasa ni opis selalu organize makan dengan Client. Tapi maklang selalunya turn down aje sebab tak sampai hati nak tinggalkan anak2 dengan Cik Abang makan dengan Bibik. Cik Abang cuma akan pergi kalau invitation tu untuk sekeluarga. Kalau cuma dia saje, atau dia dengan maklang aje, pasti kami tak pergi. Memang kesian kat budak2. At least bila berbuka bersama tu rasa seronok dia semacam...Best gitu.


Tahun ni kami tak dapat nak sambut first day puasa bersama. Abang nun jauh disana. Tapi ALhamdulillah Atok dan Wan yang dikasihi ada bersama. Alang dan Uncle Jai dengan si Ucop Santorian pun ada kat sini. Tapi mereka akan balik ke KL hari ni.Tak dapatlah nak berbuka bersama. Atok dan Wan pulak akan balik lusa lepas Cik Abang balik sini.


Tak sabar nak tunggu Cik Abang balik.Tiap2 malam kami call dia. Entah berapa lah kena duit fon bulan ni. Sengkek le poket ni...


Oklah nak ke opis ni, kena cepat or else kang petang balik lambat pulak. Alhamdulillah bulan puasa ni, kami dibenarkan pulang awal sejam, tapi waktu lunch tak baliklah. Dapatlah nak masak2 kalau ada 2 jam before berbuka tu.



Untuk renungan semua sahabat2 yang dikasihi...
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHYIM

------------------------------------------------------------------------------

ASSALAMUALAIKUM WRB

Doa Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan :
"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya(jika masih ada);
* Tidak bermaaf-maafan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaaf-maafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka RasuLULLAH saw pun mengamin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah RasuLULLAH saw dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat??? AstagfiruLLAHal azzim…….
If there is a day, There Must Be a night
If there is a black, there must be a white
If there is a mistakes, there must be forgiveness
Mata ini selalu salah melihat....
Mulut ini acapkali salah berucap....
Hati juga kerapkali salah menduga.....
Suamiku, anak-anakku, emak, abah, adik-beradikku, adik-beradik suami ku, saudara-maraku yang dekat mahupun jauh, pelajar-pelajarku, sifu-sifu ku, semua kenalan dan sahabat-sahabatku dan seluruh umat Islam di muka bumi ALLAH ini,
Kumohon kemaafan tidak terhingga, di atas segala kekhilafan yang pastinya ada....
Sekiranya masih ada hutang yang belum selesai, mohon diberitahu secepat mungkin….

===== Mohon Maaf Zahir dan Batin ======


------------------------------------------------------------------------------

MARHABAN YAA RAMADHAN
Assalaamualaikum wrb.
Marhaban ya Ramadhan,

Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan doa kita dimakbulkan,
Sungguh cantik kain pelikat, dipakai orang pergi ke pekan.
Bulan Ramadhan semakin dekat, salah dan silap mohon dimaafkan
Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.
Sebelum cahaya syurga padam, Sebelum hidup ini berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,
Saya mohon maaf lahir dan batin....
Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,
Marhaban Ya Ramadhan
Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan
Ya Rabb, berkati kami pada bulan Sya'ban dan pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan,
Amin.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA 1427H
SEMOGA IBADAH KITA DI BULAN RAMADHAN KALI INI ADALAH YANG TERBAIK SEPANJANG HIDUP KITA DI BUMI MILIK ALLAH INI, AMINNN YA RABBAL ALAMIN…...

Wassalamualaikum wrb


Cik Abang, this is for you. From Kak Elle.

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Friday, September 22, 2006

Semangat ku terbang...

Gambar lama....entah kat mana pun dah lupa...tapi pastinya tengah bercanda di tepian pantai....






Tak tahulah apapasal. Rasa macam tak ada mood aje nak berblog. Mungkin semangat dah terbang dengan Cik Abang yang jauh nun di sana. Hari ni belum dapat khabar lagi dari dia. Agaknya sibuk berjalan2. Ada sms kat dia tadi petang tapi masih belum berbalas. Bimbang jugak ni.



Kami tiba dari KL lebihkurang jam 4:40pm tadi.Dari rumah sepupu tadi naik cab. Malas nak susahkan orang so ambik cab aje dari rumah dia ke KL Central. Oklah tapi jalan jam sikit. Tiba kat situ lebih kurang 8:30am. Bas bertolak jam 9:00am. Sambil tunggu2 tu dok berbual dengan penumpang2 kat situ. Dia kata dia datang melancung dari Jakarta, on honeymoon agaknya.Tadi masa dah naik bas tu rasa, Oh...adventurous jugak aku ni...Maklumlah dah lama tak naik bas. Sorang2 pulak tu. OK jugak. Masa perjalanan lebihkurang 1 jam. Mula2 taklah rasa pening, tapi bila bas dah mula nak sampai atas tu, dengan jalan pusing2 rasa mabuk jugak. Cubalah lelapkan mata, tapi tak mau pulak dia.Bas berenti kat Skyway tu. So, maklang tunggulah Alang. Sambil2 tu baca buku 'Willow' tu. Sedap jugak, tapi sayang tak boleh continue lagi. Ada 3 helai telekong belum sulam dan enam helai telekong belum letak manik. Rasa macam nak pengsan. Semua nak pakai raya. Entah sempat entah tidak. Tapi doa2kanlah ye...sambil2 menjahit ni dapat jugak nak mengkhatamkan Al-Quran. Nampak2nya bulan puasa ni nanti, kena puasa bloglaa...


Paklang Ok kat Perth tu. Malam tadi dah call.(Ni tulis pagi 23.9.06 pulak) Dia kata seronok. Kalau ada rezeki, nak jugak bawak kami ke sana kata dia. Tapi maklang rasa down lah dia tak ada. Semangat ku bagai dah terbang bersama dia....Che waaah...jiwanglaak ni...



Selamat menunaikan ibadah puasa semuanya...


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Wednesday, September 20, 2006

Lotehnya...

Ingatkan tak sempat nak berblog hari ni. Almost all day on the road. We left the house at about 8:15 am tadi pagi. Lepas anak2 semuanya dah kesekolah, after all the hugs and kisses barulah lega nak lepaskan mereka. Sedih pulak nak tinggalkan mereka.Walaupun Atk dan Wan ada, tapi masih rasa sedih sebab biasanya mesti one of us ada kat rumah. Ni dua2 tak ada, tinggallah mereka dengan atok dan wan dan bibik.Yang maklang risau tu takut if mereka dok bergaduh aje, and tak dapat nak dikawal!


Kami tiba di Kuantan before 10:00am. Cik Abang kasi chance maklang duduk kat business class. Sebenarnya tu tiket Paklang yang dia dah upgrade sebab banyak voucher. Dia kata tak apa, dia duduk dibelakang aje. Rasa macam jakun pulak duduk kat first class, lama dah tak naik first class nih…


Setibanya di KL,kami terus cari kaunter tiket unutk nak keGenting. Cadang2 nak tumpang Alang unutk nak balik Kerteh nanti sebab kalau nak fly, Cuma ada flight pukul 4:40pm aje. Baik naik bas ke Genting and meet Alang kat situ sebab dia pun nak ke Kerteh.


Lepas tu kami ambik taxi untuk nak gi soru kat ‘delicious’ kat Bangsar Village. Nak jumpa adek Cik Abang yang ‘hemsem’ tu le. As usuallah, kalau jumpa cerita-ceita, gelak-gelak and makan…makan…and makan. Manalah tak kembang. And yes the food was good. At first we thot that the portion tu besar2, tapi bila tiba memang le tak cukup. So, order lagi le.


We left the place almost 3:00pm and we took a taxi ke TAR. Nak gi beli kain putih unutk nak buat telekong. Sementara tu Cik Abang perg cari plug dia dan paying (atas nasihat kak elle dan travel agency tu). Bila dah dapat apa yang kami nak tu, langsung balik rumah Alang. Punyalah letih. (Maklang yang tinggal kat rumah ni dah penat, apalagi Paklang yang tengah on the way tu)


Sekian buat masa ni, I am too tired to go on…Good Nite!I am missing my Cik Abang and anak2 alredi. Moga2 Cik Abang tiba di destinasinya dengan selamatnya, InsyaAllah. And may he enjoy his holidays....


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Tuesday, September 19, 2006

Masih feeling good...

Baru nak seronok....malam tadi mesin lama pulak macam nak buat hal aje. So stoplah. Tak dapat nak habiskan satu telekong tu.Nasib baik ada yang baru bolehlah diteruskan my ‘production’. Or else kilang tutuplah 2-3 hari. Nasib baik besok pagi dah terbang ke KL sebab hari Khamis ada course kat KL office. So, definitely kedai jahit tutup 3 hari. Tapi masih boleh bawak yang dah siap tu ke KL. Malam2 tak ada kerja bolehlah jahitkan manik2 tu. Seronok betul bila tengok hasil kerja tangan sendiri. Tapi paling seronok bila kita jahit baju, anak2 kita pakai. Kalau jahit baju suami, suami kita pakai rasanya macam kita yang sedang peluk2 dia….Mulalah nak menjiwang sekarang ni.


Sambil2 tengah menaip ni, maklang tengah tengok ‘turenty four’. Hakim sebut turenty four. Malam tadi Paklang dah khatamkan sampai Chapter 8, maklang tidur half way. So, sambil mesin tu jalan, maklang menaip, TV tu on, so banyak lah kerja boleh siap sekali jalan. InsyaAllah....bolehlah siap.


Maklang kalau cerita turenty four ni memang suka sangat. Dah ada 3 musim dengan maklang. 1st dan 2nd tengok kat TV je, so bila tahu ada kat DVD, adek maklang yang kat JB tu tolonglah belikan. Share2 ngan dia sebab dia pun memang ‘hantu’ cerita ni!. Cik Abang pun sama, so menjadilaaa…


Malam tadi sempat jugak maklang berbual2 dengan widaad98. Dapatlah dengar suara dia yang merdu tu. Lama dah rasa nak berbual2. Paklang beritahu ada mail kat mailbox dia sebab maklang guna mail dia. Bila Paklang beritahu malam tadi, terus aje capai talipon dan bual2 lah sat. Tak ada cerita apa2 pun Cuma pasal anak2 je. Lagi pun kami jauh, tak boleh cakap lama2. TQ sebab melayan maklang berbual dan maaf sekiranya mengganggu. Bagus jugak berblog ni, selain dapat pengetahuan pasal family ke atau apa2, dapat jugak berkawan. Tapi kena pilih2 jugak sebab tak semuanya sealiran dengan kita. Ada yang kita boleh get along, ada yang kita jem. So, kena berhati2lah. Tapi setakat ni yang maklang dah jumpa dan berbual, nampak2nya semuanya sealiran dengan maklang. Moga2 orang sebelah sana pun camtu lah hendaknya.nya. Ni pun , Insyaallah ada rexeki nak jumpa UBA hari Khamis ni. Tapi semuanya tertakluk pada masalaa....


Oklah setakat ni celoteh maklang. Ada masa besok boleh update lagi.


Untuk adek Jo….hensem is in the eyes of the beholder....kalau Cik Abang hensem, Jo pun sama jugak lee......tapi.....tapi Cik Abang manis ada lebih sikit je...….Lagipun bak kata Kak Roza she is amazed at the rupa yang begitu sama tu...…he...…he...…Tapi pada maam sure Jo lebih hensem! So, pergilah buat kerja tu, jangan dok tersenyum2 syok sendiri....hidung tu dah kembang semacam!....InsyaAllah we will see you tomorrow!

Bye and Assalamualaikum....

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Monday, September 18, 2006

I feel good...

Assalamualaikum.....Lama tak berjumpa. Pagi ni baru ada kesempatan nak menceloteh. Pak Lang dah tanya...Tak buat entry ke? Malam tadi layu sangat nak menulis. Tapi bila dah tengok '24' tu jadi melarat pulak. Last2 tidur pukul 12:30am. Tu pun baru habis CD no. 4. Lepas tu tak boleh tahan lagi langsung kami tidur aje. Malam tadi pulak hujan lebat....sedaaaapnya tido!



Ni pepagi dah bangun. Seronok betul rasa 2-3 hari ni. I bought a new toy for myself last Saturday. Lelap mata main beli aje. Dah 2-3 minggu dok pikir2. Last2 beli aje. Cik Abang senyum aje. Tanya kalau dia marah ke dak, dia kata tak, so go ahead lah...
The feeling is soooo gooood!Tu pun salah satu sebab dah 2-3 hari tak masuk entry.


Last weekend as usual was a busy one. It started so nicely when we (me and my darling Cik Abang) berenti kat tepi jalan kat Balok tu, to be exact kat depan Balai Polis Balok, nak tunggu Kak Roza. She was already on her way to work. At first we thought of dropping the telekong at her house, tapi bila dia call we made a decision to meet kat tepi jalan. It was a good feeling to meet her. Thanks kak...for wanting to meet us also.

The first thing she said was Cik Abang look exactly macam adek dia ....hensem cikit je dari adek dia...sebab Cik Abang ni manis orang nya...(bab ni maklang yang tambah!)En. Jo...jangan marah...I gurau aje...It was a very brief meet as both of us were rushing. Maklang nak jumpa Gynae at 9:00am tu, sebab kalau lambat tiba nanti sure lagi lambat dapat jumpa Dr. Orang ramai! Kak Roza was rushing for work. Thanks again Kak...


Then off we went to KM*C. Lama tunggu Dr. Sambil2 tunggu tu sempat jugak nak kemas2kan tudung sulam yang berserabut tu. Dalam buat2 tu mata ni sempat gak tengok kat sorang adek ni bermanja2 dengan Abang dia. Siap letak2 kepala kat dada Abang dia. Dua2 duduk kat sebelah maklang. Yaaa...kat public pun nak buat cam tu. Malu eden. Ingatkan maklang sorang aje perasan rupanya Cik Abang pun nampak...Muda lagi adek tu tapi Abang dia macam dah berumur. I was thinking...no. 2 agaknya...or maybe...laki2 tu kawin lambat! Anyway...Lantak dia laaa..After dah jumpa Gynae tu which was about 15 mins ( I am Ok kata dia. Kalau everything goes well boleh jumpa in 2 months, kalau tak kena datang lagi in a month's time), pergi jumpa Dr. A nak hantar telekong untuk wife dia. Alhamdulillah hari ni 2 helai dapat sales.


Lepas tu kami pusing keliling Kuantan. Ingatkan nak gi ke Fella kat Jalan Beserah tu , tapi tutup pulak. Kawan maklang ada pesan suruh tolong belikan dia meja dining untuk 8 orang. So, tak ada kat situ kami pergi ke jualan Gudang Fella kat depan Kolej Shahputra tu. Entah apakenama dewan tu. Kat situ nak pilih langsir pulak. Kawan pesan jugak. Sambil2 tu mata sempat dok melilau tengok sofa...Terpikat nya banyak...tapi mana boleh beli bebanyak...nak bayar dengan apa. Maklng ngan Cik Abang kalau dah tengok furnishing ni memang mabuk. Dekat 2 jam kami kat situ. Lepas tu Cik Abang gi sembahyang kat masjid Besar Kuantan and maklang dok lepak kat kedai2 renda and kain. Wan ada pesan belikan dia kain plain. After solat Cik Abang gi tukar duit Aussie kat Hamid Bro tu. Ialah orang nak gi jalan...Kena tinggallah saya ni.... Then kami gi makan kat Gi@ant tu. Then did some groceries and lepas tu gi ke rumah FIL hantar kain2. Sat aje kami kat situ and then bertolak balik. Reached home almost 7:00pm dalam hujan lebat. Barang2 dah sampai. Lepas soru kami susun perabut2 yang kami beli. Nasib baik 2-3 barang kecik2 aje, or else mana nak letak kat rumah yang dah memang crowded ni...


Hari Sabtu, maklang full time kat bilik jahit ni. Makan tengahari Cik Abang siapkan.(Thanks sayang...) Makan malam anak2 bakar burger and sosej but maklang tak makan pun. Wooo...berat naik sebab dah 2-3 minggu ni makan sedap aje. So for now ni...makan malam is off for me...InsyaAllah turun balik kot...The best part of the day, apart from the BBQ, was when I bought my new toy. Tak sabar2 rasanya...So, InsyaAllah, I will be having it for the rest of my life. Cuma yang tak bestnya kena keluar duit untuk nak membayarnya....Ni kena buat sales bebanyak supaya tak perit nak bayo....


Oklah dah lewat ni nak siap gi office pulak....See you all later. Have a great week!




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Saturday, September 16, 2006

Dimana kan ku cari ganti.

Salam untuk semua,

Ni Pak Lang pulak yang tulis hari ni. Pak Lang jadi penulis jemputan. Mak Lang seperti biasa tengah busy dengan dia punya tudong.

Buat sulam pada tudong nya,
lepas tu bersihkan sulam kat belakang tudong nya,
lepas tu jahitkan manik yang cantik di tudong nya
lepas tu tampalkan batu kristal tu pada tudong nya
lepas tu baru lah boleh hantar pada customer nya.

Lepas tu ulang balik chorus tu sekali
dan sekali lagi sampai 15 kali...
mana lah Mak Lang tak busy.


Jadi macam puisi pulak. OK tak.

Hari ni PakLang nak cerita
hal hari ni, hal-hak kita.
Nak merekodkan apa yang terjadi.
sebab MakLang is busy, tak ada entry
Hari ni.


Kaki Paklang ni sakitlah sikit,
uric acid ada tinggi sikit
Allupurinol tetap makan, 300 mg per day
Pak Lang tak tinggal..every day

tapi hari ni Pak Lang buat BBQ
Untuk lunch bagi isteri, anak and mentua ku
mungkin makan daging sikit lebeh,
itu pasal kaki ada sikit sakit, wei.

Lepas lunch tadi bedenyut denyut
tapi Pak Lang tahan, baring terus hanyut
mata ku lelap tidur pun sudah,
surak kabar habis dibaca, majalah pun dah

tapi kaki paklang masih sakit.
Mungkin sampai esok, kena tahan lah sikit
Voltaren ada, didalam peti
tak nak makan, eksyen - simpan dalam hati

Besok agaknya pulih lah kembali
sakit kaki Paklang ni sekali lagi
Dah lama jadi macam ni
Makan kena jaga setiap hari

Oh angin sampaikan lah salam ku ini
pada pembaca yang mengenali
Hari ini MakLang tak ada entry
Ni PakLang sebagai ganti

Sekian, jumpa lagi dilain hari
Nukilan orang yang sakit kaki







Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Thursday, September 14, 2006

What I do best....

Alamak....bila Paklang dah mula mengkomen, habis dah idea maklang nak bercerita. Ada jugak yang mengkomen, asik2 cerita pasal makan aje. Manalah tak tombam. Habis nak cerita apa lagi ek?


Malam tadi, as usual maklang sulam telekong lagi ( tak habis2..). Lepas solat Maghrib tu, Cik Abang terus mengadap laptop dia dan maklang mengadap mesin jahit tu. Dekat pukul 8:00 malam tu, si Macho masuk kat bilik study cum bilik jahit tu dan terus gi kat Abah dia.


“Abah..Abah janji kalau pukul lapan kosong kosong, Abah nak bagi Akim main kompute? Ni dah pukul lapan satu kosong, Abah tak nak kasi lagi Akim main”


“Alah..Akim ni, Abah nak buat kerja Abah ni..…” Walhal, Abah tu bukan buat kerja apa pun, dia dok menggoogle tempat2 kat Perth, kat mana nak pergi melawat dan kat mana nak menyopping souvenirs. Cara menggogle souvenirs tu macamlah tsunami dah datang…hujan renyai pun belum lagi...…hu....…hu...…hu...…


Abah memang tak tahan kalau Hakim dan mula mendesak. Pening kepala dia, langsung di bagi anak bujang yang macho tu main laptop dia. Kalau biasa2 senang, Hakim main desktop kat bilik study dan Abah atau mak boleh guna wireless pakai laptop. Ni wireless dah kong entah apasal, so kena guna stramyx ajelah. Leceh betul.Sib baik mak tak rebut2 dengan Abah nak guna PC. Nasib baik mak dah minat ke arah lain…


Hakim kalau main PC suka ke game Disney Channel tu. Main kayaking lah, lumba motor lah dan entah apa2 lagi tak tahulah maklang. Yang paling tak tahan tu dia selalu suruh maklang tengok apa yang dia main.


“Mak...mak...tengok ni Akim bawak motor ni…sampai senget2 tapi tak jatuh pun…”


“Ya..ya...mak nampak!” Walhal mata kat mesin jahit. Kalau layan dia mesti tak siap kerja ni kang. Kalau pandang kat PC ni mau terjahit pulak jari2 mak dia ni.


Bila dah pukul sembilan satu kosong, Abah datang balik kat bilik tu. “Alah...…Akim tengah main lagi. Abah nak guna PC nak buat kerja boleh tak?”

“Tak bolehlah Bah…. Akim baru nak main game ni”


Abah pun dengan frustnya masuk kebilik tidur semula. Kesian tengok dia.


Lepas tu, maklang pun menggunakan what I can do best....part pujuk memujuk ni.


Bisik2 kat teling Akim. “Kim..…Kim...…Kalau Akim kasi Abah guna PC, malam ni Akim boleh tidur ngan mak. Akim nak tak?”

Langsung aje dia ngangguk. Dia keluar aje, maklang pun gunalah dulu PC tu nak masukkan entry. 15 mins je. Lepas baru panggil Cik Abang.

Dia pun surprised macamana maklang boleh pujuk anak jantan dia supaya let go of the PC. This is what I do best...pujuk memujuk and nak2 kalau pujuk Cik Abang....So Cik Abang...ada apa2 nak komeng????


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Wednesday, September 13, 2006

Komplot Sorok...

Dua tiga hari ni kat office dah sibuk semula. Kat rumah macam biasa ajelah , kalau tak duduk menyulam, menjahit manik kat telekong. Kalau tak pun sembat baju2 kurung pulak. Ada sebakul tu kat bilik tempat maklang menjahit. Tu pun masih nak gatal tangan nak gunting kain2 yang baru beli kat KL tempohari. Takut tak cukup masa aje nak menyiapkan semuanya, kalau boleh sebelum puasa. Ada 3.5 helai telekong lagi nak kena sulam. Ni Angah dan Along pulak, tak tahulah if dia nak ke pakai baju dari pilihan kain yang beli kat KL tu. Kalau nak tambah kerja lagilah.



InsyaAllah Atok dan Wan tiba besok. Mulanya ingatkan hari ni mereka sampai, tapi tadi Wan kata tak jadi sebab Atok ada appointment dengan Dr kat UH besok pagi. InsyaAllah tak ada apa aral, tibalah tu besok.


Tadi pagi iye2 maklang masakkan daging salai masak lomak cili padi dengan belimbing buloh untuk Atok dan Wan. Tup tup Atok kata tak jadi pulak sampai hari ni. Tak apalah , nanti bakar daging lagi this weekend InsyaAllah, boleh masak lagi. Lagipun ada sikit aje daging tu. Terperanjat jugak masa tengok tadi. Apasal ada sikit sangat daging tu. Seingat maklang masa masukkan kat Tupperware ice cream yang 1.5 liter tu last week, penuhlah. Tapi bila Bibik dah potong petang semalam ada sikit aje. Tanya kat bibik and dia kata si Angah dok makan aje. Entah bila dia bedal, tak tahu pulak. Yang heran tu, dia tau pulak kat mana kita simpan. In fact, kalau nak makan apa2 kalau tak makan cepat2 memanglah selamat semuanya.


Kalau dulu2 cik Abang rajin jugak beli coklat untuk nak makan sebagai pemanis mulut lepas makan nasi. Alah kalau makan pun sikit2 aje. Potongkan kecik2 then letak kat Tupperware, so bila nak makan tu ambiklah 1-2 potong kecik. Tapi kadang2 tak sempat apa2 petang tu semuanya dah gone. Bukan tak kasi makan, tapi budak2 ni kalau makan tak ingat orang lain. Selagi ada, selagi tu dia tala....Memang tak boleh tahan kalau macam ni selalu.


Satu lagi kalau beli cheese. Kalau yang 24 pieces tu kalau tak control sekali dia bedal 2-3 keping sorang. 2 hari dah selamat. Kalau Hakim boleh makan sampai 5 keping sekali. Tak larat wooo. Sebungkus cheese sekarang dah berapa hinggit. Kalau dua bungkus dekat RM 20 dah kot. Hakim pulak boleh bedal 5 keping sekali jalan. Dia buat macam biskut. Ratah macam tu aje. Sama kes jugak kalau beli Vitagen atau fresh milk. Sekali Hakim minum mesti nak 2 botol. Lagi banyak dia nampak dalam fridge lagi sedap dia togok. Kadang2 tu marahkan jugak. Kalau fresh milk sekali dia minum sampai setengah kotak besar tu. Kesian Cik Abang, everytime dia makan dia punya cereal (nak diet konon), mesti kehabisan susu.


Last2 kami komplot sorok makanan yang rasa2 dia orang terlalu suka tu kat fridge kat wet kitchen kat luar rumah tu. Kalau kat situ cheese boleh tahan sampai 2 minggu. Sempatlah maklang nak masakkan mereka omellette with cheese and mushroom untuk bekal mereka sekolah.


Apa mau buat, anak2 sendiri. Anyway, we enjoy feeding them. Bila cerita pasal anak2 susah makan ni, maklang selalu kata,’ Kalau anak saya pulak, kena cari ubat supaya berhenti makan....!’


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Tuesday, September 12, 2006

Result Periksa

Auntie Elle, anak2 cakap thank you so much for the presents. Angah esp was very2 happy sampai terlompat2 bila dia dapat the wallet. In fact everyone was very happy dan tak ada pun berebut2 nak hadiah. Terima aje apa yang Auntie dia dah beri. Ni tak tahu apa pulak kami nak bagi Auntie Elle. Orang berbudi kita berbahasa. Ingat nak sulamkan tudung panjang, tapi masa cari tudung panjang kat KL last weekend, tak ada pulak. Kalau yang 4 segi OK ke? Feberet colour??? Thanks again Auntie Elle. Hakim minat jugak kat Koala Bear punya pencil case tu but I told him tu untuk girls, baru dia diam!.



Semalam anak2 dah dapat dah keputusan peperiksaan OTI5 mereka. OTI ni makna dia apa maklang pun tak tahulah. Tiap2 tahun ada dalam 5-6 OTI. Masuk sekolah awal tahun, lebihkurang 1-2 minggu, anak2 dah mula periksa. Periksa ni dipanggil TOV for Take-Off Value. Periksa ni adalah unutk Cikgu mengenal pasti kat mana tahap ‘kecerdasan’ murid2 dalam satu2 kelas tu. Biasanya Periksa TOV ni memanglah teramat susahnya. Kadang2 budak2 tahun 4 ni di beri soalan tahun 6. Ialah nak tengok tahap mana mereka tu semua. Biasanya maklang tak kisah sangat periksa ni sebab memang tahu result anak2 sure terok punya. Cikgu pun kata periksa TOV ni memang payah and not to worry sangat if result periksa tu tak bagus.



Tengahari semalam, Angah balik rumah dengan muka masam.

“Mak Angah dah dapat result periksa!”

“Macamana? OK tak”

“Angah dapat 78 aje”. Pastu buat cebik2 muka dia. Konon2 sedihlah tu…

“Oh OKlah tu....Dulu kan lagi terok! Ni Angah dah improve banyak dah kan cuma kena tingkatkan lagi aje, InsyaAllah nanti OTI 6 Angah boleh dapat lagi tinggi”

Angah senyum aje bila kena puji. Maklang tak ada nak pressure sangat budak2 ni. Angah memang improve a lot dari periksa yang lepas. Maklang dah warn dia kalau terok lagi periksa kali ni, nanti maklang tak nak kasi dia jadi pustakawan lagi. Tu yang dia takut tu dan tak kasi dia jadi ahli PBSM. Sebenarnya maklang tak suka nak ugut2 tapi terpaksa sebab kalau tak gertak macam tu, pasti tak jalan punya.



Petang semalam pulak, Maya bawak pulang 4-5 kertas periksa dia. Terlompat2 dia dengan kertas periksa dia. Alhamdulillah markah dia baik2. Tu yang suka sangat tu. Tapi Maya memang cerdas sedikit berbanding dengan kakak2 dia yang lain. Dia memang teliti dan teratur. Kalau kerja sekolah tak payah nak supervise pun dia OK. Kalau dia tak faham aje dia akan tanya. Kalau tak, balik aje dari sekolah dia akan cepat2 ambik buku sekolah dia dan buat kerja sekolah dia. Tu time dia rajinlah. Kalau malas, kena jerit jugaklah...Alhamdulillah tak lah payah sangat nak suruh dia study.



Apa2 pun maklang berdoa dan berharap moga2 anak2 maklang akan jadi orang2 yang terpelajar bila besar nanti. Ingat Allah dan berjasa pada ibubapa mereka, InsyaAllah..Ni tak boleh nak tulis pepanjang. Macho tengah tunggu. Maklang sambil2 ni tengah sulam telekong, lagipun pakcik BTB suruh jahit2 dulu...tak kasi baca blog..he...he...




ALhamdulillah ada lagi 3 tempahan sebelum Raya, jangan tak sempat bubuh manik sudah. Semuanya nak pakai unutk gi sembahyang Raya...Ingat nak buat untuk Wan jugak, InsyaAllah...



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Monday, September 11, 2006

Apo nak dikato....

Petang tadi maklang terima e-mail dari senior maklang yang duduk serumah masa belajar dulu. Dia hantar gambar senior2 lelaki masa ada golf tournament 2-3 minggu lepas. Ramai jugak yang pergi main golf tu. One of them is my cousin. Bila tengok gambar depa2 ni macam dah tak kenal. My cousin tu of courselah kenal. Yang kelakarnya tu semuanya dah mengembang, macam kena letak baking soda. Ada tu maklang tak cam langsung. Mulalah perasan maklang jugak yang maintain dari dulu sampai sekarang. Of courselah muka dah nak kedut2 sebab dah tua dah. Tapi kemontelan maklang masih cam masa sekolah2 dulu. Abang2 ni kebanyakkan dah memboroi. Tapi orang kata kalau memboroi tu properous namanya...Betul tak?


Dalam seronok tengok gambar kawan2 lama ni sekali kakak yang hantar gambar tu beritahu yang one of the kawan2 tu dah berpisah dengan isteri dia. Maklang at first tak tahu pun tu husband to my housemate. Lagipun gambar tu tak berapa clear. Bila kakak tu beritahu, menggigil maklang. Sebab masa di Uni dulu dan masa kami serumah dulu, percintaan mereka berdua ni memang hebat. Sampai kami jadi marah sebab phone rumah tu asyik engage memanjang. Al maklum tengah hangat bercinta. Tapi tu dulu, sekarang lain pulak dah jadinya. Maklang kesian kat my exhousemate tu. Tak sangka macam ni akhirnya. Doa2lah moga2 rumahtangga kita2 ni semua akan kekal sampai akhir hayat. Tak nak ada yang tak baik berlaku....InsyaAllah.


Ni tak boleh nak berceloteh panjang2 sebab dah lewat dah ni. Sebenarnya tengah sulam tudung ni. Lagi tadi dah nak masuk blog tapi si Macho nak main game. So, terpaksalah bagi kat dia dulu. Ni dia dah tido baru aman mak dia pulak nak guna PC. Semuanya dah tido. Maybe Bibik belom kot. Maklang nak tunggu bunga sulam tu habis dulu, nanti baru boleh solat dan tidur. Selamat malam semua. Moga2 besok akan menjadi hari yang ceria buat kita semua, InsyaAllah...





Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Sunday, September 10, 2006

Seronok

Seronok…memang seronok kalau dapat keluar Kampong Baru ni. Anak2 seronok, mak anak seronok dan bapak anak pun seronok. Mak anak seronok sebab dapat jenjalan dan melawat sedara mara yang dah lama tak dikunjungi tu, anak2 seronok sebab boleh gak pergi makan2 macam Burger King tu dan dapat ponteng sekolah. Bapak anak pulak tak tau pulak ye sebab dia ke KL tu pun kena kerja. Kesian dia…masa dia tengah kerja, anak isteri dia pergi joli meng’shopping’ dan makan2.



Percutian kami yang lepas ni memang seronok. Cuma masa aje yang agak terhad. Kami tiba di KL lebihkurang pukul 10.30 malam. Bertolak dari Kerteh pukul 6:33pm, lepas Maya pulang dari sekolah. Perjalanan was smooth. Hujan turun dengna lebatnya masa kami di Hiway Kuantan Karak. Cik Abang drive seorang aje. Lega jugak sebab anak2 semua dah keslumberland. Sebelum tu bising jugak sebab melayan anak2 makan. Kami bawa bekal ayam goring, mee goring dan sikit nasi. Maklang dan Nadhirah puasa hari tu. Yelah hari terakhir puasa kada’. Kecoh jugak sebab kita sibuk nak buka dia pun sibuk nak makan. Nak2 si Macho tu. Cik Abang pulak maklang yang suap dia makan. Malas nak berhenti makan sebab nanti lewat tiba.



Sesampai di KL, kami tinggalkan Bibik di rumah Arwah Pak Itam di BD sebab Bibik yang dirumah tu memang kenalan Bibik masa di Jakarta dulu. Sekejap aje kami di situ, langsung kami ke hotel kami di KL Central. Siap2 check-in akhirnya kami tidur dekat pukl 12:30 pagi. Maya seronok sebab ni kali pertama dia tidur selambat itu (walhal tadi masa kat kereta tu, dia memang tidur memanjang!)



Besok pagi tu, lepas Cik Abang dah siap2 makan di hotel , dia belikan kami breakfast kat KL Central tu. Ada jugak bawa tuna dan roti dari rumah sebab anak2 ni kalau tak cukup makan kang lain pulak masaalahnya. Dalam pukul 9:00 pg tu anak2 sibuk nak ke simming pool. As usual Along yang temankan sebab maklang tengah sibuk nak tampal crystal kat tudung2 yang nak ship out hari Khamis tu. Ingatkan kejap aje nak siapkan, tapi sampai anak2 naik atas, barulah siap. Masa tu dah dekat pukul 11:00pagi. Selesai semuanya, kami bersiap nak ke Jalan TAR. Along tolong angkatkan kain2 Wan tu dalam bagpack dia dan sikit lagi maklang yang bawak. Tiba kat kedai tu, maklang pun mula memilih kain2. Kesian anak2 kenalah pulak tunggu mak dia memilih kain. Tau ajelah kalau nak pilih kain masa ada anak2 ni, kena cepat2. Si Macho dah mula resah sebab tak larat nak tunggu. Sibuk tagih janji nak bawak makan kat McD atau di KFC. Nasib baik kakak2 dia OK sebab mereka semua sibuk memilih untuk masing2. Angah aje entah berapa pasang. Terpaksalah mak membayar. Walhal baju Raya dah siap semuanya. Kalau dah dia mahu tu, tak beli kesian pulak. Along pun sama jugak!( Mak dia toksah cerita laaa..mesti ada jugak!). Keluar dari situ kami ke Princess nak tengok selipar Maya, tapi harga mahal2. Kensel, lepas tu kekedai riben pulak cari manik dan renda. Hakim dah bising, langsung lintas jalan dan pergi A&W. Sampai situ mulanya dia OK, lepas tu nampak berus gigi bear tu dia nak pulak. Sebelum tu kat kedai Riben tu dia mintak jam!. Lepas makan baru dia lega. Masuk kedai bata, dapat belikan selipar untuk Maya. Then mak pun masuk lah kat Euro Moda….oh syurga kain. Kalau OO minat nak beli Viscose, this is the place. Tengah offer , 3.5 m for 128 tapi kalau ambik 2 pasang, harga jadi 200. Oklah tu. Tapi ni yang ada batu2 tu. Yang biasa harga dia dalam 36/m. Pergilah OO, best…pasti seronok!. Then ke Gulatis pulak, tengok Viscose jugak, memang tergoda punya. Anak2 dah ditinggal kat Minerva sebelah tu. Along jaga. Sat aje kat situ dia dah call, kata nak gi kat Maklang. Then we walked bacak to kedai tudung kat Jalan Bunus tu. Selesai beli tudung, kami singgah kat Nagoya, beli kain untuk nak buat telekong. Then balik semula kat kedai kain yang memula tu sebab kami tinggalkan kain kat situ. Kesian bebudak tu. Dari situ baru ambik taxi balik ke KL Central. Anak2 bising…PENAT!!!! Rancang2 nak gi simming, tapi Maya, masuk aje dah terus terbongkang! Penat sangatlah tu! Sian dia. Along pun komplen kata, nak patah dah tulang dia dok angkat barang2. Thank you Along and Angah…for helping mak…


Petang tu Alang and Ucop datang. Ucop seronok dapat naik LRT. Malam tu lepas Maghrib, kami pergi makan kat Restoran kat PJ. Pukul 11:00 mlm baru balik hotel. Anak2 nampak happy…



Hari Jumaat tu anak2 tak simming lagi. Penatlah tu. Maklang sempat jugak jahit manik2 kat tudung dan telekong tu sementara nak tunggu anak2 bangun. Pukul 11:30 pagi kami keluar . Anak2 seronok sangat nak naik LRT. Agaknya sebab lama dah tak naik LRT. Hakim dan Maya, senyum aje. Nasib baik ada seat. Tiba di KLCC, Mak Enon dah tunggu. Macam2 Mak Enon bawak. Ada kek lah, ada karipap laa.. Manalah semuanya tak tembam! Asal jumpa ada aje makanan! Selesai sessi peluk2 cium2, kami ke Kinokunuya. Ni dah lama Along target. Selagi tak dapat buku yang dia nak selagi tu dia tak senang hati. So, borong buku lah hari tu. Maya beli 4 buah, Hakim 3, Angah 1 dan Along 2. Kalau tak control tu mau ghebeh poket. Lepas tu gi food court makan popia basah tu. Sedap jugak. Then kami ke ofiice Mak Enon yang terletak kat depan KL Convention Center. Jumpa jugaklah 2-3 orang kawan kami. Mereka dulu pun di Kerteh. Seronok betul. Rindu time2 mereka kat Kerteh dulu!.



Lepas tu, kami jalan balik ke KLCC. Anak2 nak makan Burger King. Maklang pun dah ada date dengan my senior kat US dulu. Dia kerja kat KLCC. Dia belanja budak2 tu makan burger king. Along pun sempat beli sushi kat Cold Storage sebelah tu. Lepas tu kami ambik LRT pulak nak ke Masjid Jamek. Penuh betul LRT. Suruh si Hakim and Maya peluk aje maklang sebab takut jatuh. Mulanya ingatkan malas nak berhenti kat situ, tapi bila piker kain2 untuk hadiah tu masih tak cukup, kami pun berenti kat Masjid Jamek. Kesian anak2. Kena jalan pulak ke kedai kain tu lagi. Sekejap aje kat situ dan kami jalan balik ke LRT Station. Anak2 nak naik LRT. Seronok kata Hakim. Penuh sesak LRT tu. Mereka berdua terpaksa berdiri sebentar. Nasib baik ada orang turun,dapatlah dia orang duduk. Maklang rasa seronok sangat bawak anak2 jalan. Tapi letihlah sebab kena jalan ikut pace dia orang. Kalau sendiri boleh laju2. Petang tu ingatkan nak simming lagi, tapi hujan lebat. Nasib baik. Lagi pun anak2 tu dah tawar hati nak mandi kolam lagi sebab Hakim kata dia dah kencing kat kolam tu. Patut pun semalam tu cepat aja mintak nak naik ke bilik, rupa2nya dia dah ‘melepas’ dulu!



Kami bertolak ke rumah Pak dan Mak Teh dalam pukul 6:30pm. As usual, kalau ada makan, mak Teh mesti masak macam2. Mana nak makan satay, pizza lagi. Ada pulak ikan terubok bakar yang letak pepes dalam dia, ada sup sayur, ikan masin berlada dan ada jugak ikan merah masak lemak. Kembonglah perut!. Lepas tu pudding jagung yang sedap tu pulak! Surrender betul...



Anak2 tinggal kat rumah Pak and Mak Teh. Hakim confident gila. Maklang tanya dia banyak kali, betul ke boleh tinggal. Dia kat OK. Hakim tak nangis. So, kami pun baliklah ke hotel dalam pukul 10:30 malam tu. Balik tu tidur terus. Sekali dalam pukul 12:45malam, Mak Teh call kat si Macho tu nangis, “nak Mak” Kesian mereka, kena hantar pulak si Macho yang tak berapa macho tu. Rupa2nya si Maya pun sama ikut balik. Sorrylah Pak and Mak Teh...susahkan awak aje.



Semalam kami bertolak balik ke Kerteh. Tiba kat rumah lebih kurang pukul 5:30ptg. Sebelum tu kami singgah makan kat Giant Kuantan dan singgah kat rumah Datok nak solat.



Seronok memang seronok kalau bercuti nih...Pagi tadi masa nak bangun lesu sungguh badan, tapi ni dah OK, Alhamdulillah...



Untuk Pak Teh and Mak Teh...Thank you for everything!

Untuk Alang….I nak sepasang viscose lagi...he..he…Nanti bawak sini eh minggu depang! And thanks for the makan and hadiah buat anak2. Hope to see you here soon!!!



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Wednesday, September 06, 2006

Teruja...

Apa nak jadi tak tahu. Pergi sana pergi sini semua orang cerita pasal makan. Dahlah hamba ni berpuasa. Masuk kat blog pun orang cerita pasal makan. Kat Blog OO cerita pasal pudding Auntie EZ yang nampak menggoda tu (harap2 kalau gi sana dapat lah rasa...oh....sedapnya! dah terasa-rasa kat tekak yang kering ni!) dan kat blog Si TJ gambar nasi lemak pulak. Berbunyi perut den!



Alhamdulillah dan InsyaAllah hari ini hari last nak mengganti. Dah 2-3 hari puasa ni taklah rasa letih sangat. Biasa2 aja. Cuma tekak kering sikit sebab hari ni cuaca panas betul. Kalau semalam, petang2 tu hujan dan sejuklah sikit rasa. Hari ni nampak macam tak ada nak hujan pun! Nasib baik petang ni dah tak payah masak. Dah pesan Bibik untuk buat meehoon goreng dan goring ayam rempah dan buat telor masak kicap. Jadilah untuk berbuka puasa. Cik Abang punya rojak pun masih ada kat fridge. Dia for sure makan rojak tu sampai licin. Memanglah feberet dia.


Kami anak beranak tengah excited sangat. Bukan ebab tsunami nak melanda ( Pak Teh and Mak Teh…for your info. Je), tapi sebab petang semalam masa Cik Abang balik dari office dia mengkhabarkan suatu berita yang membuatkan kami teruja…(first time guna word ni. BAru tahu makna dia 2-3 bulan yang lepas!)


“Assalamualaikum”, sapa Cik Abang. Maklang masa tu tengah potong2 bawang dll untuk nak buat nasi paprik tu.


Lepas tu dia tunjukkan cenderahati yang dia dapat dari symposium tu. “ Tengok ha, apa Abang dapat”. Macam2ada. Ada beg, ada keychain ada paper weight dan entah apa satu lagi. Dia kata nak bagi kat anak2.

“ Abang kena gi KL. Ada meeting hari Khamis dan Jumaat”

“Oh!”. Biasa dah dengar ni. Memang selalu jugak dia keluar. So, buat tak kisah aje. Baru 2-3 malam lepas tanya kalau dia ada nak ke KL sebab nak mintak tolong beli bahan2 jahitan dan tudung.

“Jom ikut!Abang meeting 2 hari pagi sampai petang. Kita baik hari Sabtu. Boleh duduk 3 malam kat sana”

Lama jugak senyap sebab dok pikir kerja kat office. Last2...
“Emmmm..jomlah. Anak2 pun habis periksa hari Rabu. So, Khamis tu montenglaa…”


“Iye laaa....”


“OK”. Seronok nya rasa after dah dekat lebih 4 bulan tak ke KL. Best sebab dapat jugaklah nak melawat sedara mara kat kedai riben tu, kat Kamdar dan Nagoya. Dapatlah nak beli2 manik, kain2 tudung dan renda2. Kat sana banyak pilihan dan InsyaAllah bolehlah cantekkan lagi telekong dan tudung2 maklang tu…


Tiba2 teringat...”Eh..besok Rabukan… Laaa kena packing lah malam ni sebab petang besok dah nak bertolak!”



So, malam tadi sibuk lah mempack barang2. Yang tak bestnya 3 harilah tak dapat nak jengok blog sebab kat tempat kami akan tinggal ni , kalau nak guna internet kena bayar! Dulu2 free, so, tak de chancelaa....




Tak larat nak tulis panjang2. Tak ada cerita. Nanti kalau ada cerita maklang merepek lagi…Have a nice weekend all…Kita jumpa lagi, InsyaAllah..


Untuk Auntie EZ dan Uncle TJ: Yang dipesan2 kat atas tu jangan tak buat nanti ye

p/s: kalau ade salah lagi, jangan marah... along check tadi tak nampak salah...sekarang along tengah kehausan jadi bile tengok skrin komputer nih nampak air sirap yang sejuuk sangat...


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi

Tuesday, September 05, 2006

Nak Masak Ape?

Dah dua hari anak2 kita ambil UPSR. Kat office ni ada
jugak 2-3 orang officemate yang anak2 mereka ambil
UPSR. Moga2 semuanya lulus dengan cemerlang,
InsyaAllah. Anak2 maklang lagi 2 tahun. Si Angah UPSR
dan Along PMR pulak. Anak2 yang periksa mak bapak yang
risau….



Di office tak berapa sibuk sekarang. Mungkin
pertengahan September ni bila dah award project pada
vendor tu barulah kami sibuk. Sibuk sebab semua data2
mengenai motor2 untuk project tu baru dapat
ditentukan. Baru boleh nak kira2 apa2 yang patut. Yang
tak bestnya masa tu bulan puasa dah…Mintak2 tak
perlulah sampai nak berovertime…Dunia ni sat aje, di
hari dan bulan yang baik mintak2 dapatlah kita lebih2
kan ibadat2 kita, InsyaAllah.



Semalam Alhamdulillah dah 2 hari berpuasa. Kalau puasa
ni macam2 rasa nak makan. Tapi kadang2 idea nak masak
apa pun pening nak fikir. Pulak semalam Cik Abang dan
Along pun puasa. Bila ramai yang berpuasa tu mulalah
susah hati sebab takut yang dimasak tu tak berkenan
dihati! Tapi, Alhamdulillah, bila dah kat dapur tu ada
aje ideas yang keluar. Kebetulan Bibik terkeluarkan
hati lembu dari fridge dan bukan hati ayam yang nak
dibuat rencah untuk sayur campur tu. So, apalagi,
langsung lah digoreng dengan rempah. Letak kari
daging, potong bawang besar, bawang putih, halia dan
lada merah dan garam sikit, terus goring sampai
gareng. Hati ni semua orang tak makan, Cuma Hakim
dengan Maklang aje yang makan. Tu best part tu, tak
payah kisah2 nak berebut.


Lepas tu tumis pulak, nak buat nasi tomato. Bila dah
mendidih dan dah masukkan beras tu, angkatlah ke
periuk Karen tu. Tinggal aje. Bila nasi dah masak,
masukkan kacang peas tu. Ni tak payahlah nak tulis
resepi sebab senang nak buat. Lepas tu Bibik tinggal
goreng ayam letak rempah kari. Selesailah. Lepas tu
dah boleh tengok Hikmah. Angah pulak petang tu
volunteer nak gorengkan sayur. Lagi senanglaa


Oklah dah berbuka kenyang2 mulalah layu. Cik Abang dah
lelap seawal 10:00 mlm dan maklang pulak tak beberapa
minit dah gone. Mata sampai nak lelap masa jahit manik
kat tudung tu, nasib baik tak tercucuk jarum.


Hari ni pulak, kalau rajin nanti nak buat Nasi Paprik
dan telor dadar aje. Kalau malas mintak Cik Abang beli
nasi kerabu kat pasar malam. Tengoklah macamana. Today
Cuma maklang dan Along aje puasa. Angah tengahari tadi
dah surrender. Cik Abang pun tak puasa sebab ada
symposium 2 hari kat office dia. Ada makan dari pagi
sampai ke malam. Sure kembong perut tu.



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Monday, September 04, 2006

Lega

Lega...Lega....ada 2-3 projek dah nak keluar..bak kata orang macam orang nak beranaklaa…dah sampai masa. Dah check dan dah sign. InsyaAllah beres semuanya. Maklang hari ni lega banyak kat office ni. Kat rumah pun sama. Baju2 untuk nak Raya, Cuma tinggal Maya punya sehelai dan alang punya 2 helai. InsyaAllah wiken ni boleh gunting baju Alang dan Hakim kalau rajin. Yang lain2 tinggal nak sembat aje. Best.



Sekarang macam biasa semangat menyulam masih berkobar. Target nak siapkan dalam 3 helai minggu ni, sambil2 bersihkan jahitan tudung sulam yang lain. Lepas tu nak letak crystals dia. Telekong kat tailor, InsyaAllah Jumaat ni siap dia jahitkan muka dia. So, InsyaAllah next week sibuk semula nak jahitkan manik.



Semalam petang masa suruh Angah bukak blog maklang tu terlupa pulak yang ada cerita pasal dia kat blog tu. Apalgi, bila dia bukak dan nampak nama dia, langsung dia excited sangat.


“Maaak! My name is not Siti Nurfaezin, Okey!”, dia cakap sambil buat2 muka macam minah kat cerita Its so Raven tu. Cakap macam style mak itam tu… Dan dengan overnya!.


“OK. OK…mak tercerita pulak! Sooooooorrrrrrriiiii!”..



Lepas tu Along masuk pulak kat study room tu. Maklang masih leka menyulam. Si Angah sibuk dengan PC dia sebab nak study guna Zoom-A, kononnya. Kejap aje Along guna PC nak check e-mail, dia terus nak keluar.


“ Eh....Dhirah tak baca blog?”

“Oh....OK....Ngah bagi Along baca blog sat”


So, Along pun bukak blog, dan seronoknya dia bila baca yang part ‘Angah nak berkeluarga’ tu. Apalgi tak sempat2 dia nak mengkomen. Ialah part nak kacau adek dia memang dia first class. Kadang2 sampai melaalk dia sakat adek dia. GERAM betul. Tapi nasib baik malam tadi Angah was in a lively mood. Dia dok cuba kacau Along dari komen aje. Lepas tu dok terjerit2 ketawa2. Seronok dengar. Biasanya kalau terjerit2 memang alamatanya sat lagi si kecik ( Angah memang kecik physically dari Along) tu melalak lah…


“ Tak pe Ngah....Tak pe.....nanti sat hari mak cerita pulak pasal dia”.


Baru lega si Minah Over tu.....


Gambar ini hanya perhiasan sahaja...Tidak ada kena mengena dengan entry ini. ( Diambil lebihkurang 2 tahun lepas di CH)

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Sunday, September 03, 2006

Siti Nurfaezin

Semalam tak ada mood nak buat entry. Tak ada apa2 pun. Pepagi dah sibuk continue menjahit lagi. Ni dah lega sikit tinggal baju Maya sehelai dan baju Alang 1-2 lai lagi. Kain Wan ada satu lagi. Semalam masa letak zip kat kain tu , macam menyeman pulak. Asyik tersenget aje. Ada dah 3 kali bukak zip dia. In end put aside dulu dan buat benda lain. Malam tadi pun tak ada buat apa2. Time to relax sebab hari ni dah kerja.

Maklang dan Paklang, InsyaAllah puasa hari ni. Maklang puasa ganti dan Paklang saja nak puasa sunat, teman isteri dia ni. So, cadang2 nak puasa straight minggu ni, kalau larat. Masih ada 3 hari kalau hari ni dapat puasa complete. Along nak join besok. Dah dekat nak Ramadhan baru sibuk nak puasa. Lepas Raya hari tu, dah puasa tapi tak habis sebab 'bercuti' panjang tahun lepas. 'Kekasih' awal dan akhirlah katakan...Lepas tu sejak masuk hospital, bila balik kena pulak makan ubat 3 kali sehari, so kena postpone lah dulu.



Masa hari kemerdekaan yang lepas, tengok tak Siti kat Royal Albert Hall? Kami tak tengok tapi anak kami yang no. 2 asyik mengadap TV aje.....Bila mintak tolong apa2 dia kata, "Alaaaaah mak, Angah nak tengok TV sat". Dia bukan minat sangat kat Siti , gitu2 aje. Tapi dia memang minat tengok TV. Kalau tak dilarang satu hati celik mata sampai ke malam dia boleh mengadap aje. Baca buku...heh memang malas! Tapi main game kat PC dia rajin.


Bila kami suruh2 dia tak nak buat, Maklang pun panggil dia Siti Nurfaezin. Tau pulak nak marah. Dia masa kecik2 dulu memang ada mirip2 Siti lah, tang mata dia. Tapi sekarang bila dah tembam memban ni, kami panggil dia Siti Nurhalozo!. Memang dia sakit hati kalau panggil dia camtu. Tapi memang seronok sakat dia. Dia cepat temper. Mula2 buat2 lepas tu hot betul. Ni sah, ikut Alang dia...in fact Alang pun ngaku. Lagi pun nama dia Alang yang bagi. Perangai sebijik Alang dan mudah2an dah besar dapat belajar tinggi macam Alang jugak, InsyaAllah.


Yang gelihati 2-3 hari lepas, masa maklang kat dapur dengan bibik, bibik mulalah cerita,


"Buk..Buk..Si Angah cerita ama saya kemarin. Dia bilang kalau Angah sudah ada keluarga, nanti Angah mau masak aja. Tak mau beli di luar. Mau masak macam ibu!"
( Bila baca kena gaya Indonesia laaa...baru sedap sikit!)


Wah...anak maklang yang sorang ni, dah berangan nak berkeluarga! Sembahyang pun tonggang langgang lagi, nak kemas bilik pun kena jerit dulu, nak buat homework pun mak masih paksa lagi...dah berangan nak berkeluarga rupanya! Agaknya sebab dia minat memasak tu yang dia rasa nak buat macam mak dia ni. Angah setakat ni dah bolehlah buat nasi goreng ( Along dia kata dia masak nasi goreng sedap! Sebab Along kalau masak...hancus!), boleh dah buat pegedil daging without my supervision ( habis mince meat kat fridge), boleh dah buat Coklat Kek (Sampai kakak (maid dulu) surprise sangat sebab dia buat sendiri, kakak pun tak tengok!) dan biasalah Angah kalau nak buat burger ke, sosej ke or nugget semuanya dia dah OK. Dia pun makan senang, apa ada semua boleh! Tak macam Along dia komplen memanjang, sampai Abah dia kata, " Lain kali masak sendiri! Tak cukup masinlaa, tak cukup tomato laa, cairlah kuah ni and so on. Masaalahnya kalau terror masak macam Angah OK gak nak komplen tu.



Bila anak2 perempuan ni dah dara, seronok jugak. Ramai yang menyebuk kat dapur. Time malas2 boleh mintak tolong masak2 kan. Yang best sekali bila nak Raya, ramai penolong untuk nak buat biskut Raya tapi tu pun ikut angin....(hai...sibuk nak Raya aje...puasa ganti tu kena habiskan dulu...)


Semalam meyambung cuti Ahad, maklang dah kena ke pejabat sat lagi...Banyak kerja menanti di sana...Sampai berjumpa lagi...InsyaAllah...Take care!


P/S: Kak Elle, weekend depan ni mai sini le...ingat nak buat BBQ lagi, nak ajak Ustadz yang mengajar budak2 ngaji tu makan, asyik dok tanya resepi aje. Agaknya masa kami bagi dia ayam tu beberapa minggu lepas, tak puas makan kot!



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Friday, September 01, 2006

Perut yang pening

Ingatkan semalam naklah merdeka dari si mesin tu, tapi tak bolehlaaaaa... siap jugak sambung baju si Angah 3 pasang dan sulam tudung selai. Petang tu relax sat sebab ada kawan datang. Seronok gak....best part was dia tempah telekong sehelai. Le ni mesin tengah dok sulamlah ni. Lewat petang, Cik Abang tersayang buat BBQ ayam...kali ni the best so far...Alhamdulillah kenyang.....Erkkkkkkk...Kenyang betul...(Kak Elle...jom join....)



Pepagi tadi lepas sedar dari tidur dan selesai apa2 yang patut, maklang pun mula lah mencari telekong untuk nak letak manik tu. Dapat jugak siapkan sehelai bunga dia. Lepas tu kejut Cik Abang solat. Maklang terus ke dapur nak goreng nasi sebab dah dipesan oleh anak2 malam tadi. Lepas tu kami ke pasar.


Pagi tadi, Cik Abang masam aje. Tanya dia OK tak. Dia kata sakit kepala. Agaknya sebab makan BBQ daging kot, tapi dia makan sikit aje. Tanya if OK ke kalau nak ke pasar, dia kata OK. Tapi muka masih tak ceria. Dia jarang cam ni, selalunya tersengih aje...unless dia dalam mood nak ngusik orang, konon2 'hot'...


Sampai pasar, kami beli ayam aja mulanya. Duit bawak cuma 150 aje. Tadi dah ke bank, tapi dua2 bank kat bawah office maklang tu kehabisan wang. Cayalaaa....merdeka jugak teller machine tu sampai tak ada duit. So, kena make do with what we have laa. Biasanya kalau seminggu tu, ayam beli 4 ekor. Ikan 2-3 macam and sikit sotong and udang. Alhamdulillah tadi belanja tak sampai pun 150. Ayam 4 baru 40, ikan selar kuning 2 kilo 5 inggit, sotong 1.5 kg baru 12 inggit dan kembong sekilo 7 inggit. Sayur2 dan sedikit mee and telor ayam satu tray, buah2an (semangka dan pisang) campur2 lebih kurang 50 inggit. Oklah tadi. Cik Abang bisanya tukang angkat barang. Dia ikut aje, tapi sekejap lepas beli2 tu dia hilang sat. Rupa2nya pergi cari kueh dan air tebu feberet dia. Dia tak tahu yang kat rumah dah siap goreng nasi!



Lepas balik dari pasar tadi, dia dah ceria. Tanya dah OK ke? Dah...dia jawab. Oh...barulah tahu sebenarnya perut yang pening dan bukannya kepala dia....( macam tak biasa je pulak)


Selesai di dapur tadi,(hari ni leftover day lagi sebab ingatkan malam kang masa Wan Pari dan Tok Uncle sampai nak buat mee Ladna kot...) maklang pun doklah memasang langsir bilik tamu yang dah lama digondolkan oleh bibik. Kalau minta bibik yang pasang, mau tonggang langgang...ada pendek, ada panjang. Baik le buat sendiri. Bibik belum arif dalam nak guna cangkuk langsir tu...dia main taram aje.


Ni barulah dapat berblog sat. Tengah belenggeng ni...baju habis kena percikan mata sotong tu..hanyir! (Boleh belenggeng sebab Cik Abang gi solat Jemahat....).Oklah...nanti cerita lagi. Nak siap wangi2 sebelum darling I balik....


Selamat berwiken!!!





Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....